Sejahteralah ke atas kamu...
Aku sekarang dalam usaha nak mengajar anak aku membaca Al Fatihah. Kenapa Al Fatihah? Kerana Al Fatihah ni surah yang paling penting dalam kehidupan umat Muhammad dan yang paling kerap dibaca setiap hari. 17 kali sehari. Kalau aku ajarkan surah Al Fatihah kepada seseorang, bayangkan la banyak mana pahala ilmu yang dia manfaatkan tu sampai kepada aku. Owh, pakcik kayo.
Cuma aku ada masalah sikit la untuk mengajar anak aku ni. Dia ni, culas sangat tau kalau bab-bab yang berkenaan dengan 'keakhiratan' ni. Aku tak tau la kenapa. Bila aku sebut je, "Mari ikut mama baca Al Fatihah", dia mula la berdalih. Dia buat-buat batuk la (macam tak sihat la konon), sometimes dia akan humming je tak buka mulut pun semasa mengikut aku baca. Atau bila aku baca, dia akan tanya, "Apa mama? Apa?" dan memaksa aku mengulang banyak kali. Aku masih bersabar kalau nak ulang banyak kali tu, tapi aku tahu dia sengaja buat-buat tak faham. Eiii, sakitnya hati nurani i ni ya Allah.
Kalau aku buka TV dan tukar ke channel zikir, dia siap menangis-nangis sambil cakap, "Tanak zikirrr, tanak zikirrrrrr". Aku memang suspek, dia ni dikuasai syaiton. Aku terus pegang kepala dan dada dia dan baca "Auzubillahiminasyaitonirrojim", ulang-ulang kali. Tapi lepas aku baca tu pun, dia sama juga tak nak dengar langsung zikir. Dah kenapa anak aku ni? Tapi biasanya aku takkan mengalah kalau dia menangis taknak dengar zikir tu. Sebab biasanya aku akan alih perhatian dia untuk main mainan dia. Jadi TV tu akan terus mengalunkan zikir-zikir. Itu belum cerita lagi kalau aku tinggal berdua dengan dia, dan aku kata aku nak gi solat. Dia siap menangis-nangis tak bagi aku bangun. Dia suruh duduk je tepi dia, jangan pergi mana-mana. Aiyooo... Stress sungguh.
Cabaran juga aku rasa nak mendidik budak kenit ni untuk dekatkan diri dengan Allah. Kadang-kadang bila aku muhasabah diri aku, aku rasa silapnya aku dengan papa dia juga. Aku jujur nak mengaku, sepanjang aku alahan waktu hamil ni, aku dah sangat jarang buka naskhah Al Quran di rumah. Jarang yang dah nak hampir dengan 'langsung tak ada'. Kalau aku baca Quran pun, hanya di henfon. Itu pun aku baca dalam hati je. Sebab aku loya, tak mampu nak project suara aku keluar. Sedangkan solat pun, aku agak kerap solat duduk dan kebanyakan bacaan aku baca dalam hati sebab memang aku tak larat. Tenaga aku rasa macam semakin susut sebab waktu tu kan aku tak makan. Jadi, mana la nak datang tenaga tu. Sekarang ni je dah semakin pulih kesihatan dan alahan aku. Aku dah boleh solat seperti manusia sihat dan normal. Itu pun aku dah bersyukur sangat.
So, itu je la yang aku nak cerita pasal dugaan aku nak mendidik anak sulung aku tu. Korang ada tak cara yang boleh aku gunakan untuk mengajar anak aku membaca dan menghafal surah dengan lebih mustajab? Kalau ada, ce kongsi. Mana la tahu, kot-kot idea bernas korang tu mungkin sesuai untuk Luth.
terima kasih sebab share entry nie...
ReplyDeleteselalunye sblm tido, dah tutup lampu...dah siap bg zharif minum susu, masa tu baca doa tido pastu baca Al Fatihah & Ayat Kursi... pasal masa tu kan mmg dh xde apa yg dia nk belek dlm keadaan gelap gulita tu so nak x nak dia kene ikut la baca skali
ReplyDeleteAlhamdulillah sejak sebulan lepas aku perasan dia dah blh baca Al Fatihah full tanpa ikut aku@azli baca
Sekarang ni tgh nak suh dia hafal ayat kursi lak...aku br praktik masa dalam perjalanan nak hantar & balik rumah pengasuh aku baca kuat2 & suh dia ikut...zharif mmg dia ingat sket2 pasal kan ada baca sblm tido tp ni nak bg dia blh hafal penuh plk
Ye, baca. Tapi anak aku ni dia siap suruh berenti. Jangan nyanyi..jangan nyanyi. Eii, sakit pulak ati kita. Lagho sangat ni tgk citer katun je.
DeleteMelati amalkan tidurkan anak dgn baca doa tidur dan surah alam nasyrah ( al insyirah) dan seterusnya cium pd ubun ubun anak dgn niat yg baik2 utk diorang. Alhamdullillah, setakat ni anak anak mendgr kata dan selalu wat sejuk perut ibu mengandung
Deleteubah cara bacaan ke? jgn baca berlagu...erk...camne nak ckp ek..
Deleteada tgk x kt fb yg sorg budak tu dok baca Al-Quran dgn nenek dia yg tgh sakit...bila aku tgk video tu aku perasan aku ngajar zharif mcm tu la...
hmmm...tp kan...ada dgr bunyi guli lg x kat umah tu?? takut tu penyebab...erk
Jangan salahkan diri...mgkn Allah sedang menguji. Dan anak kecil biasanya belajar dgn melihat kita. Biasanya ditarik, bukan ditolak masuk. Berdoalah...yang membuka atau menutup hati manusia adalah Allah. Insyallah baik segalanya....dia pun masih muda.
ReplyDeletebanyakkn brsabar sis dan teruskan usaha.. hehehe chayok3 sy nak bg tips pn sy xde anak lg...kihkih
ReplyDeleteSaya cadangkan akak beli buku manzil. Dalam tu ada ayat manzil. Ayat Al-Quran. Akak baca dan hembuskan bacaan ayat tersebut dalam air untuk diminum. Air tu boleh guna juga dengan merenjiskan air tersebut di 4 penjuru rumah. Cuba buat tengo ada kesan tak unutk anak. Insyallah ayat manzil ni bagus untuk perubatan Islam. Buku nya kecil aje. Tak sampai RM5 pun ada. Boleh cuba.
ReplyDeleteKena sabar dalam mendidik anak-anak.
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan akak mendidik anak. Kena banyak sabar dengan kerenah mereka.
ReplyDeleteBila dia dah hafal alfatihah minta dia hafal makna setiap baris ayat yang menjadi surah terpenting umat Muhammad itu. Saya pernah buat survey random di tempat kerja dulu dan agak terkejut bila tau kebanyakan mereka walaupun lancar baca al-fatihah tapi tak memahami keseluruhan maknanya. Terkejut sungguh saya, kebanyakan kita cuma seperti burung kakak tua!
ReplyDeleteHaah Ldy..anak wa pun macam tu,,kalau ada zikir kat tv tu..terus dia tutup tv...tapi yang dalam handphone..elok pulak dia dengar,,,peliklah..
ReplyDeleteSebenarnya kita kena sabar dan kuat bila nk didik anak2 ni kan, ank2 akk pun mcm tu klu bab menyanyi laju je,tp apapun kena usaha juga la
ReplyDeleteyaaa semoga mudah urusan nak ajar anak2.. kalo guna pendekatan lagu ?
ReplyDeletesemoga dipermudahkan buat kita kan utk ajar anak anak nanti.
ReplyDeletesaya tak da la tips. rania bru nak mask setahun 4 bulan. setakat ni mmg nampak baik baik aja. bila buka channnel 106 tu. mmg ralit nengok.bila org solat dia ngikut j. harap berkekalan.
cuma skrg saya selalu amalkan baca surah alfatihah (1x), ayat kursi(1x), surah Al-Insyirah(1x) surah taha ayat 1-5 (1x). waktu nak tidur.
dok baca dari baby sampai skrg.
terima kasih share stori. buat panduan saya juga nanti...
ReplyDeletehebahan ilmu yg bermenfaat ldy. buat panduan ky juga sebagai nenek..
ReplyDelete