Iklan! Iklan! Sila Click!

23 August 2011

Buffet Romdhan

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tak biasa sangat berbuka puasa di tempat-tempat yang hebat atau yang mahal-mahal. Biasanya makan kat umah je. Dulu masa bujang, on the way balik umah dari ofis saya singgah beli sebungkus nasi dan kuih 3 pieces, dah. Makan le ko kat rumah sensorang. Bila dah kawen pun still berbuka puasa kat umah, cuma skrg kena la masak. Kalo nak beli, banyak mana nak beli ye tak? Karang suami saya nak ulang makan. Pastu utk sahur sekali. Bengkrap tokey tudung.

Semalam saya berbuka di Hilton KL. Hilton KL ni kira boleh tahan jugak la hebatnya makanan dia. Tapi tempat dia sangat crowded. Sempit giler. Kalu nak bergerak dari satu lubuk makanan ke lubuk makanan yg lain, kena tunggu turn, hanya untuk lalu kat laluan tu. Belum part nak amik makan lagi.

Bagi saya, taraf HEBAT bagi sesuatu tempat makan yang menyediakan buffet Ramadhan saya tentukan dengan beberapa kriteria iaitu jika buffet itu menyediakan;


  1. Segala jenis seafood termasuk oyster[walaupun aku bleh termuntah makan osyter terutamanya yang mentah diperah limau tu], udang yang dimasak berbagai jenis [goreng tempura, bakar, stim, bla..bla..bla], sotong, ketam besar-besar, ikan mahal-mahal termasuk shark-fin[wp aku tak makan jugak huhu].

  2. Kambing panggang yang sedap yang available dengan banyaknya, maksudnya lepas habis, mereka refill, so takkan ada orang yang tak sempat makan. Kambing pun saya tak berapa makan sangat. Tapi bleh le try skit2. [Kalau ada kambing, tapi rasa dia tak sedap, maka tak hebat.]

  3. Booth makanan yang banyak jenis, ada kaunter mee, kaunter satay, kaunter bubur-bubur, kaunter pasta, kaunter mcm-mcm le. [walaupun aku takkan dpt melantak semua sekali, tapi asalkan setiap jenis aku dapat amik sesudu atau seketul kecik pun jadi le. Mesti rasa semua.].

  4. Mesti ada coklat fountain di bahagian desert disertai dengan strawberry. Part ni, kalo 3 yang kat atas tu tak ada pun, saya terus otometik bagi rate 'hebat' untuk tempat tu. Pilih kasih lagi. Hahaha.. nak tengok tempat makan tu high class ke tak, tengok le desert dia. Kalau ada segala jenis coklat mousse, cheesy kek, creamy pudding, maka otometik le kita bleh tau tempat tu bermodal besar dan boleh sediakan makanan-makanan yg mahal. Nyum.... Deliciousssssss... Betul-betul ho liawww...

  5. Ada sushi.

  6. Ada air longan [padahal bukan aku amik pun kalau ada. Saje nak tamak]

  7. Pastu ada makanan-makanan best yang tak dapat dijumpai di kedai makan Asam Pedas Sri Melaka atau di kedai-kedai nasi campur yang lain. Contoh macam Chicken Boxing Stew, Ikan Garupa Goreng Tempura, haaahhh tu je la yang saya ingat hehe.. Sakai jugak la kalo asyik lupa ni.

  8. Ada Ahmad Izham Omar, hahahahah. Semalam ada Ahmad Izham kat Hilton. Dengan wife dia. Huu.. itulah lelaki pojaan saya dulu semasa saya bujang. Sebab dia muda-muda dah jadi CEO Media Prima.



Ok, habis citer.

3 comments:

  1. huwaaaaa...aku teringin nak g buffet yg ada coklet fountain... kat bangi hr 2 ada coklet fountain tp coklet dia cair...x best lgsg

    ReplyDelete
  2. Shangri-La RM125.00 sorg...kalau org blanje blh la....kalau sendri bayar membazir je huuu...byk bende nak kene kuar $$$ utk raya

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...