Iklan! Iklan! Sila Click!

29 June 2012

Kisah Cawan

Sejahteralah ke atas kamu...

Okay... lepas dah banyak entry duniawi, sempena hari Jemaat ni saya nak tulis entry membebel plak.

Cerita Malam Pertama
Meh sini nak citer skit. Ada sorang professor ni. Dia ada anak murid yang ramai dan kebanyakan mereka telah tamat pengajian serta bekerja bagus dengan memegang jawatan yang best-best dalam organisasi masing2. Pada satu hari, professor ni nak buat majlis ala-ala gathering dengan anak2 murid dia.

So, pada hari yang dijanjikan, ramai la murid-murid yang hadir ke rumah professor tu. Mereka berbual-bual dan bertanya khabar sesama mereka. So, tiba la masanya professor minta izin untuk masuk ke dapur bagi menyediakan minuman untuk murid-muridnya. Apabila professor tersebut keluar dari dapur, dia membawa sedulang air kopi yang telah siap diisikan ke dalam cawan-cawan yang berlainan rupa bentuk dan saiz. Ada yang bulat dan putih, ada yang baru, ada yang berwarna emas, ada yang panjang ada yang pendek dan ada juga yang kelihatan buruk walaupun bersih.

Apabila professor mempelawa semua murid-muridnya untuk minum, kesemua murid-muridnya mengambil cawan yang mereka sukai. Akhirnya tinggallah cawan yang buruk itu untuk professor. Kemudian, professor bertanya kepada murid-muridnya... apa yang menyebabkan mereka memilih cawan yang mereka telah pilih itu? Semuanya menjawab kerana sukakan bentuk cawan dan rupa yang elok. Kemudian professor berkata, bahawa dia sengaja menghidangkan minuman itu di dalam cawan yang berlainan kerana ingin memberi pelajaran kepada murid-muridnya. Dia berkata, setiap cawan yang mereka pilih itu mengandungi air yang sama rasa dan warnanya. Setiap cawan akan tetap sebiji cawan dan fungsinya tetap sama iaitu untuk menampung air minuman supaya air minuman itu  boleh diminum, tidak kira apa jua rupa dan bentuknya. Jadi, rupa cawan itu hanya untuk memuaskan pandangan mata sedangkan yang ingin dinikmati bukan cawan itu tetapi air minuman yang ada di dalam cawan itu. Kan?

Begitulah juga dunia dan kehidupan. Kita suka memilih apa yang kita tidak perlukan. Kita lebih suka fokus kepada kepuasan pandangan mata kita terhadap sesuatu benda tu berbanding fungsi dia. Apa beza pen matabulat kilometrico yang berharga 70sen[ye ke ada lagi pen berharga bawah singgit?] dengan pen berjenama Parker yang juga bermata bulat yang berharga RM40? Sama je kan fungsi dia untuk menulis? Takde plak kita dengar pen Parker boleh check ejaan kalau tersilap tulis kan? Atau takde plak pen parker tu bleh improve tulisan kita. Kalau handwriting tu dah macam rupa kuew tiaw kungfu, pakai le pen apa pun ye dok? Cuma sebab pen Parker tu mahal, dan rupanya nampak classy maka memakainya pun akan terasa 'lain macam' je mulia.

Saya harap korang dapat tangkap maksud saya. Nak bagi contoh banyak lagi tapi cukuplah sekadar ini. Nanti korang tak baca, takde pekdah jugak aku membebel panjang2.

Manusia biasa la. Ada keinginan yg macam-macam.  Kalau ada manusia yang kata dia takde keinginan apa-apa itu mesti propa je lebih. Dah namanya manusia, ada nafsu. Bila ada nafsu, nafsu la yg request macam-macam keinginan tu. Yang takde nafsu dan keinginan hanya malaikat. Cuma kita sebagai manusia kena tahu impian mana yang betul-betul perlu dicapai dan impian mana yang sepatutnya lebih elok kalau ia terus jadi impian.Maksud saya, tak semestinya impian harus ditunaikan.


Cerita Malam Kedua
Seorang lelaki yang mempunyai 2 orang anak lelaki telah memanggil kedua-dua anaknya untuk menghadapnya. Dia ingin memberikan sejumlah wang kepada kedua-duanya dengan jumlah yang sama setiap seorang. Tetapi dengan syarat anak-anaknya perlu memberitahu dengan terperinci setiap apa yang dilakukan dengan wang yang diterima itu. Setelah menerima wang masing-masing, kedua-dua anaknya pun keluar bermusafir.

Setelah sekian lama,  si ayah memanggil semula kedua-dua anaknya untuk mengetahui apa yang dilakukan dengan wang yang diberikannya dulu.

Seorang anak yang bernama Ali berkata, dia telah berjalan di pasar dan mendapati ada seorang pengemis yang kelaparan. Maka diberikan kesemua wang yang telah diberikan ayahnya kepada pengemis tersebut. Selesai di situ sahaja ceritanya.

Sementara anak yang seorang lagi yang bernama Zahid, telah membeli beberapa barang menggunakan duit tersebut. Kemudian barang-barang yang dibeli itu dijual lalu mendapat untung. Daripada untung tersebut, dia membeli lebih banyak barang untuk didagangkan dan begitulah seterusnya sehingga Zahid menjadi benar-benar kaya dan mampu membeli rumah dan kelengkapan hidup yang mewah. 

Okay... dah baca dan faham cerita kedua tu? Macam itu jugaklah nanti kita akan ditanya oleh Allah. Tentang apa yang kita lakukan dengan rezeki yang telah Dia limpahkan kepada kita. Harta yang kita miliki hanyalah amanah Allah untuk kita. Bukan hak mutlak kita sepenuhnya. Seperti Ali, jika kita bersedekah, maka soal jawab kita dengan Allah akan menjadi ringkas. Sebab lepas kita dah bersedekah, selesailah amanah kita terhadap rezeki tu.

Manakala jika kita ada banyak harta, kita akan disoal ke mana kita laburkan harta yang kita ada itu. Kalau kita beli baju yang mahal, sedangkan baju murah yang kualitinya sama pun banyak dijual, maka kita perlu menjawab nanti. Kalau kita beli kereta Audi, sedangkan jiran sebelah rumah kita hanya jalan kaki je nak pergi kerja, kita juga akan ditanya, kenapa perlu beli kereta Audi? Kenapa tak boleh beli kereta yang lebih murah dengan kebolehan yang sama dan selebihnya beri kepada jiran yang susah takde kenderaan tu. Sedangkan kereta tetap kereta. Yang berfungsi sebagai kenderaan untuk memudahkan kita bekerja. Tapi oleh sebab kita suka bila orang pandang tinggi bila kita pakai kereta Audi, kita rasa bangga sebab kita boleh beli Audi, orang lain takde keta Odi, maka kita dah tak pedulikan persekitaran kita. Dengan alasan, apasalahnya, duit kita dan kita mampu.

Itu contoh je. Kalau dah faham dengan dengan maksud serta contoh-contoh ni, kamu cuba relate kan semula dengan gaya hidup kita selama ni. Apa yang kite beli, sama ada perlu atau tak perlu. Kalau tidak nanti jenuh kita nak menjawab dengan Allah di padang mahsyar. Sebab tu orang kata, orang-orang yang lebih banyak hartanya akan masuk syurga lebih lambat sebab banyaknya perhitungan tentang harta-hartanya. [Lambat tu bukan sebab dia jahat, tapi perhitungan tu yg lama.].

Maaf kalau ada kelemahan dalam entry ini. Semoga ini boleh jadi peringatan kepada saya dan juga korang semua. 


28 June 2012

Award Terjah MakLady of the Month - Contest

Sejahteralah ke atas kamu...



Secara ikhlasnya saya ingin katakan bahawa saya join contest ini adalah semata-mata kerana ingin memberi sokongan kepada rakan blogger, terutamanya blogger yang baru nak meningkat naik [sebab saya bajet mcm saya blogger otai padahal follower tak sampai 600. Kuheh.Kuheh.]. Ya Allah, mintak-mintaklah saya dapat tempat pertama dan menang perfume Lanvin atau D&G Light Blue atau Gucci Envy Me atau Salvatore Ferragamo. 


Ok. Fine . Saya mengaku saya join ni sbb saya suka dengan hadiah yang ditawarkan. Hahaha.

Ada sangat terlalu the very banyak blog yang saya suka terjah.... Kalau nak pilih 2 memang susah sebab semua blog ada identity yang berlainan. Tapi demi untuk memenuhi syarat contest, saya terpaksa pilih 2. Yang saya tak pilih tu bukan sebab tak best tau. Semua best.

Blog 1 : Deeb Punye Citer
Saya suka terjah blog nim sebab gaya penulisannya menarik, lawak spontan, bahasa santai dan ceritanya menarik. Kalau baca entry blog ni, mesti baca setiap patah tak tertinggal. [Padahal semua entry blog lain pun saya baca sepatah pun tak tinggal. Saya hargai setiap apa yg orang cerita dalam blog.]



Blog 2 : Asmara Life





Blog ni plak saya suka terjah dan tertunggu-tunggu entry terbaru sebab banyak cerita pengalaman hidup di negara orang [Jepun]. Baca review yang ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri tentang negara Jepun lebih-lebih lagi dalam bahasa Melayu yang simple bukan ayat skema persuratan Melayu Melaka, membuatkan hati rasa dekat dengan negara Jepun. Owh, kalau nak tau, saya sejak dulu lagi obses dengan Jepun. [bajet jepun la tu..huahuahua. Padahal dulu negara kita dijajah dgn teruk oleh org Jepun. Tapi takpe la.. tu sejarah khennn?].



Kesimpulannnya, saya suka terjah blog yang diupdate secara konsisten. Kalau dia update sehari 2 entry, saya baca. Kalau dia update sekali sehari pun saya suka. Ada banyak blog yang sangat2 bagus tapi jarang diupdate. Tapi takpe la kan... masa lapang bukanlah hak milik setiap insan. Ye dok?

Saya nak tag 3 orang blogger yang tak kurang kesukaannya saya terjah ke blog mereka iaitu :

1.  Republik Makwe Kintan - Suka tag beliau sebab saje nak suh dia update blog. Lama dah tak update makwe.
2.  Maszull - Puan Maszull ni rajin join segmen dan contest. Peace mama! Join ye.
3.  Ujie Othman - Saje bagi cabaran skit kat Pn Ujie ni. Hehehe..
3.  H.A.T.I - Lya Afrina - Ni tuan punye blog yg selalu saya terjah bile dia update. Join ye Lya. Jgn memalu.
3.  Kesuma Angsana - Blog ni ada banyak petua-petua yang best2.

Okay. Cukup 3 kan? Hahahahahaha. *tak pandai mengira. Lemah matematik.

27 June 2012

Squid Punye Sotong

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya rasa kalau saya tulis panjang2 orang tak baca. So, malas nak cerita banyak. Letak gambar je. Kalau ada apa-apa nak tanya angkat tangan.







Sushi style. Ada nasi, seaweed dan cheese inside.Yang ni guna squid biasa je beli kat kedai. Saiz biasa2 je.

Sotong bapak besar tu orang bagi. 3 kali masak baru habis. Semoga Allah membalas kepadanya dengan yang lebih baik.

Tapi sotong itu memang very the sedap and delicious ever. Nahh... cukup setakat ini sahaja ayat2 dalam entry ini.

26 June 2012

Cameron Highlands 2.0 : Review Yang Tak Macam Review Pon

Sejahteralah ke atas kamu....

Beruang Kutub
Hari pertama kami celik mata di Cameron Highlands, rasa seperti tidak picaya   bila spesis beruang kutub macam saya yang selalunya akan cepat panas kalau takde salji, boleh tidur siap berselimut tanpa bantuan aircond mahupun kipas. Suatu keanehan telah terjadi kepada diriku ini. Udara di Cameron Highlands walaupun bukanlah sejuk sampai tahap menggigil, tapi still nyaman dan berangin. Tak sama langsung macam KL. Kuantan pun. Malam pun panas. Pasang kipas 4 bijik pun masih lagi mengewap. Ada yang tak tahan sejuk kat Cameron siap pakai sweater tapi yang paling over, siap pakai scarf lagi kat leher. Memang feeling dok oversea dah tu. Ha okay la.. Dah-dah la mengumpat.


30 Kuntum Ros Tanda Cinta?
Mula-mula kami bersarapan kat Hotel. Lepas tu  kami pegi pasar tani Brinchang. Lokasinya hanya depan tapak pasar malam Brinchang. Tapi tak la se'happening' pasar malam. Sebab takde byk jual makanan. Makanan itukan pentim. Kalau ada jual makanan bleh la beli then makan  sambil tengok-tengok barang ye dok? Yang ada hanyalah sayur-sayuran. Produk2 bosan seperti jem stoberi, asam2[buah-buahan kering], serbuk teh, dan buah-buahan cam oren, stoberi. Tapi alang-alang dah pegi sana kan, beli la jugak beberapa signature Cameron Highlands. Nah, saya berikan gambar sekali dgn harganya....

Ini kaktus. Bukan kak Rus atau kak Tun. Siapa tak tau sila gantung diri di kipas ceiling. Harga yang ini RM10 = 3. Saiznya sebesar penumbuk wanita dewasa sama ada yang gojes atau tak gojes.

Yang ini juga kaktus. Saiznya lebih kecik daripada yang kat atas tu seperti saiz penumbuk bayi berusia setahun empat bulan. Harganya RM10 bleh dapat 7 ekor ketul biji  errrr apa penjodoh bilangan untuk pokok kaktus ek? Selamba je saya tak tau. Kaktus yang kecik ni biasanya berharga RM10 dalam 6 hingga 7 pokok.

Ye-ye je muka memilih kaktus. Gaya le macam rajin sangat nak berkebun. Main Farmville kat facebook pun kebun dah jadi hutan belantara dah lama tak tuai, harap-harap in real life saya lebih rajin berkebun... [puihhh... jangan harap..]. Memandangkan saya sendiri belum tahu prestasi perkebunan saya, jadi eloklah kita beli yang murah je ye. Ada 7 kaktus, 1 dah bagi kat Amaluddin pastu dia main lompat-lompat sambil pegang pokok kaktus. Habis berterabur pasir yang dalam pasu tu kat dalam umah. Haiihhh...


Ahah! Inilah yang selalu jadi idaman wanita. Bunga ros. Yang warna merah tu ada 6 kuntum. Bungkusan lain semuanya ada 8 kuntum. 4 bungkus tu teka berapa RM? Alahh.. takyah la teka. Lambat. Harganya hanya RM10. Murah giler kan? Terbeliak anak tekak. Selamat le bunga ni takleh dimakan. Kalo tak, saya dah beli 40 bungkus. Buat makan anak-beranak. Finally dapat jugak feeling seperti wanita cantik dihadiahkan bunga semasa berdating. Keh...kehkehkeh... Actually saya bukan jenis 'wanita dan bunga'. Bunga tidak relevant untuk diri saya. Tapi kalau dapat bunga sekali sekala, saya suka jugak. Next time kalau rasa nak dpt bunga banyak2, kena pegi Cameron Highlands lagi la nampaknya. Wink! Wink!
Beli madu asli. Ini harganya RM12. Mintak kurang pun hanya dapat kurang singgit. Kedekut tahik hidom masin!

Ini la buah-buahan kering. Tak la buah sangat pun. Yang warna hijau striking tu peria tau. Ada rasa pahit-pahit. Yang warna merah cam selebet je rupanya tu ialah stoberi kering. Tapi yang ni terlalu dry. Lagi best kalo dia ada moisture sikit. Kaler kuning tu nenas kering dan oren tu pisang kaki. [Apsal nama pisang tu pisang kaki?Adakah kerana pisang itu hanya sesuai untuk di'kaki'kan?]. Yang ini harganya 2 kotak RM10. Sekotak lagi ada buah mini tomato kering. Tak buka pun lagi. Elok je tengah bersemayam kat dalam fridge.

Ini jem stoberi versi masam dan nak hampir ke original sebab dia tak banyak gula. Harganya RM8.00. [250g]


Yang muka innesen ni plak jem manis. Yang besar tu mak dia, harganya RM7 [250g]. Dan anak dara dia yang kecik tu harganya RM2.50[tak perasan berapa gram]. Bezanya jem ini dengan jem Lady's Choice ialah jem ini Lyda's choice. Ok. Be serious plissss. Jem Cameron Highlands ni rasa dia sedap. Kalau korang selalu makan jem dan korang perasan, jem biasa, masa nak sapu tu dia ada nampak mcm jeli-jeli skit[macam tekture agar-agar]. Tapi yang ni pure punya jem, bila nak sapu kat roti pun dia tak la berketul sampai kita kena press guna sudu untuk ratakan kt roti. Yang ini masa nak sapu tu sangat smooth. *ikut kepala aku la. Kot-kot korang rasa tak best, terpulang la*.


Erm... lagi apa ye saya beli kat Pasar Tani Brinchang tu? Rasanya ini je la kot. Selain daripada stoberi celup cokolat. Celup! Celup! [nyanyi ikut lagi Nini cokolat celup].

Lepas pergi Pasar Tani Brinchang, saya balik hotel. Relax-relax sekejap. Lepas Zohor baru kiterang keluar semula. Pegi ladang teh. Kat Boh Tea Plantation. Boh Tea Plantation ni ada 2 kat Cameron Highlands. Satu letaknya di Tanah Rata. Satu lagi atas lagi dari Brinchang. Kalau tak silap namanya Sg Palas. Yang kat Sg Palas tu cantik skit sebab dia pakai kasut Pallas. [yey! lawak bodoh!]
Minah Nepal sedang memetik teh. Lepas je snap gambar ni terus je kena buang keja sebab tak produktif.


Saya bukannya minum sangat teh kat umah. Yang ni saje2 beli. Sepeket RM0.60. Ada macam-macam perisa. Yang ni je saya amik. Yang lain semua bagi orang.

On the way balik daripada Boh Tea Plantation, kami singgah di Bee Farm. Kat Bee Farm ni takde apa. Kebun stoberi pun macam hidup malu, pengsan juga yang mahu. Yang ni saya saje amik gambar  stoberi remaja ni. Kot-kot yang tak tau warna stoberi masa belum masak ialah hijau. Tipu je. Sebenarnya nak amik gmbr bunga stoberi tu. Nampak tak yg tengah2 bunga yg warna kuning tu, nanti bila besar, yg itu la akan jadi buah.

Tak caya tengok daun ni. Stoberinya dah habis dilahap oleh 2 ekor beruang kutub. So, tinggal daun ni dgn kesan bunga tu. Cool tak? Cool tak? [cakap cool cepat!!!]


Oleh sebab kami pegi Cameron Highlands selepas musim cuti skolah, so stoberi banyak yang dah habis dipetik oleh pengunjung-pengunjung sebelum tu. Tapi ada saya kesah? Saya tak heran pun nak petik2 stoberi ni. Malas aku. Sebab tujuan saya hanya nak makan stoberi. Sedangkan buah rambutan kat laman rumah kat kampung pun saya malas amat nak pegi petik, inikan plak stoberi. Tak rasa petik sendiri pun takpe. Huk alohhh. Mak jemah tak kisah.
Nyum.... Stoberi kalau nak yang manis, kena pilih yang warnanya merah yang nak hampir ke maroon tu. Merah gelap. Yang tu manis. Sebab tu orang kata kalau nak makan stoberi manis kena makan kat atas [Cameron Highlands]. Bukan sebab buah tu berlagak diva pandai2 bertukar rasa masa kat tempat sejuk atau kat tempat panas. Tapi sebab yang merah2 gelap macam ni, tak tahan untuk dibawak turun. Yang ni yg dah betul-betul masak ranum. Kalau bawak turun, nanti dia berair kang takleh makan plak. Tapi kalau setakat nak bawak turun ke KL tu rasanya sempat lagi kot. Syaratnya lepas je sampai terus kena sumbat semua dalam mulut. Barulah terjamin kemanisannya. Apa-apapun, manis stoberi ni takde la manis yang macam buah mangga atau buah ciku tu. Manis stoberi still ada masam-masam sikit cuma bezanya sama ada masam tu pekat atau masam tu rasa nipis je.


Okay... itu je kot untuk Cameron Highlands 2.0 ni. Saya yakin korang takkan larat nak baca kalau saya humban semua cerita dalam satu entry. Lepas ni sambungan yang terakhir Cameron Highlands 3.0. Tapi yang tu dah tak panjang sangat. Belajar rajin-rajin ye.

25 June 2012

Lobster Macam Ni Pun Ada

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya lapar. Okay, takde kaitan.

Lobster yang normal adalah yang warna hitam tu. Tapi lobster unik yang berwarna oren tu badan dia lebar skit, mcm ada 6pax. Biasanya udang lepas masak baru warna dia bertukar jadi merah, so yang ni mungkin dia dah separuh masak.. kot. Yang merah ni tidak dijual utk dimakan. Hanya untuk display je kat restoren tu.

Yang ni nama dia Calico. Lobster yang ada corak tompok2 kuning. Ni pun separuh masak jugak kot. Ajaib...ajaib... Yang ini pun tersesat sekor kat dlm kolam lobster. So, tokei restoren tak jual. Hanya simpan je.

Ini lagi la ajaib. Warna biru terus. Mungkin hybrid ni. Ataupun mutan. Sama keturunan dgn Mystic dalam citer XMen.

OkBai.

22 June 2012

It's A Wowwee : Hotel Grand Lexis, Port Dickson

Sejahteralah ke atas kamu.......

Citer banyak pun tak guna. Korang tengok je la gambar ni.

Ini bilik yang saya dapat. H122 ni Garden Villa. Nampak macam rumah teres je.

Ini bilik peserta kursus yang lain. Berjiran la kita ye.

Ini horsemate housemate saya. Cubaan membuka pintu yg gagal pada mulanya. Kad tu kami dok cari lubang slot untuk masukkan kad, tapi tak jumpa lubangnya. Last-last baru tau rupanya swipe je mcm kat ofis. Kehkeh. Memang sakai.

Ini gambaran di dalam bilik. Ada 1 katil King dan 1 katil Kong. Maka ada katil King Kong.

Ini meja serbaguna. Sungguh tak 5s meja ini. Kalau termasuk skali dalam evaluation 5s, meja ini mungkin mendapat tempat yang kedua tercorot. [Yang paling corot sudah tentu Division ICT. Hahah]

Cermin kat sinki tu sebenarnya juga adalah tingkap yang boleh nampak keluar swimming pool. Takde plak gmbar tingkap tu terbuka, sbb masa saya amik gmbr ni saya belum dpt discover lagi yang cermin tu adalah tingkap. Ish..ish.. sekali lagi kesakaian melanda diri.

Ini sinki. Nampak tray seblah sinki tu? Keperluan harian sangat complete. Hampir nak perfect.  Syampu, conditioner, sabun tu biasa je. Lotion pun masih lagi biasa. Ada cotton buds dgn shower cap pun still standard. Berus gigi dan ubat gigi dah extra, hotel 5 bintang je biasa ada berus gigi so takde apa sangat. Ada juga mending kit[sewing kit]. Pastu ada shaver kit, ada comb, ada emery board[yg manicure utk tumpulkan hujung kuku bergerigi lepas potong guna nail clipper] dan juga ada dish washer. Hahaha. Yang dish washer ni je yang paling tak pernah saya jumpa diberi percuma kat mana2 hotel. Kalau mereka bagi mouth wash, dental floss, facial cleanser dan deodorant baru la bleh bagi perfect.

Ini mending kit itu. Mcm best sebab jarum dia nampak cam kuat je. Saya terus je kelepet nak bawak balik. Senang la lepas ni nak jahit felt craft. Oyeah..oyeah...
Ini shower room. Selesa. Again, kalau pegi honeymoon pun bleh main tom tom bak kat dalam ni. [angkat kening]



Bathroom scale pun ada yu olls....Electronic lagi.  Towel ada 2 jenis. Yang biru tu towel utk swimming pool. Yang putih tu yg biasa punya la.

Owhh... Look at that! It's a pool! A swimming pool. In a room? Yeah... That's right. Air dalam kolam tu dah terpekik terlolong panggil saya suh terjun dalam kolam. Tapi tidak semudah itu. Mereka tidak tahu yang saya ini penyabar orang ni... [fenyabar sangatttt...] Padahal masa suntuk nak mamfffzzz... Sempat berkubang setengah jam je lepas habis sesi hari pertama. !@#$%^&*()
Lagi gambar tolam lenang.

Swimming pool dari angle lain. Saje nak tunjukkan alas kaki tu. Warffff....
Dayang tepi kolam, mahu jemur tepung, datang burung hitam petuk batang idungidungidungidung.

Not so big, not so small. Just nice for 2 persons. Kalo pergi honeymoon sangatlah sesuai lagi menyesuaikan. Boleh la main dolphin-dolphin dalam kolam.
Bedside table. Ada satu je kat tengah-tengah. Semuanya sangat simple yet contemporary.

Gmbr daripada katil.

ni adalah architecture model Hotel Grand Lexis ini. Nampak tak berkonsepkan apa? Bunga kebangsaan. Macam Dubai punya Palm Jumeirah je kaedahnya ye...
Boleh relate tak konsep Grand Lexis dgn Palm Jumeirah, Dubai ni? Pergh...pepepeperghhh...

Naik buggy car untuk balik ke bilik selepas usaha berjalan kaki untuk bersarapan menemui kegagalan sbb tertinggal kupon kat bilik. Dem!



Dah tengok la kan betapa best lagi mengebestkannya itu hotel Grand Lexis Port Dickson ni. Biliknya cantik. Oh, tak lupa juga, food dia sangat sedap. Saya biasanya kurang suka makan nasik kat hotel. Sebab lauknya biasanya mcm tak bleh nak register sangat oleh anak tekak. Tapi kat sini saya boleh makan nasik [amik setengah senduk je] dengan lauk yang bagi saya quite expensive kot sebab tiap2 kali buffet [lunch, dinner, lunch] mesti ada beef, ada lamb, ada prawn dan ada chikin' yang dimasak dengan berbagai cara yang rasanya sangat sedap. Yang paling sedap, lamb stew dan yang paling tak dapat dilupakan kesedapannya ialah prawn yang di masak ala-ala macam grill prawn with cheese dekat Manhattan Fish Market yang macam ini [sila skodeng lebih pada udang yang dibelah belakang pastu ada cheese bersepai kat atas dia]. 

 




Tapi yang spoil-spoil mood nya, pegi hotel yang best cenggini bukan dengan suami terhensem tapi pegi kursus Fundamental of InnovAsian. Tak bleh bawak spouse. Hanya kongsi bilik dengan seorang wanita lain. So, mandi kolam pun masih lagi mengikut rukun negara ke-5, kesopanan dan kesusilawatian.

Pastu masuk kursus, still kena buat kerja-kerja bosan seperti mind-mapping yang saya pun tak tau le bila akan berakhir sumpahan melukis mind mapping ni dalam hidup saya. Grrrr.... nasib baik le kursus ni best jugak. Best sehingga menjilat hingus. Slurppp... [Disgusting budak lydi ni.]

Ce teka yang mana mind-mapping group saya? Hehehe..

Ni ahli kumpulan saya. Kumpulan..... Ceria Creative. Nampak tak gadis remaja yang paling cun dan kurus selim seperti pemenang America's Next Top Model Season 16. Kehkeh. Yang tengah paling tinggi tu bakal menantu makcik 2 orang tu dengan pakcik yang seblah dia tu[jadi rebutan]. Jangan kacau. Hehehe. Sbb dia soram je bujam. Yam laim semua dah kawim.

Review pasal Cameron Highlands 2.0 will be soon. Tak sabar nak bercerita mak joyah pasal Grand Lexis ni. Ngo cau sin.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...