Iklan! Iklan! Sila Click!

17 July 2012

Koyak Menanti Rabak

Sejahteralah ke atas kamu...

Satu hari, saya masuk lif. Daripada tingkat 23 nak turun ke tingkat 1. Sampai kat tingkat 22, seseorang masuk. Seorang yang saya kenal. Kawan saya, Chah. Nampak dia bawak kunci kereta. Saya expect dia mesti nak gi mengulor ni [sbenarnya aku yang mengulor. Kehkeh.] Saje nak cari topik perbualan, spontan je saya puji kasut dia cantik. Memang cantik la pada pandangan bebola mata saya. Ikhlas ni tau. Kasut itu warnanya hitam berbaldu pastu ada blink-blink. Bukan setakat puji je tau. Saya siap test plak tu masa dalam lif tu. 

Bila Chah tengok kasut itu muat pada kaki saya, dia terus tanya... "Nko nak kasut ni?". "Uikss....". Marah aku ke apa si Chah ni, kata saya...[dalam hati je lah]. Mintak test je terus nak bagi aku? Geli ke dengan kaki aku? Kaki aku ada cagu ke? Ada kurap ke? Something fishy di situ. Jadi, saya tanya dia, "Kenapa? Ko nak bagi aku ke?". Chah kata kalau saya nak, nanti dia bagi. Sebab kasut tu membuatkan dia sakit kaki bila pakai. Oooh. Begitu kesahnya. Dia bawak kunci keta tu pun sebab nak pegi kat keta untuk tukar kasut lain.

Orang dah nak beri, kita terima ye tak? Kalau nak tunggu saya sendiri yang pegi beli kasut ada blink-blink, memang payah le. 2,3 hari selepas itu saya pegi tuntut kasut tu daripada Chah. Mula-mula tu kaki saya pun mengalami penderitaan jugak bila pakai kasut tu. Tapi takpe la. Buat degil je. Pakai jugak walaupun kaki dah sakit rasa macam nak meletup. Orang bagi. Kita kena hargai. Mulia kan?

Tapi... sekarang... bila dah lenjan kasut tu, kaki pun dah makin selesa pakai kasut tu, baru saya perasan, bentuk kat hujung kasut tu dah berubah. Dah jadi empat segi, bukan 3 segi seperti biasa. Dah sah.... kaki petak saya ni mana sesuai pakai kasut muncung tirus. Kena pakai kasut bentuk muncung buaya atau muka lembu.






Rupa-rupanya dah koyak dah. Terkeluar margin dah kat muncung dia. Tak lama lagi tu ada harapan besar nak rabak terus.Yehuu... Boleh beli kasut baru....

*Chah... ada lagi tak kasut yang menyakitkan kaki ko. Meh bagi aku meh...

25 comments:

  1. hahaha...leh plak mntk kasut kt chah lagi ye...ni pesen jimat duit tol ni...=)

    ReplyDelete
  2. he he rezeki dlm lift pown ade yek lyD!

    ReplyDelete
  3. haha..tergelak besor kome membaca e'..aok nih...

    ReplyDelete
  4. Ha'ah cam taw2 jer timing dia, beli baru, terus pakai raya sok... jimat3

    hihihi baiknye ati chah, nak kawan bole ^_^

    ReplyDelete
  5. I ada gk kasut yg myakitkn kaki..huhu..

    ReplyDelete
  6. xpe2 beli kasut baru leh siap wat raya skali :D

    ReplyDelete
  7. bukan kasut je rabak ni...poket suami pun boleh rabak jugak ni...he he he..

    ReplyDelete
  8. kasut pompuan murah2 je lyd..cer tengok kasut laki plak..nak beli pon pikir banyak kali..haha

    ReplyDelete
  9. salam;
    rezeki awal sebelum ramadhan agaknya!.

    ReplyDelete
  10. jadilah... walau dapat guna sekejap tapi jadilah, kan?

    ReplyDelete
  11. kena pakai terompah baru tak terkoyak kot. hahaha...

    ReplyDelete
  12. kasut baru memang akan terasa sakit kaki, tapi saya layankan aje sebab nanti lama2 kasut tu akan mengembang ikut bentuk kaki kita..saya pun sama pakai kasut macam akak habis kua margin..baru ler belian tu berbaloi2 dan tak membazir..

    saya akan pakai kasut tu puas2 sbb tu saya suka beli kasut sbb kalau kat ofis saya memang sentiasa berkasut dan tak pernah pakai selipar macam kawan2 lain..

    ReplyDelete
  13. mmg rezeki lyd la tu..dpt kasut free.

    nak beli kasut mmg kena tengok jenis hujung kaki kita. Lg satu, kasut jenis tirus depan ni mmg tak elok pakai kalau ikut kesihatan. sbb ia tekan kaki kita.

    ReplyDelete
  14. saya pun sama gak..takleh pakai kasut yg tirus kt depan. yang paling selesa... selipar jepun...ngeee

    ReplyDelete
  15. uit..lama dah kasut tu bru ada entry ke..hehe..neway terharu i u buat entry pasal kasut tu..
    nanti aku selongkar bonet kete tgok ada x lgi kasut lain

    ReplyDelete
  16. hahah.. mmg tergelak saya baca ni. tu la kene beli kasut ukur kaki sendiri ye dak. hihi.. (sambung gelak) ;D.

    ReplyDelete
  17. haha..sweety cuma pakai kasut yang terdedah kt depan tu je..sbb kaki ne bukan tirus mcm model..hohoho

    ReplyDelete
  18. untung nya ada kawan macam chah.tolong tanya dia jap ada tak apa2 lagi barang kat umah dia yang dia baru beli takpi tak nak pakai...asaya nak kirim alamat ni..ahahahah

    ReplyDelete
  19. salam awk.. lamanya x dtg sini..a rini bru start bw skit2...

    hehe... ksut penuh camni..kalo mula2 pakai mmg akan melecet sket..tp bila dh serasi..lps tu ok la... lya pon xleh pkai y jenis tirus gni..sbb kaki lya ni jnis bsr..bkn tirus

    ReplyDelete
  20. Nasib baik kaki tak turut jadi empat segi.....

    ReplyDelete
  21. Makwe Kintan : Tu ah. Nak raya ni kalau dpt kasut free lagi, elok jgk.

    Kesuma Angsana : Heheh.. Rezeki itu ada di mana-mana.

    Nafisa81 : Palih. Sampai hati aok gelokkan koi.

    Nita : Eh, takleh..takleh. Chah kawan saya je. [kedekut kawan sendiri]. hehe.

    Sisdee : So, apa yg terjadi dgn kasut tu? Pakai ke tak? Kalau tak pakai meh la bak dtg sini.

    Ardini : Bijak perancangan kan? Terus boleh beli kasut raya.

    ummiarissa : Saya jarang merabakkan poket suami. Heheh. Biasanya benda2 macam ni saya beli sendiri je. Baik kan saya?

    YM Bundle : Itu la pasal. Kasut pompuan nasib baik murah. Sbb kalo murah tak tahan lama. Kiterang takleh pakai kasut sama je lama2. Boring. Heheh. Lelaki plak jenis yang susah nak tukar2 kasut ye dok? Sbb tu dia kena beli kasut mahal yg tahan lama. Pdahal byk je kasut lelaki yg murah. kasut bata murah apa.

    YusufLaili : Mungkin la jugak. Tapi kasut ni dah lama dah.

    Nizam : ha ah.... bersyukur je la dgn apa yg ada. Kekeke.

    AnisAlya : Pakai terompah gergasi terus. Boleh kongsi ramai2 kan?

    Safiyya : Elegant sepanjang masa ye awak ni. Dlm ofis pun tak pakai slipor jepun. Hebat.

    ReplyDelete
  22. Ujie : Harap2 lepas ni ada lagi org bagi kasut free. heheh. Seronok sekali sekala pakai sesuatu yg orang lain pilih utk kita.

    FnF : Mentang mentang dok kat jepun. Selipar jepun je dia suka ye. Tapi yg buat kat Malaysia pun panggil selipar jepun jugak. Selipar jepun Tat Sing.

    Ecah : Haa.. tau pun terharu. Mmg niat aku nak suh ko terharu pon. Heheh. Dah selongkar belum keta? Tak sabar nak dpt kasut lagi ni.

    Asmara : Sebab tu kalau beli sendiri biasanya tak beli yg muncung tirus. Tapi bila org bagi, bleh la test gak sekali sekala. Kasut tirus ni cantik kan?
    *oohhh...gelakkan saya ye...

    Sweety : Akak pun suka pakai kasut yg terbuka kat depan. Ada skit udara untuk kulit kaki nak bernafas kan?

    Silent Node : Sliper tetap di hati. Hehehe.. penting sliper jepun kan?

    Diana : hahahha... chah kata nanti dia cari.

    LyaAfrina : Haaa... saya pun dah lama tak nmpak awk komen kat sini. tapi takpe, saya faham.. ada masa kita mmg betul2 takde peluang nak online. Kaki saya kecik je Lya, mcm kaki sindirlela. Hahah. Cuma bentuk kat depan tu mcm 4 segi skit. kekeke. Sbb tu tak sesuai pakai kasut tirus.

    JR : Hahahha, selamat la kaki tak jadi 4 segi, kalo tak... kena pakai kasut bentuk batu bata la.

    ReplyDelete
  23. hahahaha..klyd ni..tak tahan gelak oh..kasut muncung buaya atau muka lembu?ahah ada ker?tunjuk la kasut tu kat kawan akak..mst dia gelak..hehehe

    ReplyDelete
  24. hehehe mcm suke jer kasut tu koyakk...eheheh :P

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...