Skip to main content

Susahnya Bila Anak Dah Pandai Takutkan Hantu

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku memang tak pernah ajar anak aku takut. Takut yang berkenaan dengan takut hantu ke, takut gelap ke, takut bunyi guruh ke, atau apa-apa ketakutan yang sengaja aku create konon-konon untuk bagi dia dengar cakap aku. (Tapi dia takut dengan orang kalau yang tak biasa jumpa. Dan juga takut dengan aktiviti fizikal macam nak suruh terjun ke meja ke. Yang tu aku tak ajar. Sendiri datang).

Mula-mula dulu, aku masih boleh suruh Luth ambil barang dalam bilik yang gelap seorang diri. Dia hanya akan bertenang je kalau bunyi ribut petir. Kalau aku tinggalkan dia seorang diri di mana-mana dalam rumah pun dia masih lagi bertenang.

Sejak akhir-akhir ni, seksanya aku rasa bila anak aku dah mula pandai takut kepada hantu. Ntah mana dia belajar tak tau. Kang tiba-tiba dia kata.."Mama, ada hantu". Aku pulak yang rasa nak jadi hantu, sambil bertanya, "Kat mana ada hantu?". Dia jawab, "Dalam bilik". Aku dengan suami aku selalunya akan beriya-iya explain kat dia, "Tak ada hantu. Dalam bilik tu cuma ada katil, ada kipas, ada selimut, ada almari". Pastu dia berani la sekejap. Esok, jadi penakut balik.

Sekarang kalau aku nak suruh dia ambil botol air dia dalam bilik, dia akan suruh aku balik. "Mama ambik", dengan muka selamba dia suruh aku. Eii, geram aku tobat pong.

Yang aku paling serabut, bila aku nak pergi ke dapur sekejap je pun, dia menangis-nangis peluk kaki aku suruh aku duduk dekat dia kat ruang tamu. Kalau setakat nak gi dapur untuk hantar pinggan tu aku masih boleh hold. Kadang-kadang aku nak gi toilet pun payah. Haih la budak ni. Sambil menangis-nangis dia cakap, "Duduk cini, duduk cini". 

Aku rasa mungkin juga sebab banyak sangat tengok TV. Kalau cerita kartun yang macam Chibi Maruko Chan dengan Hagemaru pun, kadang-kadang ada juga cerita yang sengaja nak create rasa seram walaupun sebenarnya ending dia tak seram pun. Agaknya itu yang dia terbawa-bawa sangat tu kot. Ataupun mungkin juga kawan-kawan di rumah pengasuh yang biasa sebut pasal hantu. Tapi tak baik pulak aku menuduh kan? 

Kadang-kadang, Luth bercakap dengan aku, dia cakap "Ko niiiii". Mintak air sirap segelas la aku kalo gitu.

Itu membuatkan aku terfikir. Akan ada banyak benda yang kita tak ajar anak kita, tapi tiba-tiba anak kita balik rumah, dia dah pandai. Kalau pandai benda positif dah pastilah aku orang pertama yang akan melompat bintang then suami aku orang kedua. Tapi yang menakutkan aku kalau dia pandai benda-benda negatif. Sekarang anak aku kecik lagi. Masih di dalam kawalan aku. Nanti dah sekolah, tak tahu la lagi apa benda yang dia akan bawak balik. Ni bukan la nak paranoid tak tentu hala. Tapi pengalaman kawan-kawan sekeliling yang bercerita. 

Ada kawan yang cerita, anak dia semasa kat sekolah tadika, memang tiptop. Belajar bahasa Cina, hafazan dan perangai pun okay. Bila masuk je sekolah rendah, semua yang diterapkan semasa sekolah tadika dulu seolah-olah faded away. Bukan la nak salahkan sesiapa. Cuma aku rasa bila dah ramai sangat kawan, akan ada seribu satu perangai yang mungkin dibawa daripada rumah masing-masing. Yang akan bercampur mana baik dan buruk tanpa ada filter. Bila sampai rumah, mak ayah dah filter, esok pergi sekolah datang lagi bawak 'kepandaian' baru. Berdebarnya nak tunggu anak besar. Itu belum kira soalan-soalan cepuk dahi yang bakal ditanya oleh anak-anak. Huuu... Seram mama. 

Mommies gojes sekelian, ada tak pengalaman 'kepandaian' yang yuolls tak pernah ajar anak yuolls tapi tetibe mereka pandai sendiri? Kongsi la dgn iolls.

Comments

  1. Tengok upin ipin la tu..robocar poli pun ada episod hantu..Mikhail ni takut hantu sebab tengok kartun la..tapi kalau dia marah kita ni dia takut2 kan dengan hantu..hahah

    ReplyDelete
  2. budak2 biasa la ... tambah yg pi taska sekolah ni ...byk terikut dgn kawan ...mcm fahim ... dulu mana takut hantu ... skrg ni pi dapur pun suruh teman... kat sekolah dpn mata telinga ai sendrik dgr kawan2 die bercerita kat tandas ade hantu ... hahahha nk buat camne .... budak2 ni pengaruh kawan yang lebih ... sbb tu klu besar nanti lagi risau klu dari kecik kita tak didik betui2

    ReplyDelete
  3. bg pndpt aku la lyd, survival seorang manusia bljr bnd bru setiap hari. mgkin dengan jd ibu yg rapat atau memahami dia sedikit sebanyak dapat mmbntu kite mengetahui peribadi / perubahan anak-anak dengan pantas dan cekap.
    mcm polis tak? hehe. kbai

    ReplyDelete
  4. selalu tgk cerita hantu pon drg boleh imaginasi sendiri...kadang2 mengarut2

    ReplyDelete
  5. Takut hantu sekurang-kurangnya lebih baik dari jadi hantu. Sekarang ni ramai sangat budak2 dah jadi hantu, lelaki perempuan sama saja akibat silap pergaulan. Harap mereka yg jadi hantu itu anak2 orang lain dan bukan anak kita...

    ReplyDelete
  6. Kadang2 budak2 baru nak membesar ni cepat meniru perbuatan atau percakapan orang...
    Nak2 pulak bende yang tak elok dan tak manis didengar...bende yang elok2 kita cakap susah nak dengar dan ditiru... biasa lah tu...kena lah bagitau selalu biar diorang mengerti...

    ReplyDelete
  7. Afia pun dh pandai sebut hantu sekarang ni..kadang3 dia sebut momok..tp sy mengaku kadanh2 ada juga takutkan dia dengan benda momok ni.hahahaha...tp dia takdelah penakit macam luth..klu kerap sgt hati2 jugak lyd..mana tahu kot2 betul ada benda tu kt dalam rumah..kot luth ji istimewa boleh nmpk..bukan nak takutkan..tp ada tau kes macam ni.hehe..

    Bab bawak balik ilmu yg tak diajar tu nak buat cmna kan..depa belajaq dr persekitaran..nk sekat pun payah..kita guna filter je la.huhu

    ReplyDelete
  8. Yer...tak pernah takutkan dgn hantu...tp kakak ipar yg dok dgn aku ni...sgt tradisional...well...u know....
    Haa...gelap tu....haa...ada ulat tu...haa...ada org gila tu....
    Anak aku terhantuk pintu...
    "pintu jahat yeee...haaa...puk pintu"....sambil pukul pintu...
    Ehh...bukan mengumpat..cerita je

    ReplyDelete
  9. nanti turn aku pulak utk memikirkan semua ini. haishh...

    ReplyDelete
  10. Anak Wa yang kecik...memang takut tengok citer hantu..hehehe..

    ReplyDelete
  11. pengaruh di rumah pengasuh kot..
    nak x nak kena lalui juga, kan..
    satu hari nnti giliran saya nk lalui ni semua
    walaupon kita dok tapis tp bila sampai masanya bergaul dgn kawan. kita kena terima jugakkan.

    pa pe pon semoga semuanya baik baik aje lah..
    harap yg psitif belaka.. aamiin

    ReplyDelete
  12. Btl. Anak2 akan blaja ikt environment. Tv, bideo... Sekolah. Selalunya anak2 akak la kalau balik sekolah org bercerita kwn itu ini, ckp itu ini.. Sebut bodoh bgai... jdk tggjwb kita utk trgkan semula bnd tu x elok. Apa yg dorg ckp jgn ikt. Bnd x baik jgn buat. Alhamdulillah... Dorg mudah paham. Cm kdg2 tu buat2 xnak paham. Grrr...

    ReplyDelete
  13. "ibu...ibu rasa perangai Bent ni macam jahanam ke?"

    Jahanam mana ajar anak aku cakap jahanam ni?

    ReplyDelete
  14. setuju dengan cite lyd
    kadang bila dah bercampur reramai tu
    benda tak penah buat pun dia boleh buat

    tapi kan lyd...entah2 dia memang nampak dak?
    anak saya yang sulung penah camtu
    sampai sekarang tak boleh duduk dalam gelap

    anak saya pandai cakap korea. padaha tak ajo
    hehe...agaknya sebab dia duduk dengan wan dia
    makcik2 dia suka tengok cite korea...dah dia pun terjebak =)

    ReplyDelete
  15. Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u.. Tq sudi ke blog KA jg. Perkara biasa tu LyD, once dier besar sikit demi sedikit dier akan ok ckit., Yg penting kena selalu cerita pada dier bab2 hantu semua ni.. Lama2 dier akan ok

    ReplyDelete
  16. banda2 mcm nih kdng2 xleh nak kawal klu seharian diorg du brcampur dgn budak2 lain... huhuhu

    ReplyDelete
  17. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  18. oh payah dah tu sis. susah kita nak buat kerja. anak saya takut ngan cicak je. tapi bila kita takutkan dia, dia nak tgk dulu cicak tu dpn mata dia. "mana cicak babah?" Ni pon satu kacau.. nak kena cari cicak. Tak pasal2 ibu dia menyamar jadik cicak

    ReplyDelete
  19. aduhai..besar sungguh cabaran didik anak kan. Buntu gak mikir camne nak didik anak cara terbaik. (walaupun blm ada anak, tetap mikir..sbb anak sedara ramai, mak sedara yg pening mikir)

    ReplyDelete
  20. lyd..biasa mcm ni..
    lya pnh alami situasi ni..
    bila ank mkin bsr n mula bgaul dgn kwn2 di taska / tadika akan byk pkara y dibawa ke rumah...
    cuma kita kna mainkan peranan utk pkara2 y tak elok.. mmg takut n risau jgak.. tp normal usia mcm ni byk perkara y baru dipelajari....

    ReplyDelete
  21. Pengaruh rakan sekolah tu memang kuat... Kena benteng dgn ilmu agama dan adab yg kuat dari rumah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya