Skip to main content

Merangkak Mencari Artis Di Padang Mahsyar

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku rasa, kalau aku ada mengutuk pun yang paling banyak ialah aku kutuk artis Malaysia. Ye lah. Biasanya artis je yang selalu buat benda-benda yang 'kita rasa geram nak kutuk' dan mereka jugalah yang selalu keluarkan statement yang memanggil-manggil kita untuk kondem perbuatan mereka secara berjemaah di laman sosial.

Aku kan.... ada sorang selebriti ni yang aku selalu kutuk bila dia keluar TV. Aku rasa mungkin ramai yg tak kenal dia kot sebab dia penyampai berita sukan kat Astro Arena. Aku tengok tu pun bila hasbeng aku yg buka channel Astro Arena tu. Kalau tidak, jangan mimpi la aku nak buka channel tu. Penyampai berita sukan ni, dia kembar. Aku kutuk dia pun bukan sebab paras rupa. Cuma aku selalu je rasa macam dia suka buat kelakar yang tak kelakar. Ada sekali tu masa dia jadi pengulas Sukan Sea, aku gelak dengan penyampaian dia sebab dia cuba buat lawak yang tak lawak tapi nampak beriya sangat. Kederat gila.

Lepas tu.... Pada suatu hari.... Semasa aku nak balik ke rumah daripada ofis, aku lalu di lobby ofis aku, aku ternampak selebriti ni. Memang waktu tu hanya aku dan dia je ada kat lobby tu, tapi dia tengah berjalan bergegas untuk duduk di sofa, di lobi. Aku betul-betul berselisih bahu dengan dia. Ya Allah, ya Allah. Aku tetibe je kaget. Sebab aku teringat yang aku selalu kutuk dia. Terus terlintas dalam fikiran, adakah Allah sengaja menduga kita, di mana kesabaran manusia  aku? Adakah Allah nak aku minta maaf dengan selebriti ni sebab tu Allah aturkan serendipity ni pada aku. Eh, sesuai ke perkataan serendipity ni aku guna dalam situasi ni? Hahaha. Belasah je la Mak Embong. 

Aku berfikir dengan pantas, nak gi mintak maaf ke tak? Nak mintak maaf ke tak? Lepas mintak maaf boleh bergambar. Sementelah, dia tu agak ensem. Hahaha. Sempat pulak nak birah. Saje je la. Dah dia kan selebriti. Mesti la nak ambik gambar. Pastu sambil pikir, tu sambil jalan, last-last dah sampai ke pintu keluar lobi. Then, aku terus je la keluar dan pergi tempat parking tanpa menoleh lagi ke arah selebriti tu. Buat penat fikir tadi, kalau akhirnya aku setakat nak balik bodoh camtu je. Hakhak.

Balik rumah, aku cerita kat hasbeng aku pasal keterserempakan aku dengan selebriti tu. Pastu boleh pulak hasbeng aku lagi provok dan buat aku menyesal sebab tak mintak maaf pasal aku kutuk dia tu. Menyampah betul. Tapi ko fikir la kan... Katakan aku tiba-tiba je muncul depan selebriti tu, kemudian aku kata, "Saya mintak maaf encik, sebab saya selalu kutuk encik". Tak ke awkward situasi tu. Tak ke ko rasa selebriti tu malu kat situ. Lagi malu kalau rupa-rupanya yang aku jumpa tu bukan yang aku kutuk tu, tapi sebenarnya kembar dia. Eh, tapi kembar dia pun perangai sama macam dia, dan cara cubaan buat kelakar yang tak kelakar tu pun sama je. So, sama je kena kutuk dengan aku. Astagfirullah. Teruk betul. 

Ada ke korang terkutuk artis-artis terutamanya artis Malaysia? Agak-agaknya, antara pekerjaan artis dengan ustaz, siapa yang lagi banyak dapat pahala free hasil kutukan orang lain? Rasa macam artis je kan? Tapi betul ke memang derang akan dapat pahala free, walaupun dia kena kutuk tu perkara yang dia memang salah contohnya? Tak tau kan? Jadi, orang yang suka kutuk artis tu, meh la insaf. Takyah la kutuk sesiapa dah. Simpan je la dalam hati atau jangan kisah langsung pasal artis. Bukan penting pun. Cuma, tu lah. Kalau dah ternampak tu kan, rasa macam ringan je mulut nak komen ye tak?


Comments

  1. Hahaha..lawaks..
    Saya tau sapakah gerangan penyampai berita sukan tu..sbb dia je yg kembo..hehejhee
    Tp kan lyd..rin sllu baca dkt ig org kutuk artis terangan...melampau sbb depa yg lelebih dr org yg bergaduh tu...xpsl2 dpt dosa free...huhu

    ReplyDelete
  2. huwaaaa huurm.. adeh.. memang la okwed kalo tiba2 minta maaf kan..
    kita ni manusia normal.. mmg laju je kadang2 mulut kita nak ngutuk.. CT pun sama.. tapi ada banyak da bukti Allah tnjuk.. yg kita kutuk tu haaa da brubah.. skarang memang elak dah ngutuk2 retis..

    ReplyDelete
  3. terkesima seketika....

    tq ingatan...kena juga ...

    ReplyDelete
  4. Yela kan..dah benda dia buat salah..mesti kita nk terrrkutuk.

    Kena tanya yg arif ni. Kalau ikut saya..yg kita tak sengaja kutuk disebabkan dia yg mendorong kita kutuk dia..tu kira hapus kira..boleh? Ok..kita tanya yg arif. :)

    ReplyDelete
  5. betol betol
    saya slalu kutuk bab pakaian j la. kutuk pon dlm hati. pastu sebut astagfirullah sambil geleng geleng kepala
    itu j yg mampu

    ReplyDelete
  6. Saya juga suka kutuk artis mungkin sebab bab pakaian dan cara hidup mereka yg kurang sensitif dengan budaya Islam. Kalau nak minta maaf, ramailah yg saya kena minta maaf, hahaha...

    ReplyDelete
  7. err... macam ada terkutuk jugak je. err...

    ReplyDelete
  8. Salam LyD. sebagai manusia biasa, kita takkan lari buat salah dan buat silap ni kan. kdg2 terkutuk orng itu dan ini. kalau x dapan minta maaf secara berdepan tu, the best B4 tidur maafkan semua orng yang dah buat salah pada kita dan dlm masa yang sama berdoa juga agar mereka memaafkan kita juga. Allah swt knows best kan !

    ReplyDelete
  9. Lebih baik kita banyak kutuk diri sendiri dari kutuk orang lain. Bak kata halusnya muhasabah diri la...

    ReplyDelete
  10. kenapa ntah baca kisah ni sambil tersengih-sengih...rasa kelakar lak

    ReplyDelete
  11. kita cuba pendam dalam hati je la lepas ni. tak pun kita tak payah dah amik tahu pasal artis..

    ReplyDelete
  12. sy tahu siapakah gerangan pembaca berita sukan itu..dh mention kembar..mana ada org lain ye tak..oklah juga tak tegur..kok nak minta maaf dah terkutuk terkejut beruk pulak dia.nanti dia tak malu..kita plak jadi malu kalau dia kata..ehh do i know u? hahaha..

    ReplyDelete
  13. memng akan rasa pelik bila tiba2 ckp mtk maaf... hehehe tapi takut jgk kan huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. dilema gak ni kan..tapi saya jarang kutuk artis, kutuk ahli politik tu selalu.habislah macam ni..

    ReplyDelete
  15. Ky pulak kalo rasa dah terkutuk sesorang..pastu sedekahkan alfatihah buat mereka..Allah saja yang tahu niat tujuan kita mengutok. kalo yg baik2 takkan kita mengutok ye tak? nak jumpa sorang2 memang taklah kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya