Iklan! Iklan! Sila Click!

10 September 2015

Untung Larrr Anak-anak Zaman Sekarang *Ayat Cliche

Sejahteralah ke atas kamu....

Anak aku dah tak berapa minat dah menonton Baby TV. Sekarang ni dah mula nk jadi kanak-kanak normal yang suka tengok TV, cerita otomen [baca: ultraman]. Tapi aku taklah bagi sokongan sangat kalau dia nak tengok otomen. Memang aku pesan ke dia, berlawan tak baik, ultraman ni tak bagus. Tapi dia bukan kesah pun bila aku bagi ceramah gaya gitu ke dia. Dia makin ajak aku berlawan lagi ada. Tersinggung hati kecil aku hokey bila ajak berlawan, dia suruh aku jadi dinosaur [raksaksa]. Ye la.. yela.. mama tau la mama besor macam dinosaur. Dia mesti nak jadi hero kan. So, hambik... hambik semua. Hambik menang. Ceh, dengan budak kecik pun nak emo.

Walaupun aku tak galakkan sangat dia tengok cite otomen, tapi ada satu cerita katun yang aku approved kalau dia suka tengok. Mungkin sebenarnya sebab aku pun suka katun tu. Robocar Poli. Comel sangat kereta-kereta yang boleh transform jadi robot penyelamat. Kartun daripada Korea.


Yang aku nak ceritanya, bila aku dah suka akan Robocar Poli ni, maksudnya aku la yang lagi beriya-iya beli mainan untuk Luth. Mula-mula aku beli yang kecik keras kejung hanya boleh jadi kereta je.


Kemudian, aku dapat tahu, ada mainan Robocar Poli ni versi yang boleh transform jadi robot. Bersemangat aku suruh kawan aku yang meniaga barang mainan pergi cari Robocar Poli tu. *pakse hehehe.*

Kawan aku pun bawak le Robocar Poli tu ke rumah kiterang. Sekor tu harganya RM20. Rasa macam mahal giler tu kalau nak beli semua. 4 dah RM80. Tak logik sebenarnya nak beli mainan mahal-mahal kat anak. Aku dengan husband aku mula-mula buka satu je kotak. Kami kata, takpe la... beli satu je. Sekali bila buka, pulas punya pulas, boleh jadi robot, terus je kiterang terlopong sebab terlampau takjub. Menggelupur nak buka lagi satu. Lepas buka satu, satu, satu then last-last 4-4 dah kami buka. Mama dengan papa yang lagi sakai daripada Luth. Yang sebenarnya kiterang beli tu untuk kiterang, bukan untuk Luth pun. Heheh. Dengan alasan, dulu masa mama dengan papa dia masih kecil, tak pernah dapat peluang main mainan yang canggih-canggih macam ni. Aku rasa ramai kot mak ayah yang beli barang-barang untuk anak, sesuatu yang dulu diri sendiri tak pernah dapat. [Terutamanya ayah la kot. Sebab orang lelaki je yang masih suka main mainan walaupun dah tua. Contohnya kereta remote control, lego, Play Station, etc.].



Untung larrr budak kenit ni....


........................

 
Tentang orang lelaki yang suka main mainan walaupun dah dewasa tu aku agak tak faham. Masa kecik, mainan orang perempuan ialah anak patung dan main masak-masak. So, bila besar, main anak patung tu dah real bila main dengan anak sendiri dan masak-masak pun real bila kena masak betul-betul untuk keluarga.

Macam orang lelaki pulak, mainan mereka masa kecik, contohnya kereta mainan. Bila besar pun mereka ada kereta yang real punya. Tapi kenapa masih suka main kereta remote control? Dunia khayalan orang lelaki ni memang tetap wujud kot walaupun mereka dah meningkat dewasa. Mungkin juga lelaki tetap suka main mainan sebab ada sesetengah mainan yg memang dierang tak boleh terjemah ke dunia realiti seperti main perang dalam Play Station, atau main kapal terbang remote control. Ye la, nak jadi pilot kang belajar tak pandai mana. Hehe. Jangan sentap ye. Ke ada sebab lain? Ce kabo. Ce kabo. Kaum isteri ada ke experience dapat suami yang masih suka mainan kanak-kanak? Boleh share.

 
 

11 comments:

  1. hai luth...assalammualaikum..lama xjengah awak, luth pun sama la mainan dgn qisya pun suka sgt dgn robocar poli ni, dh beli set mcm luth sebijik...tp alahai anak, skrg dh patah riuk abis...mujur dia masih main jgk walaupun dh patah riuk..qisya pun layan jgk otomen, sabar je lah..xbg kita tukar channel pulak tu

    ReplyDelete
  2. Aish ada yg robocar poli yg biasaje..yg xblh transform jd robot.nti nk p cari la jugak.rin pun teruja tgk.hahahaha

    ReplyDelete
  3. senang citer, orang lelaki memang suka bermain. dah besar pun still ada keinginan nak main. dlu masa kecik main game kat komputer. bila dah besar, main game kat smartphone lak.

    ReplyDelete
  4. Bdk2 ni bermusim kalau tgk katun. Ms ryukendo, nak ryukendo. Lps tu ada la monsuno apa ntah. Suka sgt. Lps tu ada la katun2 lain. Bila ada robocar poli, sibuk la cop2 nk jdk poli. Yg x brp best jdk la roy, amber dgn heli. Skg ni katun tobot plk. Lps ni apa pn x tau la.

    ReplyDelete
  5. comelnya mainan tuh.. akak pn geram tgk mainan tu luth... kalu anak buah sy nih dh lama selamat.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. sama la , kalau beli mainan atau ke kedai mainan, i yang jakun lebih . macam eksaited ada macam macam zaman skrg ni,. dulu i main masak masak je. telefon pun satu bunyik skrg kemain ada learning semua ada.

    btw kartun ni seangkatan dengan Pocoyo ke ? nama mcm sama bunyik je . hiks.

    ReplyDelete
  7. aku jumpa kat pasar mlm rm15. tak tau boleh tukar2..ke
    anak aku pun dah menjelma jd otemen..tp kartun otemen dia tak layan..kalau roborcar poli, tak gerak.

    ReplyDelete
  8. lepas 2 jam baru saya boleh komen entry ni sebab mikhail asyik tengok je gambar luth dengan robocar poli nya tu.padahal dia pun ada tapi agaknya memang budak2 macam tu la ..syok tengok orang punya dari sendiri punya..

    ReplyDelete
  9. hamboi posing menyenggeng sebelah kerea kerea poli dia. hahahaha. my husband pun still main game tapi kat laptop game biasa2 jer la, I tak kisah pun sebab I pun main sama muehehhee. tapi kalau menan remote kontrol tu semua, pun dia suka jugak tapi tak la tahap kemaruk nak kena beli, sini mahal so kita abaikan hobi tok laki tu hehehe.

    ReplyDelete
  10. kemain luth posing dgn menan terbaru ye..
    Mmg untung pon luth sbb mama papa nak , anak pon merasa jugak hihi

    ntah la. ayh rania xda pulak minat gitu
    dia mnat memancing ikan n udang galah j la..
    kalau blk perak suka sgt nk mnyelam. sambil menyelam sambil tangkap ikan.. risau oke..

    ReplyDelete
  11. ahaha same lah anak kita.. suke sgt dgn robocar poli dia nih.. tiap2 tngok youtube

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...