Skip to main content

Star Wars. Tuti Tebei.

Sejahteralah ke atas kamu.....

Star Wars.
Semalam kami 4 beranak pun pergi la menonton Star Wars kat Signature. Aku, suami, Luth dan sorang lagi tengah bersantai dalam perut aku. Luckily, aku faham jugak cerita tu. At least untuk episod yang aku tengok tu je la. Kalau tanya aku asal usul Han Solo ke, Obi Wan Kenobi ke, droid ke ke, memang le aku tak tau. Malahan, bila tengok di akhir cerita keluar Luke Skywalker pun aku tak feeling apa-apa sedangkan kalau Star Wars geek yang tengok Luke tu, mesti rasa macam terubat rindu. 

Dengan muka tak malunya, masa aku nak tebus tiket semalam, aku selamba je tanya, "ada souvenir tak?". Pastu dapat la. Sekeping poster hehe. Poster tu apa la aku nak buat dengannya? TUnggu la Luth skolah nanti aku buat balut buku teks dia. Hancur harapan nak dapat keychain atau figura comel Star Wars. Deng! Oleh sebab aku tengok midnite semalam. Sampai rumah pun dah kul 2.15 pagi. Memang rabak gile mata aku hari ni. Mengantuk.


Tuti Tebei.
Aku baru je nak ajar anak aku makan roti bakar dengan peanut butter. Dia tu kalau makanan yang dia nampak pelik sikit atau yang dia tak pernah tengok, memang payah nak cuba rasa makanan tu. Buka mulut pun tak hendaknya dia. Demi nak bagi dia terbuka hati untuk makan roti dengan peanut butter, aku pun nyanyi la lagu iklan mentega kacang Sun Bear. Iklan tu selalu keluar kat Astro Ceria. Lepas aku nyanyi tu, dia pun excited la kata nakkk...nakk... Walaupun peanut butter yang aku beli tu jenama Lady's Choice.

Oleh sebab aku dah promote peanut butter tu dengan lagu Sun Bear, sepanjang masa waktu dia makan roti bakar tu, dia akan suruh aku nyanyi lagu Sun Bear. Lenguhnya la mulut aku nak nyanyi lagi sama ulang-ulang. Last skali aku nyanyi je macam walkman kehabisan bateri, sesuai dengan habisnya roti tu.

Bila terkenang betapa comelnya dia masa nak minta roti bakar daripada aku, datang berlari-lari kepada aku lepas tu kata, "Mama, nak tuti". (Tuti = roti). Nak tuti te bei". (te bei = Sun Bear). Pelat gile. Tapi comel sangat. Sebab selalunya hanya aku je faham dia cakap apa. Papa memang tak faham. Heheh.

Esok cuti. Jumaat cuti. Selamat bercuti semua. Bye. Take care Sun Bears!

Comments

  1. hahaha.. comel luth.. tibe2 rindu naufal anak sedara yg telo tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Comei luth...aish pun msh pelat..
    Tak tgk dilwale ke

    ReplyDelete
  3. Budak2 kat rumah ni mkn roti sapu cekelat je...hak lain mmg tak de nye nak cuba...

    ReplyDelete
  4. cute nya luth dengan pelat nya hihi...sedap roti bakar sapu peanut butter..yummy!

    ReplyDelete
  5. Terbalik pula dgn saya masa anak2 masih kecil, saya yg lebih memahami bahasa anak2 berbanding ibunya. Mungkin saya lebih rapat dengan anak2 berbanding ibunya, walau cuma seminggu sekali dpt menemui mereka?

    ReplyDelete
  6. ingat tuti tebei tu ada kaitan ngan star wars. hahaha...

    ReplyDelete
  7. Alolo..comelnya si luth..dah nak jadi abg dah dia..hehe.. (^_^)

    ReplyDelete
  8. comel betul la luth..tu la kan ada cara sebenarnya nk bg anak suka makan..jenuh nyanyi lagu sun bear la kekdahnya.hehe..

    rajin pulak tgok wayang midnight ye..luth tak kacau oklah..bila nk p tgok dilwale ni.uwaaaa...

    ReplyDelete
  9. haha..lg comel mama dia nyanyi lagu tu kan?? hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya