Iklan! Iklan! Sila Click!

29 June 2012

Kisah Cawan

Sejahteralah ke atas kamu...

Okay... lepas dah banyak entry duniawi, sempena hari Jemaat ni saya nak tulis entry membebel plak.

Cerita Malam Pertama
Meh sini nak citer skit. Ada sorang professor ni. Dia ada anak murid yang ramai dan kebanyakan mereka telah tamat pengajian serta bekerja bagus dengan memegang jawatan yang best-best dalam organisasi masing2. Pada satu hari, professor ni nak buat majlis ala-ala gathering dengan anak2 murid dia.

So, pada hari yang dijanjikan, ramai la murid-murid yang hadir ke rumah professor tu. Mereka berbual-bual dan bertanya khabar sesama mereka. So, tiba la masanya professor minta izin untuk masuk ke dapur bagi menyediakan minuman untuk murid-muridnya. Apabila professor tersebut keluar dari dapur, dia membawa sedulang air kopi yang telah siap diisikan ke dalam cawan-cawan yang berlainan rupa bentuk dan saiz. Ada yang bulat dan putih, ada yang baru, ada yang berwarna emas, ada yang panjang ada yang pendek dan ada juga yang kelihatan buruk walaupun bersih.

Apabila professor mempelawa semua murid-muridnya untuk minum, kesemua murid-muridnya mengambil cawan yang mereka sukai. Akhirnya tinggallah cawan yang buruk itu untuk professor. Kemudian, professor bertanya kepada murid-muridnya... apa yang menyebabkan mereka memilih cawan yang mereka telah pilih itu? Semuanya menjawab kerana sukakan bentuk cawan dan rupa yang elok. Kemudian professor berkata, bahawa dia sengaja menghidangkan minuman itu di dalam cawan yang berlainan kerana ingin memberi pelajaran kepada murid-muridnya. Dia berkata, setiap cawan yang mereka pilih itu mengandungi air yang sama rasa dan warnanya. Setiap cawan akan tetap sebiji cawan dan fungsinya tetap sama iaitu untuk menampung air minuman supaya air minuman itu  boleh diminum, tidak kira apa jua rupa dan bentuknya. Jadi, rupa cawan itu hanya untuk memuaskan pandangan mata sedangkan yang ingin dinikmati bukan cawan itu tetapi air minuman yang ada di dalam cawan itu. Kan?

Begitulah juga dunia dan kehidupan. Kita suka memilih apa yang kita tidak perlukan. Kita lebih suka fokus kepada kepuasan pandangan mata kita terhadap sesuatu benda tu berbanding fungsi dia. Apa beza pen matabulat kilometrico yang berharga 70sen[ye ke ada lagi pen berharga bawah singgit?] dengan pen berjenama Parker yang juga bermata bulat yang berharga RM40? Sama je kan fungsi dia untuk menulis? Takde plak kita dengar pen Parker boleh check ejaan kalau tersilap tulis kan? Atau takde plak pen parker tu bleh improve tulisan kita. Kalau handwriting tu dah macam rupa kuew tiaw kungfu, pakai le pen apa pun ye dok? Cuma sebab pen Parker tu mahal, dan rupanya nampak classy maka memakainya pun akan terasa 'lain macam' je mulia.

Saya harap korang dapat tangkap maksud saya. Nak bagi contoh banyak lagi tapi cukuplah sekadar ini. Nanti korang tak baca, takde pekdah jugak aku membebel panjang2.

Manusia biasa la. Ada keinginan yg macam-macam.  Kalau ada manusia yang kata dia takde keinginan apa-apa itu mesti propa je lebih. Dah namanya manusia, ada nafsu. Bila ada nafsu, nafsu la yg request macam-macam keinginan tu. Yang takde nafsu dan keinginan hanya malaikat. Cuma kita sebagai manusia kena tahu impian mana yang betul-betul perlu dicapai dan impian mana yang sepatutnya lebih elok kalau ia terus jadi impian.Maksud saya, tak semestinya impian harus ditunaikan.


Cerita Malam Kedua
Seorang lelaki yang mempunyai 2 orang anak lelaki telah memanggil kedua-dua anaknya untuk menghadapnya. Dia ingin memberikan sejumlah wang kepada kedua-duanya dengan jumlah yang sama setiap seorang. Tetapi dengan syarat anak-anaknya perlu memberitahu dengan terperinci setiap apa yang dilakukan dengan wang yang diterima itu. Setelah menerima wang masing-masing, kedua-dua anaknya pun keluar bermusafir.

Setelah sekian lama,  si ayah memanggil semula kedua-dua anaknya untuk mengetahui apa yang dilakukan dengan wang yang diberikannya dulu.

Seorang anak yang bernama Ali berkata, dia telah berjalan di pasar dan mendapati ada seorang pengemis yang kelaparan. Maka diberikan kesemua wang yang telah diberikan ayahnya kepada pengemis tersebut. Selesai di situ sahaja ceritanya.

Sementara anak yang seorang lagi yang bernama Zahid, telah membeli beberapa barang menggunakan duit tersebut. Kemudian barang-barang yang dibeli itu dijual lalu mendapat untung. Daripada untung tersebut, dia membeli lebih banyak barang untuk didagangkan dan begitulah seterusnya sehingga Zahid menjadi benar-benar kaya dan mampu membeli rumah dan kelengkapan hidup yang mewah. 

Okay... dah baca dan faham cerita kedua tu? Macam itu jugaklah nanti kita akan ditanya oleh Allah. Tentang apa yang kita lakukan dengan rezeki yang telah Dia limpahkan kepada kita. Harta yang kita miliki hanyalah amanah Allah untuk kita. Bukan hak mutlak kita sepenuhnya. Seperti Ali, jika kita bersedekah, maka soal jawab kita dengan Allah akan menjadi ringkas. Sebab lepas kita dah bersedekah, selesailah amanah kita terhadap rezeki tu.

Manakala jika kita ada banyak harta, kita akan disoal ke mana kita laburkan harta yang kita ada itu. Kalau kita beli baju yang mahal, sedangkan baju murah yang kualitinya sama pun banyak dijual, maka kita perlu menjawab nanti. Kalau kita beli kereta Audi, sedangkan jiran sebelah rumah kita hanya jalan kaki je nak pergi kerja, kita juga akan ditanya, kenapa perlu beli kereta Audi? Kenapa tak boleh beli kereta yang lebih murah dengan kebolehan yang sama dan selebihnya beri kepada jiran yang susah takde kenderaan tu. Sedangkan kereta tetap kereta. Yang berfungsi sebagai kenderaan untuk memudahkan kita bekerja. Tapi oleh sebab kita suka bila orang pandang tinggi bila kita pakai kereta Audi, kita rasa bangga sebab kita boleh beli Audi, orang lain takde keta Odi, maka kita dah tak pedulikan persekitaran kita. Dengan alasan, apasalahnya, duit kita dan kita mampu.

Itu contoh je. Kalau dah faham dengan dengan maksud serta contoh-contoh ni, kamu cuba relate kan semula dengan gaya hidup kita selama ni. Apa yang kite beli, sama ada perlu atau tak perlu. Kalau tidak nanti jenuh kita nak menjawab dengan Allah di padang mahsyar. Sebab tu orang kata, orang-orang yang lebih banyak hartanya akan masuk syurga lebih lambat sebab banyaknya perhitungan tentang harta-hartanya. [Lambat tu bukan sebab dia jahat, tapi perhitungan tu yg lama.].

Maaf kalau ada kelemahan dalam entry ini. Semoga ini boleh jadi peringatan kepada saya dan juga korang semua. 


41 comments:

  1. kita suka sangat bangga bila dapat berkawan dengan keta merc daripada kete kancil...padahal yang memandu tu namanya manusia jugakan...samalah macam citer kat atas...(saja tambah cite)..manusia mudah lupa...manusia juga tolong ingatkan manusia..(takkan haiwan kot kan..he he he)...amin...semoga kita amik ikhtibar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UmmiArissa : itu pon satu jugak. Ada org bila bkawan dgn oang kaya dia pon ada rasa bangga.

      Yusuflaili : ala, kedai makan tak kira la. Itu tujuan lain.

      Nafisa81 : susah nak guna, susah nak jaga, nak beli pon mahal. Kulit je la yg lawa ye dok?

      Nizam arif : hehe. Walaupun nama dia sama tapi kaedah pemanduannya berbeza awak.

      Asmara : itu la. Duniawi ni mmg seronok dikejar. Tapi makin byk yg kita capai makin tak cukup.

      Maszull : mama, peringatan ini utk renungan bersama lebih2 lagi utk diri saya sendiri.

      Ymhundle : wali Allah pun dah tinggal berapa org je lagi kat dunia ni. Ntah2 dah takde dah. Mmg kita susah nk kontrol nafsu sbb kita mnusia, tapi kita cubalah yg terbaik kan?

      Delete
  2. salam;
    -Untuk cerita pertama..aku nak katakan dalam perniagaan minuman dan makanan sudah semestinya kita gunakan cawan dan bekas yang cantik2 tujuan untuk menarik minat pelangan.takkan kita nak gunakan bekas yang tak elok atau yang pesen lama...

    -cerita kedua aku setuju sangat tiada bantahan...Amin!!.

    ReplyDelete
  3. pen mahal susah nak pakai...salah pegang dakwat tak keluar...

    ReplyDelete
  4. ...tapiiii..

    fungsi kereta sorong dengan kereta kancil tak sama kan? hehehe

    ReplyDelete
  5. yg tersirat kene sentiasa bersyukur dan sentiasa memohon rezeki itu adalah dengan redhaNya. Harap2 kita tak terleka dengan duniawi sgt kejar harta tp perkara yang wajib pun tak mampu nak laksana. peringatan utk diri sendiri jugak. :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum lyd....menarik harap mampu jadi peringatan utk diri sendiri dan orang lain juga..;)

    ReplyDelete
  7. betul citer2 ko ni lyd..tapi cam ko ckp tu la..manusia ada nafsu dan tak penah puas..yang betul2 pangkat wali Allah je kot yang tak peduli pasal keduniaan ni..

    ReplyDelete
  8. 2 cerita yang berlainan tapi mempunyai maksud yang lebih kurang sama.

    Pengajaran untuk kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myra Jay : itu la. 2-2 ada maksud tersirat.

      Kyo : mekasih. Peringatan untuk sesiapa jua yg baca lebih2 lagi utk siapa yg menaip entry ni.

      Kesuma angsana : tima kasih awk sbb sudi baca entry kat blog saya ni. Terharu sgt.

      Farah Deeb : amboi tersyasul plak dia. Hehehe.

      Che rosliza : harap2 berguna entry ni.

      En H : biasa la tu awk. Manusia tergoda dgn harta utk puaskn hati sendiri dan mungkin jgk kerana ujub. Semoga Allah melindungi kita daripada godaan nafsu ni semua.

      Ahlam : thanks adik akak sebab suka entry ni. Awk tu kalo free update la blog. Hehe. Lama tak update.

      JR : betul tu JR. Kita ni selalu lupa yang Allah melihat setiap perbuatan kita. Kita slalu main langgar je apa yg Allah dah tetapkan. Astagfirullah.

      Ina : aku pon insap. Tapi kejap2 je. Ade masa aku lupa balik apa yg aku tulis ni. Huhu.

      Delete
  9. menarik entry ni... semoga maendapat pengajaran...

    ReplyDelete
  10. penat lelah saya baca sebab best sgt N3 yg ini.. tq mengingatkan ye

    ReplyDelete
  11. Owh maseh mengingatkan tentang malam pertama eh... kisah pertama dan kedua itu. Bagus untuk muhasabah diri huhuu...

    ReplyDelete
  12. Kisah yang berlainan tapi mempunyai maksud yang lebih kurang sama.

    Pengajaran untuk kita semua nice story

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya lebih kepada nafsu..

    Untuk cerita 1, dari kecik kita disogok dengan kefahaman bahawa yang cantik itu akan terlihat kat mata. Contoh macam cawan, pen or kereta, fungsi tetap sama. Cuma nafsu kita buatkan kita ingin nampak gah dan berharta..

    Untuk cerita 2, yang ini tak reti nak komen macam mana. Sebab kalau diberikan harta, rasanya akan terus memilih utk jadi orang yang berharta. Nafsu tipikal sebagai seorang manusia..

    ReplyDelete
  14. suka dgn kedua2 cerita tuh... penuh pengajaran klu kita telitnya dgn baik.. klu hnya sekadr mambca tmpa pnghayatan mgkin kita takkn faham...

    tq akak atas prkongsian ini... nice.. i like it... ^-^v

    ReplyDelete
  15. Tak ramai org pikir apa yg dibuatnya sdg diperhatikan Allah. Sebab tu dunia jadi mcm ni, pakai langgar saja, lagi banyak kuasa lagi suka langgar hukum...

    ReplyDelete
  16. tu sebab akak lebih suka berkawan dengan sama taraf..takut nak kawan dengan orang kaya


    contest tu khas utk geng Genting ajer yer..maaf lambat reply

    ReplyDelete
  17. byk pengajaran daripada 2 buah crita ne..(^_^)

    ReplyDelete
  18. entry post yang sangat terkesan dalam hati aku...
    sangat menarik...
    mintak share ya, tuan punya badan...hehehe

    http://www.bahrain-info.blogspot.com/2012/06/makanan-arab-di-restoran-saba.html

    ReplyDelete
  19. Sebab tu jangan pandang luaran pandang terus ke hatinya :) Nice story!

    ReplyDelete
  20. aku suka banget sama blognya..
    isi blog dan postinganya bagus, menarik dan bermanfaat sakali..:)
    jangan lupa untuk terus menulis menulis yaa..^_^

    oia salam kenal
    kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
    folloback juga ya buat nambah temen sesama blogger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^

    ReplyDelete
  21. k.lyd kalo bab pen yana memang pilih..bukan pen mahal tp pen yang sedap menulis..pen stabilo jer yang yana suka..lancar bila mnulis..lain2 tu sebab brand kadang2 beli gak..haha..

    betul kan kadang2 dalam hati terdetik gak macam tu..'sebab kita mampu apa salahnya' huhu..takut lah..ya Allah jauhkanlah kami dari sifat riak..

    ReplyDelete
  22. kita panggil cawan..tp klu kat jepun x leh sebut wo...lucah

    ReplyDelete
  23. kisah 1 :

    jgn nilai seseorg drp luaran,. tp isinya...?? cantik luar belum tentu cantik dalam...\

    kisah 2 :

    ingin menjadi org senang.. bukan kaya raya. senang...supaya dpt mnikmati hidup dgn aman..dgn kesederhanaan

    ReplyDelete
  24. insap sekejap la kak lyd nye entri ni..hihihi..lame x jenguk sini..

    btw..thanks kak lyd krn mengingatkan..kdg2 kan..kite rse kite dh ckup byk buat baik..tp sbnrnye kite x sdr sbnrnye..bkn la ckup..dgn bacenye entri ni..mengigatkan la..thanks kak lyd.. :)

    ReplyDelete
  25. cerita2 yg penuh pengajaran.

    berharta mmg digalakkan..tujuannya utk diri sndiri supaya tak meminta-minta. Dan yg kedua supaya membantu (sedekah/zakat) mereka yg memerlukan.

    problemnya, bila dah berharta..kita mudah lupa nak kongsi sebahagian kesenangan dgn yg lain.

    ReplyDelete
  26. terima kasih untuk peringatan ini...god willing,xkan dilupakan...

    ReplyDelete
  27. betul

    Narrated Anas ibn Malik; AbuSa’id: The Prophet (peace be upon him) said, “O Allah, grant me life as a poor man, cause me to die as a poor man, and resurrect me in the company of the poor.” Aisha asked him why he had said this, and he replied, “Because they will enter Paradise forty years before the rich. Do not turn away a poor man, Aisha, even if all you can give is half a date. If you love the poor and bring them near you, Aisha, Allah will bring you near Him on the Day of Resurrection.”
    Tirmidhi and Bayhaqi, in Shu’ab al-Iman, transmitted and Ibn Majah transmitted it up to “in the company of the poor” on the authority of AbuSa’id
    Al-Tirmidhi – Hadith 1376

    http://myhadithoftheday.com/resurrection/

    ReplyDelete
  28. cerita pertama dan kedua tu kan kita nampak apa yg ada di depan mata kita... dengan yg tidak nampak... macam sedekah tiada nampak di depan mata tapi berganda di akhirat nanti insyallah..

    ReplyDelete
  29. salam akak.. bestlah kisah motivasi ini.. santai tp berilmu.. kisah pertama tu sal cwn.. mmg itulah hakikat kehidupan kt.. kite lbh memilih yg tersurat sdgkan yg tersirat itu lain.. tp ade juga yg lebih membuka 'mata' untuk menilai..

    ReplyDelete
  30. akak memang best...
    post akak dapat memotivasikan diri saya...thanks akak...
    btw saya dah lama tak jenguk blog akak rindu pulak rasanya hehehe...

    ReplyDelete
  31. membaca sehingga ke titisan terakhir. bagus utk peringatan. kita ni banyak didorong oleh nafsu nafsi. kadang2 tak terkawal semua tu kan? bahaya ni. isk3...

    ReplyDelete
  32. Sungguh bermanfaat..
    saya faham maksud cerita tu..

    ReplyDelete
  33. http://tudungshawl95.blogspot.com/

    jom tgk tudung cantik :) follow ea

    ReplyDelete
  34. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  35. sgt setuju..bleh ambek sbgai pengajaran:)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...