Iklan! Iklan! Sila Click!

24 September 2010

Buah-buahan Di Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Di syurga ada sejenis pohon yang dinamakan Tuba. Dalam pepatah melayu kan ada "Madu yang diberi, dibalas tuba". Tapi ni Tuba lain. Bukan tuba yg racun tu tau?

Abu Hurairah berkata ;

"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil 'tuba'. Dan apabila Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hamba-Ku apa-apa yang mereka kehendaki. Maka keluarlah kuda dengan delman dan pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan keluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian."
~Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya~

Best gila. Boleh minta apa-apa saja. Keta 'Das Auto' tu.... Anytime mintak je boleh dapat. Tapi rasanya kalau dah tinggal di syurga, kalo setakat keta tu, eleh... membazir je mintak. Mintak buraq [kuda bersayap] la baru best kan?


Dan tambah skit... Pokok-pokok kat syurga..... Akarnya pun emas. Wahhhh.... Best gila. Kalau sungai plak, tepi sungai tu emas, batu-batu sungai yang biasanya orang kutip buat 'laluan refleksologi' tu plak daripada mutiara.


*Maklumat yang berguna di dalam entry ini dirujuk daripada buku Malam Pertama Di Alam Syurga tulisan Abu Zharif Zihan. [Selagi tak habis baca buku ni, selagi tu la saya akan cerita tentang isi kandungan buku ni. Jangan hangin satu badan yer? Wakakaka]

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...