Iklan! Iklan! Sila Click!

03 October 2012

Mandi Time!

Sejahteralah ke atas kamu...

Sejak kecil mak dan abah jaga saya, suapkan makan, cuci lampin dan mandikan saya. Saya pulak... tak pernah pun jaga mak saya dan tak pernah suapkan makan. Yang paling terkilan, saya tidak pernah memandikan mak saya, walaupun untuk kali yang terakhir apabila beliau telah meninggal dunia. Terkilan sangat rasa hati ni. Bukan saya saja. Semua kakak-kakak saya juga terkilan perkara yang sama.

Kali terakhir jenazah Allahyarhamah emak dimandikan, walaupun kami semua adik beradik berada di situ, di sisi jenazah emak, tapi kami seperti terpaku dan semuanya buntu. Tidak tahu apa yang boleh kami lakukan. Tidak sedikit pun membuka mulut untuk menawarkan diri untuk memandikan jenazah mak dengan penuh tertib dan sepenuh cinta. Kami terlalu kaget. Di dalam hati masing-masing, sangat ingin membelai jenazah emak, mengusap dan meratakan air di segenap rambut emak seperti yang telah emak lakukan ketika mandikan kami sewaktu kami masih kecil. Saya sangat ingin membersihkan hidung dan gigi emak daripada segala kekotoran dengan penuh hemah seperti emak melakukannya untuk saya dulu. Ingin menggosok segala daki di tubuh emak dengan lembut dan santun. Namun semuanya hanya berlegar di dalam fikiran, tidak diterjemahkan menjadi perbuatan. 

Kami hanya biarkan sahaja orang lain melakukan semua itu walaupun hati kami sangat tidak rela. Semuanya ini adalah kerana kejahilan sendiri. Kepada Allahyarhamah emak, ingin saya katakan "Mak, ampunkan kami. Kami sangat ingin memandikan mak untuk kali yang terakhir. Tapi kami kelu untuk menawarkan diri."

________________________________________


Itu adalah kekesalan kami yang dah tak dapat diundurkan semula. Walaupun menangis airmata tebu, yang dah berlaku, telah pun berlaku. Cuma pesanan saya untuk rakan-rakan semua yang masih mempunyai ibu/emak, silalah persiapkan diri dengan ilmu tentang menguruskan jenazah. Kalau tak mampu nak belajar dengan begitu mendalam, cukuplah jika kamu tahu setakat mana kamu mampu menguruskan jenazah insan yang kamu sayangi. 

Biar saya jelaskan. Biasanya di satu-satu mukim, tentu ada pengurus jenazah yang biasa menguruskan jenazah di tempat tersebut. Jenazah akan dibersihkan, dimandikan, menggunakan sabun, meratakan air ke seluruh anggota badan jenazah DENGAN LEMAH LEMBUT, bukannya dengan henyak-henyak sahaja. Cemana kita mandikan bayi, sepatutnya macam tu juga kita kena berlembut dengan jenazah. Dalam situasi tu, biasanya pengurus jenazah akan menawarkan kepada anak-anak untuk memandikan sendiri jenazah ibu atau ayah tetapi akan dipantau dan diselia oleh beliau. Kalau semua taknak buat, barulah pengurus jenazah akan uruskan. TAPI... katakanlah pengurus jenazah tu memang terlampau berbesar hati nak uruskan jenazah orang yang kita sayangi itu [mungkin sebab kawan baik semasa jenazah hidup], sehingga dia terlupa nak offer anak-anak memandikan jenazah itu, maka.... kat sini la kita kena tau apa yang patut kita buat. Jangan jadi kelu macam kami adik-beradik. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak kata apa. 

Apa yang boleh kamu lakukan, ialah... BAGITAHU pengurus jenazah tu. Buka mulut, cakap kat makcik, ustazah atau pakcik atau ustaz tu bahawa kamu adik beradik nak mandikan sendiri jenazah ibu/ayah kamu tapi kamu juga perlukan bantuan pengurus jenazah itu untuk memberikan panduan semasa kamu memandikan jenazah itu. Itu yang sepatutnya. Biasanya, pengurus jenazah akan memeriksa tahap kebersihan jenazah, jika berpuas hati dengan kebersihan yang telah dilakukan oleh anak-anak, beliau sendiri yang akan membersihkan usus si mati. Anak-anak hanya mencuci anggota badan sahaja.

Ambil tahu la daripada sekarang. Jangan sampai kaget kemudian langsung tidak dapat lakukan apa-apa. nanti terkilan tak sudah.

30 comments:

  1. Lyd, sgt tersentuh hati saya membaca entry ini. Saya dah pernah kehilangan ayah & adik lelaki bongsu...tak rela rasanya utk kehilangan ibunda tercinta pula wlupun saya tahu kematian itu adalah pasti. Ye, mmg betul...seeloknya kita belajar cara pengurusan jenazah supaya satu hari nnt dpt kita memandikan ahli keluarga kita sendiri. Apapun, bertabah lah ye Lyd. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Turut rasa keinsafan dan bila baca entry ni Myra turut merasai kejahilan diri...

    AlFatihah buat arwah mak Lyd ye.

    ReplyDelete
  3. masa arwah abah aku meninggal 3 tahun lps, aku pun turut mandikan jenazah, walaupun satu hape x tau. tp sbb ada guidance drpd pengurus jenazah, alhamdulillah, semua nyer ok.

    ReplyDelete
  4. semoga bertabah lyd...kehilangan ibu atau ayah memang sangat menyedihkan...macam saya 3 tahun berlalu selepas ayah pergi...tapi rasa rindu itu sentiasa ada sampai saat ini...rindu sungguh nak jumpa ayah..

    ReplyDelete
  5. memang terasa di hatini .. mesti belajar dari sekarang.. datang keinsafan diri, moga akak laksanakan

    ReplyDelete
  6. Peringatan yang baik kak... Jarang orang nak ingatkan perkara macam ni... Apa pun salam takziah lagi dari saya walaupun agak terlambat... Tq kak :')

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah
    lyd harap tabah and thx for the good reminder to others.. bila bace entry ni baru ade rasa keinsafan..
    TQ lyd.. ;)

    ReplyDelete
  8. salam kak :(.. innalillahiwainnailaihirojiuunn..
    akak.. :(.. xnak komen.. :(

    ReplyDelete
  9. terharu baca entry ni Lyd.. terima kasih juga sebab mengingatkan..

    sekarang ni Lyd.. Doa dari seorang anak yang paling ibu perlukan.. maka berdoalah kita untuk kesejahteraannya di sana..
    Nasib saya baik sikit sebab makcik2 yang urus jenazah tu mengajak anak2 perempuan untuk turut mandikan jenazah mak. atas pemantauan makcik2 tu Alhamdulillah.. saya berkesempatan mandikan ibu saya buat kali terakhir..
    Saya pun nak juga ambil kursus uruskan jenazah kalau ada peluang.

    ReplyDelete
  10. terima kasih mengingatkan. semoga saya sempat berbuat gitu andai mak saya pergi dulu.

    jgn lyd ingat2 sgt kekesalan tu. saya pun ada kekesalan masa arwah bapak meninggal. saya balas rasa tu dgn bykkan doa utk arwah.

    *saya & suami ngundi kat Johor, sbb ikut alamat kat ic. Lagipun mmg nak tolong sana..:)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sebab berikan peringatan ni, inshaAllah..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum lyd...sedih nyer...betul tu kita sebagai anak2 ni sepatutnya belajar semuanya itukan...:)

    ReplyDelete
  13. Maseh mengingatkan. INsyaallah walaupun saya mmg tak tau cara mandikan jenazah tapi untuk mak nanti, saya nak oper diri. *Tapi wallahualam kot kot mak yang nanti mandikan saya dulu*
    My latest Entry :)
    WW:Mee Celop Thai

    ReplyDelete
  14. ya allah.. sedey sangat... terasa nak balik kg sangat... jumpa mak.. dok ngan mak.. bercakap ngan mak.. makan dengan mak.. buat keje sama2 ngan mak.. uwaaa.. rindu mak... takot tidak dapat lagi peluang untuk bersama ngan mak.. ya allah.. kau beri lah ruang dan waktu untuk aku bersama mak..

    ReplyDelete
  15. Sabar ye..maklumlah dlm keadaan kesedihan dan dalam situasi terkejut kadang2 fikiran kita tak mampu untuk berfikir...
    Alhamdulillah..akak berkesempatan turut serta memandikan jenazah emak akak...:(

    ReplyDelete
  16. Di kawasan saya, biasanya pengurus jenazah akan minta semua anak2 bantu memandikan ibu bapa mereka. Jika ibu yg meninggal, anak perempuan diminta membantu pengurus jenazah. Jika ayah yg meninggal, anak lelaki diminta membantu. Cuma pada mandian terakhir anak2 lelaki dibenarkan memandikan ibu mereka dan anak2 perempuan dibenarkan memandikan ayah mereka dgn jurusan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Mungkin tempat berbeza, amalannya berbeza.

    Walaupun Lyd tak dpt memandikan aruah ibu tapi memanjatkan doa utk nya pd setiap kali solat adalah lebih afdal....

    ReplyDelete
  17. al fatihah...

    banyak bersabar... mereka2x yg menguruskannya pasti yang sudah terlatih... kita buat apa yg termampu...

    ReplyDelete
  18. Kalau saya jugak akan begitu kot..semua perasaan bercampur baur. Saya pernah mandikan arwah nenek w.pun air mata lebih deras dr air paip yg mengalir.

    ReplyDelete
  19. Kakcik tak pernah mandikan mak sewaktu hayatnya. Tapi sempat memandikan jenazahnya. Bapa pula kakcik sempat mandikan sewaktu beliau sakit ...

    ReplyDelete
  20. saya empat beradik memandikan jenazah arwah bapa saya. manakala jenazah arwah ibu pula di mandikan oleh kakak2 saya. dan pengurus jenazah memberi tunjuk ajar.

    Pengorbanan kedua ibu bapa kita itu terlalu besar. Al-fatihah buat mereka...

    ReplyDelete
  21. saya berkesempatan memandikan jenazah mak mertua...semoga saya dapat berbakti dengan mak dan ayah saya sementara mereka masih ada...

    ReplyDelete
  22. takziah skali lgi dr sy Lyd..sepatutmya kita semua kena tahu nk pikul tanggungjawab ni kan ..kena start belajaq ni

    ReplyDelete
  23. semua itu milik Allah dan akan kembali kesisinya ... terharu mbak ...hzzz

    http://curhatz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. kene start belajar dh..tu je la kot jasa terakhir kita kan..takziah sekali lagi lyd..

    ReplyDelete
  25. yup, betul tu. saya dah tak ada mak dah lama. mmg tak boleh nak mandikan jenazah mak pun. tapi saya masih ada suami dan suami selalu jugak berpesan nanti kalau dia nanti bacakan yassin utk dia dgn anak2. uruskan jenazah dia. dulu masa belajar ada subjek ni pengurusan jenazah dan ustazah ajar semua ni thru slide. tapi budak2 remaja. duduk dalam lab kat belakang. mana tahan mata ni. mengantuk gila. tapi dah besar ni bila fikir balik, menyesal jugak tak ambil ilmu tu tapi tak apa. masih blh belajar kan.

    ReplyDelete
  26. tg berkongsi LyD, sgt2 tersentuh KA baca apalagi dlm hati ni ada sedikit duka so mudah saja nak mengalirkan airmata!

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah...pengurus jenazah arwah mak aku mmg berpengalaman..dia yg mintak semua anak2 msk ketika nak mandikan arwah...even adik aku yg lelaki pn dia panggil masuk srh mandikan sama... dia bgtau kitorg apa yg kene buat...klu dia x buat mcm tu mesti kitorang adik beradik akan rasa bende yg sama kot..rezeki kitorang...rezeki aku kat situ tp aku xde rezeki nak jmpa arwah mak aku sblm dia meninggal...rasanye dah 2 mggu aku x jumpa dia padahal rumah x de la jauh sgt...jumpa2 mak aku dah arwah

    ReplyDelete
  28. Teringat salah satu ceramah Ustaz Don..tentang anak2 yg mandikan jenazah ibubapa..

    Aku rasa kalau aku kat tempat kau pun, aku kaget dan tak sedia untuk mandikan jenazah org tua aku..sedangkan masa solat jenazah pun aku menangis, inikan pulak masa sentuh jenazah org yg kita sayang..boleh jadi meraung agaknya..

    Aku tak harapkan yang buruk2..cuma andai tiba takdir dan masa, aku harap aku adik beradik ada peluang mandikan jenazah dia..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...