Skip to main content

Posts

Kak Bedah Tak Faham

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... *Menaip entry baru sambil mendengar lagu 'Selimut Hati - Dewe Semilan Belas'..... Seusia saya hidup di dunia yg sementara ini, SALAH FAHAM adalah salah satu perkara yang saya selalu sangat terlibat dengan. Ayat tu macam huru hara je. Hahahaha... Tapi kamu faham maksud saya kan? Sudah banyak kali saya melalui perkara-perkara salah faham ni. Kalau setakat salah faham tapi tak ada kesan apa-apa terhadap orang lain, tak mengapa. Ini boleh efek pada kehidupan orang lain. Dan saya pun selalu juga salah faham pada orang lain. Jadi, marilah kita bersama-sama jangan menyalah fahamkan orang lain. Sebab bila orang lain menyalah faham pada kita, kita akan rasa macam nak baling selipar je kat mereka. Habis, bila kita yang menyalah faham orang lain, kita ingat orang lain tak teringin nak baling tong gas ke kat kita? Pendapat saya, walau apa-apa pun, kehidupan kita ni sebenarnya ringkas sahaja. Sama seperti bacaan doa iftitah yang kita baca ...

Nyah Kau, TokSin!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog yang tak semenggah ini.... Biasa dengar @ tengok Detox Patches tak? Ala... Benda alah yang orang tampal kat kaki masa tido tu. Then bangun-bangun dari tido Subuh esoknya, tengok-tengok patch tu dah bertukar [bertukar!] jadi kaler hitam. Menandakan toksin yg dah ternyahkeluar dari badan orang yg menampal tu. Saya suka benda-benda magik ni. Ala-ala mistik la konon. Mcm kita buat sesuatu, tetiba esoknya... tadaaaaa ... kita akan dapat hasil. Contoh macam main Farmville, hari ni tanam Yellow Melon, 4 hari lepas tu boleh tuai dan jual. ~Ceh, takder kena mengena contoh ni. Masa saya mula-mula cuba pakai Detox Patches ni, saya saje je suka-suka. Sebab rasa terhibur plak bila dapat tahu warnanya boleh bertukar hitam. Dalam masa yang sama, nak test toksin dlm badan saya. Nak tgk banyak ke tak. Hehehe... Memang tak ada niat langsung untuk kesihatan ke, untuk kekuatan tenaga batin ke atau untuk kecantikan dalaman. Bila saya pakai malam tu, pagi esoknya ...

Buah-buahan Di Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Di syurga ada sejenis pohon yang dinamakan Tuba. Dalam pepatah melayu kan ada "Madu yang diberi, dibalas tuba". Tapi ni Tuba lain. Bukan tuba yg racun tu tau? Abu Hurairah berkata ; "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil 'tuba'. Dan apabila Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hamba-Ku apa-apa yang mereka kehendaki. Maka keluarlah kuda dengan delman dan pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan keluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian." ~Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya~ Best gila. Boleh minta apa-apa saja. Keta 'Das Auto' tu.... Anytime mintak je boleh dapat. Tapi rasanya kalau dah tinggal di syurga, kalo setakat keta tu, eleh... membazir je mintak. Mintak buraq [kuda bersayap] la baru best kan? Dan tambah skit... Pokok-pokok kat syurga..... Akarnya pun e...

Emas Dan Mutiara

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Buat entry dengan menaip lirik lagu. Lepas tu, tukar font paling besar dan warna hijau sampai entry tu jadi panjang gila. Tak ada motif sungguh.[Sila rujuk entry terdahulu dlm blog ini.] Kamu suka emas dan mutiara tak? [Bukan drama Embun Mutiara ye.].Rasanya, kalau tanya sesiapa pun akan suka dengan emas dan mutiara. Walaupun tidak suka pakai, tetapi tentu suka tengok keindahannya. Atau jika tidak suka tengok pun, paling tidak, tentu suka dengan nilai kedua-dua benda tersebut. Betul kan? Jika inginkan emas dan mutiara yang terhebat, sila berusaha.... Kerana..... Mahligai dan istana di syurga diperbuat daripada emas dan mutiara terbaik iaitu yang disediakan hanya untuk hamba Allah yang beriman. Sabda Rasulullah; [tidak dinyatakan daripada riwayat apa] "Sesungguhnya, orang beriman ditempatkan di syurga istana dari mutiara yang berongga. Panjangnya adalah 60 batu. Di dalamnya terdapat pelayan-pelayan". Bangunan Di Syurga Bangun...

Cinta Tak Bersyarat....

Tak ada sedikitpun sesalku, Tak bertahan dengan setiaku, Walau di akhir jalan, Ku harus melepaskan dirimu... Ternyata tak mampu kau melihat, Dalamnya cintaku yang hebat, Hingga ada alasan, Bagimu untuk tinggalkan setiamu.... Demi nama cinta, Telah persembahkan hatiku hanya untukmu, Telah kujaga kejujuran dlm setiap nafasku.... Kerna demi cinta Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu Sebab ku mengerti cinta itu tak mesti Memiliki... Andai saja bisa kau fahami Layaknya erti kasih sejati Kerna cinta yang sungguh Tiada akan pernah mungkin pernah bersyarat..... Demi nama cinta, Telah kupersembahkan hatiku Hanya untukmu Telah kujaga kejujuran dalam setiap Nafasku Kerna demi cinta Telah kurelakan kecewaku Atas ingkarmu Sebab ku mengerti cinta itu tak mesti Memiliki... Dirimu... Ternyata tak mampu kau melihat... Dalamnya cinta ku yang hebat... Lagu : Kepersembahkan Nirwana - Element

No More

Ok... Cukuplah sampai di sini sahaja blog saya ni. Lepas ni... Dah takkan ada lagi entry-entry terbaru di blog saya ini.... Sebab.... Err...... Sebelum bagitau sebab, kena jelaskan dulu... Bukan takkan tulis entry baru. Cuma enaf la citer pasal 'Kisah Diri Sendiri Yang Tak Best Mana Pun' tu kan? Kisah personal, mungkin akan dikarang juga, cuma tidak akan di'publish'. Selepas ini, biar la saya menulis entry yg tiada kaitan dgn kisah personal saya seperti 'masak menu syok sendiri', 'kisah bangun lambat', 'riang ria hari raya' atau pasal Kenari Lyd The Lead juga pasal penyakit kulit ke. Huhu... Walaucamana pun, saya ni memang suka mengarang. Kalo tak dapat cite pasal diri sendiri, saya akan tetap juga mengarang. Kalo saya mengarang sendiri, simpan sendiri dan takde org lain baca, so what's the point? Sama macam tak mengarang. Kannnnnnnnnn?? Jadi, sama ada kamu suka atau tidak.... Saya tetap akan mengarang. Berlatih mengarang. Bila dah mahir den...

Cuba Teka?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kalau kamu terrorist.... Cuba kamu teka, apakah nama ikan ini? [Sila rujuk gambar] Haaa... Mesti takut nak teka betul tak? Kalau jawab betul, nanti dikatakan sebagai terrorist pula ye? Sepatutnya saya balik ke KL hari ni [Sabtu]. Tapi bila saya fikir-fikirkan, baru saya sedar yang sepanjang saya cuti 12 hari dan duduk di kampung, saya belum bawa mak saya pegi jalan-jalan, naik kereta Qenary ku itu. Memang la pegi open house, mak saya ikut. Tapi beliau naik keta kakak saya [Teh]. Jadi, semalam... saya tanya mak saya. Beliau ada nak ke mana-mana tak? Kalau ada, saya balik hari Ahad saja la. Dan beliau jawab, ada. Maka, tak jadi la saya balik hari ni ke KL. Oleh itu, hari ni... saya bawa mak saya pegi pasar [sambel menyanyikan lagu 'mak..mak pegi pasar.. mak beli satu barang... awk teka warna apa??']. Dan pegi kedai kain, beli cadar, beli tikar getah. Dan Akak saya juga join juga. Beli barang-barang keperluan beliau. Semasa saya ...