Iklan! Iklan! Sila Click!

24 August 2015

Mak Tak Pandai

Sejahteralah ke atas kamu....

Mak aku bukan seorang yang pandai. Dia belajar hanya sehingga darjah 4, jadi aku buat kesimpulan yang mak memang bukan seorang yang pandai. Puncanya semenjak aku kecil dulu, setiap kali mak ingin mengira sesuatu, sama ada duit atau kuih atau buah-buahan atau hampir apa sahaja, mak akan suruh aku kira. Katanya begini, "Da, cuba tolong kira ni kejap. Mak tak pandai.". Begitulah setiap kali. Kadang-kadang aku berperasaan macam, "Kenapa la mak ni tak pandai. Asyik suruh aku kira je.". Tapi selalunya aku suka bila mak aku suruh aku kira. Aku suka bila mak aku kata aku pandai. Dan dia akan senyum setiap kali aku selesai mengira. 

Kadang-kadang, mak ada juga suruh aku tolong bacakan untuk dia. Bacakan surat khabar atau surat yang kakak hantar. Ternyata. Memang mak tak pandai. Itu yang aku percaya sehinggalah aku dewasa. 

Sekarang, bila aku dah ada anak..... Aku selalu buat-buat bodoh depan anak seperti tak pandai buang sampah, tak pandai sebut sesuatu semata-mata nak tengok kebolehan anak aku membuat sesuatu. Jadi, baru sekarang aku dapat faham kenapa mak selalu sangat suruh aku mengira dan membaca untuk dia sambil dia pura-pura tak pandai. Dah la suruh baca, lepas tu senyum-senyum pulak tu.  

Rupa-rupanya memang macam tu perasaan seorang mak. Terpaksa pura-pura tak pandai demi nak tengok pencapaian anak. Sebab kalau kita nak suruh anak buat sesuatu dengan nada nak nilai kepandaian dia, confirm dia takkan buat. Malas nak layan punyalah. Lebih-lebih lagi kalau mak suruh aku kira sekadar nak menguji lepas tu berulang-ulang kali. Ko ingat aku nak layan?

Barulah aku tahu betapa bangganya perasaan mak setiap kali aku berjaya mengira atau membaca, sama seperti aku bangga dan gembira setiap kali anak aku mampu buat sesuatu mengikut perkembangan usia dia. Dan sekarang juga, barulah aku sedar bahawa mak aku bukan tak pandai. Dia pandai.

Mungkin mak takde peluang untuk bersekolah lebih tinggi tapi kemahiran berfikir dia aku yakin lebih tinggi daripada Ahmad M mahupun Hasan M. Mungkin lebih bergeliga daripada sesetengah menteri. Cuma bezanya dia tak ada sijil. 

Penilaia aku terhadap mak memang berubah sama sekali sejak aku ada anak. Apa yang mak buat pada aku dulu, baru sekarang aku faham. Owh, kalaulah mak tahu yang aku akhirnya faham, tentu dia akan senyum sekali lagi. :)

17 comments:

  1. Hahahaha :D .... bila cerita pasal Ahmad M dan Hasan M, saya gelak lagi besar...
    Saya bagi 4 bintang!
    :)

    ReplyDelete
  2. berull.. bila dah sendiri jadi mak baru paham perasaan mak caner kan

    ReplyDelete
  3. betul tu lyd...bila kita dah jadi seorang ibu..baru kita rasa apa yang mak lita rasa..dalam masa yang sama kita belajar jadi ibu yang lebih baik..

    ReplyDelete
  4. eh samalah mak kita =)
    bezanya saya tak penah anggap mak tak pandai
    cuma saya ada tanya, mak tak sekolah ke? hehe
    sama dak?
    tapi sejak jadi mak...memang semua benda yang kita pernah persoalkan dulu
    ada jawapannya...indahnya jadi mak kan

    ReplyDelete
  5. Betul sangat..dah jadi mak baru faham.

    Mengidam atau mengada-gada? Tanya badan anda Mengidamkah?


    ReplyDelete
  6. Malangnya bila kita sedar, kita mungkin dah terlambat. Betul tu, Lyd. Bila dah jadi emak, barulah kita tahu perasaan sebenar emak kita. Bila mak lebihkan anak yang itu, kita kata mak pilih kasih padahal mak memang cuba sedaya upaya melayan anak-anak sama rata. Kalau suruh pilih pun, belum tentu dia mampu memilih anak mana yang lebih disayangi.

    My own mother pun tak pandai dalam bab-bab belajar ni. Tapi masa dia sebaya anak sulung I, mak bersusah payah dengan kakaknya menoreh getah sebab nak bagi peluang abang-abangnya belajar. Mak dan kakaknya takut kalau-kalau abang-abang mereka tak dapat belajar tinggi sebab tinggal dengan mak tiri. Disebabkan itulah mak tak pandai belajar. Bila dah tua, harapkan anak-anak mengajar mana dapat. Mulanya I rasa malu sebab masa I sekolah, I paling pandai tapi bila orang tanya tentang mak, jauh beza mak dengan anak! Tapi bila meningkat dewasa barulah faham pengorbanan emak. Itu untuk abang-abangnya. Kalau untuk anak-anaknya dah tentu lebih besar daripada itu dia sanggup buat!

    Tapi dalam bab menjaga keluarga, mak I memang pandai! I do respect her kerana mampu membesarkan anak-anak yang ramai tanpa pernah sekali pun mengeluh!

    ReplyDelete
  7. Sedih jer bila teringat mereka kan. Btw my mom literally tak pandai membaca, baik rumi mahupun jawi. tapi bab mengira laju otak dia. Tapi yang paling I respect adalah, she kept going even still sangat perlahan membaca (dia even cerita kena buli kat skolah sebab tak pandai), I masa tu tak faham ada kondisi macam ni. However, everyday dia membaca walau merangkak-rangkak. Rindu mak...

    ReplyDelete
  8. setiap ibu mesti berbangga dgn pencapaian anak dia.

    ReplyDelete
  9. mak saya pun tak pandai membaca.. tapi alhamdulillah besarkan kami adik beradik sorang2

    ReplyDelete
  10. Suka buat cerita yg menggenangkan air mata...tapi tak jadi menitik sbb ahmad M...dan hasan M....

    ReplyDelete
  11. owwwhh, ema pun baru faham...so kena tukar konsep utk ajar anak lepas ni.

    ReplyDelete
  12. Xde mak. Jdk x pnh tau mak tu pura2 x pandai. Huhuhu...

    ReplyDelete
  13. sama lah kesnya , klu kita nak ilmu kena buat2 tak pandai supaya org tu gigih mengajar wpun kita sebenarnya bknnya tak pandai . klu kita tunjuk kita pandai , confirm org ajar lbh kurang jer ... tapi klu my anak buah tanya , saya kena tunjuk pandai . klu x nanti dia x respect ... aduhai ...

    ReplyDelete
  14. kan.
    ilmu bru ni bru blh bpikir.
    alfatihah

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...