Skip to main content

Bertukar Rutin Itu Bukan Masalah

Sejahteralah ke atas kamu...

Kita biasa berdepan dengan masalah. Bila munculnya masalah, jalan penyelesaian yang kita ada selalunya kita tak suka. Mungkin tak suka sebab banyak benda yang kita kena ubah, terutamanya rutin harian. Jadi, sama ada suka atau tak suka, kita perlu mengubah kebiasaan kita dalam melakukan sesuatu perkara, demi menyelesaikan masalah kita.

Contoh ye aku bagi. Bila Luth takde pengasuh satu masa dulu, papa dia akan bawa dia berniaga. Oleh sebab kereta kami hanya ada satu, jadi aku yang selalunya drive kereta pergi dan balik ofis, kena naik tren bila balik dari ofis. Bukan itu je. Aku perlu bersilat tiap2 hari menyediakan bekal untuk Luth makan, sama ada masak bubur, nasik dengan sup, bihun atau sebagainya. Kalau masa arwah Nenek Zah yang jaga Luth dulu, aku tak perlu pun memasak bekal untuk Luth (maa dia masih sihat wal afiat). Nenek Zah kata tak perlu bekalkan apa-apa. Biar dia yg masak untuk Luth makan. Tapi bila dia dah jatuh sakit, aku perlu sediakan bekal sebab Nek Zah dah tak larat nak sediakan makanan lagi untuk anak-anak jagaan dia.

Sekarang, Luth dah ada pengasuh baru. Aku bersyukur sebab Nek Yam ni pun sebagus pengasuh lama. Memang kasih dan berlembut dengan budak-budak. Makanan pun aku dah tak perlu bekalkan lagi untuk Luth. Lagipun Luth dah makan nasik macam manusia biasa. Perut melayu sejati budak tu. Sebab suka makan nasik.

Buntu. Takde idea dah nak taip apa. Bye.


Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan lyd dan luth ye..

    ReplyDelete
  2. syukurlah Luth dapat pengasuh yang baik..

    ReplyDelete
  3. Innalilahiwainnailaihirajiun..Al Fatihah buat arwah nek zah..lamanya cikgu tak sempat melawat blog2..huhu..syukur Luth dah dapat pengganti pengasuh yang baru..

    Manusia memang makhluk Allah yang istimewa..Kita khalifah dan memang dah disediakan mental dan fizikal kita untuk 'adapt' dengan 'surrounding' samada kita sedar atau tak (^_^)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah luth dh dpt pengasuh baru..ingatkan ikut papa dier lg...sedih bila bc kesah pemergian nek zah tuh..yer lah lyd kan sll kita kesah suka duka bersama nenek dr awal...take care..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah nek yam pengasuh yg baik..sy pl dah biasa bawakkn bekal utk Afia. mmg setiap kali hantar mesti masak mee Goreng ke sup untuk dia.dah terbiasa bawak bekal, klu Malas masak sgt pun mesti beli n bekalkan Afia,padahal kt rumah pengasuh tu byk je makanan semua afia telan.hehe..

    ReplyDelete
  6. Nak cari pengasuh zaman sekarang memang susah. Nak cari pengasuh yg baik lagilah susah...

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah luth dapat pengasuh baru yang serasi :-))

    ReplyDelete
  8. betui 2.. xde masalah yg xde jalan penyelesaian.. hehehe

    ReplyDelete
  9. dh rasi la ye Luth dgn penjaga bru ni moga nek yam baik2 saja ye..

    ReplyDelete
  10. Makan nasi macam manusia biasa...luculah lyd ni...baguslah lyd jumpa pengasuh baik..susah tau lyd nak cari pengasuh yang boleh percaya zaman duit ni...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. Betul, manusia memang susah nak berubah, reluctant to change. Tapi, bila dah berubah pasti nampak hikmahnya. Alah bisa tegal biasa :)

    ReplyDelete
  12. eh si Tipah pun perut Melayu.. kalau nasi ngan sup sampai semangkuk dia sorang telan.. kalau bagi lain, sesudu dia kadang2 terus terjelir keluarkan segala isi mulut.. siap cuci2 lidah lagi. Ni lagi 3 bulan dia akan join kakanya kat Kita.. macam manaaaaaaa? I am not ready huhuhuhu.

    ReplyDelete
  13. Kalau ikut tekak arab bapaknya, lagilah susah you, Lyd. Pepagi nak masak nasi Arab :)

    Untunglah ada pengasuh yang sangat baik dan memahami. Tak banyak berkira dan anak kita pun dijaga dengan penuh kasih-sayang. Hati kita pun jadi senang bila teringatkan anak selamat di rumah pengasuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w