Skip to main content

Ini Kisah Raya Aku.

Sejahteralah ke atas kamu. 

Kena la terima hakikat yang sekarang aku memang dah tak rajin update blog. Harap-harap ada la lagi orang nak baca blog aku ni.

Raya ketama. Bergambar family by family. Aku yg snap foto. Guna kemre aku cap kudik. 


Sampai hati. Gambar aku semua mendung. 

Luth bergambar dgn anak sedara sepupu dia. Iaitu cucu sedara aku. Aku ni dah bercucu hokey. Tua sgt dah. Baju raya Luth aku jahit sendiri. Begitu juga dengan jubah papa dia dan baju ntah hapa-hapa mamanya.


Raya kedua, Luth pakai jubah putih yg Nekwan dia beli di Mekah. Leher tu sebenarnya cekak musang dan lengan pun ada cuff. Aku gunting, sebab takut tercekik budak tu rimas.


Saksikanlah.... Anak bertuah aku ni, dia boleh bersila dan buat macam rumah sendiri kat The Store Kuantan Parade. Main Robocar Poli.





Aku dah cuba untuk tak bagi dia bergelumang dengan gadget, tapi... aku tak mampu. Kadang-kadang aku bagi juga.


Dan akhir sekali, ini ialah ikan bilis. Kirim dengan kawan yg beraya di Sabah. Aku rasa aku memang ketagih ikan bilis Sabah la. Asal aku dengar je ada kawan yg balik Sabah, mesti nak kirim. Ataupun kalau ada kawan dari Sabah yg nak datang kursus di HQ, siap la dia. Kena  kirim. 


Ok. Itu je la serba ringkas kisah raya aku. Sampaikan ikan bilis pun masuk line. Doakanlah aku rajin update blog tiap2 hari 2 entry. Aku dah betul-betul macam terkena ilmu pembenci ni. Ilmu pembenci blog. Hehe. Ada ke.

Comments

  1. Salam aidilfitri lyd..update la.selalu suka baca kisah lyd..

    ReplyDelete
  2. mengandung kot..tu yang tak suka update blog...

    berdiri la Lyd..nak tengok jubah awak sekeluarga hasil jahitan sendiri tu...mana tau ada yang nak masuk order..heheh

    ReplyDelete
  3. Raya saya tahun ni agak hambar. Cuma pergi ke rumah saudara kat Penang, kemudian malamnya balik ke Alor Setar balik. Raya keempat dah kerja balik...

    ReplyDelete
  4. Wah, meriah keluarga Lydsunshine. Selamat Hari Raya

    Taqaballahu Minna Wa Minkum :D

    ReplyDelete
  5. untunglah pandai jait..mana ada baju entah apa2..lawa apa..lg hasil tangan sendiri..patutnya bangga la.hehe..

    luth hero malaya..pakai jubah kemain lawa..kita kan manusia biasa..mmg anak2 sekarang nak tak nak bergelumang juga dengan gadget.huhu

    selaamt hari raya aidilfitri lyd..maaf zahir batin

    ehh rajin2 update blog ya..sy doakan jangan jadi pembenci.Ameen.

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya buat lydsunshine dan family..

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya juger. Citer raya tetiba ada ikan bilis, pun nak beraya muahaha.

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya lyd..maaf zahir batin :-))

    ReplyDelete
  9. hehe...siap ade caption kt setiap pic tu...

    salam aidilfitri lyd..
    maaaf zahir n batin

    ReplyDelete
  10. Rajin rajin la update blog macam dolu2 hehe

    ReplyDelete
  11. aku pun dah tak berapa nak update blog sangat dah skang. hehehe... btw, selamat hari raya.

    ReplyDelete
  12. Lyd, raya dah nak habis tapi I tetap juga nak ucap Salam Aidil Fitri buat hangpa sekeluarga. Wah, tahun ni semua baju raya jahit sendiri! Hebatlah!

    Bukan main gambar you satu keluarga tu. Padan punlah tukang ambil gambar gigil tangan *_*

    ReplyDelete
  13. alamak..lama tak singgah sini kan..
    selamat hari raya ye..belum habis raya lagi nih/..

    ReplyDelete
  14. Samalah. Mood ke laut skang ni. Femalas sangat nak update. Selamat hari raya Lyd & family. Nampak kemas jahitan baju melayu luth tu,. Next time bley lah amik tempahan ☺

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya