Skip to main content

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu..

Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk.

Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami. 

Biasanya bila rasa sakit tu datang, kita memang rasa nak buat sesuatu untuk melegakannya. Salah satu cara yang paling biasa kita lakukan ialah dengan menyapu minyak angin atau pun minyak urut yang panas. Bila rasa panas tu kena pada kulit, automatik kita akan rasa semakin lega. 

Aku cuba juga tanya pandangan beberapa orang doktor tentang penggunaan minyak panas ini terhadap wanita hamil. Ada seorang doktor yang kata tak bahaya dan tiada kena-mengena pun dengan perkembangan fetus/janin. Ada seorang doktor yang kata lebih baik dielakkan kerana di dalam minyak panas biasanya ada salicylate acid, tetapi apa-apa jua kita kena percaya dengan ketentuan Allah. Ada seorang lagi doktor juga kata elok dielakkan atau minimumkan penggunaannya sebab kita tak tahu sejauh mana minyak angin tersebut diserap ke dalam badan dan terkesan terhadap janin.

Menurut Dr Zubaidi yang femes tu, tidak ada pengesahan bahawa penggunaan minyak angin dan minyak panas ini selamat untuk digunakan oleh wanita hamil, tetapi tidak ada juga pengesahan yang penggunaan minyak tersebut tidak selamat. 

Jadi aku buat kesimpulan sendiri, minyak angin atau minyak panas ni boleh guna tapi jangan berlebihan la. Terutamanya di bahagian perut. Guna di kaki, tangan atau belakang dada sikit-sikit tu boleh la agaknya. Dan jangan terlalu kerap. Semuanya untuk langkah berjaga-jaga sahaja. Apa-apapun kena serahkan diri kita ni kepada yang Maha Pencipta juga.

Kadang-kadang bila kaki aku sembab atau pinggang aku sakit, aku minta tolong suami sapukan minyak pada tempat yang berkenaan. Tapi aku hanya suruh sapu je, tak bagi dia urut. Minyak yang aku guna pulak ialah minyak panas yang diminta daripada klinik. Rasanya ramai yang familiar dengan bau minyak tu. Tapi minyak tu sekadar panas. Aku tak la rasa lega hasil daripada kesan dia menyerap dalam badan, tapi rasa lega tu mungkin sebab kepanasan minyak tu membuatkan aku dah tak fokus pada kesakitan sebaliknya fokus pada rasa panas minyak tu plak.

Sehingga la satu hari tu, aku kemas-kemas laci, aku jumpa botol minyak urut Tanamera yang aku beli semasa mengandungkan Luth dulu. Dah tinggal sisa-sisa je pun. Nak buang sayang sebab masih ada lagi minyak tu sikit dalam botol tersebut. So, aku minta tolong suami aku sapu minyak tu la pada aku demi kerana tak mahu membazir. Mahal tu hoih. Pat ploh hingget sebotol. Setitik tu harganya 20sen tau. (Poyo.)

Lepas tu baru la aku rasa bila bangun tidur pagi esoknya tu, rasa ringan je badan. Macam betul-betul effective ni. Terasa genius pulak aku. Ehehe. Dalam beberapa hari, aku rasa keberkesanan minyak urut yang namanya Herbal Massage Oil tu. Malangnya, sewaktu aku baru nak merasa kesannya, minyak tu dah habis dah la. Mana taknya. Isipadu yang tinggal di dalam botol tu hanya sikit, tapi nak sapu kat badan gajah. Memang la tak cukup. Hakhak.

Bila Herbal Massage Oil tu dah habis, aku pun mula la gelabah. Padahalnya, waktu aku order barangan mandian baby Tanamera dengan ejen Tanamera, dia dah tanya dah, taknak order ke minyak Herbal. Aku dengan berlagak dan muka yakinnya terus je kata tak perlu. Puih. Sekarang kan dah menyesal. Lepas tu, aku guna je minyak urut baby yang aku beli untuk baby yang bakal lahir ni. Massage oil tu antara produk baby yang aku beli dengan ejen Tanamera, termasuk Shampoo & Body Wash dan minyak telon. (Yang label warna biru dalam gambar di bawah ni).


Kalau massage oil Tanamera ni aku yakin la sikit nak guna semasa hamil. Sebab memang minyak ni pun selamat untuk baby. So, firasat aku, mestilah selamat juga untuk aku guna, kan? Walaupun ni minyak baby, tapi bila sapu kat kaki, pagi esoknya badan tetap rasa segar macam gunakan Herbal Massage Oil juga. Hebakkkkk ah produk ni. Tapi aku fikir, kalau aku je yg dok guna massage oil baby ni, karang habis la minyak tu. Tak dan pulak nak sapu kat baby kalau asyik mok baby je pakai.

Nak taknak, aku terpaksa la contact lagi ejen Tanamera tu untuk order lagi massage oil. Kali ni aku order Ginger Blend Massage Oil pulak. Eheee... Saje je nak try produk lain. Kot-kot lagi best ke kan. Lepas tu aku order juga Hair Serum, sebab saje birah, dan juga sabun lagi 3 ketul. Utk aku sental badan berdaki aku ni. Nama nak lulur-lulur time pregnant ni memang tidak la. Hanya pakai sabun je yang aku mampu. So, tadi baru je ejen Tanamera COD(cash on delivery) barang-barang yang aku order tu. Lega la malam ni boleh guna massage oil baru. Hoyeyyyy!! Hoora hoorey! Eh, tetibe jadi Didi & Friends.

Ginger Blend Massage Oil ni bau dia memang bau halia tapi kuat juga bau serai. Kira macam kalau aku sapu kat badan, nanti akan terbau aroma satay la dalam bilik. Silap-silap aku bangun pagi, tengok-tengok kaki aku dah rompong sebab kena makan dengan suami aku sebab dia ingat kaki aku satay. 

Haa, begitu la kisahnya pasal produk Tanamera. Aku tak dapat komisen pun tau. Cerita ni pun sebab nak kongsi je keberkesanan produk ni.

Comments

  1. minyak tanamera saya hbis diguna. hiks
    mil buat urut badan 3 hariberturut. selebihnya saya buat sapu di tapak kaki lengan selepas mandi. sedap n selesa dipakai.

    lyd masih setia dgn tanamera.

    ReplyDelete
  2. Kaki rompong tu WIN...hahahahha
    Kalau gitu nti nk terai beli la lyd..nk urut suami...hahaha

    Suami rin sllu swh urut dgn minyak panas tp rin guna minya panas gamat tu je..yg mcm losyen..panas jugak..tp bila lyd ckp psl produk ni..gedik plak nk.cuba

    ReplyDelete
  3. Lakukan sesuatu yg meyakinkan kita ia tak memudaratkan. Kalau tak yakin atau cuma separuh yakin tak payahlah buat...

    ReplyDelete
  4. hahaha adoi tak larat nk gelak..kira pengguna setia tanamera la ni..sy baca pun dh macam terpikat sikit ngan produk2 ni semua..

    kt rumah ni memang tak guna minyak panas ke apa..klu sakit pinggang ke apa paling kuat tak tahan sgt soh en suami urut je.huhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....singgah jap....suka juga pakai minyak yang panas...tapi tak nak panas sangat...ala-ala minyak kayu putih suka juga...

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yang berguna untuk mereka tak tahu :D

    ReplyDelete
  7. maybe pkai bhgian lain ok kot..jgn direct pd perut ..atau minimumkan pgunaan bhgian tu..

    tanamera ni mmg femes

    ReplyDelete
  8. memang risiko juga pada ibu hamil, tapi pastikanlah minyak yang selamat. saya rasa ok je kalau pakai, cuma yang selamatlah

    ReplyDelete
  9. Terpengaruh pulak I setelah selesai membaca entri ni. Macam I yang bukan ibu mengandung ni kira kalau teringin bolehlah juga guna minyak panas ni ya. Macam best pulak! Kalau dapat bau sate, lagilah best. Tak payah makan. Cium bau aje lepas tu boleh tidur lena. Kira diet dah tu!

    ReplyDelete
  10. ginger blend oil tu ok kan kalau di pakai time awal2 pregnant?

    ReplyDelete
  11. MMG minyak urut moden pun sangat sesuai utk baby hingga dewasa..ibu hamil pun sgt sesuai guna utk sakit pinggang, lenguh-lenguh, simpul biawak, loya dan sebagainya lagi..hubungi saya, wasap.my/601170387085

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya