Sejahteralah ke atas kamu....
Kali ini saya benar-benar mengandung. Bukan lagi mengandungi lemak seperti selalu. Well, lemak pun still ada la. Tapi kali ni mengandung yang betul-betul mengandung. Yang ada segumpal darah di dalam rahim saya ni. So, apa lagi? Cepat ucapkan tahniah.
Berpuasa di bulan Ramadhan semasa hamil ada faedah tetapi ada juga musibahnya. Musibah kewww? Takde la musibah pun. Ayat tu jaga-jaga skit ye Lydi. Nanti anak dengar. Maksud saya, cabaran la. Walaupun alahan saya tidak teruk mana, tapi loya dan mual serta rasa berangin satu badan, nak sendawa tak lepas dan pedih ulu hati tu mesti la ada. Rasa yang sangat familiar dengan kehamilan. Pagi tadi masa makan nasik waktu sahur pun boleh jeluak* 2 kali. [*Jeluak tu macam nak muntah tapi hanya tak keluar apa-apa].
Faedahnya pula tentulah banyak. Dah tentu bulan Ramadhan kan? Waktu ini la sifat-sifat baik manusia terserlah. Baca blog pun, bahan-bahan bacaan semuanya yang elok-elok. Amal ibadat pula tentulah lebih berbanding bulan biasa. Walaupun sepatutnya ibadat ni perlulah dilebihkan tidak kira bulan apa pun betul tak? Betul tak? Eleh, korang setuju kan? Tapi malu nak mengaku kan? Takpe saya faham. Rancangan TV pun Banyak yang bagus-bagus diantaranya kisah sejarah nabi, sejarah tamadun Islam, rancangan memasak pun berunsurkan Islamic. Tapi kena tengok channel Al Hijrah je la. Heheh. Sebab channel tu je yang paling elok rancangannya. Channel lain ada juga seperti Oasis dan TV9.
Aktiviti mama dibulan Ramadhan ni pun yang baik-baik je. Eceh. Terus saya me'mama'kan diri. Baca buku. Baca Quran. Tidur. Tidur itu baik okay. Dan main game kat henfon. Yang dua mula-mula tu je yang baik. Yang 2 terakhir tu plak memang 'baikkkkkk sangaaatttt' la kaedahnya.
Kalo korang nak tau, [nak ke korang tau ni? ]saya ni tak suka makan ubat hospital. Sebab saya kesian kat hati saya. Nak proses ubat tu. Chemical la ubat-ubatan tu. Kalau My Chemical Romance takpe jugok. Lagu sedap. Tapi bila dah hamil ni, memang doktor akan sarankan untuk ambil vitamin yang default untuk org hamil. Asal hamil je folic acid. Asal hamil je folic acid. Tapi folic acid kira okay lagi la. Sebab saiz dia kecik je. Besar lubang hidung bayi baru lahir je. Pastu kena makan pun sekali je sehari yang mana pagi tadi saya lupa nak makan. Kuheh.Kuheh.
Orang kata, folic acid ni is very important untuk perkembangan bayi. Sebab trimester pertama ni la bayi nak berkembang. Ini adalah waktu yang pentings. Ini seriuss... Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah... Haa tengok.. Lagu wonderpets pun saya dah hafal. Nampak tak? Nampak tak? Dari awal lagi saya dah terapkan nilai-nilai murni kepada anak saya dan temankan dia tengok wonderpet sejak saiznya sebesar biji bijan lagi.
Saya bukan nak komplen atau nak mempertikaikan kepandaian doktor-doktor serta saintis juga chemists yang ada di seluruh dunia yang mencadangkan pengambilan folic acid ni. Tidak sama sekali. Cuma saya curious je. Mereka kata, tanpa folic acid bayi mungkin bermasalah. Mungkin terbantut perkembangannya. Semua ibu-ibu pun bila dengar ayat begitu pastilah akan risau betul tak? Siapa la yang nak anak dia ada masalah. Tapi kadang-kadang saya terfikir, adakah saranan ini hanya kerana bisnes semata-mata? Bisnes ini memang menguntungkan. Jika banyak negara mengambil folic acid daripada syarikat pengeluar tu untuk diberikan kepada ibu-ibu hamil di negara mereka. Buat duit yang banyak juga. Bukannya apa. Saya fikir, para ilmuan Islam pada zaman kegemilangan Islam dulu, yang sangat bijak seperti Avicenna [Ibnu Sina], Al Khwarizmi, Al Khindi dan lain-lain sangat menguasai bidang sains dalam masa yang sama juga adalah orang yang sangat tinggi ilmu agama mereka, adakah ibu-ibu mereka mengamalkan makan acid folic? Adakah ibu Imam Syafie yang boleh menghafal Al Quran sejak umur 9 tahun juga mengambil folic acid? Yang paling hebat, manusia sempurna iaitu Nabi Muhammad junjungan kita, yang saya rindui, yang begitu hebat... Adakah ibu baginda juga makan benda yang sama?
Maksud saya, jika jawapannya tidak.... saya sangat-sangat ingin tahu, apa yang mereka amalkan semasa hamil kepada anak-anak yang hebat itu? Apa amalan pemakanan mereka selain daripada amalan bersolat sunat, berzikir dan membaca Al Quran? Owhh... I'm dying to know. Yang pasti, pemakanan mereka tentulah semuanya suci dan bebas bahan kimia. Erm... Apa nak buat, zaman sekarang, air paip pun berkarat. Kalau penapis air tu, setiap 2 minggu sekali kena cuci.
Anak ini.... adalah kerana Allah. Untuk menjadi pembela umat Islam dan penegak agama Allah. Saya akan berusaha menjaga diri saya dan anak ini supaya perkembangannya positif.
Suami saya pun sekarang dah rajin tulis blog tau. Dia pun ada blog sendiri tau. Tapi private la blog tu. Hanya saya dan dia je boleh baca. Sweet kan dia? Kekasih saya seumur hidup. :)
alhamdulillah... tahniah lyd.. jaga kesihatan ye.. semoga lyd sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmatNya.... tumpang seronok dgr berita gembira ni.. hehe
ReplyDeleteThanks Kyo makcik bedoh.
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah..jag kesihatan baik2 ye
ReplyDelete*tumpang heppi
tahniah ye lyd. pedih ulu hati tu biasa kalau lmbt mkn ke tak mkn. mkn la mknn sunnah. kurma, delima. haaa... blk nnt crk tau.
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah akak..sy pulak bile nk pregnant ni ye..kwin dh 2 tahun lbih...akak jg baby baik2 ye
ReplyDeleteAkhirnyaa....Tahniah ye Lyd...mama kena rajin makan ubat ye..susu pun mama jangan lupa ye..bolehlah cari info2 tentang ibu hamil pulak ye...saya lak terlebih gembira ni...wah sukaaaanyeee....
ReplyDeleteWahhh ye keee? Bestnyaaaa nak dapat baby! *Over excited mak ni tak bleh blah* Tahniah Lyd! Kite dulu pun anak no-2 ngan no-3 mengandung mase bulan pose tapi layan je pose tu haha. Cume yg 3rd child je taim tu dah tua dan dipenuhi dgn pelbagai penyakit ngade so kite kena la rujuk dokt pakar sket. Anak no 1 & 2 mmg kite x sentuh lansung ubat doktor sbb malas nak makan haha. Dokt tu tak kate kalau x mkn nnt baby membesar x bagus dan lain-lain bidaah tu... Tp ade diff la ngan anak no-3 sbb anak no 3 ni aktif dan badan dia berisi lagi dr yg kakak n abangnya hasil makan folic acid tu. BTW sebagai penutup, ekhem... ape link private itu ye akaka *sebok gak nak tau*
ReplyDeletePenBiru : Terima kasih sbb tumpang heppi.
ReplyDeleteAnisAlya : Ye la.. LUpa pasal buah delima. Boleh la cari nanti. Saya suka jgk buah delima.
MakweKintan : Terima kasih. Jgn gundah. Bila tiba masanya Allah tau kamu dah bersedia, pasti akan tiba saat itu.
Ummi Arissa : Susu tu ingatnya nak amalkan susu kambing. Tapi... alamakkk.. rasa dia tak berapa mesra tekak la.
Farah Deeb : Serius ke awak tak usik ubat doktor masa peknen anak 1 dan 2? Saya nak cuba juga, tapi risau la sebab dah doktor ckp macam tu kan. Huhu. What shud i do kak seri siantan.
Salam Lyd.. TAHNIAH! TAHNIAH! alhamdulillah...
ReplyDeletejaga diri. jgn wat keje berat2. bulan puasa ni klu larat tu, boleh je. smua atas kita. jgn manjakan sgt. insyaALLAH selamat. ML dulu puasa penuh! masa mengandung. Tpi pelan btul2 waktu sahur, makan ubat dan make sure eat the right food. ;)
Alhamdulillah, syukur nikmat (Malaysia maju rakyat selamat!) hehehe
ReplyDeletetahniah Lyd. saya tumpang gembira. saya pon tengah amalkan makan folic acid tp dari farmasi la(jenama Iberet) - dengan harapan ada la rezeki jugok. kuheh kuheh. jaga diri baik2. banyak minum susu utk ibu mengandung. jgn lupa makan makanan tggi iron dan calcium. pendek kata makan makanan bernutrisi lengkap lah. bagus untuk perkembangan anak. dapat yg jenis tggi DHA dan omega pun bagus untuk otak. makan kurma byk2. aa, banyaknya pesan! haha. xcited tau!! kalau agak2 alahan teruk bulan ramadhan ni jgn paksa dri utk puasa (takut boleh dtg mudharat) ok? congratzzz!
aku dahtahu ko mengandung sebenarnye... *pandang ina* hahahahahhahahaha....
ReplyDeletenak tips anak rambut lebat macam Ya?
aku pun tak tahu... hihihihiihih... mungkn sebab aku selalu doa, jgnla rambut anak aku macam rambut aku yg berbulu ini...
selamat mengandung ok!
tahniah tahniah!
hehe..
ReplyDeletekalau tak nak amik supplement folic acid, tak pe.. seius.. sebab folis acid terkandung dalam buah2 juga.. antara buah yang paling kaya dengan folic acid adalah strawberry :)
tahniah n jaga diri elok2...insyaAllah anak yg bkl lahir tu nnti akn jd seorg yg penyabar sbb mak dia dh didik utk puasa di bln barakah ni...aminnn...
ReplyDeleteassalamualaikum lyd...lama tak dengar cite dengar2 ada cite baru...
ReplyDeletealhamdullilah tahniah yer...akhirnya akan ada baby di rumah nanti kan...
jaga2 semasa awal mengandung ni semoga akan hadir cahaya baru dlm hidup lyd n suami...:)
tahniah sebab bakal menjadi ibu... pasni x leh merepek lebey2 lak. nnt baby ingat mak dia x btol.
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeleteRezeki tu...
juga ujian buat ibu
banyak2 berdoa... lebih-lebih lagi sebelum 4 perkara dituliskan untuknya...
Tahniah, tahniah, tahniah...saya suka tengok pompuan mengandung, wajah walau agak tembam tapi berseri2 dan seperti mengeluarkan satu aroma yg sangat seksi (bercakap berdasarkan pengalaman seorang JR yg isterinya pernah mengandung dan melahirkan setengah dozen anak...)
ReplyDeleteDear Lyd,
ReplyDeleteCongrats!! Rezeki di Bulan Ramadhan untuk menjadi seorang mama. Seronok saya baca tulisan Lyd. Bukan Lyd saja yg terfikir tentang ubat2 semua tu. Since 1st pregnancy lg saya dah terfikir. Zaman Nabi, para sahabat dan Imam Shafie dulu wujud ke yg dinamakan folic acid atau Obimin? yg mana wanita hamil skrg wajib makan. Hehe...tp sebab malas nak argue, kita ikut jela nasihat doktor. Yg bagusnya, dlm bulan Ramadhan ni kita dpt mkn byk buah kurma yg sgt bagus utk kesihatan ibu hamil. Wah...panjang pulak bebelan saya. Excited sebenarnye! sebab saya kan tgh hamil jugak...so ada geng :)
All the best ye...bertabahlah mengharungi trimester pertama ini...take care.
wah..tahniah kak.. jaga janin bebaik yea..
ReplyDeletekak, roti goreng tepung tu simple je.. tapungnya tu bancuh ala2 nak buat cucur tu la..tapi bagi cair sikit.tmbh la baking powder sikit supaya rangup.n secubit garam.pastu celupla roti yang telah disandwichkan n goreng mcm biasa..minyak pakai sikit je..kalo byk kang nnti roti tu serap byk minyak.. tu je..
selamat mencuba..(^_^)
congrats Lyd... jaga kesihatan baik2... lagi pulak first trimester masa bulan puasa...kalo saya pengsan kot puasa masa first trimester... mmg teruk gile alahan nye kedua2 anak...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletetahniah Lyd, tumpang gembira..
Jaga kesihatan ye.. walaupun dulu masa mengandung saya ingat2 lupa telan vitamin saya tetap nak pesan jugak kat awak supaya telanlah folic acid tu untuk 4 bulan pertama hehehe..
tahniah, hapy for u juga, yg penting hati ibu kena bersih tau !
ReplyDeletetahniah dari kami juga... lepas ni sabar je la layan kerenah sampingan untuk fasa pertama.....
ReplyDeletewahh..alhamdulillah...yg nombor berapa ni??:)
ReplyDeletewah..
ReplyDeletetahniah awk... teruja sy dengar n.. dh brape bulan ye?? take care ye..jaga pemakanan..
psl folic asid tu.mybe melalui kajian kan.. tp bg lya..kuasa tuhan mgatasi sgalanya.. sbb.. kes asya dulu y mbuatkan lya lbh pcayakan pd kuasa ilahi...
kalo fikir logik.. rsanya zaman kakak & abg2 lya dulu.. mana ada makn folik asid pon.. ank2 kampung.. bersalin pon kt rumah j.. tp alhamdulillah..abg & kakak2 lya sempurna & berjaya..
semuanya drp allah swt..cuma sbg manusia.. kt cuma harus berusaha utk berikan y terbaik buat ank kita.. selain folic asid, ferrost pon kna makan kan???
lya nak suggest awk mkn neurogain utk ibu mgandung.. try la cari kat farmasi.
Tahniah... jaga diri & kandungan baik2 :-)
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah dan tahniah dr saya
ReplyDeleteTAHNIAH LYD! syukur rezeki ramadhan ni. tumpang happy sbb saya entah bila.
ReplyDeletenak bagi nasihat mmg tak bolehla, takde pglman.
salam;
ReplyDeleteaku tak kata banyak...tahniah awak dah mengandung maka bertambahlah penduduk malaysia..apa2pun jaga kandungan awak baik2 dan anak tu rezeki dari Allah...
tahniah akak... jaga diri n baby elok2 yer... selamat brpuasa jga.. ^-^v
ReplyDeletetahniah kak.. smoga mndpt ank yg soleh solehah.. :)
ReplyDeletebtul tu kak. kdg2 ubat2 tu just cari untung je..
tahniah lyd..doakan aku aku pon cepat dapat baby gak..
ReplyDeletekalau edy amik pholic acid tu skrg ok tak/ hehehe
ReplyDeleteoerasan baby
wah sweetnye..cmne la nak wat private blog ni huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Lyd Tahniah! yang ditunggu2 akhirnya berkunjung juga. eceh.. Mudah2an Lyd terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang baik utk terus membawa zuriat tersayang. Betul tu jaga diri pemakanan dan segala2nya agar yg dilahirkan dapat menjadi khalifah terbaik di muka bumi. Amin..:)
ReplyDeletetahniah akakk.!
ReplyDeletesal suami akak sweet sangat?
Uwaaa... nak khawinnnn.. #lempang.#
wahhh wahhh tahniah tahniahhh! :D
ReplyDeleteand yes,sweet gila suami akak ni! :D
Lyd..
ReplyDeleteTahniah.. Welcome to the club.. :)
tahniah yer;)
ReplyDelete3bulan ciksu menyepi..datang je da citer baru yer...
tumpang gembira dengan lyd ;)
lyd..tahniah..baru tau..take care okey
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletemaaf zahir batin dari ciksu *-^