Skip to main content

Semua Orang Nak Sihat, Tapi Tak Rajin Nak Sediakan Makanan Sihat

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku bukan tak tahu petua-petua untuk kurus. Aku tau banyak petua. Salah satu daripadanya ialah dengan meminum jus epal hijau setiap hari. Memang terbukti, sebab abang aku yang amalkan dan ternyata dia jadi makin selim. (Tapi dia pun taklah gemuk mana pun dulu, cuma boleh nampak la perubahan susut berat badan tu). 

Ok, bila namanya 'abang', maknanya..... kalau dia nk minum jus apa sekalipun setiap hari, memang takkan menjadi masalah. Sebab walaupun epal tu dia yang belikan, tapi yang mem'blend'kan buah epal tu dan menjadikannya jus ialah orang lain. Dan pastilah orang itu ialah kakak ipar aku. So, kira untunggggg la.... Ada orang tolong sediakan. Cuba kalau aku yang nak amalkan macam tu. Daripada memotong buah, (sambil potong sambil makan), blend, tapis. Lepas tu minum. Lepas tu kena basuh semua. Aishhh... Buat sekali je sebulan boleh la sabar. Nak buat tiap-tiap hari? Ermmm, mmg aku takde kerajinan tu.

Bagi aku, aku memang tak kisah nak makan makanan kesihatan atau makanan berpantang tiap2-tiap hari. Asalkan, ada orang tolong sediakan. Yang menjadikan kita susah nak konsisten makan makanan yang mensihatkan, ialah sebab kita kena sediakan sendiri. Betul tak? Untuk aku, aku rasa boleh je tahan makan menu yang sama je setiap hari masa berpantang dulu. Macam tak kisah pun nak makan ikan bakar cicah air asam, dengan nasi putih je tiap2 hari. Sebab mak mentua yg baik hati tolong sediakan. Aku hanya telan je. Tapi lepas je balik umah sendiri, aku dah tak makan macam tu, pertama sebab aku cari menu yg senang nak prepare dan yang sedap ikut pilihan aku. Heheh. Tu yg rosak program diet tu.

Allahu, panjangnya la mukadimah aku nih. Yang sebenarnya aku ni nak show off je. Pasal menu hidangan aku baru-baru ni. Pernah dengar Dietliciouss? Kalau rajin, cuba la search kat Facebook. Mereka ni menyediakan makanan yang menyihatkan untuk insan-insan bertuah seperti aku, iaitu yang teringin nak amalkan makanan sihat tapi tak rajin nak sediakan dan kalau nak beli kat kedai pulak, memang susah nak jumpa.

Ni contoh menu dia. Yang aku paling suka, ialah harga makanan tu dah included skali dengan delivery charge. Ohh yeahhh!








Haaa, canggis kan menu lunch aku hari ni. Tapi aku yakin sikit lagi bila petang menjelma, aku akan kelaparan. Hahahah... Yang seperti di dalam gambar ni ialah menu untuk hari Selasa minggu ni. Tajuk dia ialah Quinoa (sejenis bijirin yang boleh menggantikan beras), bersama carrot dan cauliflower, lepas tu ikan tilapia masak 3 rasa. Ikan tu tak digoreng tapi dibakar. Less salt dan no oil. Katanya la. Sedap juga untuk spesis gemuk macam aku ni. Cuma agak kecik portionnya. Macam tak cukup je. Hahah.

Oohh... Lupa. Air Detox tu pula ialah Strawberry + Lemon + Mint Leaves + Cherry. Sangat refreshing. Menu makanan ni tiap2 minggu bertukar-tukar. Siapa yang berminat boleh cuba emailkan kepada email address yang diberikan kat atas tu. 

Lepas ni cun melecun la aku bila aku dah kurus. Tu pun kalau kurus la. 

Comments

  1. wah..kalau amalkan setiap hari memang boleh kurus ni..

    ReplyDelete
  2. wah macam2 ye cara org sekarang nak berniaga n tarik pelanggan.good idea...bagus camni.ada org tolong sediakan menu sihat.cuma kena bayar la kan.mana ada benda free..

    betul ke boleh kurus lni yd?hahaha..

    ReplyDelete
  3. TApi kan.. I duk rasa makanan yang helathy ni adalah yang paling simple dan murah.. kalau kita makan style kampung2. Like masak sniggang or ulaman or... panggang2 tak banyak cekadak. Kalau nak melemak merendang semua tu kan banyak protokol. ker?

    ReplyDelete
  4. Kalau pantang makan tanpa senaman agak sukar juga nak turunkan berat badan. Seeloknya lakukan senaman sebagai satu rutin harian seperti mandi dan gosok gigi, insyaallah kemontokan badan dapat diperlahankan.. Saya yg dah berumur ni pun masih bersenam 4-5 kali seminggu....

    ReplyDelete
  5. dah cuba berdiet..tapi tetap sama :-))...

    syukur alhamdulilah sihat..

    ReplyDelete
  6. sokong bab-bab kalo ade orang sediakan, masuk mulut je tinggal memang senang...

    aku terpengaruh dengan air detox tu. nampak sedap...

    ReplyDelete
  7. saya pn sis tgh nak berdiet dgn mkn pagi , mkn tegah hari n pantang ais.. tapi hurm xjalan 2/3 ari jer tahan pastu mkn jgk malamnya.. hahaha tapi klu dkt rumah if adik sy ada sy memng boleh kurus sbb klau dia msk memng stim jer kerja dia.. hahaha

    ReplyDelete
  8. semua sedap.....dah makan pun boleh jadi lapar balik...haha

    ReplyDelete
  9. Wah best tu, sekali dengan delivery :D

    ReplyDelete
  10. Betul tu, Lyd. Kalau ada yang sediakan menu diet kita, memang onlah. Lepas sebulan dah turun berat. Hahaha!

    Ni macam ezy-dietlah. Mereka prepare menu untuk orang diet. Ikut jerk mana program nak. Tapi ezy diet punya boleh tahan harga. Untuk seminggu kalau tak silap dalam RM200 kot. Kalau tak kurus juga lepas tu, tak tahulah nak kata macamana lagi dah...

    Yang ini kira murahlah. Okeylahkan. Kalau tak kurus pun takdalah rasa menyesal keluar duit dan makan menu diet secoet macam nih :)

    ReplyDelete
  11. nak sihat, kena la ada pengorbanan. kena la rajin sket, ye tak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w