Iklan! Iklan! Sila Click!

27 November 2015

2 Perkara Mendebarkan Bila Anak Demam

Sejahteralah ke atas kamu...

Minggu lepas Luth demam. Aku rasa, mana-mana mak (dan ayah) pun akan terselit rasa panik bila anak demam, walaupun demam tu demam biasa je, termasuk la aku. Risau. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni kan macam-macam penyakit pelik-pelik yang muncul. Yang mula-mulanya nampak macam penyakit biasa tapi tetibe sebenarnya penyakit kronik yang tak dapat diselamatkan lagi. Abih tu macamana la mak-mak ni tak risau kan?

Bila Luth demam, ada 2 perkara yang aku cukup rasa berdebar-debar nak harungi. Satu debaran negatif, iaitu risaukan kesihatan dia. Risau nak hadapi dia punya cranky dan tantrum. Tau je la kan orang sakit ni. Kalau kita demam pun rasa cepat nak marah je. Muka pun boleh bertukar jadi Maikel Jeksen dalam video clip lagu Thriller macam ni;


Inikan pula kalau anak kecil yang sakit. Nak cakap sakit kat mana tak pandai. Yang boleh harapnya menangis je la sekuat-kuat hati. Mak ayah ni kalau tak sabar boleh terpelanting sampai ke dinding budak tu kena tendang. Hehe. Harap je masih lagi waras. Kalau dia menangis yang kita tak tau dia nak apa, mak dia ni paling jahat pun, hanya menjauhkan diri sekejap untuk tenangkan perasaan. Atau kalau dah tak sabar, aku tengking gak dia sekali lepas tu aku peluk dia minta maaf. Heheh.

Satu lagi debaran bila anak demam ni ialah, bila dia baik daripada demam tu esok-esok. Makin banyak akal dan kepandaian dia yang boleh buat mak ayah gerammmmmm sesangat. Yang ni debaran yang positif la kot. Macam ala-ala Debaran Cinta by TokTi. Luth ni memang setiap kali lepas baik daripada demam, perangai makin keletah, mulut makin kuat menjawab, pot pet pot pet dah macam Chef Wan. Pulak tu sekarang dia dah makin pandai bercakap. Kalau dia main sorang-sorang yang aku paling rasa nak ketawa. Berlakon weh... Siap berdialog lagi. Biasanya lakonan dia berkenaan kenderaan yang dalam kesusahan dan perlukan bantuan pasukan penyelamat la. Macam Robocar Poli. 

Hah, semalam Luth buat drama. Masa aku nak masuk tidur, dia tengah main lagi dengan blocks dia. Aku kata, "mama nak tidur dah, Luth tunggu sini dengan papa ye, nanti dah habis main Luth masuk la tidur". Mula-mula dia kejar aku dan berkata, "mama, tunggu saya". Pastu beriya dia menangis peluk kaki aku, pastu dia cakap, "Mama, jangan pergi, jangan pergi". Eii. Padahal aku nak gi tidur je. Pfftttt.... Drama terlampau la dia nih.

So, itu je la yang aku nak cerita. Kuhik.

6 comments:

  1. hehe...pada saya anak demam adalah part of dia punya tumbesaran
    kata orang tua, demam nak dapat akal
    based pada pengalaman saya, dua orang dah ni
    5 thn ke bawah adalah usia paling kerap demam
    pastu dia dah kuat dah dia punya immune system

    ya...kena banyak bersabar. pastinya. hehe

    ReplyDelete
  2. Saje je nak ajak mama teman dia main ye

    ReplyDelete
  3. Salam akak.. Hihi.. Dah brp umur luth kak? Dah lm xjenguk akk d sini.. Bby zara pun dah 2 thn 6 bulan.. 🌼🌼

    ReplyDelete
  4. Hihihi..comel je Luth buat macam tu...Mama dia mesti lagi comel bila marah hihihi

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...