Skip to main content

Anak Dahi Jendul

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku baru je pergi check up di hospital 4 kali. Hospital yang aku pilih tu di Shah Alam.

Kali pertama aku pergi, doktor scanned baby aku. Dia komen pasal kaki anak aku panjang. Aku hanya tersenyum je la. Sebab aku anggap itu pujian. Waktu tu memang tak nampak muka baby sebab muka dia menghadap ke tulang belakang aku. Doktor ada tanya, mana suami aku? Aku cakap la suami kerja. So, okay la. Selesai check up pertama. (Aku suruh suami hantar aku je, pastu suh dia gi kerja bawak Luth. Lepas dah selesai, suami ambik aku then aku akan duduk di kedai dia sampai le ke petang. Oh, lupa nak cakap. Aku gi check up hari Sabtu supaya tak perlu ambil cuti atau MC.)

Kali kedua pergi check up, aku kena test gula. Kena ambil darah 2 kali sebelum dan selepas minum air gula. Yang aku bersyukurnya ialah air gula yg aku kena minum tu ialah air botol yg macam 100 plus, macam dulu juga masa pregnantkan Luth dulu. Masa scan perut aku, tetibe dapat la tengok muka baby daripada tepi. Pastu doktor buat suara excited cakap, "Eh, dapat tengok muka baby. Uihhh.... Jendulnya dahi.". Aku macam.... "Erkkkk".... Sukati je doktor komen macam tu pasal anak aku. Tapi takpe la. Mungkin dia bergurau. Kali ni doktor tanya juga, mana suami? Aku jawab sama macam first time jumpa dia dulu la, "suami kerja". Selesai check up kedua. (Tapi dia kata dahi anak aku jendul? Sampai hati.)

Kali ketiga pergi check up, aku ajak suami aku temankan. Sebab aku taknak nanti doktor tanya lagi mana suami. Pastu kang aku tak nak la dia ingat yang suami aku tak bertanggungjawab. Padahal dia okay je kalau nak temankan aku. Cuma aku je malas nak nyusahkan dia. So, suami aku pun ikut la sekali pergi check up tu. Bawa Luth juga. Mana boleh ditinggalkan budak kenit tu. He's a part of our family, no matter what. 

Masuk je dalam bilik doktor, bila doktor tengok je si Luth, dia kata, "Oh, ni anak dia.... Jendulnya dahi.". Lagi sekali aku macam ter'erkkkk'. Selambe je doktor kata gitu kat anak aku, depan aku dan suami pulak tu. Aku takde la marah. Cuma rasa macam terkejut je sebab biasanya doktor kan jaga pertuturan, cakap pun ada etika. Bagi aku, doktor tu mungkin dia jenis yg tak reti bergurau atau tak reti bersembang kot. Sebab nampak gaya dia cuba la nak berbual dengan santai. Lepas tu, aku kena scan perut untuk check baby pulak. Sekali lagi nampak baby dalam posisi yang sama seperti kali ke-2 aku pergi check up dulu (nampak muka daripada tepi). Maka, lagi sekali doktor kata, "Haa. Ni tengok ni.. Nampak dahi jendul macam abang dia". Lebih kurang gitu la ayat doktor tu. Huwaaa... Sekali lagi dia kata anak aku dahi jendul. Apa la doktor ni. 

Selesai scan, doktor tanya aku, "awak ni memang suka pakai seluar track ke?". Sebab masa tu aku pakai track bottom dengan long sleeves t-shirt je. Yelah, sebab aku fikir nak lepak kat tempat kerja suami lepas tu kan, pakai je la baju yang selesa utk bergolek-golek baring. Aku dalam hati ni mcm keliru pun ada. Sebab rasanya macam dalam 3 kali check up, baru 1st time kot aku pakai track. Yang lain pakai seluar palazzo dengan blouse. Ish, tak paham aku. Kot tertukar aku dengan patient lain tak tau la. 

Lepas tu, aku duduk kat kerusi di tepi meja doktor. Suami aku pula duduk di kerusi depan meja doktor. Luth pulak, aku dah umpan dengan henfon papa dia supaya dia tak mengacau. Hasil check up semuanya normal dan mengikut track. Aku berharap semoga semuanya berjalan lancar sehingga ke akhirnya nanti. Berdebornya hoiih nak beranaks ni. 

Sebelum aku keluar daripada bilik doktor tu, doktor tu tanya lagi, "rambut dia tu memang macam tu ye?". 'Dia' tu merujuk kepada Luth. Aku tak faham maksud doktor. Yang aku assume maksud doktor ialah rambut Luth yg mcm botak tengah tu. Tapi aku tanya juga la... "Maksud doktor macamana?". So, doktor kata rambut Luth macam tak hitam sangat, nampak macam perang-perang sikit. (Aku tak perasan pulak rambut Luth gitu. Aku nampak cam hitam je rambut dia.). Doktor tanya lagi, ada salah seorang daripada korang ni (aku atau suami) yang rambut perang ke masa kecik? (Jawapan dia mesti la papa dia. Mamat itu rambut bulu jagung masa kecik.). Doktor kata, kalau rambut Luth macam tu kerana genetik then it's okay. Tapi kalau bukan genetik, maksudnya sebab tak cukup zat. Oooo... Hokey. Perhaps tak de apa yg perlu dirisaukan kot. Harap cukup zat la anak aku ni. Harap2 rambut dia gitu sebab genetik la hendaknya.

Dalam hati aku, aku tak tau nak sentap ke nak tergelak sebab doktor tu kemain banyaknya komplen terhadap aku dan keluarga aku. Aku yakin dia takde niat buruk. Mungkin seperti yg aku katakan di atas tadi, dia cuma nak bermesra dan bergurau. Dan lagi satu, aku tak sure whether it is fortunate or unfortunate that, it was the last time i saw the doctor. Start bulan 4 ni, doktor tu dah tak kerja lagi di hospital tempat aku check up tu. Dia dapat offer ke hospital lain. So, aku kena follow up dengan doktor lain pula selepas itu.

Untuk check yang kali ke-4, baru semalam aku pergi. Terpaksa pergi hari Selasa dan mintak MC sebab hari Sabtu doktor tu tak ada. Doktor yang aku pergi jumpa semalam adalah doktor part time. Maybe sebab dia kerja part time je kat situ, so aku tak dapat rasa connection di antara aku dan dia. 2 minggu lagi baru follow up dengan doktor lain yang akan gantikan doktor jendul yang akan sambut baby aku nanti. InsyaAllah. Dengar cerita dan baca review daripada kebanyakan blogs, doktor yang bakal handle kes aku ni adalah doktor feveret dan terbaik di hospital tu. Allah dah aturkan untuk aku bertemu dengan beliau agaknya. Padahal aku sengaja pilih doktor yang kurang femes tu sebab aku nak doktor yang tak ramai pesakit. Dengan harapan, dapat mengurangkan stress doktor yang terbaik tu. So, tunggu dan lihat sahaja. Aku serahkan diriku ini dan keluarga ku, bulat-bulat kepada Allah. Biar Allah sahaja yang tentukan. Walaupun dalam hati aku, tetap ada risau. Harap Allah membantu. Sesungguhnya hanya kepada Allah lah sebaik-baik tempat berserah diri.




Comments

  1. lyd, aku tak leh terima betul lah doktor tu...
    comel sgt ke doktor tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la. Comel la jugak. MUka dia jenis muka nerd walaupun tak pakai speck. Tp aku agak, mungkin bagi dia jendul tu adalah satu compliment.

      Delete
  2. aisey macam2 la doktor ni..mungkin la kot dia nak bergurau..tapi taK.perlu kot naknulang byk kali pasal dahi jendul..huhu..

    tp org tua2 kata org dahi jendul ni pandai tau..sy pun dahi jendul.hahahaha tetiba

    checkup private ke lyd..klu gov takdenya doc nk kisah ada suami ke tak.tak pernah kot tanya.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Anggap je la dia sedang memuji anak saya jendul tu sebagai anak yg bijak. Sbb lepas dia kata Luth jendul tu, dia ada mention pasal dahi jendul ni cerdik.

      Haah. private. Terpaksa awak. Sebab takut doktor share hasil jahitan perineum dgn doktor pelatih lelaki lagi mcm dulu.

      Delete
  3. hehehe.. kelakor doc tu dia nak brmesra kot.. tapi xpandai atau stail dia brgurau kasar.. xpe jendul2 pn janji sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Ahlam. Akak cuma harap baby sihat dan cukup sifat serta sempurna je.

      Delete
  4. doktor ni nak beramah mesra agaknya tapi tak reti..

