Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Ini Kisah Makan : Apa Rasa Tako Tao.

Sejahteralah ke atas hengkau.... Kan saya kata hari tu dalam entry yang lepas-lepas, saya dah boleh makan a.k.a melantak dengan penuh istiqomah.  Tako Tao. Lokasi : Giant, Taman Permata. Pegi sini sebab nak tunaikan janji kat si kinting Amaluddin. Janji dengan dia nak bawak dia gi Giant utk beli mainan. Selamat le dia tak reti nak mintak pegi tempat-tempat lebih exclusive. Kalo tidak maksu dia ni terpaksa buat-buat masuk spital sebab tak mampu nak layan.  Ini 1st time saya makan Tako Tao ni. Itu pun sebab ramai yang menceritakan kesedapang makanan ni. Lagipun saya ni kan bajet cam 'konon-konon aku Jepun'. Hahah. Saya take away Tako Tao ni. Jadi, gambar close up takde sebab masa dalam keta tu dah tergolek-golek kotak Tako tu masa suami saya buat 'kona baring lipat kajang' dengan keta Kenari veteren saya. So, kalo nak amik gmbr pun memang kus semangat le buruk rupanya. Tako ni rasa dia [ikut tekak saya la kan. Lain org, lain la dia punya penjelasan tentang ra

Luahan Hati Rindu

Sejahteralah ke atas kamu.... Berbual dengan mak adalah seperti satu terapi untuk diri saya. Walaupun hanya sekadar menelefon seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci, amboi amboi enak . Saya ini bukanlah seorang anak yang sangat rapat dengan mak. Saya tidak bercerita setiap cerita-cerita remeh yang berlaku kepada kawan-kawan sama ada di sekolah atau di persekitaran saya melainkan hal itu benar-benar menarik. Tidak seperti anak buah saya yang akan menceritakan secara terperinci apa yang terjadi di sekolahnya walaupun hanya kisah seorang kawannya yang terkentut di dalam kelas. !@#$^&()*^^. No. Saya bukan begitu. Mak saya tak tahu pun saya bercinta dengan siapa. Mak saya tidak tahu pun bila saya putus cinta dan jiwa kacau. Saya malu nak cerita kisah loser diri sendiri. Mak pun tak tahu bila saya tak ada duit. Saya tak mahu susahkan hati mak. Risau kesihatannya terganggu. [mak saya ada penyakit jantung]. Namun, apa-apa jua perkara remeh tentang diri saya se

Makluman : Lydsunshine is MC Today

Sejahteralah ke atas kamu... Saya mc hari ni. Demam dan selsema. Semalam dah start selsema, pastu ptg Pegi klinik Bakti utk minta ubat tp doktor Taufiq baik hati bg saya MC 'i'll cover you for tomorrow', so saya mestila suka. Sekarang ni, saya ada 1 sakit yg kena tanggung iaitu sakit tulang punggung. Mengikut kata org berpengalaman, sakit tu normal bila kandungan dh makin membesar. Sbb tulang akan mengembang utk sesuaikan dgn beban kandungan. Tapi, (hidop kalo xde tapi takleh ke??!), wp saya tau condition itu normal, saya nak tau jugak kot2 ada cara yg boleh saya buat utk kurangkan kesakitan tu. Biasanye sapu minyak panas Mestika je. Itupun xleh gosok beriya-iya ibu kata. Sbb anak dalam kandungan tu menumpang kan tulang belakang. Kalau sapu pun kat bhgn punggung ke peha. Jadi, semalam alang2 dah jumpa doktor, saya tnye la apa yg boleh saya buat utk kurangkan sakit tu (mmg lgsg tak penyabar mcm nabi Ayub. Sakit smpai last2 tinggal tulang, hati

Paranoia : Anak

Sejahteralah ke atas kamu... Lama dulu... sejak saya masih bujang, belum berkahwin saya sudah mula ada perasaan takut untuk mempunyai anak. Pertama dah tentu la sebab proses nak buat anak tu saya takut [takut utk pertama kali, sebab sape2 je yang saya tanya mesti akan kata sakit. Saya ni memang penakut dgn kesakitan.]. Kedua pulak, takut nak melahirkan anak yang lagi la takde orang pun yang pernah kata "beranak tu sedap rasanya, macam rasa kena urut dengan kerusi urut elektric Takasima". Takde. Tak pernah. Never. Semuanya akan kata itulah sakit yang paling sakit, [tapi bila dah lama-lama boleh lupa rasa sakit beranak tu then beranak lagi]. Takutnya. Ngerinya rasa. Tapi itu hanya 2 ketakutan yang hanya sekejap. Yang saya yakin walaupun saya takut, tapi saya mesti mampu terutamanya sakit pertama tu. Kehkeh.. Oppss.. Sila bersopan. Apa yang lebih saya takuti secara berlebihan dan melampau ialah ketakutan nak membesarkan anak-anak di zaman yang penuh godaan nafsu dan sya

Gone In 60 Seconds - Garret Popcorn

Sejahteralah ke atas kamu.... Garret Popcorn Plastic Bag. Dalam beg plastik tu ada 2 pek kecil popcorn. Setiap satunya berharga RM17.  Mengidam nak makan popcorn ni. Amboi anak saya punya selera. Kebaratan plak hari ni. Terima kasih kat opismate, En Izwan  merelakan diri untuk membeli kiriman ni.  Flavor yang saya pilih adalah Chicago Mix. Ada 2 perisa yang dicampurkan dalam pek ni ; CheeseCorn dan  CaramelCrisp. Yang penting, lepas la hajat saya nak melahap makan popcorn mahal ni. Warna kuning ni perisa cheese. Rasa dia sebijik macam rasa cheezel yang cikedis dalam plastik biru tu. Rasa dia okay jugak, cuma bila kunyah tu, dia tak rangup. Macam lemau-lemau ubi je kaedahnya. Tapi yang caramel tu sedap la. Memang crunchy sgt. Pastu memang takde seulas popcorn pun yang tak bersalut caramel. Kan kalo kita beli popcorn kat GSC masa nak tgk wayang tu, popcorn dia ada yang tak rata gula hangusnya. Bila makan pun rasa lemau2 pastu boring je tak manis. Haaa... yang ini m

Urusan Yang Melecehkan

Sejahteralah ke atas kamu.... Registration Melawan Termination Saya paling tak faham kenapa urusan pendaftaran untuk menyertai sesuatu skim adalah sangat mudah, tapi bila nak terminate atau surrender skim yang sama, bapakkk payah. Contohnya permohonan kad kredit. Sambil jalan-jalan kat shopping mall pun boleh kena terkam dengan promoter kad kredit, sanggup kejar kita, sanggup tolong isikan borang, sanggup pegi submit borang tu kemudian dekat bank. Walaupun dah kata kita tanak, tapi pujuk jugak dengan gigi yang bersinar-sinar. Punya la nak suruh orang amik kad kredit dia. Siap bagi gift lagi untuk tarik minat orang. Pendek katanya, masa tu, kita hanya perlu tenyeh tandatangan je untuk dapatkan service tu. Yang peliknya, bila time nak terminate kad kredit tu, macam-macam prosedur kena hadap. Perlu pergi sendiri ke bank yang berhampiran. Atau lagi jahat, kena pergi bank yang ibu pejabat punya, di bank cawangan tidak boleh membuat termination. Tetiba semua proses jadi susah. Tetiba

Menang Dermalogica Set Daripada GA Kak Ina KL

Sejahteralah ke atas kamu.... Tahniah saya ucapkan kepada diri saya sendiri kerana telah dipilih sebagai penerima hadiah GA Kak Ina KL berupa barangan Dermalogica. Yey! Dapat free skin care.  Kalau dah dapat Dermalogica ni nanti kena pakai betul-betul la. Kalo tidak, mesti kena 'menganjeng' dengan suami saya. Sebab facial cleanser Bobbi Brown yang saya beli 4 bulan lepas saya tak pakai pun. Punya la pemalas jaga kecantikan. Kalau nak cuci muka pun dok bantai sabun mandi Oilatum je. Dah tu nak buat cemana. Oilatum tu lagi sesuai daripada Kak Bobbi. Kak Ina dah umumkan pemenangnya pada 9 Oktober . Pastu saya terlepas pandang plak entry pengumuman tu. Mintak ampun ye kak Ina, saya lambat bagi maklumat saya. Time tu bila saya check balik tarikh, saya MC. Patut la tak buka blog pun.  Tak sia-sia saya merapu dalam entry GA Kak Ina KL ni. Terima kasih banyak-banyak kat Kak Ina. Silalah anjurkan lagi contest-contest dan GA untuk saya join lagi. Keke.

Bakti Untuk Ibu Bapa Selepas Mereka Meninggal Dunia

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya yakin kebanyakan daripada kita tahu bahawa apabila matinya seorang anak Adam, maka semua amalannya terhapus melainkan 3 perkara;  Doa anak yang soleh - Diulang, anak yang SOLEH. Jadi, kalau kamu anak yang tak soleh? Tak dapat dipastikan sama ada doa kamu tu akan sampai kepada ibu atau bapa kamu yang telah meninggal dunia. Hanya Allah yang tahu. Oleh itu, sesiapa yang telah kehilangan ibu atau bapanya, jadilah anak yang soleh. Supaya ibu atau bapa kamu di sana akan menerima kiriman doa kamu... Marilah menjadi anak yang soleh ye kawan-kawan. Ilmu Yang Bermanfaat - Sejak mak saya meninggal dunia, setiap kali bila saya membaca Al Quran, saya akan niatkan untuk mak saya sebab mak saya yang ajar saya mengaji. [Allahu, sebaknya bila teringat yang sekarang saya dah tak ada mak dan takkan dapat jumpa mak lagi selepas ini. Semoga dapat bertemu mak lagi di alam lain pula nanti. InsyaAllah.]. Mak saya ada ramai anak murid yang beliau ajar mengaji sema

Nama Tak Serasi

Sejahteralah ke atas kamu.... Kakak sulung saya namanya Norakmal. Tapi mak dan abah panggil beliau 'Khadijah' dan nama ringkasnya 'Jah'. Menurut Allahyarhamah mak saya, masa kecik dulu Kak Long selalu sakit dan kuat menangis. So, sebab tu mak tukar nama panggilan Kak Long. Alhamdulillah dgn izin Allah, Kak Long dah tak kuat menangis dan dah tak selalu sakit bila dipanggil nama baru. Ada satu lagi kisah, kawan kepada abang saya. Anaknya diberi nama Muhammad Adam Luqman. Anak dia ni pun selalu jugak sakit dan dia langsung tak aktif. Boleh dikatakan sangat pasif atau dalam bahasa kurang berhemahnya, lembab. Sampai satu masa kawan abang saya tadi bertanyakan seorang ustaz tentang masalah anak dia. Ustaz mencadangkan untuk tukar nama. Sebab menurut ustaz, nama Muhammad Adam Luqman itu terlalu berat untuk dibawa oleh anaknya. Muhammad merujuk kepada nabi Muhammad. Adam kepada nabi Adam. Dan Luqman pula mewakili Luqman Al Hakim, seorang ahli bijak pandai sebelum zaman

Saya Ini Orang Kampung Lagi Kekampungan

Sejahteralah ke atas kamu... Keliru Dah 2 tahun saya add Dia jadi friend di Facebook. Dia adalah kawan lama saya. Saya tumpang gembira bila tengok Dia post gambar bahagia dia bercuti bersama suaminya di luar negara di Facebook. Memang nampak loving couple habis. Seronoknya... Ada soul-mate pastu boleh pergi Paris, spend quality time together. Memang heaven. Selalu plak tu mereka bercuti bersama ke luar negara. Ada buat aktiviti menunggang motorsikal berkuasa besar di luar negara. Main salji bersama. Bergambar berpelukan di depan Eiffel Tower. Pagi ini saya lihat Dia post di FB satu gambar kad kahwin yang tertulis di depan kad itu, Dia & Lelaki. Kemudian ramai yang mengucapkan tahniah dan berkata, "finally". Dan Lelaki itu adalah orang yang saya sangka suaminya. ................................................ Kasut Masalahnya simple je. Kasut dah tertanggal tapak. Itu je satu-satunya kasut flat yang saya ada. Lain semua tinggi. Cadangnya nak beli sandal

Apa Rasa Macaron?

Sejahteralah ke atas kamu... Selama ni tertanya-tanya. Cemana la rasanya kuih cekodok yang namanya macaroon tu ye. Kat blog masakan berebut-rebut berkongsi resepi. Kat FB pun ramai org post pasal macaron. Kat Groupon pun kadang-kadang ada jugak orang discount sale jual macaron pastu siap ada kursus pendek untuk belajar buat macaron. Yang pasti, saya tau harga macaron sangat mahal. Kalau di Groupon tu harga sekapit  sampai RM4.[sekapit itu bermakna macaron dibuat macam biskut, 2 keping dilekatkan, tengah letak krim]. Alahh.. bloggers pompuan mesti alert punya pasal benda ni. Tapi bloggers lelaki saya tak pasti plak. Sebab saya belum pernah lagi jadi blogger lelaki. [Boo! Tak lawak pun!] Untuk yang memang blur + pemalas nak google cemana kaedahnya makhluk yang bernama macaron ni. So, semalam bila dah terjebak kena pegi beli makanan kat tempat yang jauh skit daripada rutin harian iaitu kat Sooka Sentral sebab lauk kat cafe dah habis, alang-alang singgah la bakeri Breadeli

Tak Tahu.....

Sejahteralah ke atas kamu... Tak tahu kenapa, ada seseorang kat ofis ni sungguh mengjengkelkan saya. Tak tau la sama ada saya sorang je yang rasa atau orang lain pun rasa. Bila saya fikir-fikir, dia takde pun buat salah kat saya. Cuma perilaku dan gaya dia tu grrrrr..... tak tau nak cakap cemana. Nama dia Kiki [errkkk... 'Kiki' la sangat. Nama cam comel. Dah tentu la ini hanya nickname]. Boss dia Zoey. Zoey ni memang terkenal jengkel sejak dulu. Yang si Kiki ni saya hanya nampak dia sebagai balaci atau pencacai Zoey je, jauh sekali saya nak anggap dia orang kanan. Never. [Chey, 'never' tu perkataan yang Zoey selalu guna. Kahkah.].  Saya ni jenis yang bukan kisah sangat pasal jawatan siapa lagi besar, jawatan siapa kecik. Tak pernah pun nak beza-bezakan pun. Saya yakin ramai orang pun sama macam saya. Kita semua manusia. Kalo pangkat besar pun, makan kena kunyah jugak. Bernafas pun guna paru-paru jugak. Kuku panjang pun kena potong jugak. Berak pun keluar ta

Susuk

Sejahteralah ke atas kamu... Weekend baru-baru ni saya takde kerja, so saya surf YouTube cari apa-apa benda yang boleh ditonton. Pastu jumpa telefilem yang pernah ditayangkan di TV3 bertajuk Jane Jamilah. Lakonan Sofea Jane yang pada pandangan mata saya masih sangat cantik serta anggun, Sheila Rusly, Amyza Adnan dan Shamsul Ghau-Ghau.  Cerita tu jalan cerita dia biasa je, pasal rumahtangga Sofea Jane dan Shamsul yang dah makin pudar. Puncanya masalah komunikasi dan cinta semakin pucat. Mereka ada seorang anak yang dah remaja. So, boleh imagine la perkahwinan tu dah lama. Masing-masing hepi dengan cara hidup sendiri. Buat hal masing-masing.  Balik rumah pun tak bercakap bukan sebab bergaduh, tapi dah takde benda nak cakap. *Agaknya kalo dah lama kawen memang cenggitu kot? Erm... tapi saya tengok mak abah dan ibu pak macam boleh je masih bergurau walaupun dah berpuluh tahun berkahwin. Ikut orang jugak kot? Huhu.* Sampai satu masa, Shamsul ada pompuan lain yang muda dan amik be

Yang Ku Idamkan

Sejahteralah ke atas kamu.. Pompuan mengandung. Mengidam. Saya mengandung. Apa yang saya mengidam? Setakat ni rasanya belum ada. Kalau ada apa-apa yang saya rasa nak makan tu, saya tak rasa itu mengidam. Sebab saya sekarang ni masih tak berselera makan. Cuma syukur alhamdulillah saya dah tak muntah sangat dah. Jadi, kebanyakan jenis makanan yang ada kat atas muka bumi ni saya memang takde hati nak makan. Apa-apa saje yang saya imagine langsung takde rasa dalam hati, "ouhh.. sedapnya kalo dapat makan ni". Never. Kalau saya makan pun semata-mata sebab saya lapar. Dan terpaksa perah otak utk fikir makanan apa yang saya rasa tekak saya BOLEH terima. Huhu.. Dah 4 bulan dah ni. Selera makan masih bermain-main sebelum hinggap pada nafsu saya. Sehinggakan saya ni, let say bila saya cakap kat suami saya... Nak makan sesuatu, contohnya nak makan daging bakar. Bila suami saya tanya, saya mengidam nak makan daging bakar ke? Saya terus dah rasa taknak makan daging bakar. Sebab sa

Kronologi Kenangan

Sejahteralah ke atas kamu... Plan sebenarnya macam ni: Khamis [20 September 2012] : Mak abah datang KL pergi rumah Teh [kakak saya]. Abg Dee hantar. Jumaat [21 September 2012] : Teh bawa mak pergi buat rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Alaa.. yg Ashraf Muslim tu. Sebagai rawatan alternatif kepada sakit jantung mak. Sabtu, Ahad, Isnin : Mak abah bermalam di rumah Teh. Selasa [25 September 2012] : Saya ambil mak abah datang bermalam di rumah saya.  Rabu [26 September 2012] : Saya dah ambil cuti untuk temankan mak abah duduk di rumah saya. Khamis, Jumaat : Mak abah akan berada di rumah saya.  Sabtu [29 September 2012] : Saya dan suami akan pulang ke kampung bersama-sama emak dan abah. Yang terjadi : Khamis [20 September 2012] : Mak abah datang KL pergi rumah Teh [kakak saya]. Abg Dee hantar. Jumaat [21 September 2012] : Teh bawa mak pergi buat rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Malam itu saya call emak dan tanya bila di

Mandi Time!

Sejahteralah ke atas kamu... Sejak kecil mak dan abah jaga saya, suapkan makan, cuci lampin dan mandikan saya. Saya pulak... tak pernah pun jaga mak saya dan tak pernah suapkan makan. Yang paling terkilan, saya tidak pernah memandikan mak saya, walaupun untuk kali yang terakhir apabila beliau telah meninggal dunia. Terkilan sangat rasa hati ni. Bukan saya saja. Semua kakak-kakak saya juga terkilan perkara yang sama. Kali terakhir jenazah Allahyarhamah emak dimandikan, walaupun kami semua adik beradik berada di situ, di sisi jenazah emak, tapi kami seperti terpaku dan semuanya buntu. Tidak tahu apa yang boleh kami lakukan. Tidak sedikit pun membuka mulut untuk menawarkan diri untuk memandikan jenazah mak dengan penuh tertib dan sepenuh cinta. Kami terlalu kaget. Di dalam hati masing-masing, sangat ingin membelai jenazah emak, mengusap dan meratakan air di segenap rambut emak seperti yang telah emak lakukan ketika mandikan kami sewaktu kami masih kecil. Saya sangat ingin members

Rahsia Ajal Di Tangan Allah

Sejahteralah ke atas kamu.... Rasa kehilangan kerana kematian itu kita takkan dapat faham sehinggalah kita sendiri kehilangan seorang yang rapat dengan kita, terutamanya orang itu adalah orang yang kita sayang dan selalu kita peluk dan cium.  Ini kali pertama saya kehilangan orang yang saya cintai di dalam hidup saya. Orang yang selalu saya rindui setiap hari sewaktu beliau hidup. Cuma kekangan masa, jarak dan tanggungjawab tidak memungkinkan saya selalu berada di sisinya. Sewaktu mendapat berita kematian Allahyarhamah emak saya, pada jam 12.30am, 26 September 2012, fikiran saya buntu dan saya seperti telah tersampuk jin blur . Sebenarnya saya sudah pun lena sebelumnya. Jadi bila dapat berita sebegitu, fikiran saya seperti tak dapat digest apa yang berlaku dan apa yang patut saya buat. Saya boleh plak decide untuk balik ke kampung pagi esoknya. Tapi bila kakak saya telefon dan marah saya bila dia tahu saya nak balik keesokkan harinya, saya terus bergegas dan bersiap untuk pu