Skip to main content

Posts

Budak Tadika Baru Nak Up

Sejahteralah ke atas kamu...... Luth dah 6 tahun. Sekejap je kan? Siapa yang memang follow blog aku daripada aku belum kahwin, sehingga aku dapat anak pertama, anak kedua (Sian budak ni, mama takde cerita sangat pasal dia di blog.) sehinggalah aku keguguran anak ke 3, akan rasa la betapa cepat masa berlalu.  Masa umur Luth 5 tahun, aku tak hantar dia ke sekolah. Aku je yang ajar dia. Kenalkan dengan huruf dan nombor. Ajar dia mengira dan mengeja. Eja pun takde kaedah phonic-phonic pun. Aku tak reti ajar ikut gaya phonic. So, Luth dah ada basic la sikit dengan akademi walaupun tak de la hebat sangat. Aku ajar basic je. Well, sebab mak ayah pun jenis yang 'ke laut'. Takde disiplin sangat, rasa nak ajar, kami ajar. Pastu ajar pun ikut dan je berapa lama. Kalau paling lama pun 1 jam. Kadang 10 minit pun jadi. Asalkan setiap hari ada la sesuatu yang aku ajar pada dia. Tahun ni, bila dia masuk 6 tahun, aku menggelupur la nak cari sekolah tadika untuk dia. Kalau ikutkan...

Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu.  Warning. Entry ini tidak bergambar. Dan panjang. Siapa rajin baca, dialah insan terpilih. Aku memang tak kaya. Setakat ini, rezeki aku cukup dan tak pernah rasa kesempitan. Walaupun duit sikit, tapi aku tetap rasa lapang. Sentiasa merasa cukup. Itu, bagi aku adalah rezeki terbesar yang Allah anugerahkan kepada aku dan keluarga.  Cuma, walaupun cukup, tapi aku tetap tidak dapat nak membantu orang lain sangat. Kalau ada kawan atau saudara yang kesusahan, aku tak dapat nak bantu banyak. Setakat bagi pinjam serat-dua rat gitu je la sokmo. Kadang-kadang dapat balik. Kadang2 memang lenyap ditelan masa je la hutang-hutang tu. Aku rasa, aku ada perangai yang sukakan perkara-perkara ajaib. Aku suka tengok atau baca kisah yang menakjubkan, keajaiban Allah. Macam kisah masjid yang terselamat semasa dilanda tsunami. Seperti kisah saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan keajaiban kisah perjalanan mereka untuk melafaz kalimah syahadah. S...

Amazin' Graze Yang Sangat Om Nom Nom

Sejahteralah ke atas kami...eh, kamu.. Aku kalau datang angin aku malas nak breakfast , aku hanya akan makan makanan hamster. (malas tu merangkumi ; malas nak fikir nak makan apa, malas nak pergi cari kat cafe, malas nak kunyah, malas semua sekali la pendek katanya. Dan kalau nak tahu, boleh dikatakan setiap hari aku gitu (malas) kecuali weekend.)  Acah je. Takkan la aku nak makan makanan binatang pulak. Mesti la makanan manusia. (Kang tetiba kena saman 4 juta dengan Amazin' Graze sebab pitnah dia keluarkan makanan hamster.). Ini sebenarnya Hazelnut Blackforest Granola, tapi berperisa coklat yang sangat-sangat chocolaty taste. Nampak ni, gambar pada bungkusan ni siap ada gambar daun limau purut, daun kelapa dan daun pandan. Memula, Misha (jiran sebelah meja aku) yang beli di CVS Pharmacy. Aku mengecek sikit, sekali bila aku rasa, fuyyohh.. Sangatlah kena dengan 'chocolate tongue' aku ni. Sedapnyoh. Omm..Nom...nOmm... Mintak sikit lagi,.. nyom..nyom.....

Anak Hitam Anak Putih

Sejahteralah Ke Atas Kamu..... Pernah sekali, aku terbaca post kawan aku di FB. Katanya, semasa dia baru sampai di rumahnya, terdengar anak sulung perempuannya menangis dari dapur. Bila diselidiki, anaknya itu mencuci muka menggunakan pencuci muka mamanya (kawan aku la mama dia) sehingga pedih mata dan menangis. Punca anak kecil itu mencuci muka bersungguh-sungguh, kerana katanya "Nak jadi putih macam mama dan adik beradik yang lain)....... Anak itu usianya masih muda (Aku tidak ingat umurnya berapa, tapi masih sekolah rendah rasanya.). Orang sekeliling selalu bertanya kenapa dia hitam, tak macam adik-adik? Kalian rasa, apa perasaan anak itu bila dibanding-bandingkan kekurangan dia dengan adik beradik yang lain. Aku yang baca status kawan aku tu pulak yang menyirap. Orang-orang ni kan..... Bila nak komen pasal orang lain, meluncur je perkataan hinaan keluar daripada mulut. Tak fikir dah perasaan orang yang dihina tu. Kalau orang dewasa yang terima kecaman pun dah rasa sed...

Aplikasi Shopping Online Yang Paling Aku Suka

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku yakin, sekarang ni, boleh dikatakan semua orang dah suka membeli belah melalui Online. Kalau ada yang masih belum terjebak tu, aku ucapkan tahniahlah kepada dia. Syabas bettey! Siapa sangka, Pejabat Pos kembali sibuk selepas pernah mengalami kemerosotan apabila e-mail dan SMS mula digunakan secara meluas dan orang dah semakin jarang pos surat guna setem. Sekarang Pejabat Pos dah bersinar kembali. Aku rasa terharu. Eh. tetibe. Padahal aku takde kaitan pun dengan Pejabat Pos. Terus, aku nak mengaku bahawa aplikasi shopping online yang paling kerap aku gunakan ialah Shopee. Sebelum Shopee, Lazada. Lazada aku banyak beli barang-barang besar seperti rak, almari, kerusi dan peralatan rumah (iols rakyat marhaein, beli perabot pun online je.) Shopee pula, aku banyak beli make up, baju cap China walaupun kat tajuk tulis Korean Style, tapi sebenarnya datang daripada China. Sama macam tasbih yang dijual di Mekah tu. Ko faham kan? Kan mula-mula ak...

Si Dagu Runcing

Sejahteralah ke atas kamu.... Budak dagu runcing ni kan. Ada sekali tu, dia asyik merengek je. Masa merengek tu dia tunjuk mulut. Aku check dalam mulut dia takut ada ulcer ke, gigi nak tumbuh ke. Takde. Dengan husband aku pun dia merengek macam tu. Kiterang musykil la juga. Pastu aku belek satu-persatu muka dia. Aku tengok kat dagu dia ada kesan macam melecet, sebesar 0.5cm x 0.5cm. Kat melecet tu macam dah takde kulit. Merah-merah la sikit. Aku tanya Luth, kenapa dagu adik luka ni? Luth kata tak tahu. Pastu Luth siap buat spekulasi sekali dengan demo. Luth kata, "Agaknya adik terjatuh macam ni agaknya", sambil buat gaya terjatuh dan dagu tertumus ke lantai. Tah hapa-hapa.  Aku cuba nak mengingati apa yang dia main sebelum tu. Hari itu hari Sabtu. Husband aku kerja. Aku jaga anak-anak di rumah la, of cause. Aku nak menyusukan Yafith  untuk tidurkan dia di dalam bilik. Sekali Yafith tak tidur pun. Aku yang tidur. Aku sedar-sedar, tengok dua beradik tu tengah selongk...

Beza Berpantang Bersalin Normal Dengan Berpantang Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu..... Aku bukanlah seorang makhluk Tuhan yang paling seksi sangat kuat berpantang. Tapi aku juga bukanlah juga spesis manusia yang langsung tak berpantang dan main langgar je semua bentuk pantang larang. Aku berada di tengah-tengah. Di antara Zohor dengan Asar, di antara Maghrib dengan Isyak, begitulah perumpamaannya. Bagi aku, apa-apa juga yang kita lakukan biarlah bertempat. Biarlah bersederhana. Kalau anda seorang yang terlampau tradisional mengikut pantang, jangan la sehingga nutrisi dalam badan terjejas. Aku berpantang semasa bersalin anak pertama dulu, tak dibernarkan makan buah-buahan. Sedangkan aku, setiap hari biasa, memang suka makan buah cam monkey. Tiba-tiba di hari kejadian, aku tidak dibenarkan makan buah.... Fuhhh menderita usus besar aku. Terpaksa makan ubat sembelit. Bayang dengan luka bawahan yang belum sembuh, nak meneran sembelit lagi. Ouchhhh... Dan jikalau anda begitu moden sekalipun, jangan la semua benda pun dilanggar. Kon...