Skip to main content

Maafkan Aku Kerana Mengatakan Ini...

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ada ramai kawan lelaki yang masih bujang walaupun usia mereka dah makin banyak angka. Dan aku jugak ada ramai kawan perempuan yang juga masih bujang walaupun usia mereka makin meningkat. Aku pernah berada di tempat itu, maksud aku... aku kahwin lambat. Aku pernah rasa betapa tak mungkin aku akan temui lagi lelaki yang sesuai untuk aku bilamana usia aku dah makin meningkat. Namun bersyukur kerana sebenarnya ada pon lelaki baik yang sudi menjadi peneman hidup aku.

Berbalik kepada topik yang aku nak sampaikan tadi kerana entry ini bukan tentang aku, tapi tentang 'mereka'. Kalau orang baca ayat aku kat atas tu, orang akan rasa.... kalau dah ramai kawan lelaki dan kawan perempuan yang sama-sama bujang, why not match-making kan mereka? Kan bagus dapat membantu orang lain membina masjid?

Hakikatnya, match-making orang ni bukan la se-simple yang kita bayangkan. Aku teringin jugak nak memperkenalkan kawan-kawan lelaki aku yg bujang tu kepada kawan-kawan perempuan aku yang bujang. Tapi..... oleh sebab aku mengenali kedua-dua belah pihak, aku rasa mcm tak sesuai. Macam kalo aku kenalkan pun buang karan je. Aku rasa je la.

Masing-masing ada sifat tersendiri. Masing-masing ada reasons tersendiri kenapa mereka belum kahwin. Contohnya, kawan-kawan lelaki yang masih bujang tu..... mereka memang masih mencari, tapi syaratnya nak perempuan alim yang hot. Maksudnya lelaki yang rupalistik. Pandang rupa. Hehehe. Pastu ada kawan lelaki aku yang extra super pemalu yang memang dalam mulut ada mutiara naga, kalo buka mulut takut mutiara naga dirampas orang jahat. Ada yang nampak main-main tapi sebenarnya serius. Dan lelaki pulak lebih muda daripada kawan-kawan perempuan aku yang masih bujang tu. Kawan-kawan perempuan aku yang bujang tu pulak boleh dikatakan mereka semua sangat baik dan sangat stabil, cuma mungkin tidak se'hot' yang didambakan lelaki. Tapi manis tu ada.

Aku imagine kalo aku perkenalkan Ella si tinggi lampai yang hitam manis dan matang, dengan Remy si super extra pemalu dan skema.... cemana agaknya bila mereka keluar date? Atau aku kenalkan Sulaiman yang hensem bergaya, kerja bagus tapi rupalistik kepada Saadah yang comel montel dan kuat ketawa? Ada kawan lelaki aku si Epul yang kerja tetapnya ialah berniaga kat pasar malam je tapi memang gigih mencari rezeki, kalau aku kenalkan dia dengan Emma yang berperangai keanak-anakan walaupun dah berusia, yang duduk jauh kat kampung  boleh ke mereka menerima masing2? Pendek katanya, karektor masing-masing memang agak membuatkan aku susah nak perkenalkan mereka sedangkan dalam hati aku aku rasa ruginya orang tak nampak kebaikan kawan-kawan aku yang masih  bujang ni. Mereka semuanya baik dan ada kelebihan sendiri. Cuma, kelebihan tu unrevealed je.

Jadi itu je la yang aku nak luahkan kat blog tercinta aku ni. Korang boleh nampak tak dilemma hidup aku? 

Comments

  1. cikgu nampak lyd..cikgu pun pernah nak try matchmmaking kawan2 tapi tak menjadi..kesian kat derang masih belum bertemu teman hidup yang sesuai..tapi try je la lyd..mana tau si ella sesuai dgn si sulaiman tu?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu, saya pon ada jugak terfikir nak match si ella dgn sulaiman, tapi sulaiman tu kawan husband saya. Hsuband sy plak kata dia tau taste sulaiman cemana. Haiyaa.

      Delete
  2. Hmmm..nak matchmaking orng bukannya kerja senang lyd..mu ngkin kena sedia borang dl bg dorang isi camaner ciri2 idaman mrk pastuh cuma match kan..amacam heheh..kalau ade yg ikhlas mencari calon, boleh jer lyd hang cuba one by one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... kena buka agensi cari jodoh plak ni. Kekeke... Ada jugak terfikir nak ajak datang rumah ramai2 bagi berkenalan, pastu biar mereka berkenalan sendiri. Tapi rumah saya pon sekangkang ayam je. Tak muat nak ajak ramai2.

      Delete
  3. Baiknya hati awak.. takpe Lyd awak dah usaha nak matchkan mereka.. tinggal doakan supaya jodoh mereka dipercepatkan jer.. Kan Jodoh tu rahsia Allah..setiap orang dah dituliskan pasangan masing2 sejak azali lagi, cuma bila, di mana dan bagaimana dengan siapa jodoh tu datang.... kita tunggu jer ye. Dah takyah pening2kan kepala ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la saya fikir jugak tu Nita. Cuma nak tolong je. Tapi tak la sampai pening sangat. Ayat dilemma tu saje je nak memanjangkan entry. jehehe.

      Delete
  4. dulu opah ngan mak akak selalu tolong jodohkan orang.. tu ler sebab kalau rayatu ramai yang datang.. yerler kebetulan yang dikenalkantu elok rumah tangganery...

    ReplyDelete
    Replies
    1. arwah mak saya pon kak. Pernah jugak la menjodohkan beberapa pasangan untuk jiran2 kat kampung. Alhamdulillah elok juga rumahtangga mereka sampai sekarang.

      Delete
  5. hermm, akak organise event ah, buat makan2 ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak terfikir, cuma masa je belum mengizinkan. Apsal dik, ko nak join ke? Hehehe.

      Delete
  6. kalau yang bujang tak bekenan, pas la kat yang ade kouta lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn nak macam2 ek bundle. Marah cik puan wnai nanti. Eheee..

      Delete
  7. Matchmaking ni bukan kerja mudah, dari pengalaman saya banyak yg tak menjadi. Yg menjadi pula ialah pertemuan tak terduga hingga akhirnya kawin dan beranak pinak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu JR. Kalo tak jadi tu nnt org yg rekemen tu malu jgk.

      Delete
  8. KA bab matchmaking ni yang paling tak suka, takut apa2 hal nanti they all salahkan kita kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita KA, takut kalo tak jadi nanti kit ayg malu. Tapi saya suka nak match kawan2 ni cuma takde keberanian.

      Delete
  9. done clik2 nuffng juga yer

    ReplyDelete
  10. ibu saya dulu hobi dia adalah match making kan orang.... dia suakan... kenalkan.... nak tak nak sila decide sendiri... tapi kitaorang selalu bising atas hobi ibu... sebab takut nanti pape jadi membabit pulak... ibu jawab relax "nape nak fikir yang teruk teruk... semua perkahwinan ada masalah... biasalah... bercinta 10 tahun pon boleh bercerai... tak bersabit dengan kita... "...

    alfatihah untuk ibu ibu kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org veteren ni memang relax kan? Arwah mak saya pon dulu ada match kan org. Sampaikan saya ni pun dia nak matchkan dengan orang. Hehehe... Lawak je.

      Al Fatihah.

      Delete
  11. akak dah serik nak matchkan org, sbb dah ada pengalaman dengan adik sendiri. dah bertunang, tak jadi, last2, akak yang kena selesaikan hal putus tunang tu. oh, tak blh lupa la kejadian tu. tobat, tak dah. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... lawak je akak ni. Dulu kakak saya pon ada nak match saya dgn adik angkat dia. Sampai jadi kes tak bertegur2.

      Delete
  12. akak dah serik nak matchkan org, sbb dah ada pengalaman dengan adik sendiri. dah bertunang, tak jadi, last2, akak yang kena selesaikan hal putus tunang tu. oh, tak blh lupa la kejadian tu. tobat, tak dah. ;-)

    ReplyDelete
  13. sebenarnya kan Lyd, aku fikir benda yg sama la macam ko pernah fikir..entah2 aku xkan jumpa sape2 yg sesuai untuk aku walaupun usia dah makin meningkat..agaknya la..kot..hahaha.

    lagipun aku mmg extra super pemalu..:p

    mujur anak ko lelaki, kalau tidak, mmg aku dah request jadi menantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh selamat anak aku lelaki... Kalo tidak aku pun serba salah nak tolak lamaran ko terhadap anak aku nnt. Masa tu ko dah tua. Sian anak aku. plop plop je. kahkahkah.

      Delete
  14. Benda ni mmg payah, nnt kalau jadi apa2 later on, kita juga dipersalahkan. I mmg tak berani nak match match kan kekawan, in fact...abang sulung I sendiri pun still bujang trang tang tang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la payah, tp niat nak tolong. Dilemma la.. kekeke. Abg u umur berapa?

      Delete
  15. Hi..saya blogwalking kat sini...Jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com...TQ for your support.

    ReplyDelete
  16. Sampai dilemma bagai lyd ni...prihatin kat kwn2 punya pasal.
    Saya pulak, ada org mintak tlg carikan bakal suami...tapi saya tak berani nak match mana2. Saya cuma tlg doakan mereka cpt temu jodoh yg sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la dilemma yg serius ujie. Dilemma manja2 je. Keke.

      Delete
  17. akak.. mcmn cube dulu.. ldy ade sorg kwn.. rupenye sdg2 jerk tp islamik sgt2, baik sgt2.. tp die berkahwin dgn seorg yg sgt2 bising, sgt2 bnakal.. dn alhamdulillah mrk bahagia.. :D.. saling melengkapi <3

    ReplyDelete
  18. Nyampah dah rekmen orang..dulu penah rekmen kakak ngan kawan..adoii la, banyak pulak komen. tak hensem la, tak kelakar la, macam2. Patut la lambat nak ada bf..dah suma orang kau reject. Memilih sangat..aiyohhh

    lagi satu takut kang kalo rekmen, pastu bercinta..nanti kang kalo dorang gado ke saya yang akan rasa bersalah. Walaupun takde kena mengena. Pastu kalo dorang breakup nanti kang leceh, kalau nak buat open house ke takleh jemput dedua..gegeggee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Dah hati dia tak berkenan, mcm2 la alasan dia bg.. Kakak awk mcm sy la nk yg hensem je. Sbb tu sy kawen lmbt. Keke.
      Tp betul gk awk kata, kalo derang bergaduh dan jd musuh, kita plak yg serba salah nk buat kenduri nk jemput derang kan?

      Delete
  19. malas nak kenen2 orang ni...dah tu..nak yg chinese look, tinggi, ada lesung pipit, kl only, ah mcm mcm lh..

    ReplyDelete
  20. rajinnya nak match making nie..ada baiknya tapi kalo tak sesuai tak payahla..ada jodoh ada le tuu,..btol tak?..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la rajin sgt. Cuma rasa nk tolong je. Tp tak nmpk jln. Awk single lg ke tak? Bleh akak kenalkan dgn kwn akak. Hihihi.

      Delete
  21. baguih tu Lyd..leh buat jadi perunding perkahwinan lak nanti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe perunding pkahwinan tu dh lain. Lg dilemma tu kang nk lyn kerenah bakal pengantin.

      Delete
  22. mungkin hang patut organize aktiviti, pastu ajak diorang ramai2. kot2 la masa aktiviti tu, ada yg tersangkut ke. hang bole la organize aktiviti melancong ke. xpun simple2 mcm pi maen bowling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la aswadz. Aku pon ada terfikir nak organize utk kumpulkan kwn2 bujang aku supaya mereka bleh berkenalan.

      Delete
  23. Hampir tergolong dalam golongan yang lewat berkahwin ni. Risau jugak sebenarnya. Tapi teruskan jela hidup. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki takpe jugak. Tua2 pon lambat nampak tua. Lagipon pompuan ramai skrg. Good luck utk awk ye.

      Delete
  24. Replies
    1. Haha. Terlalu banyak sgt pilihan utk dibuat istikaroh dik.

      Delete
  25. Huhu. Akak ni pon tak hot langsung as. Ni semua sebab jodoh gak. Kena sabar.

    ReplyDelete
  26. susah juga kan kak..kalau kita satukan, jika menjadi Alhamdulillah jika separuh jalan takut disalahkan kita pula...tp saya ingat PSDC adalah tempat ramai yg bertemu jodoh kat sana...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela. Ema pon bertemu jodoh di psdc kan. Ada sape2 yg kenenkan ema dgn ery ke mas tu.

      Delete
  27. betul la..nanti kalau depa gaduh ke apa atau pun tak suka depa kata kita pulak yang suka2 hati kenenkan lelaki/perempuan yang tak best pada depa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la. Sedikit sebanyak kita akan kena tempiasnya. Pastu bila salah seorang komplen pihak satu lgi kita rs tak best jgk sbb org tu di mata kita dh baik dah.

      Delete
  28. Aku paham cite dia Lyd tapi yang aku separa paham nape lak ko yang berada dalam dilemma lak nih? Agaga... *meh, abang aku pun samapai dah aku anak 3 ni pun blom kawen lagi, apakah ade naga?*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deeb, aku ni sebenarnya mmg over. Hahah. Sbb tu la aku plak yg dilemma. *abg ko mesti ensem kan. Hehe. Ada kaitan ke.

      Delete
  29. cer try

    dah boleh buka agensi carik jodoh ni

    ReplyDelete
  30. Setup and making money.. 15$ signup bonus.. FREE tak memerlukan modal.. Kalau tak percaya cuba sendiri mehhh.. Jom join http://Fun4Days.Com/?share=132477

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya