Skip to main content

Nenek Pengasuh Luth 3.0

Sejahteralah ke atas kamu....

*aku lebih suka kalau korang baca sampai habis kalau nak komen*

Nenek pengasuh Luth disahkan menghidapi kanser sel pada tahun lepas. Kanser sel tu katanya ialah sejenis kanser yang sangat unik dan boleh dikatakan hanya satu dalam sejuta. Dalam tengah sihat, tiba-tiba dia dimasukkan ke hospital kerana muntah dan sakit perut yang teramat, kemudian selepas menjalani pembedahan membuang cancer tersebut aku tengok kesihatan dia semakin susut. *Waktu dia sakit, anak dia yang menjaga Luth.*

Aku sedih. Sebab aku rasa aku dah mula sayang pada nenek pengasuh Luth tu. Aku macam ni la, susah nak mula berkawan, susah nak berkenalan, tapi once aku dah mula kenal seseorang di dalam hidup aku, aku akan jaga silaturrahim itu supaya terus berkekalan. Ewahh dah macam bercinta pulak. Lagipun, aku memang berazam untuk buat baik pada orang yang menjaga anak aku. Aku belajar daripada ibu. Sebab ibu mentua aku pun mengasuh anak-anak orang juga di kampung. Pengalaman ibu dengan ibu bapa kepada anak-anak yang dia asuh, aku jadikan pedoman untuk aku menjaga hubungan baik aku dengan pengasuh Luth. Nenek pengasuh Luth tu aku dah anggap macam keluarga, walaupun aku tak tahu dia dah anggap aku macam keluarga ke belum. Ehee.

Ada sekali tu, nenek pengasuh Luth dimasukkan ke hospital lagi sekali kerana tenat. Itu kalau tak silap pada hujung tahun lepas. Pertama kali Luth terpaksa ikut papa dia pergi kerja sebab tak ada orang nak jaga dia. Selepas mendapat rawatan rapi di hospital, nenek dibenarkan keluar hospital. Kesihatan nenek bertambah teruk selepas dia menjalani rawatan chemo. Terus terbaring je dan bercakap pun dia tak larat. 

Waktu tu, aku memang berusaha untuk dapatkan doa-doa dan petua-petua rawatan alternatif untuk diberikan kepada nenek. Malah ada satu malam tu, aku bangun malam untuk bersolat hajat dan berdoa serta membuat air penawar untuk nenek. Sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ni walaupun terhadap arwah mak aku sendiri. Esoknya..... Bila aku tanya anak nenek, macamana keadaan nenek malam tadi [dengan harapan anak dia akan kata yang "mak semakin pulih, seperti ada kuasa ajaib yang membantu"], tapi hampa pulak aku rasa bila anak dia kata, "malam tadi keadaan mak memang sangat-sangat teruk, paling teruk setakat ni". Sentap sekejap aku. Seolah-olah, doa aku langsung Allah tak terima. Tapi takpe, Allah lebih mengetahui.

Isnin minggu lepas, nenek dimasukkan sekali lagi ke hospital kerana dia tenat lagi sekali. Luth pun terpaksa ikut papa dia ke tempat kerja sebab anak nenek mestilah kena jaga mak dia di hospital dan tidak dapat menjaga Luth. Tapi itu bukan satu masalah pun kepada kami sebab papa Luth memang suka Luth ikut dia pergi kerja. Aku tanya anak nenek tentang mak dia. Katanya mak dia semakin tenat. Lemah sangat. Doktor pun dah pesan supaya bersedia. 

Aku turut merasa risau. Hari Selasa, waktu di ofis, aku buat lagi solat hajat dan berdoa untuk kesihatan nenek selepas Shera, anak nenek menghantar gambar maknya di dalam keadaan terlantar tak sedarkan diri, dengan wayar oksigen terpasang pada hidung. Sebak sangat aku tengok. Seolah-olah melihat mak sendiri. Aku berdoa bersungguh-sungguh, memohon agar Allah memberi tangguh kepada nenek. Supaya dia boleh terus berbakti kepada masyarakat dan supaya dia boleh menambahkan lagi amalannya. Aku sangat berharap nenek kembali sihat. Sebab bagi aku, dia itu sangat baik orangnya. Sepanjang hari tu, aku memang hanya memikirkan nenek. Aku rancang nak melawat dia esoknya. Sampai di rumah petang tu, aku memasak seperti biasa. Dalam jam 7 petang, aku dapat panggilan telefon daripada Shera dan dia memaklumkan bahawa nenek telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.10 petang Selasa tu. Aku speechless........................... 

Nenek selamat dikebumikan pada hari Rabu. Aku mendoakan kesejahteraan beliau di sana, dan semoga Allah memberikan tempat yang lebih baik untuk nenek di sana berbanding dengan tempatnya di dunia ini. Aku mendoakan agar nenek dilindungi daripada seksaan kubur, semoga dilapangkan kuburnya seluas-luasnya, semoga kuburnya sentiasa diterangi dengan cahaya yang terang benderang dan menjadi salah satu daripada taman-taman syurga. InsyaAllah. Damaikanlah kamu di sana wahai Azizah binti Daud.



 ..............................

Maaf ye, kalau ada yang terasa... "what the fuuu dia ni dok cerita pasal dia solat hajat, berdoa bla-bla untuk orang. Bukan ke sepatutnya amalan-amalan tu perlu disembunyikan daripada orang ke? Takebor bercampur riak lettew.". 

Ye, aku pun sebenarnya tidak selesa untuk menceritakan amalan yang aku lakukan Cuma aku nak ceritakan betapa tersentapnya aku, bila doa-doa yang aku mohonkan kepada Allah, seperti tidak diterima. Sedangkan pada waktu aku berdoa tu, aku berdoa dengan yakin seolah-olah Allah pasti akan makbulkan. 

Pengajaran sangat untuk aku. Sebab selama ni, aku berdoa dan berdoa, memohon untuk diri sendiri dan keluarga, aku seperti yakin Allah akan makbulkan. Malah aku rasa dah cukup dah doa-doa aku untuk menempah tiket aku ke syurga. Tapi amat merisaukan bila aku kenangkan, 2 kali aku solat hajat untuk nenek, kali pertama kesihatannya menjadi semakin buruk dan kali kedua pula dia dijemput Allah.

Aku jadi sangat takut bagaimana jika Allah tidak makbulkan doa-doa aku yang lain sebelum ini? Bagaimana nantinya aku kalau sewaktu aku sedar bahawa doa-doa aku selama ini Allah tidak terima ialah pada waktu aku telah mati atau pun sedang menghadap Allah di padang mahsyar? Aku memang jiwa kacau sangat bila fikir semua tu. Lagi satu, yang menginsafkan aku..... bahawa janji Allah itu pasti. Jika tertulis ajal seseorang hamba Allah itu, pasti tidak akan lewat atau awal walau sesaat.

Comments

  1. Innalilahiwainahirajiunn kepada Nenek Pengasuh Luth...
    Semoga rohnya dicucuri rahmat....amin...

    ReplyDelete
  2. innalillah...
    alfatihah

    betul tu lyd sama mcm apa yg pernah sy rasa dulu spnjng berttc.mmg jiwa kacau bila pikir pasal doa semua tu.. kita tak tahu.
    ye mmg kita berdoa siang malam. tp hnya Allah Maha Mengetahui. pernah luah dgn mak.

    in shaa Allah lyd. sbgai hambaNya kita tambahkan amalan dan terus berdoa, Allah Maha Mendengar

    ReplyDelete
  3. takziah ....
    itu ketentuan lyd ... dan mungkin ini salah satu Allah nk bgtau supaya kita cek amalan kita ....
    klu kita yakin dgn Allah ... dan sape kita nk tentukan Allah makbul atau tidak semua tu rahsia Allah yg penting kita jgn lupa Allah ..teruskan

    ReplyDelete
  4. Aaminnn.....
    Doa yg baik2 kita aminkan...

    ReplyDelete
  5. innalillah...semoga roh arwah tenang di sana..
    pasal doa tu.. maybe Dia nak kita berdoa sungguh-sungguh..
    bercerita n mengadu sesungguh dari hati padaNya... disamping amalan-amalan kita...
    apa-apapuh hanya Allah SWT lebih mgetahui..maybe dia makbulkan dengan cara lain..

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainnailaihi rajiun...Al-fatihah buat arwah. Sama ada doa kita sampai atau tak, hanya DIA yg maha mengetahui. Mungkin doa tu dimakbulkan dengan cara yang lain. Jangan sedih² yer lyd.

    ReplyDelete
  7. salam.
    bukan doa kita tak diterima..memang itu dah janji Allah dengan nenek tu dan Allah lebih memerlukan dari awak..tentang doa doa kita selama ini biaralah kita tak usah fikirkan sama ada Allah terima atau tidak yang penting kita dah lakukan apa yang disuruh..Al-Fatihah buat nenek.

    ReplyDelete
  8. Innalillah. doa tu mungkin Allah tak makbulkan sebab Allah ada sesuatu yg lebih baik, mungkin menyedarkan kita supaya tingkatkan lg ketaqwaan kita. walaupun kita ni dok berdoa sungguh2 tapi Allah tak jugak makbul... and pasal amal ibadah tu, tengok persepsi org. yg jenih duk pikir org riyak takbur tu mmg hati dia jenih cmtu kan. sabar ye! Jom baca entri terbaru :)

    ReplyDelete
  9. disah kan skit tahun lepas ,maknanya adalam masa setahun je Lyd..dia dah pergi..Ada orang sakit bertahun2.tapi Allah permudah kan, dengan beri kesakitan tu setahun saja.

    Alfatihah...
    takziah ye Lyd..

    ReplyDelete
  10. yang komen tanpa baca tu baik tak payah komen pun takpa.janggal je rasa.huhu...

    Allah suka bila kita merayu kpadaNYA...orang yg bertahun2 doa pun belum dimakbulkan..Bukan hanya dengan sekali dua doa.Orang la kata. Saya bukan pandai Sgt,yg sy tahu ajal datang tak mengira apa. bila tiba masanya lyd... Semoga allahyarhamah nenek pengasuh luth tenang disana.

    pasal persepsi orang tu tak terfikir langsung sy..selagi cerita ada pedoman apa salahnya mention..supaya jadi pengajaran dan muhasabah diri yg membaca..

    ReplyDelete
  11. Salam takziah.. Innalillah.. Al Fatihah.. Semoga arwah d tempatkan d kalangan org2 yg beriman.. Aminn...

    ReplyDelete
  12. salam takziah.. & alfatihah... benda yang sama terjadi pad Adik.. dier tanya KA kenapa atuk sedara dier boleh meninggal sedangkan Adik dah doa banyak2 semoga atuk tu sembuh, Allah x makbulkan doa adik ke... Yang pasti ajal sudah tertulis dan apalah daya kita utk menolak takdir Allah swt... kan

    ReplyDelete
  13. Alfatihah. Salam takziah buat keluarga nenek pengasuh Luth. I ada baca kisahnya yang you tulis sebelum ni. Mungkin sampai di sini titik noktah hidupnya. Rasanya baru aje arwah nenek ni disahkan menghidap kanserkan. Semua janji Allah memang pasti. Siapalah kita hendak mempersoalkannya. Kalau bercakap tentang doa ni, I pun selalu terfikir. Bertahun I berdoa perkara yang sama mengapa tak semua doa-doa itu dimakbulkan. Adakah Allah tak sayangkan I ataupun I yang tak cukup yakin ketika berdoa?

    ReplyDelete
  14. innalillah...Al-Fatehah utk arwah...InsyaAllah kak doa tu sampai kn Tuhan akn menduga bgi org berkemampuan je so akk kuat InsyaAllah lepas ni dipermudahkn utk cri pengganti penjaga Luth plak..

    ReplyDelete
  15. Al-fatihah. Lydsunshine bersabar ye. Allah sentiasa ada bersama kita. Insyaallah :)

    ReplyDelete
  16. semoga nenek pengasuh ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Jangan terus putus asa utk terus berdoa pasti akan dimakbulkan.

    ReplyDelete
  17. Allahuakbar..sedihnya baca kisah ni..salam takziah..alfatihah buat nenek pengasuh luth..

    ReplyDelete
  18. rasa rindu, baca blek blog nieh...ehmmm,rindu tramat sgt hanya Allah yg twu :(

    ReplyDelete
  19. rasa rindu sgat baca blek blog nieh, sries rindu emak. hanya Allah yang tahu.
    harap dpt brjmpe dgan die kelak.
    aminnn....

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya