Skip to main content

Beza Yang Pertama Dan Kedua

Sejahteralah ke atas kamu...


Sekarang ni, aku suka sangat tengok Shah Rukh Khan(SRK). *Tersipu i masa nak buat pengakuan ni tau*. Padahal biasanya kalau tak pregnant dulu, atau bila-bila pun sebelum ni, aku tak pernah minat pun SRK. Tak faham aku. Aku selalu je tengok clip video lagu-lagu daripada filem yang SRK berlakon. Yang paling aku suka lagu Chammack Challo. Lagu yang dinyanyikan oleh Akon untuk filem Ra One. Dalam filem tu SRK jadi robot.

Dulu masa mengandungi Luth, aku suka tengok cerita kartun Barbie. Lagi la melampau. Agaknya sebab tu la anak aku sopan kot. Sopan sangat la Barbie tu ye. Hakhak.

Bab alahan tu memang la sama. Tapi sekarang aku sukaaaaaaa sangat makan benda-benda masam. Tak padan dengan gastrik tu. Tak kira la buah ke asam ke. Kalau mangga, nak yang masam je.
Ini contoh benda masam yang aku suka makan sekarang. Aku panggil asam taik hidung. Hehehehe.

Berbeza la dengan masa pregnant kan Luth dulu. Aku langsung takleh makan benda masam. Makanan yang masam membuatkan aku lagi loya. Waktu Luth dulu, aku hanya boleh makan buah honey dew. Sekarang aku dah takleh makan dah honey dew. Kembang tekak aku. Benda-benda manis aku dah tak berapa suka kali  ni.

Ada dua benda yang aku mengidam nak makan. Satu dah dapat. Iaitu persimmon atau pisang kaki. Yang kedua, aku kepingin sangat nak makan kurma fresh yang masih ada pada tangkai. Yang masih keras dan berwarna kuning. Tapi memang aku rasa macam takde harapa nak dapat dalam masa terdekat ni. Sebab daripada pembacaan aku di Google, kurma hanya berbuah pada musim panas (summer) sehingga pertengahan musim luruh (Autumn). Sekarang ni bulan November. Dah musim sejuk. Takde harapan la nak beli. Kalau ada pun nanti mungkin tahun depan la baru aku dapat makan. Tapi takpe la. Malas nak fikir sangat. 

Kandungan aku sekarang dah masuk 17 minggu, lebih kurang 4 bulan la. Alahan, muntah tu dah kurang. Pagi-pagi masih muntah, petang-petang masih loya. Tapi dah cukup baik sebab aku dah tak muntah bila makan. Dah boleh makan tu kira bersyukur sangat dah. Alhamdulillah. So, sekarang aku nak wish, "Welcome back weight gain". 

Aku tak tau la kenapa, pregnant kali ni aku jadi malas sangat. Masak tu memang dah tak la. Kemas rumah memang jauh sekali. Rumah aku sekarang dah macam sarang beruang. Pastu yang paling jijik, aku malas mandi. Hakhak. Setiap hari aku mandi sekali je kalau hari bekerja. Tu pun memang mandi kerbau. Jirus air sikit, sabun ala kadar then bilas. Gosok gigi pun laju-laju je. Suami aku mandi lagi lama daripada aku mandi. Ye lah. Dia kan jambu. Kena la jaga penampilan. Kekeke. Tapi ada yang lebih jijik. Kalau time cuti, aku memang tak mandi 2 hari. MUahahahahah. Teruk benor aku rasa. Tapi aku rasa terlampau sejuk untuk mandi. Rasa macam nak kejang urat-urat aku kalau aku mandi. Harap-harap bau aku tak busuk la. Kalau busuk pun, harap-harap suami aku bertahan la. Bertabahlah ye Papa Luth. Lagi 5 bulan je lagi perangai pelik macam ni akan berlaku. 

Dulu masa mengandungkan Luth, aku tak reti cemana rasa 'baby mengeras'. Luth pun aku hanya dapat rasa dia bergerak masa kandungan dah 7 bulan. Tapi baby yang kedua ni, masa 4 bulan ni aku dah selalu dah rasa dia bergerak. Pastu selalu mengeras. Rasa macam terharunya akhirnya dapat juga rase cemana kalau baby mengeras. Hari tu masa aku pegi buat rutin check up, doktor buat ultra sound, memang aku nampak baby aku duduk tak diam langsung. Asyik bergerak je ke sana ke mari. Doktor kata, aktif sangat macam ni, no wonder la mama dia alahan teruk sangat. Kehkeh. Tertanya-tanya jugak aku, "ada kena-mengena ke baby aktif dengan alahan?". 

Jantina baby masih belum nampak. Aku excited nak tahu sebab aku tak sabar nak gi shopping baju baby. Tapi kadang-kadang aku rasa malas juga nak shopping sebab sebelum shopping, aku kena tengok dulu baju-baju lama Luth dulu yang mana boleh pakai lagi. Haaa, part itu la aku paling malas. Kalau boleh taknak la membazir sangat. Aku ni bukannya kaya. Selagi boleh jimat, aku nak jimat. Ni, baju aku pun dah lama aku tak beli. Sebab rasa macam takde feel langsung nak beli baju sendiri. Ye lah, aku kan konon-konon nak jahit baju sendiri je. Baju-baju ready made ni selalunya tak kena dengan kriteria aku. Kalau ada pun, aku kena mencari. Part nak mencari tu yang aku paling malas. Huu... Kriteria aku bukanlah nak yang vogue sangat pun. Cuma aku nak baju yang takyah gosok, tapi bukan Lycra. Baju mengandung pun takde lagi. Baby bump dah mula menjelmakan diri. Aku pakai jubah je la kot. Lagipun baju-baju aku, saiznya lebih kurang je macam saiz baju orang mengandung. So, apa nak risau, kan?

Ok, ni aku saje nak cerita. Ada orang sekampung dengan aku, di ups status kat FB. Dia kata tak sedar dia mengandung, sekali bila pergi check tu pun secara tak sengaja rupanya dah 6 bulan dia mengandung. Aku rasa, best gile dia ni. Mesti la kalo tak perasan tu takde alahan apa-apa. Tinggal lagi 3 bulan je. Takyah susah-susah nak menanggung. *Kawan sekampung aku tu kata, dia memang jenis yang aturan haid tak tentu masa. Lepas tu badan jenis gempal.*. Tapi tu lah. Rezeki orang kan? Seronok woo.

Itu je la nak cerita kali ni. Panjang kan, macam biasa. Hanya orang-orang yang gigih je rajin nak baca post aku yang panjang ni. Yang tak gigih, hanya tumpang komen walaupun sekadar baca perenggan pertama dan skip-skip. Peacee.




Comments

  1. Komen peace je boleh...sebab setiap satu perenggan tu aku ada je nak komen...tp bila dah sampai bawah..lupa plak nak komen apa tah tadi..

    ReplyDelete
  2. Masa anak pertama dsn kedua dulu saya dan isteri memang excited nak tau jantina bayi. Tapi bila lahir anak pertama hingga ketiga lelaki, kami tak mau tengok jantina lagi, biar Allah tentukan...

    ReplyDelete
  3. Klu msk blog lyd seyes rin gigih baca smpi habs..hahahaha...ngaku terus...
    Rin ms ngandung 4 4 ank rin suka makan benda manis...suka sgt okeh..aiskrim hmpir everyday..hadoii..tp alhamdulillah..xd plak gula ke diabetis ke..syukur sgt

    ReplyDelete
  4. beli bju yang nak pakai lepas 6bulan je...yang awal2 ni, pakai hari tu pakai je baju luth..Mikhail dulu bedal je baju2 kakak dia..pink pun pink la..heheh..tapi beli jugak la baju dia yang nak pakai pi klinik atau nak bawak dia keluar sekali sekala..setakat 2,3 helai je..membazir beli banyak2 bukan boleh pakai lama pun.badan cepat naik..heheh

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak.. Alhamdulillah.. Bakal menjadi dua.. Smg sihat sentiasa.. Xde alahan lg.. Amenn..

    ReplyDelete
  6. klu berbeza dgn luth , mungkin baby girl kot ... sis plg suka kakak preggy sbb mcm2 mknn dia beli . sis tumpang sekaki ler ... hehehee

    ReplyDelete
  7. harap harap baby girl la kan.
    2 hari lyd, biar betul betul.. hikhiks.

    ReplyDelete
  8. Sama pula dgn akk masa ank 1st suka tgk citer barbie akk siap beli cd konon klu baby girl bole comey cam barbie tp yg keluar boboy hahah, yg kedua pun nk girl tp boy jg....hahaha yg ketiga buat xtau je tp alhamdulillah gigirl akhirnya... Baju pun masa baby rembat baju abg2 mls nk beli byk sbb baby cpt membesarkan.

    ReplyDelete
  9. mengandung tak sama, pastu anak pun akan berbeza. semuanya special in their own way

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya