Skip to main content

Tak Sangka Itu Yang Terjadi

Sejahteralah ke atas kamu....

Sambung skit lagi cerita raya. 

Aku memang tak ambil cuti sebelum raya. Hari Khamis sehari sebelum raya tu aku masih setia menunggu di ofis. Nampak tak ciri-ciri pekerja contoh bagi tahun 2015? *padahal cuti tahunan dah tinggal ciput*. Syukurlah balik kampung malam tu langsung tak jem. Terase genius plak tetibe sebab berjaya balik kampung tanpa jem.

Lepas raya, aku cuti 5 hari. Tapi hari Khamis selepas raya aku dah balik semula KL. Hari Jumaat tu masa aku balik daripada kedai, cucu-cucu Pak Berahim dok melepak luar umah derang. Luar rumah derang bermakna lur rumah aku juge. Ye la, takkan la luar rumah derang tu dalam rumah aku plak. Rumah firaun mende plak pelik gaye gitu. Bila aku nak masuk rumah, cucu-cucu Pak Berahim minta izin dengan aku untuk beraya umah aku. 

Aku okay je kalo orang nak datang umah. Aku suka. Cuma biasanya aku tak pelawa sebab takut orang tak selesa je dok dalam umah aku. Umah aku seyes tak besar mana. Pastu kalau ramai-ramai memang panas berkuap. Aircond tak beli lagi. Tunggu la ada duit lebih sok. Eh, ni cite pasal mende ni merepek ke aircond plak?

Oleh sebab waktu itu Luth tengah tidur kat atas dukung aku, aku response la kat bebudak tu, boleh kalau nak datang tapi datang la kul 6 petang nanti. So derang setuju, nak dtg kul 6. Siap pesan, acik hidang la makanan yang sedap-sedap ye. Aku tak jawab le, terus masuk umah. 

Aku ada cakap kat atas tadi, aku balik hari Khamis. So, sebenarnya umah aku takde apa-apa pun untuk dimasak. Yang aku kata gi kedai tu tadi, actually aku gi Mid Valley bergalok dengan Luth berdua je sbb papa dia kerja. Tak sempat nak singgah kedai runcit pun sebab dia tidur dah dalam kereta. Takkan aku nak tinggal Luth dalam kereta plak untuk pergi beli barang. Kang tak pasal jadi viral dan dituduh mak bodoh tak sayang anak. 

Memandangkan takde apa-apa yg boleh dimasak di rumah, melainkan mee sedap, aku terfikir nak call delivery service je la. Takkan nak hidang mee segera pulak kat anak orang. Anak sendiri sikit punya jaga pemakanan, so takkan nak sabotage kesihatan anak orang kheennnn? Tak bahek tahuk.

Aku call KFC. (macam la KFC tu sihat sangat ye dok? Ehehe). Order Hot Box. Utk 5 orang (cucu Pak Berahim dalam 5-6 org gitu la).  Aku berkejar nak unpacked beg balik kampung, dengan Luth yg dah bangun pastu nak berdamping je... Then aku hidang KFC Hotbox tu, bentang alas picnic, sambil suap Luth makan ayam dengan hati berdebar sikit menanti tetamu-tetamu kecil. 

Tunggu...tunggu punya tunggu.....punya tunggu.... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai azan Maghrib budak-budak tu tak datang. Sampai husband aku balik dari kerja, dia tanya budak-budak dah dtg ke belum? Aku kata aku kena janji kulat je dengan cucu-cucu pak Berahim. Pah ke ceroh tak datang. Last-last husband aku kata, hantar la KFC tu ke rumah Pak Berahim. Sebab aku memang diet (kononnya la), utk husband aku plak memang aku dah beli Zinger seketui. So, banyak-banyak tu daripada takde orang makan, lebih baik la hadiahkan je kepada Pak Berahim dan keluarga. 

Bila aku bagi hidangan KFC tu kat budak-budak tu, aku tanya, kenapa tak datang? Dengan muka tulus sucinya dia jawab, hihi... lupa. Aii budak-budak. Sabar je la. Selamat le comel. Haa..gitu le kesahnya. Aku takde la marah. Nak kata gembira pun tak. Perasaan aku flat je. Boleh gitu?

Comments

  1. Pak berahim tu jiran anda la gitu? amboi bebudak skang, pandai request2 nak datang tapi tak mendatang, kalau I pun mesti takder perasaaan tak tau nak marah ker nak happy.

    ReplyDelete
  2. Sabarlah wahai hati....hehehehe

    ReplyDelete
  3. huhuhu.

    mcm-mcm mana pun, rupanya rezeki kfc tu memang untuk dorang kan...

    ReplyDelete
  4. Bdk2 sllu gitu..swh dtg blk mmg xdtg la..hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah budak-budak ni, betul-betul taw huhu, comel kekadang hehe

    ReplyDelete
  6. Sabo jer lah...hehe....
    Salam syawal dari bunda..

    ReplyDelete
  7. adoi..sabor je la..
    msti terkejar berkemas..pastu call kfc lg..tp mujur x msk sdri.. klo x, lg penatkan.. xpelah, bdk2 mmg gittu...bila ralik bmain, lupa r tu

    ReplyDelete
  8. nak buat macam mana kan, dah diorang lupa. nama pun budak2 kan.

    ReplyDelete
  9. Tapi masih rezeki mereka lagi KFC tu. Dapat jugalah merasa walaupun janji nak datang beraya tapi terlupa. I pun selalu juga buat begitu. Kadang kita baru sampai depan pintu rumah dari kampung tetiba datang satu kumpulan dok kata, "Cikkkkk.... nak beraya boleh?' Takkan immediately nak jawab 'Eh, tak bolehlah!' Selalunya I suruhlah mereka datang semula sebab 'Cik baru nak masuk rumah, satu apa pun tak ada atas meja!' Tapi mereka selalunya tak berjanji nak datang semula sambil kata, 'Tak ada apa pun takpalah Cikkkk janji duit raya ada!'

    Aha, okeylah...ambil seorang sepeket ~_^

    ReplyDelete
  10. amboih beraya umah lyd dapat makan kepci lah..kalaulah dekat kannn...

    ReplyDelete
  11. Hehehe...sabar jer lah. Kecik² dah pelupa. Rezeki dorang lah even tak beraya still dapat KFC. Smoga bertambah murah rezeki ☺

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya