Sejahteralah ke atas kamu......
Sepanjang aku hidup di dunia yang fana ni, sudah tidak terkira banyaknya aku demam, batuk dan selsema. Setiap kali itu jugalah, berbagai jenis ubat dan penawar yang aku telah cuba. Uihhh... umo dah nak masuk 50an ni kan... Mestilah banyak petua yang aku dah cuba. Dari semoden-moden ubat, sehingga la yang terpaling tradisional alami semulajadi. Apa yang akhirnya aku faham ialah, penawar setiap kalinya adalah b e r b e z a. Yang ini aku sangat pasti.
Contohnya, bulan Januari aku demam, batuk dan selsema. Aku makan unat moden dari klinik. Demam sembuh untuk beberapa jam, pastu dia datang balik. Kemudian aku minum air kelapa. Sekejap lepas tu, aku sembuh.
Bulan Februari aku kena lagi demam batuk selsema, aku terus minum air kelapa. Ternyata..... tak sembuh. Hak hak hak. Jadi aku cuba makan habbatus sauda dgn madu pula. Wowww... Terus sihat.
Bulan Mac, demam lagi. Aku terus makan habbatus sauda dan madu, tak sembuh-sembuh. Aku makan ubat batuk selsema dari klinik. Alhamdulillah. Sembuh. Gitu la kitarannya. Penawarnya takkan sama untuk setiap kali. Maksudnya apa? Allah lah yang menyembuhkan. Bukan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Daripada gaya contoh cerita kat atas ni, macam setiap bulan aku demam kan? Memang kerap pun. Mungkin la tak setiap bulan. 2-3 bulan sekali macam tu la. Rupa-rupanya baru aku tahu, ada amalan aku yang boleh menambahkan chances untuk kerap demam ni. (Lain macam pulak kan bila sebut 'amalan'.). Bukanlah amalan khurafat atau tahyul pun. Hahaha. Ustaz aku kata, mandi kena mula dari kaki kanan. Takleh la masa tengah-tengah berlengas dan feeling excited nak mandi tu, terus kecebur je air atas kepala. Padan la aku kerap demam. (Asbab je la ni. Yang beri sakit itu adalah Allah jua). Mana taknya. Kita buka je shower, keluar air kat atas kepala. Mana reti nak hulur kaki kanan dulu. Ishh, awok ni pun. Kata ustaz, panas dari badan kita keluar dari kaki ke kepala. Macam roh kita juga la.
Tapi nak bagitau, biasanya setiap kali sakit, jangan tinggal ni;
- Istigfar. (Yang ini memang betul-betul penghapus dosa. Jadi bila dosa dah terhapus, kita berdoa akan cepat la tembus dan mustajab)
- Tawarkan dengan bacaan Al Fatihah. Letak tapak tangan kat tempat sakit. Surah yang terhebat ni. (Semua surah pun hebat sebenarnya. Tapi Al Fatihah ni memang ibu segala hebat.). Cuma aku nak nasihatkan la. Ayat-ayat Quran ni, kita jangan la jadikan sebagai 'khadam' kita. Maksud aku macam ni, kita pasang bacaan ayat-ayat suci Al Quran dalam rumah dengan harapan jin syaitan bertempiaran lari tapi kita sendiri tak menghayati pun bacaan yang dipasang tu, siap sibuk buat kerja rumah, berborak dengan family. Bagi aku, perbuatan begitu adalah sangat biadap. Ayat-ayat tu ayat Quran yang sangat-sangat mulia. Kata-kata Allah. Tapi ko boleh buat smabil lewa je bila dengar. Sungguh tak hormat. Ce kalau ko bercakap, anak ko tak dengar, tahu pulak ko marah kan? (Okay ini lari topik)
- Baca Al Quran dengan mengeluarkan suara. Bagi peti suara bergetar dgn ayat-ayat Al Quran.
- Minum air suam yang hampir nak jadi air panas. Maksudnya ikut setakat mana kepanasan yang ko boleh telan. Mengikut teori aku, virus bakteria ni, dia akan mati kalau panas. Tekak pulak tempat berkumpulnya sarang dia. Jadi, bila air panas lalu banyak kali, memang biar cepat sikit mati kuman tu. (Ini memang aku fikir ikut kepala aku je tau. Takde pun doktor ajar teori macam ni.). Jangan kecam.
- Cuci kipas yang ada dalam rumah. Kalau tidur, jangan angin kipas kat kaki, nanti angin tu masuk hidung dan akan trigger batuk selsema ko bila bernafas. Jadi, perlu letak kipas di atas kepala bertiup dari kepala ke kaki. Tapi kalau kipas ceiling, kena cuci jela kipas tu. Kalau air cond pulak, panggil la orang datang service. Habuk tu yang buat ko lagi mudah batuk.
Macam-macam lagi petua untuk sembuhkan batuk selsema ni. Lemon, nenas, cengkih, essential oil, peppermint, thieves. Erm, cuma larat ke tak larat je la nak cuba. Kena ingat, setiap badan manusia berbeza. Jadi penawar pun berbeza juga la.
betul la tu lyd..setuju..kadang aku malas mkn ubat pon..minum je air selawat skit, doa dgn minum ni je harap leh sembuh pape sakit tu..
ReplyDeleteko nak masuk 50an dah ke..tak sangka ko setua tu..48 - 49 ke skg..hahaha