Sejahteralah ke atas kamu.... Paling utama, ini semua adalah kuasa dan ketentuan Allah. Selain itu, punca yang menyebabkan selepas setahun berkahwin baru kami berusaha untuk mendapatkan zuriat adalah kerana saya dan suami yang belum bersedia. Kata 'bersedia' itu ramai yang salah faham kononnya kami ini risaukan rezeki tak cukup untuk anak itu. No! Bukan itu kesediaan yang kami maksudkan. Sebab kami sangat yakin kepada Allah. Kami yakin rezeki setiap anak itu ada. Dari mana dan bila, semuanya Allah yang lebih mengetahui. Saya faham ada ramai, malah terlalu ramai orang di sekeliling saya yang tak setuju kalau saya katakan ingin tunggu setahun baru dapat anak. Alasannya sebab saya ni dah tua bangka. Dah 30-an pun. Paling last boleh dapatkan anak pun sebelum umur 40. Paling baik 38thn ke bawah. So, kalau saya nak tunggu lagi, mereka 'bimbang' saya tak dapat melahirkan ramai anak. Tapi takpe la. Yang saya kejarkan bukan kuantiti anak, sebaliknya kualiti. Jika