Skip to main content

Budak 2 Tahun Tak Boleh Jadi Saksi

Sejahteralah ke atas kamu...


Kejadian ni berlaku pada 2 minggu lepas. Suatu petang, seperti selalu, aku akan hantar kereta ke rumah kemudian berjalan kaki ke rumah pengasuh Luth untuk mengambil Luth. Semasa berjalan kaki bersama Luth untuk pulang ke rumah, aku perasan pada cuping telinga Luth seperti kemerah-merahan. Seperti kesan melecet. Aku bertanya kepada Luth, "Kenapa telinga Luth ni merah?", sambil menyentuh cuping telinganya yang kemerahan itu. Dengan spontan Luth menjawab, "Atuk tubit". Jawapan yang sepantas kilat tanpa berfikir-fikir lagi daripada mulut kecil Luth. [*tubit = cubit].

At first, aku rasa terkejut sangat bila dengar tu bertambah pula dengan perasaan marah. Apa pula anak aku buat sampai kena cubit? Tapi bila aku dah kembali waras beberapa minit lepas tu, aku terfikir balik, "Pasti ada sebabnya kalau betul Atuk cubit".

Bila masuk je dalam rumah, aku belek cuping telinga anak aku. Sambil berkali-kali aku bertanyakan soalan yang sama, "Betul ke atuk cubit Luth?". Dia akan jawab sepatah, "Ye". Bila aku tanya, atuk cubit macamana? Dia pun tunjuk demo cubit sambil cubit pipi mama dia yang tak kurang gebunya itu. Dah tu, aku tanya la, "Cemana cubit pipi boleh merah kat telinga?". Lepas tu baru Luth cubit kat telinga aku. "Macam ni", Luth demo cubit cuping telinga aku. 

Macam-macam aku soal siasat Luth. Aku tanya la, sakit ke tak atuk cubit? Dia kata tak sakit. Aku tanya dia nangis ke tak bila kena cubit tu. Dia kata tak nangis jugak. Aihhh... Macam pelik. Budak Luth ni setahu aku, sangat manja. Nampak lipas pun boleh menangis beresak-esak sambil panjat baldi blocks dia. Tapi kena cubit sampai merah telinga, takkan la tak nangis.

Aku tak puas hati je. Terus aku telefon suami aku yang masa tu belum balik daripada kerja. Kaki mengadu jugak aku ni. Patut la anak aku kuat mengadu. Hakhak. Aku terus je cerita kat husband aku tanpa berlengah lagi. Husband aku kata, takleh jadi ni. Kena tanya atuk ni. Heheh.... Over sungguh mak bapak macam ni kan? Bila husband aku balik malam tu, dia pulak yang sambung interview Luth dengan soalan yang sama juga seperti aku tanya Luth sebelum tu. Harap-harap Luth tak stress la ye. Dan jawapan Luth pulak macam konsisten je. Takde perubahan statement pun. 

Aku suruh husband aku tanya nenek keesokan harinya. Sebab yang hantar Luth pagi-pagi ke rumah nenek ialah papa dia. Aku ambil Luth belah petang. Aku kalau bab-bab nak suruh tanya apa-apa kat pengasuh, aku akan suruh suami aku yang tanya. Atau nak request apa-apa kat pengasuh pun aku suruh suami aku. Sebab kalau nampak cerewet nanti suami aku, bukan aku. Aku akan sentiasa nampak suci dan tak banyak kerenah di mata pengasuh. Haha. Kejam. 

Bila husband aku tanya nenek pengasuh, nenek kata mana ada atuk dia cubit. Tak pernah pun berkasar dengan budak-budak yang dia jaga. Dah berpuluh tahun jaga budak. Tak pernah pun orang complaint. Lepas tu nenek kata, merah telinga dia tu mungkin dia sendiri yang garu. Pernah juga nenek kata, pada satu hari tu nenek tengok peha Luth merah. Bila nenek tanya, kenapa merah kaki Luth ni? Nenek kata, Luth jawab "Mama buat". Deng! Anak aku pun ada pitnah aku juga rupanya. Haiyooo anak... Apa yang kau dah buat ni??! 

Petang itu, aku ambil Luth daripada rumah nenek, nenek kelihatan sangat in a bad mood. Nenek cakap, "Ntah apa la Luth cerita lagi ni? Mula-mula dulu pasal gula-gula. Sekarang kata atuk cubit pulak. Dah 2 kali dah. Kalau kali ketiga nanti tak tau la apa pulak.". Gulp... Aku rasa macam bersalah sangat. Yelah, mungkin bagi aku dan suami, bila kami bertanya tu adalah perkara biasa. Ntah la. Bagi kami kalau bertanya tu lebih baik daripada bersangka-sangka. Karang kalau tak tanya takut salah faham sampai ke sudah. Tapi mungkin di pihak pengasuh, mereka rasa tak dipercayai dan dicurigai. Mungkin perkara itu tidak selesa untuk mereka. Aku memang tak nak la pengasuh pandang 'slek' kat anak aku. Kang kena boikot pulak anak aku. Kesian dia. 

Peristiwa itu betul-betul menjadi pengajaran untuk aku dan suami. Suami aku kata, kalau ikutkan dia, dia relax je. Tak perlu pun kita nak bertanya pada nenek. Tapi oleh sebab aku suruh tanya, dia tanya la juga sebab agaknya dia lagi tak sanggup nak tadah telinga dengar aku berqasidah kat dia tiap-tiap hari nanti kalau dia tak tanya nenek. Agak je la. So, sekarang ni nampaknya macam aku la yang parasitnya. Aku la yang gelabah lebih. Heheh. Esoknya papa Luth minta maaf dengan nenek dan cuba sedaya upaya clearkan kekeruhan kami. Dan petang tu pulak, aku pun minta maaf dengan nenek sebab mencurigai mereka. Actually aku bukan curiga pun. Aku cuma bertanya untuk kepastian. Tapi kalau orang yg terima soalan tu rasa macam aku sepatutnya tak perlu tanya, then betul la tu salah aku. Aku ni kan manusia biasa. 

Jadi, kesimpulannya, kata-kata budak-budak ni kita tak perlu la nak ambil serius sangat. Sebab kadang-kadang mereka bercakap melalui skop pandangan mata mereka yang kecil tu je. Lagipun, imaginasi mereka tinggi, itu belum campur dengan halusinasi mereka lagi. Bukan la nak memperlekehkan anak-anak. Tapi bergantung la pada situasi. Kalau perkara kecil, tak perlu la untuk diperbesarkan. Sebab semalam contohnya, Luth pun ada datang kat aku masa aku tengah menjahit (ewah mood menjahit sudaa mareyy), pastu dia kata nak belajar. So, aku tanya dah tu kenapa tak belajar? Dia jawab, papa dah simpan buku dia. Aku terus je laung kat papa dia yg tengah tengok tv kat ruang tamu. Tanya untuk confirmation je la, "Papa simpan buku dia ke?". Pastu papa dia jawab, "Bila masa pulok doh.". Heheh.. Aku mesti la lagi percaya kat husband aku. Lagipun aku tau sangat laki aku tu, kalau dah tengok tv memang terlebih fokus, takdenya dia tetibe nak pegi kemas buku anak waktu-waktu macam tu. Haihhh, budak Luth ni. Tak baik fitnah papa tau. So, lepas ni.... Mama kena relax-relax kacang je la ye. Takyah nak gelabai sangat perangai tu.

Comments

  1. Budak2 zaman dulu tak berani cerita masalah di luar rumah yg melibatkan invidu lain kpd ibu bapa, takut lepas cerita dia kena lagi di rumah. Kalau balik rumah cerita cikgu pukul, lepas tu budak itu pula akan kena pukul ibu bapanya. Kalau balik rumah cerita kena cubit, siaplah budak tu yg akan kena cubit di rumah...

    ReplyDelete
  2. bahaya betul mulut luth ni...cian papa mama...moga luth jadi anak soleh..insyallah..amin

    ReplyDelete
  3. heheh..ye ..kadang2 imaginasi budak2 ni diaorang tak anggap tu imaginasi.diaorang rasa betul2 jadi.contoh macam dia sembang dengan atuk , atuk tu mungkin ada kata "jangan buat nanti atuk cubit.." tapi dia buat juga dan dia nampak bayangan macam atuk tu akan cubit dia.tu yang dia rasa atuk ada cubit dia.saya pun pernah jaga budak.masa hari pertama dia datang saya tengok kaki dia merah.hari ke dua saya tanya kenapa kaki tu merah2.dia cakap ibu buat..mak dia datang ambik dia petang tu saya tanya la..ada merah2 kat kaki dia..kak Iza buat ke?/terkejut mak dia..padahal semut merah banyak kat rumah tu mak dia kata..hahah

    ReplyDelete
  4. Kalau rin pun pecaya kot lyd..
    Sebab kita sllu sangka bdk2 besar luth ni xkan menipu..hnmm
    Tapi tula...cmne luth blh bt cerita pulak ek

    ReplyDelete
  5. budak kan , klu dia tahu yg dia mmg akan kena marah , dia akan berbohong . my anak buah , klu ditanya sape yg buat memasing tak mengaku ... maka mak usunya jawab : tak kan mak usu yg buat . tau takut kena marah ya ( nada memang dah marah pon ) ... hehehee

    ReplyDelete
  6. Budak-budak tak pandai menipu tapi yalah, betul juga kata you. Imaginasi mereka memang tinggi. Bijak berstorytelling sejak pandai bercakap. Nak percaya susah, tak percaya pun rasa macam berat pulak. Kalau tak nampak kesannya, okeylah boleh pejam mata buat tak tahu. Tapi kalau ada kesannya, hati mak mana yang boleh rileks aje buat derkkan!

    ReplyDelete
  7. aduh bahaya juga ye imaginasi luth ni..tp tak boleh nk salahkan dia..budak2 kan..afia tak pernah la pulak..tp setakat buat salah tak mengaku tp dia salahkan org lain biasa la..ni pun dikira menipu ke.huhu

    ReplyDelete
  8. luth nak bergurau2 kot. dia bukan tau apa pun kalau gurauan dia tu mendatangkan masalah. maafkan la dia. hehehe...

    ReplyDelete
  9. Hehehehhee..mama dia pun kena fitnah jugak ke..cerdik betul budak Luth ni..:)

    ReplyDelete
  10. haha..gitulah kalo hati seorg ibu lyd..nnti msk sek lg teruji tau.. hati tak kering habs.. dgr ank citer skit..mula ssh hati...

    tp papa fasya la kata jgn ambk serius..bdk2 biasalah..selagi dia happy insyallah..ok je.. selagi x jejas emosi

    ReplyDelete
  11. saya jenis tak suka tanya direct...cara saya tanya pada pengasuh "kenapa ni cik.." dengan nada lembut.nanti pengasuh saya cerita la..saya suka positif walaupon hari-hari risau juga.
    kadang-kadang budak-budak ni caritanya over sikit.imaginasi mempengaruhi kot

    ReplyDelete
  12. harap hubungan dengan atuk nenek dah jernih yea..

    ReplyDelete
  13. budak usia gitu memang mudah kata yang bukan2
    kita kena selidik dulu
    tak usah percaya bulat-bulat
    cakap ni berdasarkan pengalaman mak saya jadi baby sitter
    kadang rasa kelakar pun ada
    dapat mak bapak yang jenis menyerang terus, memang susah juga
    kena ambil tempoh bertenang benda2 camni

    ReplyDelete
  14. PENGAKUAN TULUS DARI SAYA PAK DADANG KERJA DI HONG-KONG SEBAGAI SOPIR

    saya mau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,, serta penghargaan dan rasa kagum yang setinggi-tingginya kepada AKY SANTADEWA,,saya sudah kerja sebagai SOPIR selama 10 tahun DI HONG-KONG,,dengan gaji lebih kurang 1.7jt/bln,,tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,,apalagi setiap bulan harus mengirim anak saya di kampung ,,sudah lama saya mengetahui roomn ini,,juga sudah lama mendengar nama besar AKY SANTADEWA,,tapi saya termasuk orang yang tidak terlalu percaya dengan hal angka ghoib,,jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng yang mau menipu saya …..tpi saya coba2 hbngi aky menceritakan semua masala tentan saya dan keluarga saya di kampung ..
    dan akhirya aky Berikan melalui angka togel 4D putaran hong-kong,,saya benar2 tidak percaya dan hampir pinsang,,angka yang di beri AKY ternyata tembus,,awalnya saya coba2 menelpon,,saya bilang saya terlantar DI hong-kong,,tidak ada ongkos pulang apalagi hutan ANAK saya diBANK mencapai 200jt,,terus beliau bantu kami kasih angka TOGEL..mulanya saya tidak percaya,,mana mungkin angka ini keluar,,tapi dengan penuh pengharapan saya pasangi kali banyak,,sisa gaji bulan kemaring ternyata alhamdulilla angka di berikan 4D TEMBUS….!!!
    dapat 300jt..sekali lagi terima kasih banyak,,saya sudah kapok kerja di kampung orang,,rencana bulan ini mau pulang ke KALTIM utuk buka usaha di kampung sekalian bayar hutang anak saya di bank…….
    buat AKY saya tidak akan lupa bantuan dan budi baik AKY sekarang kehidupan sya lebih baik dan sya nanti y bisa berkumpul lagi sama kluarga besar sya di kampung..

    bagi teman-teman penggila kupon putih yang tidak pernah merasakan kemenangan dalam bermain TOGEL 2D 3D 4D SPORTS TOTO 6D
    AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..

    angka GHOIB:SINGAPURA
    angka GHOIB:HONGKONG
    angka GHOIB:MALAYSIA
    angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
    angka GHOIB:LAOS
    angka GHOIB:SIDNEY
    angka GHOIB:CAMBODIA
    angka GHOIB:CHINA
    angka GHOIB:KOREA
    angka GHOIB:TOTO KUDA
    angka GHOIB:ARAB SAUDI
    angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
    angka GHOIB:TAIWAN
    angka GHOIB:THAILAND
    silahkan HBG/SMS di NO ;
    { 0852’8315’2944 } ATAU KLIK http://akisantadewa.blogspot.com

    anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti
    hanya aky yang menjamin 100% kemenangan..AKY SANTADEWA …akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB
    putaran togel apa saja yang penting Anda yakin dan percaya sama
    AKY SANTADEWA MEMANG SELALU TEPAT DAN TERBUKTI. …….

    KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET terima kasih, semoga info yang diberikan bisa membantu anda semua

    ReplyDelete
  15. Hehehe....lawak je lyd....biasanya..dulu..pengasuh anak koi...kalau dia nampak merah ke..biru ke..cecepat dia tanya aku terus....takut dipersalahkan agaknya

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya