Skip to main content

Buat Chicken Patty Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu....

Chicken patty ni adalah nama Amerika untuk daging burger ayam. Burger biasanya sangat disukai oleh kanak-kanak. Tapi sebagai ibubapa, takkan la asyik nak bagi anak makan burger yang dibeli je. Walaupun mudah dan ringkas, senang kerja takyah susah-susah nak potong-potong tomato sendiri, takyah nak belah roti sendiri, tapi burger yang kita beli kat luar terutamanya di restoran makanan segera, sangat le unhealthy atau pun senang cakap makanan yang tak menyihatkan. Ada banyak sebab kenapa burger kat luar tu tak sihat. 1. sebab burger tu digoreng. Guna minyak yang diulang-ulang plak tu. 2. Sebab daging burger tu makanan proses sejuk beku. Maksudnya tak fresh.  3. Sebab bahan awet, bahan campuran lain, penstabil dan bahan2 kimia dalam tu. Semuanya boleh membahayakan kesihatan, bukan sahaja anak-anak tapi diri kita jugak.

So, kalau rajin, apakata sekali sekala, buat daging burger tu sendiri. Saya buat chicken patty ni untuk buat sandwich untuk mat Azghul. Kadang2 bila dia balik malam, dia lapar tapi taknak makan nasik. Saya ni kan a wonderful wife, mesti la nak sediakan jugak makanan lain untuk mat Azghul. Biar dia kenyang dan puas makan.

Okay, sekarang biar gambar yang menceritakan segala......



Sorry ye gambar ni terencat skit.

Gmbr ni pun terencat. Ada teleng tak kepala korang? hahaha.







Setakat sini je la proses membuat chicken patty ni. Perisa yang saya letak tu mungkin ada sikit unhealthy tapi kira okay la sebab bukan letak banyak sangat. Lagipun itu je perisa yang saya campurkan. Takde bahan kimia lain. Chicken patty ni insyaAllah rasanya sedap kalau dimasak dengan penuh kasih sayang. Dan yang paling penting, ianya segar, dan bersih. Kita boleh control kualiti makanan kita sendiri. Untuk anak-anak saya rasa sangat bagus. Kalau tanak letak black pepper, letak garam je pun boleh. Korang bayangkan sendiri la rasa ayam rebus. Yang rebus kosong pun rasanya dah sedap. Original flavour yang ada pada ayam tu mmg dah sedap. 

Chicken patty ni, korang boleh makan dengan roti, letakkan tengah-tengah roti, pastu letak salad, tomato, timun, capsicum, masukkan dressing sauce yang korang suka. Macam saya, saya suka kalo sandwich saya ada kombinasi rasa, masam manis masin. Saya tuang sikit madu bersama sos dan mayonis yang saya perah limau. Nyum. Mat Azghul sangat suka.

Comments

  1. abg dh telan ayaq lioq dh nie hehe

    ReplyDelete
  2. salam;
    Wah!camtu je rupanya buat daging burger terima kasih daun keladi kalau ada............

    ReplyDelete
  3. sedapnya...nk tryla...nyum nyum...^__^

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Lyd....wah sedapnya...:)

    ReplyDelete
  5. khairul : hehehe... terliuq ka?

    yusuflaili : biasanya orang akan goreng atau grill jugak daging burger yg buat sendiri. Tapi saya pilih rebus. Sihat skit.

    MakweKintan : Try la. Senang je.

    maszull : mama, try la. Bleh bagi cucu makan tanpa rasa was-was.

    ReplyDelete
  6. Senget jap kepalaku tapi nampak sonang giler. Bleh terai! :P
    My latest Entry :)
    Surprise la sangatt!!!

    ReplyDelete
  7. mat azghul..hahahahhahaha..kau ni comel aku cubit bolehhhh?

    nak cuba jugaklah...sambil mengumpat pun boleh siappp...

    ReplyDelete
  8. Farah Deeb : Mmg sonang. Kalau susah pun masa nak baca resepi ni je. Sbb kena sengetkan kepala.

    QuTaq : Comel ke aku? Heheh. Ala.. malu la aku. Jgn le cubit. Mat Azghul tu mcm nama naghul dalam the lord of the ring.
    Cuba la wei. Senang je.

    ReplyDelete
  9. hehehe.... saye pun nak mencuba jugak..
    nasib baik ada gambor buleh buat refer, saya memang tak terer bab masak2 ni..
    terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Dah beritau org rumah, dia nak cuba buat dan saya akan tolong dia masak...TQ

    ReplyDelete
  11. Nita abas : saya hepi kalau dpt beri org lain kefahaman yg lebih.

    JR : Jr bleh tlg cincang ayam. Atau pun tlg mkn je la. Keke.

    ReplyDelete
  12. wah, cambest nih. must try! tq :)

    ReplyDelete
  13. cayalah lyd! buat sendirik tu..rajin awak.

    *senget2 kepala saya nak membaca tulisan kat gambo tu tau..^___^

    ReplyDelete
  14. Wani sc - agak best jgk. Sbb senang. Hehehe.

    Ujie - ala, yg simple2 saya rajin la. Keke. Sori ye gmbr tunggang tbalik smpai sakit tengkuk awk.

    ReplyDelete
  15. rajin. terbaik la hasilnya. ngeee...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya