Sejahteralah ke atas kamu.....
Seminggu sebelum saya balik kampung, saya ada menelefon mak saya. Saya beritahu mak yang saya akan balik pada 28 April [Ahad] sampai 1 Mei [Selasa]. Kemudian saya dengar emak seperti mumbling sendiri. Saya tanya, "mak cakap apa tadi?". Pastu mak saya kata, "tak... mak kira tarikh ni. 1 Mei tu hari Selasa. 5 Mei tu hari jadi awak.....".. Erm... walaupun mengingati harijadi anak sendiri itu adalah common sense bagi seorang ibu, tapi saya tetap jugak rasa terharu sebab mak ingat lagi tarikh lahir saya. Mak saya bukan muda lagi. Dia lahir masa zaman Jepun lagi. Usia dia sekarang dah mencapai angka 70-an. Anak mak saya pulak ada 8 orang. Tapi.... bila dia maish ingat tarikh lahir saya, saya rasa itu adalah amazing.
Suami saya kerap berpesan kepada saya.... Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran kita, orang yang patut kita celebrate adalah mak ayah kita. Bukan diri kita sendiri. Kita yang patut beri hadiah kepada mak ayah kita semasa hari jadi kita. Bukan mereka yang beri kepada kita. Sebab.... pada hari kita dilahirkan tu.... kita tak buat apa pun. Hanya keluar dan melalak. Yang berhempas pulas mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita ialah mak kita. Dan ayah pula, kelam kabut menguruskan persiapan kelahiran kita. Jadi, apalagi alasan untuk kita tak meraikan mak ayah kita kan? Kalau tak dapat celebrate, telefon dan ucapkan terima kasih kepada mereka... Terima kaish kerana lahirkan kita. Terima kasih sebab jaga kita sejak kecik sampai le kita dah besar. Dan terima kasih sebab bersabar dengan perangai kita. Kalau yang duduk dekat dengan maka ayah lagi best. Boleh peluk cium mereka.
Ulang tahun kelahiran saya tahun ini sama juga seperti tahun-tahun sudah. Tiada sambutan yang akan dilakukan. Mungkin saya hanya duduk di rumah dan membuat pavlova untuk dilahap bersama suami saya. Harapan saya... semoga tahun ini membawa lebih keberkatan di dalam hidup saya berbanding tahun-tahun sudah.
ye lah betul kata suamai awak tu,besar benar pengorbanan ibubapa kita,setiap kali hari lahir kita,kita patut ingat bagaimana susah payahnya mak ayah kita nak membesarkan kita...pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa dan lebih baik...tahniah atas usia yang semakin meningkat..
ReplyDeleteTerima kasih ummiarissa.
ReplyDeletePernah dgr kat mana ntah..ckp mcm tu la. mcm suami lyd ckp tu. Mmg betul..
ReplyDelete*amazing la mak lyd masih ingat tarikh lahir..anak ramai..umur 70an! Mmg sgt terharu.
Mak ayah mmg takkan pernah lupa setiap kelahiran anak2 nya...saat menyambut baby baru kan :)
ReplyDeleteAnyway, selamat hari ulangtahun Lyd. May Allah bless. Amin.
Saya ada 9 beradik, mak saya tak pernah lupa hari lahir kami anak-anaknya. Tapi bila kami bersembilan sempat berkumpul dan saya tanya "Ingat tak bila mak dilahirkan?". Rupanya tak seorang pun yg ingat tarikh lahir mak, malah tahun dia dilahirkan pun ada yg tersasul...Alfatihah utk ibu saya...
ReplyDeleteterharu kata husband Lyd...kirim salam kt dia yer
ReplyDeletesalam;
ReplyDeleteKalau nak dipikir2 memang betul kata suami awak tu...kenapalah selama ini kita tak terpikir langsung benda ni dan satu lagi kita terimakasih pada Tuhan dialah yang beri nyawa sewaktu kita dilahirkan..
betul la cakap suami awak..
ReplyDeletepatutnya kita la yang meraikan mereka..
betul2..
ReplyDeleteUjie : Rasanya mmg mak-mak akan ingat bday anak2 dia kot.
ReplyDeleteMrs R : Terima kasih.
JR : AlFatihah untuk ibu JR jugak.
Khairul : Dah kim salam dah.
YusufLaili : Sebab slama ni kita asyik rasa yg kita la yg patut diraikan semasam harijadi kita. Huhu.
Diana : Ye betul.
YM Bundle : Betul jugak.
setuju dgn kata2 suami mu itu....
ReplyDeleteJagau : Terima kasih sebab setuju.
ReplyDeletesayangilah ibu bapa anda. hehehe... makan je kerjanya ye. timbang naik ke turun?
ReplyDelete