Skip to main content

Resepi Bubur Ayam Paling Mudah dan Sedap Pasti Jadi

 Sejahteralah ke atas kamu.....

Sekarang musim demam. Walaupun aku rasa, sepanjang masa je orang sentiasa demam dan sembuh. Datang dan pergi. Tapi setiap kali demam, orang akan cakap, "Musim demam sekarang". Takpe, layan je la.

Bila demam, ramai orang yang seleranya pun menurun. (tidak termasuk aku. Aku kalau demam, makan tetap on seperti biasa. Demam tu biarlah demam. Makan tu guna sistem lain. Haha.). 

Ini bubur yang aku selalu masak bila aku tengok selera anak-anak aku menurun apabila demam. Senang sangat hoihh kaedahnya. Orang yang tak reti masak pun insyaAllah kalau masak ni akan menjadi. 




Resepi:

  • 1 cawan beras .
  • 4 cawan air 
  • 2 Bawang merah (Ikut suka nak potong macamana. Kalau tengok dalam gambar ni, aku potong kelar dan tak putus pun bawang tu. Ada tujuannya. Sebab nanti aku taknak dia bercampur dan berselerak dalam bubur, lepas tu nak suap kat anak-anak nanti aku yang banyak kerija kena asingkan bawang. Tak koser aku.)
  • 2 bawang putih. (potong pun ikut suka. Actually letak banyak bawang putih pun herlok. Macam 3,4 ketul. Garlic bagus.)
  • Halia potong besar ibu jari tangan. (A thumb, not a toe).
  • Daun Sup. (ikut suka ko nak letak macamana. Nak potong ke, malas potong ke. Nanti lepas masak, tabur lagi daun sup.)
  • Carrot (potong ikut suka bentuk bintang ke, bentuk love ke. Bentuk bola-bola api ke. Terpulang aja deh. )
  • Cauliflower
  • Broccoli
  • Isi ayam (ikut suka banyak mana ko nak letak)
  • 1 kiub pati ayam
Dah tu kalau semua benda ikut suka, baik aku tukar nama bubur ni jadi Bubur Ikut Suka Kau. Ngehngeh.

Cara-caranya:

Humban je semua bahan-bahan tu, kecuali broccoli. Broccoli TAK BOLEH masukkan awal-awal nanti overcook tak sedap. Warna pun jadi kekuningan nanti. (Sepatutnya warna hijau segar.)

Masakkan atas api paling kecil dan tutup periuk. Boleh tinggalkan untuk tengok drama Korea. Sekali sekala datang la kacau. Walaupun dia tak pernah kacau ko, ko kena kacau dia juga. 

Bila nampak beras tu dah kembang, boleh je tutup api kemudian campak masuk broccoli, tutup semula penutup periuk Kalau rajin, tabur la daun sup lagi dan bawang goreng. Untuk anak-anak aku, macam gitu je cukup dah. Takyah bawang-bawang goreng la. Bukan makan pun.






Kalau macam ni dah dikira masak. Nanti lama-lama baru beras tu akan bersebati dengan air dan tak nampak dah ketul2 nasik tu.


Comments

  1. Nampak senang je. Tapi kenapa aku buat selalu tak menjadi ehh 😅

    ReplyDelete
  2. aah la.. kelmarin anak anak ada bunyi..dah lama tak makan bubur nasi. Kalau mama tak rajin buat, kat meribraun atau mekdi ada jual. Buat tak dengar je... Nantilah weekend baru usahakan buat. mahal kot beli kat mekdi tu... beras tak sampai dua sudu pun agaknya semangkuk mekdi tu punya bubur.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...