Skip to main content

I Know From The Start, It's Not Easy

Sejahteralah ke atas kamu....

Paling utama, ini semua adalah kuasa dan ketentuan Allah. Selain itu, punca yang menyebabkan selepas setahun berkahwin baru kami berusaha untuk mendapatkan zuriat adalah kerana saya dan suami yang belum bersedia. Kata 'bersedia' itu ramai yang salah faham kononnya kami ini risaukan rezeki tak cukup untuk anak itu. No! Bukan itu kesediaan yang kami maksudkan. Sebab kami sangat yakin kepada Allah. Kami yakin rezeki setiap anak itu ada. Dari mana dan bila, semuanya Allah yang lebih mengetahui.



Saya faham ada ramai, malah terlalu ramai orang di sekeliling saya yang tak setuju kalau saya katakan ingin tunggu setahun baru dapat anak. Alasannya sebab saya ni dah tua bangka. Dah 30-an pun. Paling last boleh dapatkan anak pun sebelum umur 40. Paling baik 38thn ke bawah. So, kalau saya nak tunggu lagi, mereka 'bimbang' saya tak dapat melahirkan ramai anak. Tapi takpe la. Yang saya kejarkan bukan kuantiti anak, sebaliknya kualiti. Jika mereka lebih suka kuantiti, then just go with it. Saya tak pernah rasa nak pertikaikan prinsip orang lain dalam bab-bab mendapatkan zuriat ni. So, saya pun mengharapkan orang tak pertikaikan prinsip saya.

Let me tell you, apa yang menyebabkan saya selalu rasa tak sedia untuk mendapatkan zuriat. Pertamanya sudah tentulah sebab saya nak bermanja puas-puas dengan suami dan hidup berdua dahulu sebelum adanya anak. Terus terang saya katakan yang saya tidak begitu kenal suami saya semasa kami berkahwin. Jadi, biarlah saya bercinta dahulu dengan suami. Bila dah kenal dan cukup berdating, dah cukup tergedik-gedik, then barulah ke langkah seterusnya. Alhamdulillah selama setahun ini nampaknya begitu mudah untuk saya kenal dan faham suami saya. 

Kedua, sebab saya ni sebenarnya penakut. Saya takut nak merasai pengalaman mengandung tu. Saya belum sedia untuk muntah-muntah dan lembik. Saya belum sedia untuk rasa loya dan mabuk-mabuk. Yang mana semua simptom kehamilan tu saya dah mula rasa sekarang. Saya dah mula muntah-muntah. Kemudian kepala ni sentiasa rasa 'weng' dan 'ting-tong'. Isi perut plak sentiasa berkelahi di dalam perut menyebabkan rasa bergolak dalam perut tu memberi rasa yang sangat tak selesa. Senang cakap, rasa kehamilan muntah-muntah ni semua sungguh 'enak' sekali choki-choki. Letih tau. Orang yang dah pernah hamil mesti tau kan? 

Dan ketiga, sebab utama yang buat saya rasa belum betul-betul bersedia untuk hamil ialah persediaan saya untuk menjadi ibu. Semua orang tahu bahawa menjadi ibu ini bukan tugas yang  mudah, bukan main-main punya citer. Saya belum sedia untuk menyerahkan seluruh perhatian saya untuk anak sebab selama tak ada anak ni, perhatian saya hanya untuk suami dan diri saya sendiri sahaja. Saya belum sedia untuk berjaga malam, saya belum bersedia untuk berkorban segalanya untuk anak. Saya belum bersedia untuk mengutamakan anak, contohnya membeli pakaian anak terlebih dulu sebelum beli baju sendiri. Sebab, saya tahu bila saya telah menjadi ibu nanti, saya pasti akan merasa semua itu. Perasaan berkorban itu akan automatik ada. Memang betul, kalau nak tunggu betul-betul bersedia, sampai bila-bila pun tak sedia betul tak? Cuma bagi saya, saya perlukan masa untuk bersedia daripada segi mental dan fizikal yang dah makin lama makin lemah ni. Dan masa yang saya minta hanya setahun sahaja selepas perkahwinan.

Semuanya, kerana saya tahu bahawa hamil ini bukan sesuatu yang mudah. [Yang bernasib baik tak ada alahan tu memang beruntung la. Tapi saya melihat sejarah keluarga, mak dan kakak-kakak saya kebanyakannya memang alahan teruk.]. Nak menjaga anak yang lahir juga bukan sesuatu yang mudah. Juga untuk membesarkan anak supaya menjadi anak yang berkualiti juga bukan mudah. Jadi, saya hanya inginkan masa untuk saya prepare kepala otak saya dan badan saya untuk hadapi semua tu. Alhamdulillah Allah izinkan. Cukup setahun, sekarang saya rasa saya dah bersedia untuk berhadapan dugaan mempunyai anak.

Jadi, ingin saya katakan kepada rakan-rakan blogger yang blum mempunyai zuriat, be cool. Tak perlu risau-risau sangat. Allah yang lebih mengetahui bila saatnya yang sesuai untuk kamu mendapat rezeki zuriat itu. Allah yang lebih mengetahui sejauh mana kamu bersedia. Jadi, jangan terlalu kecewa. Sementara masih berdua, enjoy sahaja waktu-waktu berharga tu ye. InsyaAllah tiba masanya nanti akan ada rezeki kamu. [tapi saya faham, kadang-kadang kita sendiri okay je. Cuma org sekeliling la yang buatkan hati kita selalu sentap dengan pertanyaan-pertanyaan kan?]






Comments

  1. teringat pulak zaman sy ngandung dulu... mmg lembik... hehe..pengalaman kan.. bkn semua org blh dpt...

    ReplyDelete
  2. yer 10 markah tok ladyshine :)
    kerana memahami..ciksu nak masuk 5 tahun tau...masih sabar walaupon byk suara2 sumbang di belakang sana..huhu

    ReplyDelete
  3. orang kata, beranak sulong ni sungguh mencabar dari segi nak menyelitkan insan baru dalam kehidupan suami-isteri. Anak ke-2 dah ok....

    ReplyDelete
  4. agree kak..but thanks sbb kata2 smgt tu..sbnarnye sy pn xsedia lg nk ade ank..suami pun ckp dia xkisah..wlupn dh 2 thun kwin tp rase xpuas lg hdup berdua..nk manja2..huhu..cme org keliling asyik tnye je..pulak tu adk ipar sy yg kwin lmbt staun sri kmi dh ade ank..bunting pelamin katakan..but ini bkn halangan utk sy..yg pnting enjoy dlm hidup..=)

    ReplyDelete
  5. Myra suka perenggan last tu, kata2 semangat untuk diri sendiri jugak ;)

    Kita sama bercinta lepas kawen.. ;)

    Tp Myra dah bersedia dari mula kawen, tapi belum rezeki lagi kan.. Usia perkahwinan pun dah nak menghampiri usia 3 tahun :)

    Masih lagi berusaha.

    ReplyDelete
  6. saya pulak takut nak besalin..kakak2 saya citer ngeri2 je. lagi satu, risau camne nak didik anak..cabaran besar zaman moden ni.

    mcm lyd kata, saya nikmati je hidup berdua..walau dh lama kawin blm ada zuriat. stress tu tak, sbb sgt2 yakin dgn ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  7. abg teringin nk anak kecik lagi..tp.......

    ReplyDelete
  8. moga tahan dlm meniti hari2 untuk bergelar ibu ye kak..(^_^)

    ReplyDelete
  9. Saya dulu kawen masa belajar... Memang best bercinta ngn suami sendiri masa study...tanggung jawab tak banyak...tak pening pk pasal kerja... gi sekolah balik sekolah sama2...study sama2 hehehe... tapi bunting pelamin jugak le...masa muda tu mana le reti nak control2 kan... haishhh...

    Masa baby lahir kami suami isteri baru 3 bulan masuk kerja... seb baek dah start kerja... betul laaa soal anak kena plan betul2...apapun kita hanya merancang...Allah yg menentukan.

    ReplyDelete
  10. Ini kali pertama sy mengalami alahan & mual segala. believe it or not, yg 1st & 2nd pregnancy mmg sy steady je...cuma bab nak melalui masa berpantang tu je yg sy rasa trauma sikit. Jenuh nak jaga tau. sebab tu 3rd pregnancy ni sy ambil jarak masa 4thn br nak pregnant lg...tp sbb umur dah meningkat so mmg cepat penat. Tetiba pulak yg kali ni mual loya teruk...aduhhh...merasa jugak! huhu...take care ye mommy-to-be...mesti excited kan Lyd? :)

    ReplyDelete
  11. doakan yang terbaik aje utk Lyd, moga dipermudahkan ye!

    ReplyDelete
  12. teringat posting ke-2 saya masa buat blog dulu.
    http://maharani-kecik.blogspot.com/2009/11/were-expecting.html
    memang tension dengar orang dok sok sek. bukannya kita tak usaha pun, cuma belum ada rezeki. masa saya pregnant 2bln bulan ramadhan 3thn lepas alahan teruk juga. tak boleh nak makan. last2 puas dapat 6 hari je bulan tu. pucat lesi, rasa macam nak pengsan! so Lyd pun jangan paksa diri sangat. ada sebab org mengandung dberi kelonggaran.

    ReplyDelete
  13. lya setuju dgn kata2 awk.. hnya tuhan y tahu bila rezeki & waktu y sesuai buat kita..

    sama mcm lya..2 thn kawin baru dpt asya.. tp..bg lya sebelum seseorg tu merancang nk ada anak..kena fikir semua sudut, ekonomi & penerimaan diri sndiri.. tkut kalo x bsedia mjadi tekanan..

    tgk smpai skarang..lya just ada asya sorang.. walaupon hati terasa nk tmbah.. tp..lya & fain mmg belum bersedia nak tambah lg..mybe atas pgalaman mgandungkan asya dulu..

    sama mcm y awk rasa nk bermanja dgn suami sepuasnya.bgitu gak y lya & fain rasakan.. nk berikan kasih syg y spenuhnya buat asya..lya sakit..jd kna fikir smua.. kalo ada ank lg..ntah apa akn jd pd bakal ank2 lya..

    lya percaya..hanya allah y mgetahui.. jd..bg lya.. andai dh ada rezeki.. x kemana..tuhan ttp akan hadirkan dia dlm hidup..sama sperti asya..hadirnya dlm hidup lya.. & sama seperta 2 org lg ank lya y lbh disayangi allah swt.. mgkin bkn rezeki lya & fain untuk membesar ke-3 org ank..

    mcm kata awk...lya pon utamakan kualit..bukan kuantiti.insyallah..dengan zuriat y ada ni..kita berikan ilmu y terbaik & berkualiti..

    ReplyDelete
  14. saya yang anak sorang lepas tu tak tamnbah2 pun orang bising.memang rimas tapi kita lebih tahu kemampuan kita.orang cakap apa pun bukan boleh ubah apa2.

    dulu lepas kawen saya pun ambik masa setahun untuk mengandung.sentap tu jangn cakap la.sampai malas nak balik kampung..heheh

    harap2 lepas keluar yang kedua ni jangan la dengar lagi "bila nak tambah lagi sorang.?"

    rimas!

    ReplyDelete
  15. biasalah orang2 sekeliling ni, saya yg dah 3 ni pun ada jugak sibuk tanya bila nk tambah. chewah! sodap mulut je kan. nasib baik duduk jauh, jrg jumpa org. hehe.. tp apa pun Lyd jaga diri pemakanan semua tu. yg penting emosi pun kene jaga, masa ni la sensitif yg terlampau. Harap2 Lyd terus bertahan hingga tiba saatnya. Amin.. take care! ;D

    ReplyDelete
  16. usah pedulikan kata org akak.. yg penting akak rasa bahagia.. dan jaga kesihatan 2 yer.. xsabar nak tgok anak akak.. msti comel cam akak... ^-^

    ReplyDelete
  17. betul tu. ukan kita yang rancang semuanya. kalau kita dah bersedia nak ada anak, tup2 sampai 5-6 thn pun tak ada anak lagi... semua tu Allah tentukan. saya dgn husben tak merancang sebab kami suka budak2. tgk la sekarang. budak2 ni kalau husben balik tak ingt mak lagi dah. adeehhh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya