Skip to main content

Bagaimana Rasa Sakit Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu...


Apa yang aku boleh bagitau, sakitnya keguguran tu, sama seperti sakit bersalin. Contraction dia, sama je. Rasa macam kena ramas kat bahagian rahim pada perut tu sampai rasa macam lumat. Cuma, bezanya dengan bersalin biasa ialah 'contraction area' tu lebih kecil. (Ikut saiz janin la). Kalau nak bersalin anak yang cukup bulan, kita akan rasa contraction pada keseluruhan luasnya baby berada. Perut akan rasa seperti kena tarik daripada semua sudut sehingga kulit menjadi tegang nak koyak. Tapi keguguran ni pulak, rasa sakitnya lebih di dalam rahim. Tiada rasa pada kulit. Rasa seperti di dalam rahim tu kena kisar.


Tetibe bersemangat nak update blog. Setelah sekian lama aku berperasaan seperti, "personal aku, biar aku je la yang tau". Rasa segan juga nak share kisah hidup aku yang kadang-kadang kinder joy, kadang-kadang kinder bueno ni.

Anak-anak aku dah tak baby. Luth memang lama dah hilang sifat-sifat kebayian dia tu. Yafith pula masih tinggal sisa yang amat sedikit sifat bayi dia. Bau kepala masih baby. Bunyi ketawa masih baby. Bau mulut pun masih baby. Tapi bau tu semua dah semakin nak berbau masam-masam duniawi. Ishhh.. rindunya kat baby.

Oleh sebab rasa rindu kat baby tu la, aku terbuka hati untuk mengandung lagi. Gigih berusaha siang dan malam. Eh tipu je. Sekali sekala je berusaha. Banyak keja lain nak buat selain daripada Gigih 'berusaha' tu. Seperti... Bermain game kat henfon. Hahah.

Masa cuti raya haji, aku balik kampung, aku buat pregnancy test. Guna Clear Blue. Jelas positive. Aku pregnant. Ohh... bergenang ayor lior. Terharu sangat rasa. Aku happy dan excited gile baQ hang. Sape tak suka hoih. Nak dapat baby yang berbau hawa syurga tu.

Aku punya excited, aku canang kat Facebook, untuk inform tentang ke'mengandungan' aku tu. Bukanlah niat aku nak berlagak ke mende.Cuma aku rasa, sahabat-sahabat rapat dan waris-waris aku perlu tau from the start bahawa iols is benandum. Aku hargai mereka. Sebab tu nak kongsi berita gembira tu dengan mereka.

Bermula la episode masbuk mabuk-mabuk fening lalat dan gastrik alahan segala macam simptom biasa waktu first trimester. Sampai aku macam berdoa, "Agar Allah hentikan alahan ni segera". Huhu. Tanpa aku jangkakan... Allah benar-benar makbulkan doa aku tu tapi dengan cara yang aku tak gembira pun. Allah tarik semula anugerah yang dipinjamkan di dalam rahim aku. Aku sedih tapi aku redha.

Sebenarnya selepas aku dapat tahu aku positif mengandung, aku tak terus gi klinik untuk confirmkan. Kononnya aku ni dah ada experience. So, buat bertenang je la. Lepas 11 minggu baru aku pergi scan untuk kali pertama. You know, first scan doktor kata tiada heart beat. Aku gelabah, 2 hari lepas tu, aku gi klinik lain untuk second opinion. Aku pergi Klinik Siti, Dato' Harun. Lagi haru. Doktor langsung tak nampak baby tu. Kantung ada. Baby takde. (Mistik pulak aku rase. Ni ada jin nak curi anak aku ke?) Doktor suruh datang follow up lagi 2 minggu.

Dalam masa nak tunggu 2 minggu tu, aku makan juga la Obimin yang aku tak pernah makan masa pregnant budok Luth dan budok Yafith. Aku memang tak buat kerja rumah langsung. Badan aku lemah je aku rasa. Lepas 2 minggu aku pergi semula Klinik Siti, doktor kata memang tak nampak heart beat. Dia refer aku ke hospital terus. Aku decided untuk gi PPUM. Dekat dengan rumah. Senang. Pastu doktor di PPUM memang sahkan baby dah takde heartbeat lagi. (Sis menangis di dalam hati). Doktor di PPUM suruh aku datang selepas seminggu, untuk masukkan ubat supaya janin turun sendiri. Beliau tidak advise untuk buat procedure D & C. Sebab D&C tu agak berisiko, mungkin akan melukakan dinding rahim yang selembut taufufa kat dalam tu. Aku ikut je la. Info: Janin ni, kita akan dapat kenalpasti blood vessel atau degupan jantung melalui warna pada scanned image tu. Akan ada nampak jalur2 warna sama ada biru atau merah pada image janin tu. Kalau langsung tiada warna tu, maksudnya kena jaga-jaga la result dia. Huhu. Sabar ye mommies.

Aku sepatutnya masuk wad hari Isnin. Jumaat sebelum tu aku dah mula ada tompokan darah sikit. Hari Sabtu dah keluar lagi darah tompok-tompok. Ahad mula keluar darah macam period sekali dengan rasa sakit perut macam senggugut. Doktor pesan, kalau ada keluar darah, terus datang hospital sekalipun belum tiba tarikh appointment. Aku degil. Sebab aku serabut nak fikir, hari Ahad nak tinggalkan anak-anak kat siapa. Kalau hantar ke rumah pengasuh pun, mesti menangis dua orang tu nak ikut. So, aku malas la nak serabut otak. Aku hold je la dulu.

Esoknya Isnin, waktu aku masuk wad tu, aku memang dah turun darah yang banyak, mengalir, merah segar dan ketul-ketul darah beku. (Ni belum masuk ubat pun dah macam ni). Aku nervous nak mamfui. Pulak tu, masa dalam wad, jiran sebelah katil tu, macam spesis meracau. Riuh rendah mulut dia. Dan menurut firasat aku, sebagai bomoh baru nak up ni, aku rase ada benda yang merasuk dia. (Eh, aku serius ni tau. Sebab dia meracau tu lain macam. Hanya bomoh yang mengenali toyol. #tiberr). Aku nak gi toilet pun aku berdebar. Sebab ko tau la kan... Darah aku yang keluar tu, memang darah fresh... fuh... aku risau je, karang time malam, pad yang aku buang tu kang tetibe aku nampak ada makhluk tengah jilat darah pada pad tu. Fuh... Seram sis. Pesakit yang meracau tu, ada la keluarga dia tunggu. Dah keluarga dia tu, ada suami, adik lelaki, 2 orang kakak. Tak selesa betul aku rasa sebab ada lelaki ajnabi dalam wad tu. Syukurlah bila petang sikit, aku dapat tukar wad lain. Sebab nurses pun baik. Mereka tak tergamak nak letak pesakit lain dalam bilik rasukan ablasa tu. Takut tak selesa sebab tu la.

Sepatutnya, bila masuk je wad, terus boleh buat procedure masukkan ubat untuk turunkan janin tu. Tapi ntah berbolok mende la doktor pelatih situ, ambil darah aku sampai 3 kali. Mula-mula tiub pertama hilang. (Jangan-jangan jin yang curi. Keke.). Tiub kedua, sample rosak. Kali ketiga baru okay. Kena tunggu result darah untuk tau sama ada darah aku capable tak untuk membeku selepas procedure masuk ubat tu. Ke cemana la. Lebih kurang la gitu.

Dah tu, aku kena tunggu esoknya (Selasa) baru akan start procedure. Aku ni dah sakit perut sangat dah perasaannya masa tu. Okay, ni la yang aku nak cerita ni. Nak menjawab persoalan kat tajuk tu. Bagaimana rasanya sakit keguguran? Apa yang aku boleh bagitau, sakitnya keguguran tu, sama seperti sakit bersalin. Contraction dia, sama je. Rasa macam kena ramas kat bahagian rahim pada perut tu sampai rasa macam lumat. Cuma, bezanya dengan bersalin biasa, ialah contraction area tu lebih kecil. (Ikut saiz janin la). Kalau nak bersalin anak yang cukup bulan, ko akan rasa contraction pada keseluruhan luasnya baby berada. Perut akan rasa kena tarik daripada semua sudut sampai kulit tegang nak koyak. Tapi keguguran ni pulak, rasa sakitnya lebih kat dalam rahim. Takde rasa pada kulit. Rasa macam dalam rahim tu kena kisar. Over kan aku punya gambaran. Huhu. Tapi memang sakit la rasa sakit keguguran ni.

Start jam 7 malam, contraction dah semakin kerap. Dah 5 minit sekali. Mula-mula aku masih boleh tahan. Lepas tu semakin kerap dan semakin panjang sakitnya setiap kali. Sepanjang masa kesakitan tu, aku hanya berzikir, bertahmid, bertasbih dan bertakbir. Lepas tu istigfar sebanyak yang boleh. Aku kongsikan pengalaman aku, betapa besarnya kaifiat istigfar ni...... memang sangat membantu mengurangkan sakit tu. Waktu tu, kau akan terasa hanya kau dan Allah sahaja. Subhanallah. Dalam jam 12.00 tengah malam macam tu, aku semakin sakit bersendirian.... Suami memang la tak dapat tunggu. PPUM kan? Bukan spital swasta. Lagipun suami kena tunggu anak-anak kat rumah. 

Waktu sakit dah semakin menggila, aku hanya mampu slow talk dengan janin..... Aku bisikkan dalam hati kepada janin sambil gosok perut, "Baby, mama sayangkan awak. Mama tau awak sedih nak tinggalkan mama.... Tapi mama redha awak pergi. Awak pergi la baik-baik. Mama akan okay...Mama nak tengok awak sayang... Mama nak awak keluar dengan sempurna, tak rosak. (kalau terpaksa buat d&c kan janin tu hancur-hancur, bukan dalam 1 piece). Mama redha dan awak pun kena redha sayang... (waktu taip ni aku sebak, mengalir airmata. Sebab teringat perasaan waktu tu.). 

Lepas dah slow talk dengan janin tu, dengan izin Allah, aku yang tengah berbaring tu, rasa ada seketul sesuatu keluar daripada rahim aku. Hangat. Aku terus bingkas turun katil sebab aku takut kebocoran darah atas katil walaupun katil dah alas plastik dah. Aku nak tekan button nak panggil nurse terpaksa kena pusing katil pulak sebab aku terjun katil sebelah yang salah. Damn! Waktu aku menapak keliling katil tu, darah hidup mengalir kat kaki. Huhu. Waktu 3 orang lain dalam wad tu sedang tidur, aku terkial-kial deal dengan darah mengalir kat kaki sampai menitik-nitik di lantai wad. Selepas dah berjaya tekan butang untuk panggil nurse, nurse pun datang. Dan aku kaget tak tau nak buat apa. Kemudian nurse suruh aku berjalan ke tandas. Nurse ikut belakang. Dah sampai kat pintu tandas, aku terasa seketul yang lebih firm keluar daripada rahim aku. Paniknya aku. Aku macam terpinga-pinga. Aku cakap kat nurse, "saya rasa janin dah keluar la nurse". Aku suruh nurse tunggu untuk sahkan sama ada betul ke tidak janin yang keluar tu. Aku tak tutup pintu toilet. Huhu... Waktu ni dah tebal dah kulit muka. Tak berapa nak malu sangat dah. Nurse tengok memang yg keluar tu ialah janin. Nurse ambik janin untuk cuci dan aku sendirian cuci toilet tengah-tengah malam buta yang tercemar dengan darah aku. 

Bila dah clean, aku keluar toilet dan baring kat katil. (Pakai pad panjang Overnite punya). Lepas tu, 2 kali darah keluar banyak sekali gus sampai aku rasa nak pitam dalam toilet lalu aku tinggalkan saja sisa darah tak bercuci sebab aku takut aku pengsan. (*Pagi esoknya kawan satu wad yang tolong cuci. Huhu... Malunya aku. Sebab dia bangun jam 5 pagi untuk mandi. Kehidupan asrama sangat kau kan kak? Tapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sebab bersabar.)

Untuk procedure masukkan ubat tu dah tak perlu dilakukan  lagi sebab janin dah keluar sendiri. Jam 3 pagi, doktor datang untuk scan, tengok sama ada masih ada darah beku tertinggal ke tak dalam rahim. Bila scan, ada lagi seketul darah tak keluar. Doktor korek masuk tangan dan peralatan mcm mulut itik duck face dalam aku punya tett...teettt... Selamat la semua doktor perempuan. So, no bad experience la this time. Alhamdulillah.

Nanti aku ceritakan pula beza berpantang bersalin biasa dengan bersalin keguguran. Watch it out, check it out!





Comments

  1. bergenang pulak air mata bila baca. sejak jadi ayah ni, hati tisu sket bila bab2 ni. bertabah la ye lyd. apa pun, well come back. jarang dah hang update skang ni.

    ReplyDelete
  2. huishh....koi yg berdebar baca. Semoga lepas ni ada rezeki benandum lagi...

    ReplyDelete
  3. Saya sekrang keguguran..sama macam puan..anak pertama..darah keluar sikit2 je mcm keptihan mcm tu kan..ketulan pom sikit ja. Sy xtau mcm mnaa darah sebenar keguguran..xtau bnyk mana sbb sy mmg xpnuh pad pom .doc just soh tnggu 2mnggu bia baby trun sendiri tp sakit ka apa ka xdak..cma hr ni drah bnyk skit dr biasa...huhu...nak tau sakit tu mmg akn rsa ea??sy xde pnglaman and xtau😭😭

    ReplyDelete
  4. Sy dlm berpantang gugur skrg
    Gugur utk kali Yg ke-4
    Hanya allah s.w.t saja yg tahu perasan sy
    2015
    2016
    2017
    2019

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya