Skip to main content

RUPAlistik

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau orang yang terlalu memandang material kita panggil materialistik kan? Aku pulak selalu memandang paras rupa maka aku ciptakan perkataan rupalistik ni, khas untuk orang-orang yang suka mementingkan paras rupa macam aku ni, terutamanya dalam bab mencari jodoh. Biasanya orang yang rupalistik ni, macam aku la... Rupa sendiri tak berapa santek setakat suam-suam kuku je, tapi kemahen nak mencari orang yang terpaling henseng ataupun cantik dalam dunia. Itu dulu la. Sekarang apa aku nak kesah lagi pasal rupalistik ni sebab aku dah jumpa jejaka yang paling enseng di kanta lekap mata aku iaitu suami aku. Ewah...cak pong cak pong... (aku perasan je. Mohon tidak berlaku pendarahan mata membaca karangan ini).


Biasanya kalau lelaki tu henseng, pastu perempuan yang jadi pasangan dia pulak muka biase je, orang mesti akan kagum dengan lelaki tu, "ternyata lelaki itu tak memandang paras rupa". Atau pun orang tuduh perempuan tu dah bomohkan lelaki tu. (kuanghassam kan orang tuh?)

Kalau lelaki pulak yang bermuka biasa-biasa dan perempuan pulak cun giler, orang akan saspek.... "wah lelaki ni mesti seorang yang kelakar dan pandai mengambil hati, sebab tu perempuan tu jatuh cinta" ni kalo sangkaan positif, atau mungkin juga orang terus tuduh pompuan tu giler harta atau kaki kikis sebab biasanya lelaki yang bermuka so-so, perut boroi, kepala botak, jerawat batu skilo kat muka tu selalunya banyak harta. Biasanyala. Aku tak kata semua.

Tapi aku nak kabo, cantik tu kan subjektif. So, muka aku ni pun subjektif juga kecantikannya. Berkenaan Luth, anak aku yang tercinta, terkasih, terbelake-belake terr... Semua orang tahu muka Luth tu sejibik seputat, sepusing seputar mengikut muka aku. Sejuk orang kata. 



Tujuan aku tulis ni ialah nak kata yang rupa tu memang langsung tak penting. Ye, perlu kemas dan bersih tapi cantik bukan segala-galanya. Bersepah orang cantik yang aku kenal tapi perangai buruk dan jahat. Tapi kalau rupa buruk, perangai pulak buruk, memang kena baca auzubillah je la. Dan ciptaan Allah tu semua cantik belaka.Cuma sama ada mata kita tu je la yang suka tengok ke tak. Kalo kita tak suka tengok ciptaan Allah tu maknanya diri kita sendiri yang bermasalah.

Ini namanya Bayu Kumbara. Ko boleh?



Ko mampu?

Comments

  1. As salam semoga sihat selalu...lama x dtg sini jengah blog.. Luth mst da bsr skrg nie kan..kim salam Luth ya.. :)

    ReplyDelete
  2. Saya pernah baca buku biografi Sukarno pemimpin agung Indonesia. Masa muda2 dia tergila2kan seorang wanita Belanda yg sangat cantik. Tapi takdir mempertemukan Soekarno dengan beberapa wanita Indonesia yg jadi isteri-isterinya. Satu hari Soekarno terjumpa balik wanita Belanda yg masa mudanya dia sangat tergila2. Masa itu baru dia sedar kecantikan tubuh cepat pudar kerana wanita Belanda itu sudah banyak lemak dan cepat tua, manakala isteri2nya yg banyak makan jamu kekal segar dan panas selalu lahir batin. Pokok cerita kecantikan fizikal akan pudar, kecantikan batiniah kekal selama...

    ReplyDelete
  3. Adatlah tu cantik lawannya hodoh. Err... tak cantik! Kalau dua-dua cantik, kira bonuslah. Orang tengok pun sejuk aje mata memandang tapi kita pun tak tahu mereka bahagia ke tidak sebab ada rupa paras yang tak terbanding suami isteri~_^ Dalam dunia ni mesti nak seimbang. Kalau dah semua yang cantik dapat kat yang hensem-hensem, semua yang tak cantik dapat kat yang tak hensem-hensem, tak stabillah muka bumi ciptaan Allah ni ^_^

    Rupalistik eh namanya... nak kena update kamus bergerak ni. I is never jumpa-jumpa this perkataan anywhere, u know ~_^

    ReplyDelete
  4. Cantik di mata kita, belum tentu cantik pada mata orang lain, beauty in the eyes of the eye's poker katako :p Macam I ni, kat Mesia orang tak pandang pun, jeling jer selalu.. tapi kat sini... langsung tak jeling hahahaha. Orang kata kalau pandai mekap, pandai jaga diri, nanti cantik la kan yang tak berapa cantik tu, tapi u see ha orang2 kaya semua tu dapat berbillion pun muka still cenggitu, nakharom jer :) Donatella versace I meant.. u jangan sangka bukan bukan yer :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembang kempis hidung aku gelak baca ayat2 akhir u tu. Ye..ye... i mmg terbayang org yg duit berbillion tp muka still gitu wp pakai barangan mewah tu ialah Donatella Versace. Takde kena-mengena dengan org Malaysia.

      Delete
  5. pokok pangkal hati..hati biar cantik :-))

    ReplyDelete
  6. itulah manusia..ada ja yang tak kena pada pandangan mata..

    ReplyDelete
  7. Apa ada pada rupa. Mungkin pada kita tak nampak cantik/hensem. Tapi pada dia, itulah yang paling cantik/hensem ☺

    Huntung dia dapa isteri cantik ☺

    ReplyDelete
  8. kan
    tak tau nk komen apa
    sebab cantik ke tak hensem ke tak semuanya x kekal lama
    yg pnting hati tak hitam, boleh gituu

    ReplyDelete
  9. betullah, cantik tu subjektif
    tapi semua ni urusan atau aturan allah
    kalau bukan sebab DIA, tak jadi semua yang dianggap pelik oleh manusia ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya