Iklan! Iklan! Sila Click!

12 October 2012

Apa Rasa Macaron?

Sejahteralah ke atas kamu...


Selama ni tertanya-tanya. Cemana la rasanya kuih cekodok yang namanya macaroon tu ye. Kat blog masakan berebut-rebut berkongsi resepi. Kat FB pun ramai org post pasal macaron. Kat Groupon pun kadang-kadang ada jugak orang discount sale jual macaron pastu siap ada kursus pendek untuk belajar buat macaron. Yang pasti, saya tau harga macaron sangat mahal. Kalau di Groupon tu harga sekapit  sampai RM4.[sekapit itu bermakna macaron dibuat macam biskut, 2 keping dilekatkan, tengah letak krim]. Alahh.. bloggers pompuan mesti alert punya pasal benda ni. Tapi bloggers lelaki saya tak pasti plak. Sebab saya belum pernah lagi jadi blogger lelaki. [Boo! Tak lawak pun!]

Untuk yang memang blur + pemalas nak google cemana kaedahnya makhluk yang bernama macaron ni.



So, semalam bila dah terjebak kena pegi beli makanan kat tempat yang jauh skit daripada rutin harian iaitu kat Sooka Sentral sebab lauk kat cafe dah habis, alang-alang singgah la bakeri Breadelicious[padahal jauh la sangat. Bangunan sebelah jek pun. Biasa beli kat cafe dalam bangunan EsEsEm ni je. Pemalas kan mak buyungs nih?]. Nak beli desert acekonon. Beli fruit tart sekor. Pastu ternampak dalam fridge kat situ ada macaron. Harga RM10 = 7 kapit. Saya pun bersemangat api la membeli. Sebab tak penah rasa. Teringin jugak nak tau cemana la perasaannya bila memasukkan macaron tu dalam mulut nanti. Adakah dia seperti melompat-lompat di dalam mulut saya bak kata Chef Joe?

Balik ofis, terus buka kotak jernih macaron tu. Dan amik satu warna purple. Perisa Yam katanya. Excited benor la ni kan. Nak tau jugak rasa makanan bangsawan ni, sebab dia mahal dan femes sangat kot. So, bila dah masuk dalam mulut tu, terus je perasaan terasa macam noltalgia menjelma. Rasa macaron tu seperti sesuatu yang pernah saya makan waktu kecik-kecik dulu dan kadang2 ada jugak makan bila dah tua ni kalau mengecek anak sedara punya. Rasa dia sebijik macam icing pada biskut Ice Jem yang macam ni;

Gambar daripada LoyalIris

Macaron ni rasanya lagi manis berganda-ganda daripada gula kat biskut ni. Biskut ni kira okay lagi sebab ada biskut yang tawar boleh neutralkan rasa manis gula icing tu. Tapi si macaron ni, manis dia berlipat kali ganda lagi. Kalau tengok bahan-bahan nak buat cekodok macaron ni, simple je. Takde la banyak bahan sangat. 

Saya copy daripada website Martha Stewart.


Dah tu apa ke benda yang boleh buat dia jadi mahal sangat tu? Gula sekilo baru RM2.50. Almond flour tu mungkin la mahal kot, tapi tak sampai secawan pun guna. Pastu telur putih. Telur besar baru 40sen. Cream of tartar tu pun a pinch je. Secubit je. Mungkin kalau mahal pun sebab teknik nak buat dia la kot  yang susah tahap gaban. Tapi aku rasa lagi susah teknik nak buat kuih akok atau jala mas yang kuih Kelantan tu. Kalau kuih akok tu manis, tapi okay lagi sebab ada rasa lemak-lemak telur itik. Ataupun macaron tu  mahal sebab dia makanan barat. Asal daripada French. So, apa-apa je yang datang daripada barat, harus la mahal nak pitam ye tak? Maklumlah.. Jauh import. Heheh.

Macaron satu citer. Belum kira Red Velvet, Pavlova dan Rainbow cake lagi. Semua tu femes gile sekarang. Pavlova tu kalau sedap pun sebab buah-buahan dia dan cream tu. Tapi yang tengah tu saya rasa macam bahulu je. Heheh. Kampung betul selera saya. Red Velvet pun saya rasa takde yang special. Rasanya seperti cake la. Cuma warna dia merah. Rainbow cake belum penah makan. So, tak tau le apa rasanya. Tapi saya yakin rasa dia macam kek biasa cuma dia berlapis-lapis dan berwarna-warni. Cuma satu je yang saya kagum dengan masyarakat kita ni.... semua orang up to date dan trendy serta saling memberi support terhadap sesuatu yang baru. Hahaha. Trendy katanya.

32 comments:

  1. OOOoo rasa mcam biskut icejam yerrr...teringin jugak nak cuba...

    ReplyDelete
  2. OOOoo rasa mcam biskut icejam yerrr...teringin jugak nak cuba...

    ReplyDelete
  3. kila tak pernah rasa macaron.macam tu ye rasa dia.idok ler hebat sangat pun..hehehe..rainbow kek kila pernah r rasa, sekali makan xda lak sampai nak makan berkali-kali..

    ReplyDelete
  4. aku setuju sangat macam ko...
    bagus kerana ko memiliki pemikiran yang kritis...

    ReplyDelete
  5. semuanya biasa je Lyd...dan sha pulak rasa tak salah mencuba tapi tak payah berlebihan sebab at the end of the day yg kita nak up adalah makanan traditional malaysia:)

    macam kat instagram. sha letak segala jenis pix tp at the end of the day komen paling banyak masih pada lauk pauk traditional and kuih2 yg rare.

    cuma mungkin..nak ikut trend.

    sha ada cuba macaron kerana perkataan almond dan harrods...pergila sana nak makan. tapi lepas dah makan hidup tetap macam biasa. Haha:P

    ReplyDelete
  6. owhhhhhhhhh.. camtu ka rasa dia? saya pun tak penah rasa... mmg dengar sana sini sibok dok kata mac ni best.. tak tau ler.. blom ada hati nak test pun... dah kata rasa mcm biskut biji asam a.k.a biskut pusat.. :P (nama saya panggil sejak kecil) tau la... so tak excited sangat lah nak makan... mgkn kaler2 dia wat benda tu nampak menarik.. ye tak? hmmmmm

    ReplyDelete
  7. ooo x penah mkn jugak..slalu tengok je..org ckp sedap....

    ReplyDelete
  8. wah . tengs share psal macaron ni . tapi bila tengok warna warni macam meriah . haha try la nnti :)

    ReplyDelete
  9. Kakcik dah boleh makan pavlova dengan sepuas hati sebab anak bujang kakcik dah pandai buat. :)

    ReplyDelete
  10. saya ni stay kat rumah, mmg tak tau menda yg up to date. nasib ada internet, tu yg tau. tapi tak pernah mkn pavlova..red velvet bagai tu.

    macaron pun sbb suami belikan, dia kalo nampak mknn baru & mcm sdp slalu beli bwk balik. kat klcc sebiji 3.90. sedap tapi over manis.

    apsal mahal? sbb mknn luar dan masih baru di pasaran kot..

    ReplyDelete
  11. hahahahahaha... trend nya adalah.... ko updet makan itu... aku pun nak updet makan itu jugak... barulah kita sama sama up todet... hehehehehe

    ReplyDelete
  12. haha..first time saya baca orang komen kata macaron tu rasa cam beskut aiskrim tu..saya pun tak penah makan sebenarnya..dulu tengok rancangan martha tu ada teringin nak buat..tapi tak terbuat pun..sampai la zaman macaron famous skang ni pun tak buat buat..

    rasanya ye kot..red velvet ngan kek rainbow tu biasa je..maybe sbb icingnya tu guna cream cheese so rasanya lain sikit.. :D

    ReplyDelete
  13. lyd smua nya sy belum test red velvet ,pavlova rainbow kek dan macoran ..tp btul ape yg awk bgtw smua tgh heboh pasal mknan2 ni..jawapan paling kukuh sbb kenapa sy xmkn..sbb smua nye cantik2 dgn kaler yg berwarna warni..sbb tu laa sampai skrng sy mkn cokelat je kek cokelat for example sbb xde laa nampak cantik pun hehehhe

    ReplyDelete
  14. Tak penah makan lagi macaron, tapi memang orang cakap manis.
    Pavlova baru2 ni try buat, okla puas hati.
    Red Velvet penah makan tp macam tak berapa nak kena dengan selera-tapi boleh la makan :D

    ReplyDelete
  15. KA pown x berapa nak minat, ada makan, xde x cari pown hehehe

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum lyd....betul tu sedap juga rasanya mcm biskut...:)

    ReplyDelete
  17. owhhh,,
    macaroon rupanya nama benda alah tuu..
    selama nie tak tau n kadang2x tertanya2x kuih pekebenda nie...hheheh..kira baru la nie..

    ReplyDelete
  18. pstt>> sama la.. x faham gak ngan churp2 tu.. dari dulu, tadi cuba buat lagi.. dia kata account active.. tapi nak share tak pandai plak.. camne ek? saya baru join SAYS.. jom klik sana.. join SAYS plak.. rm5 went u join.. automatically in account..

    ReplyDelete
  19. Lyd..awak kerja kat SSM ek??

    tak ketahuan la pulak saya pasal macaron ni tapi biskut Ice Jem tu pernah lah makan...

    ReplyDelete
  20. aiyak....sgt x suka dgn itu macaron...aku yg suka bende manis ni pun x tahan dgn kemanisan dia.. 1st time mkn tu mmg dah rasa manis tahap gaban(xsuka) tp aku pelik napa la femes sgt cinonet ni sorg so try gak beli kali kedua coz ingat yg 1st tu org kedai x reti buat...2nd time beli rasa mmg sama...mmg reject..
    renbow cake sebenonye sama je rasa ngan kek2 lain...aku juz kagum ngan kewarna warnian dia je...teruja sggh utk makan...dah makan dah pong heheh...mmg suka... i loike(membebal laks...sowie)

    ReplyDelete
  21. Tak pernah mkn macaron, maklumlah lidah Melayu totok, kalau yg manis2 tu cuma reti makan cokodok, goreng pisang dan buah melaka...hehehhe...

    ReplyDelete
  22. I never liked macaron. The level of sweetness is so high, I cannot.

    ReplyDelete
  23. ada jugak tengok hari tu masa try red velvet. kecik secoet tu harga seketul 80 sen tapi tak tergerak pulak rasa hati nak beli. nak tunggu SR buat kot baru nak mkn. ceh, bajet banyak duit nak mkn SR je. muahaha...

    ReplyDelete
  24. macaron manisssss...tp red velvet and macaron ok...lagipun saya suka kek2 nih...so, mmg blh telan la sume tuh..hihi

    ReplyDelete
  25. tak penh try mcaron ni.tp ramai blogger yg dh mkn kata manis.
    rindu plk biskut tu.kecik2 slalu mkn..

    ReplyDelete
  26. xpenah makan macaron....tp dia cute sgt..

    ReplyDelete
  27. dr kecik dh ada biskut tu...apa rahsia boleh bertahan spi sekarang ?

    ReplyDelete
  28. WeH....macam2 dah kuih jelmaan baru ye...tak ikut sangat perkembangan pasal kuih moden ni dah tak perasan..hehe..

    ReplyDelete
  29. hahahah... nice! nice! entry. saya pun mkn cekodok macaron ni skit2 je.. tk leh makan banyak... sbb manis sgt kan... eheheh.... kene banyak minum air...

    suke saya dgn entry ni... dh follow lame, tapi kdg2 tak sempat nak bukak blog sendiri apatah lagi blog org lain. kalau saya comment tu, maknanya baru online la tu... hehehe


    ReplyDelete
  30. filling dia yg mahal akk, bukan ingredients yg akk tulis tu.. hahahahha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...