    ReplyDelete
  5. Saya pun tak tau nak marah ke nak gelak ni..sebab teringat masa maisara kecik umur 6 bulan pi checkup nurse ukur kepala lepas tu dia kata .."bahaya ni sebab takut ada cecair dalam kepala." dahi maisara memang jendul sampai sekarang ....saya geram je sebab tak kan dia tak tengok ukuran kepala yang lepas tu..boleh dia cakap macam tu..kalau besar mendadak lain citer la..

    Susah kalau jumpa doktor atau nurse yang pandai2 sendiri buat kesimpulan dengan hanya tengok je..

    ReplyDelete
  6. Mungkin dia xthu cara bergurau la tu lyd...mmg ada org yg gurau tp kita dgr mcm annoying..btw...ank2 rin semua dahi jendul...hahaha..ikut abh dia..kehkeh

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Lyd, bagus lyd anggap positif apa komen pun, yang penting berbanyak berdoa yang tetbaikkan, moga dupermudahkan, rindu baby kan :)

    ReplyDelete
  8. mcm mcm kerenah doktorand nurse ni kan..kadang tu blh diterima ade setengah tu, nak hadam pon payah.

    sabar je lah..

    semoga dipermudahkan semuanya..aamiin

    ReplyDelete
  9. doktor laki ke perempuan? kalau saya sentap juga orang komen anak kita... huhuhu

    ReplyDelete
  10. dia nak jadikan modal utk bersembang kot. tapi tak sedar dia tersentuh bab yang agak sensitif.

    ReplyDelete
  11. Saya mulanya tak faham apa tu jendul...sekarang baru faham...tapi betullah...dulu kat sekolah ada kawan perempuan yang dahi jendul...tapi memang pandai...terutama bahasa inggeris...

    ReplyDelete
  12. Alahai, doktor! Tak reti beramah mesra ke apa ni? Tapi takpalah, Lyd. Kita anggap itu satu pujian. Dahi jendul ni orang kata bijak. I pun dulu masa kecik-kecik kalau ikat tocang rambut nampaklah jendulnya. Sebab memang pun I bijak ^_^ Tapi dah tua ni, entah ke mana pergi kejendulan itu. Hahaha!

    Bab rambut perang tu, I pun baru tahu tak cukup zat rupanya yerk. My anak bujang tersado tu, rambut makin coklat sejak membesar sebagai johan tau. Of course ikut genetik paknya sebab paknya masa kecil rambut blonde tetiba bila dah besar menghitam rambutnya dek lama sangat dok kat Malaysia yang panas ni kot! But kalau kata doktor itu punca tak cukup zat, I risau gak ni. Patutkah I dye kan aje rambut anak I tu? Hahaha!

    ReplyDelete
  13. anak koi pun jendul...
    tapi lagi sakit hati...bila anak ada pusar 2 kat kepala..
    penah sekali kat jusco kat sini,
    salesgirl tu tegur...eii..pusar 2 ke kak?
    aku senyum je la..
    'aah..pusarnya dua..'
    pastu dia boleh sambung... 'biasanya budak pusar 2 ni nakal'

    bedebah tol...suka ati je...

    ReplyDelete
  14. doktor yg tak pandai nak mula komunikasi...ingat bila ckp anak jendul tu... akan buat parent gelak kot...jendul pun jendullah janji anak sihat...saya punya anak yg bongsu ni pun dahi jendul.

    ReplyDelete
  15. Saya dan anak saya mmg spesis dahi jendul. 😂😂

    ReplyDelete
  16. anggap je la dia nak beramah mesra . manusia ni kan ada mcm2 perangai tak kira apa jawatan mrk ... semuga dipermudahkan sepanjang tempoh mengandung ni . jgn ngidam yg pelik2 udah la ya ... hehehee ... my kakak bersalin di hospital putrajaya dari anak ke 4 sampai ke 6 , semuanya dpt doktor yg baik2 dan dilayan dgn baik juga ... alhamdulillah .

    ReplyDelete
  17. doakan yang baik-baik untuk ko okey

    :)

    ReplyDelete
  18. dahi sy ni agak jendul jugak sebenarnya... huhu

    ReplyDelete
  19. kiranya checkup luth n adik tmpt doc y sama la ye...
    hehe..xpe, dahi jendul org kata cerdik orgnya...
    rsanya luth tu rmbut ikut gen..dh ayhnya msa kcik rmbut mcm tu jgk kan..

    tak pernah rsa minum air gula.. ye la..klo minum y mcm 100plus tu oklah.. blh telan byk2..hehe

    ReplyDelete
  20. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, tahniah dan mg dipermudahkan semuanyer yer !

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya