Iklan! Iklan! Sila Click!

03 June 2015

Keber'ada'an

Sejahteralah ke atas kamu...

Waktu ini, aku sedang merindukan anak aku, Luth. Owh, ye lah.. Aku mana ada anak lain pun buat masa ni. Memang dia sorang je la. Rindu tu bukan la sebab tak jumpa seminggu, apatah lagi sebulan. Tiap-tiap hari pun jumpa. Pagi tadi pun masih cium dan bacakan doa untuk dia. Cuma, memang gitu kot perasaan seorang mak terhadap anak. Fitrah la kot. Setiap masa rindukan anak.

Padahalnya, bila di rumah, aku bukan la bermain sangat pun dengan dia. Dia main sendiri. Aku pulak buat hal sendiri,sama ada buat kerja rumah atau menjahit. *Tukang jahit sangat la kekononnya tuh. Hehe*. Tapi aku tak faham kenapa, bila dia tak ada aku rindu. Bila ada, aku buat hal sendiri je. Lagi teruk, bila depan mata aku selalu je jerkah dia. Bila aku di pejabat, mula la bila aku teringat  balik saat-saat aku marah Luth, aku rasa sayu. Bila terbayang muka dia masa kena marah dengan aku, aku rasa melting, ya Allah, comelnya anak aku. Kesiannya dia bila aku jerkah dia, dia terkebil-kebil dan menangis.

Macam tu juga aku dulu masa arwah mak aku masih hidup. Setiap bulan rindu nak balik kampung nak jumpa mak. Tapi bila dah balik kampung, aku bukan berborak sangat pun dengan mak. Kehidupan aku kat kampung pun sama je macam rutin harian kalo aku kat rumah sendiri. Berborak dengan mak pun gitu-gitu je. Kalau telefon pun, aku bukanlah kerap sangat telefon mak dulu. 2,3 hari sekali je. Kadang-kadang seminggu sekali. Tapi sekarang ni, bila mak dah meninggal dunia, rasa sunyinya la bila tak dapat telefon. Rasa sunyinya la bila dah tahu mak dah tak ada.

Sekarang kalau aku balik kampung, hanya ada abah. Bila aku balik kampung abah bukan selalu ada kat rumah pun. Dia tu kaki merempit. Memang tak lekat kat rumah. Mungkin sunyi duduk sorang-sorang di rumah, membuatkan dia memang akan keluar. Usia dia bukanlah muda sangat, tapi alhamdulillah dia masih kuat untuk naik motor ke bandar. Mungkin sebab dah terbiasa keluar, jadi kalau aku atau anak-anak dia balik pun, rutin keluar gi berjalan tu tetap dia teruskan. Aku pulak, memang dah faham dia macam tu. Jadi, aku takde la nak rasa sunyi ke rasa sedih ke kalau tak ada orang lain kat rumah tu. Walhal, kalau aku sunyi, aku boleh je balik rumah mak mentua. Dekat sesangat. Tapi aku sengaja nak duduk juga kat rumah abah walaupun dia tak ada.

Aku perasan juga, mak mentua selalu juga bertanya bila nak balik (kalau kami di KL la). Ada masa walaupun kami balik umah mak mentua, pun sama juga. Buat hal sendiri-sendiri je. Bersembang pun ala kadar je. Most of time, kami spend time anak beranak, ibu dengan pak mentua pun buat urusan sendiri, pergi kenduri la, pergi tahlil.

Kenapa ye? Bila tak ada rindu-rinduan. Tapi bila ada sendiri-sendirian pula?

Bila aku fikir-fikirkan balik, perasaan yang kita mahukan tu ialah ke'berada'an. Maksudnya kita bukanlah nak berkepit 24-7 dengan orang yang kita sayang tu. Cuma kita suka dan rasa gembira bila mereka ada.

Kita rasa selamat bila kita tahu mereka 'ada di situ'. Perasaan 'rasa lengkap' tu la yang membuatkan kita nak mereka sentiasa ada di depan mata. Keberadaan itu sahaja sudah cukup untuk kita. Tak perlu nak menghadap muka masing-masing pun. Tak perlu nak bersembang sampai kejang otot rahang. Cukup sekadar mereka ada. 

Macam aku dengan Luth. Cukuplah bila aku nampak dia depan mata. Bagi abah pula, cukuplah dia tahu ada anak-anak dia balik dan duduk di rumah dia. Yang pasti bila dia balik, ada orang di rumah. Ibu dengan pak mentua juga begitu. Mereka suka bila anak-anak ada di rumah bersama mereka. Dan aku.... terus merindukan mak tapi aku tahu keberadaan mak cuma bezanya dia sekarang berada di alam lain. 

Hah. Itu je la. Takde gambar.

19 comments:

  1. rin pun sellau fefeling camtu tau..kalau kat sekolah rindu je kat anak2 lahai...

    ReplyDelete
  2. bila baca tetiba rindu mak... huhuhu gni kot dia rasa bila anak2 dia duk jauh.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Memang begitulah jadinya. Bila ada, kita tak kisah. Bila takda, aduhai merindu pulak. I pun selalu rasa yang sama. Kalau kat rumah memang tak tahan melayan keletah anak-anak sampai ke tengah malam dibuatnya. Tapi sebaik aje jejak kaki ke pejabat, rindunya nak balik rumah dakap anak-anak (dan bapa mereka juga *_*)

    Orang kata bila ada selalunya kita tak menghargai, bila tiada barulah terkenang-kenang. Betul agaknya ya begitulah manusia!

    ReplyDelete
  4. sayu hati kalau ckp bab mak ni..sebab tu lah saya sedaya upaya nak gembirakan mak, selagi masih ada ruang.

    ReplyDelete
  5. eh kenapa tak dapat jumpa luth seminggu? kursus ke?
    saya pun seksa jiwa raga kalau berjauhan dari diorang
    selalu ke mana p pun memang bawa diorang sama
    bila takde, ALLAH aje tahu perasaan

    ReplyDelete
  6. selalu jugak rasa gitu..terutamanya dengan mak..dan suami...hehhe

    ReplyDelete
  7. hmmmmm mmg susah nk diungkap.yang mak ada ini pon sentiasa rindu.

    ReplyDelete
  8. Memang kita ada perasaan macam tu. Bila ada depan mata, tak heran sangat. Bila berjauhan, tak sabar nak balik.

    Napa tak jumpa luth sminggu?

    ReplyDelete
  9. ibu ibu engkaulah ratu hatiku.
    .huhu..:'-C mak ..akak rindu mak

    ReplyDelete
  10. hhhmmm... entri ni buat aku terfikir. btol juga apa yang hang sampaikan ni.

    ReplyDelete
  11. Cuti sklh ni lg la. Anak anak kat rumh tp maknya terpaksa keje. Dorang request nak balik kg ahad ni. Balik rumah atok sedare seminggu. Aduhai x tau nak lepaskan ke x. Kesian jugak. Tp jauh sgt nak balik tu nun di perak.

    ReplyDelete
  12. brtul lah..selalu rasa macam tu.balik kampung konon nak jumpa atuk, pakcik makcik dan sepupu.tapi in the end buat hal sendiri je pun. salam kenal, first time komen kat sini..biasanya silent reader je. nice blog!

    ReplyDelete
  13. penat komen tadi entah masuk ke tak komennya..tak masak kot!

    memang begitulah istimewanya perasaan keberadaan yg Allah bagi untuk kita.sy pun sama klu jauh dengan anak mesti rindu..dengan suami pun sama..depan mata dok bergaduh sedia..dengan aruah mak lagilah rindu.huhu

    ReplyDelete
  14. memang camnilah kot hati manusia..hehe..

    ReplyDelete
  15. kannn.
    sama la kalau balik kg pon gituu juga kekdahnya

    ReplyDelete
  16. itulah y dikatakan..
    bila berjauhan baru tahu erti kerinduaan...
    tp lya pon pnh rsa mcm ni msa asya baya2 luth..
    nnti luth dh bsr sikit maybe lain rasanya...

    agknya bila dgn family..dh depan mata.. jd kt tahu ,sbb tu kt wak lek wak piss je,..bila jauh di mata bru tringat-ingat//

    ReplyDelete
  17. Tiba tiba rasa nak tepon kampung sekarang..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...