Skip to main content

Hari Untuk Mengucapkan Terima Kasih Kepada Mak Abah

Sejahteralah ke atas kamu.....

Seminggu sebelum saya balik kampung, saya ada menelefon mak saya. Saya beritahu mak yang saya akan balik pada 28 April [Ahad] sampai 1 Mei [Selasa]. Kemudian saya dengar emak seperti mumbling sendiri. Saya tanya, "mak cakap apa tadi?". Pastu mak saya kata, "tak... mak kira tarikh ni. 1 Mei tu hari Selasa. 5 Mei tu hari jadi awak.....".. Erm... walaupun mengingati harijadi anak sendiri itu adalah common sense bagi seorang ibu, tapi saya tetap jugak rasa terharu sebab mak ingat lagi tarikh lahir saya. Mak saya bukan muda lagi. Dia lahir masa zaman Jepun lagi. Usia dia sekarang dah mencapai angka 70-an. Anak mak saya pulak ada 8 orang. Tapi.... bila dia maish ingat tarikh lahir saya, saya rasa itu adalah amazing. 

Suami saya kerap berpesan kepada saya.... Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran kita, orang yang patut kita celebrate adalah mak ayah kita. Bukan diri kita sendiri. Kita yang patut beri hadiah kepada mak ayah kita semasa hari jadi kita. Bukan mereka yang beri kepada kita. Sebab.... pada hari kita dilahirkan tu.... kita tak buat apa pun. Hanya keluar dan melalak. Yang berhempas pulas mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita ialah mak kita. Dan ayah pula, kelam kabut menguruskan persiapan kelahiran kita. Jadi, apalagi alasan untuk kita tak meraikan mak ayah kita kan? Kalau tak dapat celebrate, telefon dan ucapkan terima kasih kepada mereka... Terima kaish kerana lahirkan kita. Terima kasih sebab jaga kita sejak kecik sampai le kita dah besar. Dan terima kasih sebab bersabar dengan perangai kita. Kalau yang duduk dekat dengan maka ayah lagi best. Boleh peluk cium mereka.

Ulang tahun kelahiran saya tahun ini sama juga seperti tahun-tahun sudah. Tiada sambutan yang akan dilakukan. Mungkin saya hanya duduk di rumah dan membuat pavlova untuk dilahap bersama suami saya. Harapan saya... semoga tahun ini membawa lebih keberkatan di dalam hidup saya berbanding tahun-tahun sudah.

Comments

  1. ye lah betul kata suamai awak tu,besar benar pengorbanan ibubapa kita,setiap kali hari lahir kita,kita patut ingat bagaimana susah payahnya mak ayah kita nak membesarkan kita...pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa dan lebih baik...tahniah atas usia yang semakin meningkat..

    ReplyDelete
  2. Pernah dgr kat mana ntah..ckp mcm tu la. mcm suami lyd ckp tu. Mmg betul..

    *amazing la mak lyd masih ingat tarikh lahir..anak ramai..umur 70an! Mmg sgt terharu.

    ReplyDelete
  3. Mak ayah mmg takkan pernah lupa setiap kelahiran anak2 nya...saat menyambut baby baru kan :)

    Anyway, selamat hari ulangtahun Lyd. May Allah bless. Amin.

    ReplyDelete
  4. Saya ada 9 beradik, mak saya tak pernah lupa hari lahir kami anak-anaknya. Tapi bila kami bersembilan sempat berkumpul dan saya tanya "Ingat tak bila mak dilahirkan?". Rupanya tak seorang pun yg ingat tarikh lahir mak, malah tahun dia dilahirkan pun ada yg tersasul...Alfatihah utk ibu saya...

    ReplyDelete
  5. terharu kata husband Lyd...kirim salam kt dia yer

    ReplyDelete
  6. salam;
    Kalau nak dipikir2 memang betul kata suami awak tu...kenapalah selama ini kita tak terpikir langsung benda ni dan satu lagi kita terimakasih pada Tuhan dialah yang beri nyawa sewaktu kita dilahirkan..

    ReplyDelete
  7. Ujie : Rasanya mmg mak-mak akan ingat bday anak2 dia kot.

    Mrs R : Terima kasih.

    JR : AlFatihah untuk ibu JR jugak.

    Khairul : Dah kim salam dah.

    YusufLaili : Sebab slama ni kita asyik rasa yg kita la yg patut diraikan semasam harijadi kita. Huhu.

    Diana : Ye betul.

    YM Bundle : Betul jugak.

    ReplyDelete
  8. sayangilah ibu bapa anda. hehehe... makan je kerjanya ye. timbang naik ke turun?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...