Skip to main content

Kisah Luth Yang Tak Menarik Pun

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau ada sesiapa yang terlupa, aku cerita sekali lagi, nenek pengasuh Luth yang selama ni mengasuh Luth, dah meninggal dunia kerana cancer. Owh, begitu cepat tiba ajalnya. Aku masih terasa macam mimpi. Masih teringat-ingat dia pegang bahu aku untuk tenangkan aku bila aku risau pedooh masa mula-mula aku hantar Luth ke rumah dia dulu. Masih ingat dia kata, "Jangan risau, takde apa-apanya".

Semalam, hari pertama aku hantar Luth ke rumah pengasuh baru. Aku risau pedooh lagi sekali. Memang rasa jiwa kacau juga sehari dua sebelum hantar tu. Sebelum ni, aku ada bawa Luth menziarah rumah pengasuh baru ni untuk suai kenal sesi pertama. Chey wah, macam masuk skolah plak siap ada bersesi-sesi suai kenal tu. Pengasuh baru ni namanya Makcik Yam. Luth panggil nenek Ayam. Pun boleh la Luth. Asal ada bunyi je sudah. Lepas lawatan pertama tu, aku balik kampung seminggu. Lama la spend time dengan Luth. So, bila nak hantar Luth ke pengasuh selepas bercuti panjang, memang buatkan aku tak tenteram hati dan prasaan. Sedangkan nak hantar ke pangasuh yang dia dah biasa pun tercebik-cebik muka. Ini pulak dengan pengasuh baru.

Aku dah ambil cuti halfday belah pagi. Demi nak hantar Luth sebab memang dah tau drama swasta akan berlaku. Mula-mula aku mandikan dia. Dia macam excited ingat aku nak bawak dia gi jalan. Sekali aku bawak pergi umah pengasuh. Masa nak tinggalkan dia tu, dia punya menangis, masyaAllah... Sebak hati kalau dengar. Macam gayanya nak berpisah dengan mak yang kena masuk penjara seumur hidup. Menangis dengan keras sambil panggil, "Mamaaaa, mamaaa"... Sedih gila aku rase. Agak lama juga aku tunggu kat tangga make sure dia berenti menangis dulu then baru aku nak pergi. Last-last tak tahan plak duk kat tangga sebab bau air kencing kucing kuat sangat kat situ, lagipun semalam aku pakai tudung ustajah. Panas le jugek. Sepatutnya nak ambil cuti halfday petang, tapi petang ada meeting. Jadi, sebagai pekerja yang berkaliber  [berkaki dan badan lebar hakhak], aku halfday pagi le.

Dah sampai ofis, ko ingat senang hati aku nak buat kerja? Tetibe dapat sawan tenung jam je sepanjang masa kat ofis. Sejam tu rasa macam sepuluh jam. Gila lambat masa berlalu. Dalam masa dunia akhir zaman yang selalu je rasa waktu begitu pantas berlalu ni pun aku masih lagi rasa masa berjalan begitu siput. Semuanya sebab aku tringatkan budok kenit tu la.

Petang, bila balik ofis, aku ambil Luth daripada rumah Nek Yam, aku bagi salam.... Pastu aku dengar suara Luth dalam rumah, sebut, "Mamaaaaa". Dia kenal suara aku. Bila aku tengok Luth ceria, perasaan risau aku yang dah setinggi langit tu tiba-tiba hilang secara misteri. Lega rasanya. Nek Yam kata dia elok je lepas bangun tidur, makan dan main. Syukur alhamdulillah. 

Oleh sebab nak gembirakan Luth lagi, aku ajak dia pergi taman petang tu. Kehkeh. Taman je pun... Main buaian je ponnn.. Tu pun nak kecoh. Dah tu, nak bawak gi iCity tak mampu nak bayar tiket mahal. Ceh, tetibe buat cerita sedih, aku ni dah kenapa?!! So, okay la dia nampak dah hepi semula.

Bila dah balik rumah tu, aku menyusukan dia [eh, budak 2 tahun ni tak berenti lagi isap nenen], aku slow talk dengan dia. Kan memang ada petuanya.. Kalau nak slow talk dengan anak, paling sesuai ialah waktu bonding time macam tu la. Aku pun start la ceramah ustajah pilihan aku... Aku kata kat Luth, walaupun aku hantar dia ke rumah Nek Yam, bukan bermakna aku tak sayang dia. Aku cakap la, "Luth anak mama, mama sayang Luth, jadi tak mungkin mama akan tinggalkan Luth lama-lama kat rumah orang. Mama hantar Luth ke rumah Nek Yam, sebab mama kena pergi kerja. Mama kerja sebab nak dapatkan duit. Duit tu nanti mama nak guna untuk beli susu Luth, beli baju Luth, beli diaper Luth. Semua tu kena beli. bla..bla..bla...bla...". Nampak gaye macam dia faham. Aku rasa je macam dia faham.

Pagi tadi masa aku dah siap nak gi kerja, eh tetibe budak kenit tu nak dukung, nangis-nangis hulur tangan nak dukung. Ahhh sudah kerja la, aku ni dah la muka lambat je memanjang. Karang jadi drama samarinda kang lambat lagi aku sampai ofis ni. Tapi oleh sebab aku seorang mama yg professional, aku dukung dia, peluk dia, gosok belakang dia, dannnnn aku bagi sekali lagi ceramah kat dia. Kali ni versi Tanyalah Ustazah plak. Sekejap je.... Lepas aku ceramahkan dia tu, dia terus nak dukung dengan papa dan redho je la mama dia nak gi kerja. Alhamdulillah Allah permudahkan. So, menurut papa dia, bila hantar dia pagi tadi ke rumah Nek Yam, dia nangis juga tapi tak seteruk semalam dan sambil nangis, tangan sambil main bulldozer kecik, cucu Nek Yam punye. Comel plak bila terbayang. Teringat video budak yang dekat Gaza yang terkena runtuhan batu dan tersepit, tapi tangan sempat main pasir walaupun tengah nangis. Heheh.

So, itu je la kisahnya. Sekian. 


Comments

  1. teringat lak anak buah SyaminNaufal bila tiap kali nk ke umah pengasuh.. muka xleh belah sambil menagis mtk simpati... dpt byngkn muka Luth cmner hehehehe

    ReplyDelete
  2. Mmg la lyd..klu rin pun mau jgk jd sawan tnung jam..ingat nk ambk ank je kan..pstu bwk keta mcn ribut..kompem

    ReplyDelete
  3. aku da start hantar luth 2 bulan ni. seminggu hantar nangis, blk pun nangis. msuk minggu ke2 dah okey sikit.
    tp sejak tadika asyik deman je. entahlah mungkin mudah berjangkit.
    kalau ikut hati xde mak yg nak hntr ank kat rumah org. ni demi kelangsunan hidup. jgnlah ckp kena kerja sb luth.. tidak. luth x bersalah. ni tnggungjawab mak. nanti takut esok tua2 luth hntr mak rumah org2 tua sb nak cr duit...ah... ya allah, dengrlah hti ini. ni tnnggungjawab kami sebgai ibu bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu... bukan.. bukan gitu maksud aku. Aku tak kerja sebab dia. Tapi bg contoh yg senang la dia nak relate. Of cos la kerja tu untuk kelangsungan hidup tapi tak cerita la kat dia nak kena bayar bil bla-bla tu semua. Yg tu maybe next time baru cerita. hehe.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hahahaha..boleh pulak Luth panggil nenek tu Ayam.....kelakar la Luth ni..macam mama dia...ekekeke

    ReplyDelete
  6. adoi Bab pengasuh ni memang trauma mendengar..sbb byk sejarah yg tak best. Alhamdulillah npengasuh afia sekarang ok..selalunya klu org yg dah berumur ni ok lot mrnjaganya..luth pun panggil nenek..harap luth serasi kt Sana..faham sangat perasaan risau baru tinggalkan anak kt pengasuh..dua org dh anak ni macam2 pengalaman.hehe..Afia Semarang walau dpt pengasuh ok pun habits kerja je mesti cepat2 balik ambik dia..Kesian anak tunggu kita..tak faham klu ada mak bapak yg suka lengahkan untuk amik anak dari pengasuh..kita ni klu bley nak je jaga anak sendiri kan..tp dah terpaksa..

    ReplyDelete
  7. Alahaiii...siannya luth. Memang tak senang hati kalau anak menangis masa hantar kat pengasuh.

    Qhalif yang 3 tahun tu pon masih nenen. Tak tau bila nak stop tu.

    ReplyDelete
  8. Salam dear..lama tak singgah.
    Takziah and Al Fatihah atas pemergian nenek pengasuh Luth tu.. mesti terasa jugak uols sedikit sebanyak kan walau bukan darah daging... especially Luth.

    ReplyDelete
  9. takziah...lama juga arwah bertarung dengan cancer kan...

    mudahan luth lembut hati dok umah pengasuh baru...insyallah lama2 ok lah tu..amin

    ReplyDelete
  10. I sedikit konpius ni ye... Yang kita belajar 'bedooh' kecek Kelate, yang pedooh ni maksudnya sama ke?

    Biasalahkan kalau mak-mak yang hantar anak pergi rumah pengasuh/tadika memang touching scene dia hanya Allah jerk yang tau. Lepas tu dok menunggu bila nak balik, bila nak balik tu rasa macam nak tercabut nyawakan... Punyalah resah. I dulu masa hantar si Abang rumah babysitter (sebelum my sister take over lepas pencen) I punya gundah-gulana dalam jiwa sampai tak lelap tidur malam sebelumnya, punyalah risau yang amat. Tapi bila ambil anak petang hari pertama tu, anak I rileks jerk berzumba bagai dengan babysitter! Pun I touching jugak tau....

    ReplyDelete
  11. Haih. Camtu la masalah mak mak yg bekerja macam kita ni

    ReplyDelete
  12. nampak sgt dah lama tak blogging..tak tau pun nenek pengasuh tu dah meninggal. :(

    ceramah utk Luth versi Tanyalah Ustazah tu camnelah agaknya ya..mama Luth! hahaa

    ReplyDelete
  13. siannye Luth..dh betukar tgn yg mnjaga nye ye..

    ReplyDelete
  14. sedih kan tengok luth menangis tuu ;p

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum lyd...kesian kan pengasuh lama Luth tu....Al-fatihah buatnya....baru2 luth mesti x biasa dgn pengasuh baru tapi lama2 okay la tu..:)

    ReplyDelete
  16. salam lyd...
    paham benar perasaan tuh...tapi kan arissa sejak sy anta taska nie dah setel seme mslh..takder dah drama swasta waktu pagi, releks jer dia nk gi taska...balik umah siap nyanyi2 lg lagu yg dia belajau kt taska..
    inshaallah harap2 lelame sket selesalah luth nanti..it takes time...take care..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w