Iklan! Iklan! Sila Click!

31 March 2015

Mari Memuji Anak. Hihu

Sejahteralah ke atas kamu....

Dah lama dah aku tak cerita pasal Luth. Eh ye ke? Ke perasaan aku je dah lama? Betul kot dah lama, sebab aku pun memang bentat kelubi dah nak menghapdet blog sejak kebelakangan ni. 







Bercakap
Luth dah 2 tahun. Sekarang ni, mulut dia riuh je bercakap. Tapi ada benda yang aku faham. Kebanyakannya aku tak faham. Pertama sebab pelat, kedua mungkin sebab dia main bercakap je konon-konon nak join papa dan mama berborak. Dengan erti kata lain, "Nakkk jugakkk masuk campur". Tapi... Depan orang, dia pemalu.

Luth tak pandai sebut hurup 'L'. Kalo dia sebut perkataan yang berbunyi L, akan jadi hurup 'N'. Contohnya, 'Bahulu, akan jadi 'nu'. Sebab dia amik sukukata last je. Dia panggil belon= non. Kalau aku tanya nama dia siapa, dia akan jawab, "Nut". [Sebutan 'noot'. Bukan 'Nat'] aku dah tak sampai hati nak gelak walaupun comel. Pelat dia comel. 'Susu' mcm biasa la panggil Tutu. Pastu dah pandai sebut Peek-A-Boo. Kadang-kadang jadi Peek-A-Paa. 

Bila aku cakap kat dia, "I Love You", dia dah pandai balas, "i love you too", tapi bunyi u too je. Mungkin sebab selalu dengar mama dan papa sebut macam tu. Dia boleh ikut. Dia dah pandai mengira tahu. Bila aku suruh dia kira, kiraan dia hanya one, two, one two, one two. Sampai la habis. [nangis kejap mama bila dengan dia mengira].


Makanan
Dia dah pandai mintak nasik. Bila aku tanya dia, "Luth nak makan kentang goreng?", dia geleng. Aku sambung lagi tanya, "Dah tu Luth nak makan apa?". "Acik", dia jawab sepatah. Pastu aku terus bersilat kat dapur pergi masak nasi dengan sup sayur untuk dia. Bila siap masak, aku cuba nak suap kat dia, dia makan sesuap je. Sentap mengkarung kejap mama. Moral dia, lenkali, sebelum suap nasi kat anak, jangan bagi dia minum susu. Kan dah kenyang. Tapi kebiasaannya dia akan makan kalau kena selera dia. Dia suka makan telur rebus. Dia suka makan aiskrim yang aku buat sendiri. Suka carrot, suka broccoli. Dan sup. Suka kerepek pisang dan keropok ikan.

Kat rumah pengasuh sekarang hanya tinggal dia dan Eva. Budak2 lain sudah diberhentikan serta merta sebab nenek pengasuh tak sihat dan tak boleh dah dengar suara budak ramai-ramai. Bila aku bekalkan dia makanan, dia akan kongsi dengan Eva. Pengasuh kata, dia makan banyak sebab suka kot bersaing dan berkawan masa makan.


Mainan
Luth ada mainan baru. Blocks yang warna-warni dan besar-besar saiz dia. Cik De dia hadiahkan. Memang dia suka kemain dengan block tu. Waktu ni aku dah nampak imaginasi dia makin berkembang. Dia susun-susun blocks then dia kata, "ipash...ipash". Maksudnya kipas. Kadang2 dia buat gajah. Kadang-kadang zirafah. Tapi semuanya berunsurkan haiwan je la. Dia tak kenal otomen, kamen rider atau spesis robot dan superheroes. Sengaja aku taknak bagi dia kenal. Nanti pening kepala nak layan minat kat benda-benda yg macam tu.

Ada sekali tu, dia amik blok, dia letak kat mulut. Pastu dia kata, "Gigi". *tengah gosok gigi guna block. Huhu. Kretip sangat ko nak...

Kadang-kadang aku sedih gak tengok dia main dengan soft toys. Suapkan soft toys makan atau minum air. Kadang-kadang solat berjemaah dengan soft toys. Aku tahu dia boring kot main sorang-sorang. Bukan aku taknak bagi dia adik. Cuma buat masa ni, belum ada rezeki. So, tunggu je la. Sementara takde adik ni, mama dengan papa je la yang layan dia main kejar-kejar, main nyorok-nyorok atau main bola dan main kereta. Sian pulak. Takpe, nanti ada rezeki Allah nak bagi, ada la kawan Luth nanti.


Minat
Biasanya waktu aku memasak, aku terpaksa lalaikan dia dengan memasang TV. Channel BBTV. Kadang-kadang tu senyap je suara dia, aku terus rasa suspicious... Ni mesti tengah buat benda-benda pelik ni kalo senyap macam tu. Aku pun intai dia diam-diam....[mak-mak ni sokmo le nak curiga kat anak sebelum bersangka baik. huhu.. buruk betul tabiat]. Betapa sejuknya hati aku bila tengok dia tengah belek buku. Ko bayangkan la... Mama dengan papa dia yang tak rajin baca buku ni, bila tengok anak baca buku tanpa disuruh, rasa macam cair sangat hati. Banyak kali juga kejadian begitu aku tengok. Doa aku, sampai ke besar la dia rajin baca buku. Nak harapkan mama, baca novel The Hobbit ni tak habis-habis lagi.


Faham
Lagi satu, buat masa ni, aku tengok Luth dah makin reti bahasa. Korang pun tahu kan, budak-budak ni, ada masa, bila kita cakap dia bukan nak dengar. Kalau kita larang, sikit pun dia tak endah. Tapi aku bersyukur, sebab Luth, memang dengar kata tapi dengan syarat, aku kena cakap elok-elok. Yang aku nampak paling ketara ialah bila dia nak main sesuatu yang dia tak boleh main. Ada sekali tu dia nak main pinggan. [Pinggan yang aku guna kat umah memang pinggan kaca. Pinggan plastic ada 1 je.]. Kadang-kadang ada juga dia nak main gunting. Atau lampu suluh. Atau power bank. Setiap kali bila dia nak main benda-benda yg dia tak boleh main tu, aku akan kata, "Luth... Ini bukan mainan, Luth tak boleh main ni. Mainan Luth ada banyak lagi, Luth boleh main mainan Luth je." Dengan mudahnya dia akan hulur barang tu kepada aku atau papa dia.  Tanpa menangis dan tanpa janji palsu untuk reward dia apa-apa. Alhamdulillah.

Outdoor
Aku pernah bawak dia main pasir kat tepi rumah. Bawah pokok, kira macam redup juga la. Pasir pun jenis kering yg bersih, bukan pasir hahik huhing. Dia main la. Tapi macam kekok sikit. Esoknya aku ajak dia main pasir lagi, dia kata, "taknak". Huhu... tak kedesaan langsung anak aku nih. 


Luth kalau aku bawak dia ke taman, dia hanya suka main buaian dan see saw. Dia sebut 'titow'. Comel je pelat. Gelongsor pun dia main juga, tapi dia paling suka buaian la. 

Pernah ari tu, aku buat homemade playdoh untuk dia. Aku buat warna pink, kuning dan coklat. Sebab food coloring warna tu je ada dalam rumah. Dia bukan main excited. Sekali aku tengok dia bukan excited nak main, tapi dia nak makan. Sabar je la aku. Walaupun playdoh tu aku buat daripada tepung dan pewarna makanan, tapi tetap tak selamat untuk dimakan sebab aku guna losyen. Last-last aku terpaksa la tarik balik playdoh tu daripada dia. Huhu... Kalau tidak nanti cireng pulak anak aku.


Nakal.
Pernah ada kawan aku tanya, Luth nakal tak? Erm, aku pun bagi jawapan jujur. Luth tak nakal. Dia jenis yang duduk elok-elok main. Bukan jenis budak yang melompat-lompat dan berlari tak tentu hala. Dia bermain dan buat sepah dalam rumah[ya Allah kalo ko tengok kehebatan dia membuat sepah setiap ari, mau pitam], dia berlari dan main kejap-kejar juga [dgn 2 orang gemuk dalam rumah tu la, sape lagi], tapi dia bukan jenis yang 'tak boleh duduk diam seminit pun'. Ada masa dia memanjat, tapi kita tak risau sebab dia jenis yang berhati-hati. Tapi tangan tu jangan cerita la, berapa banyak kali terkepit pintu kabinet. Hehehe. Mungkin sebab dia nakal diam kot? Huhu. Yang pasti dia bukan jenis budak yang kalo dia ada, orang lain akan rasa terancam dan rasa cemas. Dia jenis budak biasa je. Ni pengasuh yg cakap. Bukan aku.

InsyaAllah Luth akan jadi permata agama Islam. Aku tengah gilap sinar dia. :)


18 comments:

  1. ank sendiri. sapa lg nk puji kn. haha. tp mmg la.. bila dia diam je.. mula la nk syakwasangka kita ni. haha. abah syukrii pun sma. dia risau klu ank dia diam. kdg diam bukan watpe pun. dok belek buku je pun. kihkih..

    ReplyDelete
  2. salam lyd..
    wah dah besau panjang bakal menantuku ini..budak baik ni luth nie...achica pun dah pandai cakap jgk..mulut iruh jer bercakap paling best bila dia suruh abang dia atau mak dia..'cana cikit' heheh..bila dia nak duduk..alhamdulillah vocab dah bertambah, ckp melayu pun dah pandai..pandai mintak susu..tp sll confius antara nak & taknak..heheh

    ReplyDelete
  3. Comelkan layan anak sebaya ni. Rasa nak cubit-cubit jerk tapi sayang pulak kat anak, kang asyik kena cubit sebab tak tahan comel dah lebam birat pulak! Luth dah semakin besar. Minda pun semakin berkembang. Dapat makpak jadi kawan karib, memanglah best. Nanti-nanti kalau dah ada adik, lupa dah bff yang dua orang kat rumah tu. Time berkeperluan jerk dia cari *_*

    ReplyDelete
  4. Kalau anak dah besar pastu baca balik post ni mesti geli hati kan. hahaha.

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah...dikurniakan ank yang sihat dan bijak..baca entri ni buat yan tersenyum...keletah kanak2 yang baya luth memangbanyak mnguji kesabaran kan

    ReplyDelete
  6. Moga Luth membesar dengan sihat dan kuat hendakNYA..
    comel dan geram je tengok..
    Part tak kedesaan tu memang sesuai untuk anak2 kita yang membesar di zaman batu ni.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. aminnnn
    suka dengar ayat last tu
    ginilah mak kan, sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak
    afif dulu masa keseorangan lebih kurang cam luth ni juga
    bezanya dia suka tengok discovery channel, sebab tu umur dia 3 tahun dah kata nak
    jadi archaeology sebab nak cari dinosaur
    dah beso ni mula pandai nak cari superhero

    bab pelat, anak dara yang dah masuk 4 thun tu masih lagi sukar dipaham butir bicaranya
    tapi dioranglah penghibur kita kan lyd kan
    sama ada buruk dan baik =)
    tetiba rasa nak balik rumah plak

    ReplyDelete
  8. Lyd nanti rakan Video..nak dengar dia bersembang...ni mesti dah belambak video anak tapi tak mau tunjuk kat kami ni...kan?/hahahah..

    ReplyDelete
  9. moga makin bersinar selepas digilap. aminnn...

    ReplyDelete
  10. makin besar makin byk ragam hihi buat mama papa geli hati... :)

    ReplyDelete
  11. perkembangan luth lebih kurang Afia je. Dah namanya sebaya kan, anak klu dok dendiam mesti kita suspect apa yg dia buat..baguih betui luth minta buku. Afia minat gak buku,tp dia lagi minta usung titi(teddy bear) kesana sini buat baby.hahaha anak girl kan

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah lyd..memang luth anak yang baik..

    ReplyDelete
  13. anak oh anak macam2 ragam kan? dh besar dia ye...kak nma penuh luth ni sapa mcm sedap plak nama luth ni ;)

    ReplyDelete
  14. dah 2 tahun ye Luth...dah besar...semoga terus membesar menjadi anak yang soleh ye Luth :)

    ReplyDelete
  15. aamiin
    sabar ye luth nnti mama papa usahakan
    smga Allah permudahkan

    macam macam kan

    saya ni haa dah 3,4 hari tahan dgn peel rania.
    x blh nk tinggal nangis. kalau dia tido tu kena lelaju la settle kan apa apa.bila dia jaga tgk org x da terus merangkak mencari merata sambil nangis. ayaq mata jgn cakap la. sian j.

    nk kata takut pon x tau le.
    nak kata sembelit, berak j.
    bg makan oke. tidur pon oke. bila keluar p mall ok.
    nape erk ?

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah . dah byk perubahan pd luth . semoga menjadi permata Islam ... aaamin .

    ReplyDelete
  17. waa..makin besar makin bijak..
    smoga luth trs mbesar bagaikan juara..

    kelakar y sebut peek a paa.. haha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...