Skip to main content

Panduan Memilih Lampin Pakai Buang

Sejahteralah ke atas kamu...

Persoalan tentang lampin pakai buang ni tidak akan selesai selagi kita ada anak kecil. Sebenarnya tidak menjadi isu pun ibu bapa nak pakaikan anak dengan lampin pakai buang(diaper) jenis apa, bentuk macamana, corak gambar apa atau sebagainya, yang penting harga mampu beli ke tidak. Tapi aku tak macam tu. Aku sanggup beli diaper mahal untuk anak aku asalkan kualiti dia helok. Kalau aku tak cukup duit, aku ambil upah cuci pinggan kat kedai mamak demi nak mencukupkan duit nak beli diaper mahal untuk anak aku. K. Gurau je.

Aku ni suka mencuba. Aku suka beli diaper berlainan jenis, demi mencari yang terbaik untuk anak2 aku. Banyak jenama dah aku cuba sejak daripada anak pertama, kedua dan sekarang yang ketiga. Di antara jenama-jenama yang aku pernah beli dan pakaikan kepada anak2 aku; Pet Pet, Huggies, Drypers, Drypers Soft Touch, G.oon, Merries, Apple Crumby and Fish, Chiaus, Genki, Baby Love dan Mamy Poko. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku dah lupa. Aku belum pernah beli Off Spring lagi. Next baru akan beli. Buat masa ni untuk anak aku, yang terbaik daripada senarai ni, aku pilih Apple Crumby and Fish. Tapi yang tu, nanti aku  buat post lain special punya untuk promote Apple Crumby and Fish. Review tanpa bayaran tau. Sape mampu noks.

Dalam post ni, aku cuma nak cerita pasal permukaan dalaman diaper yang mana elok, yang mana kurang elok untuk kulit bayi anda.

Untuk size New Born dan S, aku suka nak highlight jenama Huggies Dry. Memang elok sangat untuk bayi. Permukaan dalamnya yang lembut, sangat kering pada kulit bayi walaupun baby dah kencing 4 kali. Permukaan luar juga jenis breathable, jadi lembapan tu tidak meruap pada kulit bayi. Sangat-sangat recommended. Harga pun masih masuk akal. Diaper Huggies Dry ni nipis je, dan tidak begitu lebar. Sangat sesuai untuk bayi baru lahir.

Malangnya Huggies Dry ni, bila masuk je saiz M, aku tak tau la kenapa, permukaan dalamannya berbeza dengan diaper jenama sama saiz New Born dan S.



Kalau korang boleh zoom permukaan kapas dalam diaper yang aku tunjukkan dalam gambar di atas, mesti korang akan faham maksud aku. Yang size S tu, kapas dia ada texture dan sangat lembut serta handal menyerap. Bila baby kencing pun, permukaan tu kering pada kulit bayi. Sedangkan yang yang M, korang tengok la lapisan atas tu. Tengok pun dah tau kan. Dia agak kasar, pastu serapannya kurang bagus. Yang paling tak boleh dimaafkan, memang lencun pada kulit bayi. Anak aku, selama pakai saiz S, elok je. Bila tukar saiz M, kerap je menangis tak selesa.


Part permukaan dalaman ni antara jenama diaper yang ada permukaan lembut dan menyerap pantas tetapi tetap kering ni, ialah Mamy Poko Extra Dry, Apple Crumby and Fish dan Drypers Soft Touch. Mereka bertiga ni, semua saiz sampai XXL pun permukaan sama je. Lembut.




Malahan, Merries yang mahal tu pun tidak selesa mana. Anak aku tak sesuai pakai Merries. Actually, anak kedua aku berkulit sensitif. Kalau tersilap pakai diaper, habis melecet punggung dia. Macam anak bangsawan la konon. Padahal mak ayah dia macai je kat ofis. Haih.. insaf la anak. Jangan diva sangat. Jenuh mak awak ni nak siapkan keperluan awak. Aku ingat anak kedua je kulit sensitif. Sekali, anak ketiga ni lagi sensitif kulitnya. Siap keluar ruam-ruam kalau tersilap guna sabun yang tak sesuai. Macam mild eczema. Maybe sebab dia perempuan, jadi kulitnya lagi manja. Abang-abang dia dua orang tu, memang langsung takde eczema. Aku bersyukur la part situ.




Lagi satu aku nak highlight pasal pemilihan diaper ni ialah, lebar dan panjang dia.  Lain jenama, lain size dia. Kadang-kadang size M jenama X, sama besar je dengan size S jenama Y. Contoh jelas aku boleh bagi, cuba korang  tengok gambar yang kat atas ni. Mamy Poko, saiz dia pendek gemuk. Cuba banding dengan Huggies yang saiz S tu. Kurus dan panjang sikit. Jenama diaper lain yang pendek gemuk ni ialah Drypers Soft Touch. Jadi kalau nak beli, kena beli satu size lagi besar daripada saiz yang anak pakai pada jenama lain. Nanti cawat dia pendek. Cuba tengok pula Pet Pet M tu, macam sama panjang je dengan Huggies S.



Walaupun isu diaper ni nampak kecil, tapi kalau punggung anak melecet, nanti kesian la kat anak. Mohon jangan kecam kalau rasa diaper semua sama ye. Nah, gambar pun aku tak letak watermark. Sebab orang boleh je copy paste then viralkan post pasal diaper yang aku buat sebelum ni tanpa bagi kredit kat blog aku. Tapi aku biar je la. Malas nak banyak cerita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Comments

  1. Hi..sy nak tanya.. Puan ada post berkenaan helmet redbull yg suami ada menang pertandingan. Helmet itu masih ada lagi ke?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

    ReplyDelete
  3. Kalau saya.. Akan beli dua jenis yg murah dan yg mahal.. Mahal pakai malam murah pakai siang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya