Sejahteralah ke atas kamu....
Sabtu lepas adalah 2 JamadiAwwal 1436 adalah ulangtahun hari kelahiran Luth yang ke-2. Kebetulan Jumaat malam tu ada kenduri kesyukuran di rumah abah aku jadi aku selit la sebijik kek kira macam belanja part dessert la konon. Memang takde niat nak celebrate tiup-tiup lilin segala. Ini kek yang aku hidang masa kenduri di rumah aku. Nampak ni, ke'arab'an sangat ucapan pada kek tu kan. Baru la sesuai dengan papa dia yang kearaban tu.
Kek biasa je. Kek vanilla dengan krim kaler putih. Simple je sebab tempah kat kampung. Bila dah selalu sangat jumpa kek canggih yang macam-macam pesen, lasttttt sekali hati tetap suka dengan kek pesen lama mcm ni. Mintak tolong ibu yang tempahkan. Jadi, alang-alang tempah kek untuk rumah abah, takkan la tergamak aku tak tempah untuk rumah ibu sekali. Tak begitu manis la kalau tak tempah. So, aku tempah la 2 bijik kek. Satu lagi kecik sikit sebab rakyat kat rumah ibu tak ramai sangat.
Memang takde buat jamuan langsung di rumah ibu. Hanya makan kek je. Luth pun bila aku cakap, "ini kek Luth", dia macam 'bo-layan-ado-den-kesah' je. Lepas tu sambung main. Kan aku dah kata, memang pedooh je nak sambut-sambut bday budak besar itu. Nanti umur 4@5 tahun baru aku buat birthday party untuk dia. Cheywahhh... Berangan tak kena bayar sangat iolls kan.
Pagi Sabtu tu, bawak dia main air kejap kat sungai. Tapi nak gi main air pun takut-takut. Sopan sangat anak aku nih hoih.
Ini Amaluddin dan Syifa.
Tiba part jiwang. Pesanan mama untuk Luth, mana la tahu satu hari nanti Luth baca blog mama.
Luth, 2 tahun menjaga dan membesarkan Luth adalah pengalaman terindah di dalam hidup mama. Terima kasih mama ucapkan kepada Luth sebab sepanjang 2 tahun ni, Luth sangat mudah dijaga, sangat behave dan cerdik. Mama terpakse meyakinkan hati mama yang Luth akan konsisten menjadi mudah dijaga, behave dan cerdik sehingga ke akhir hayat. Well, kalau bukan mama yang nak puji Luth cerdik, siapa lagi? Mesti la Papa. Hekhek.
Luth anak yang baik, anak soleh mama, gadget yang paling canggih pernah mama miliki. Eh, bukan miliki secara mutlak, Allah yang pinjamkan kepada mama. Betul, bagi mama, Luth ni seperti gadget. Canggih sangat. Macam-macam aplikasi yang mama boleh install pada Luth dan macam-macam kemampuan yang Luth boleh buat. Memang gadget paling menyeronokkan. Luth adalah gadget mama yang berbentuk manusia.
Mama harap, Luth akan terus jadi gadget yang berkapasiti tinggi dan paling pintar berbanding gadgets lain yang ada di dunia ni. Mama harap Luth terpelihara selalu agar Luth 'tak rosak' dan 'tak corrupted' apatah lagi 'masuk air' dan juga 'hang'. Wahh... Teknologi Maklumat sangat kan wish mama pada Luth ni. Akhir kalam, [ewah kalam sangattt], mama nak cakap ni... tapi mama malu lah.. er.. mama... errr... sebenarnya mama.... ihik ihik... mama sebenarnya sayang sangat pada Luth. I love you, truely madly deeply Savage Garden gitew. Ta-ta budak baik soleh komei tomei nomei mama. Mama buat prekkk kat perut nak? Ehehehe...
Okay, merapu giler ucapan birthday aku untuk anak. Hakhak. Peace. Kupai.
Hepi besday luth..semoga hd ank yg berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteThanks eima. InsyaAllah he will.
Deletehappy bufday luth... wah sweet nya mama luth ni... hikhikhi
ReplyDeleteMekasih Miz Eija. Sweet sangattt... hakhak
DeleteInsyaAllah, jika cantik acuannya, cantiklah hasil yang akan terbentuk. Tapi kenalah ramuannya sempurna, jangan terlebih tepung takut keras, jangan terlebih soda takut cepat mengembang dan cepat pula lepernya... Begitu juga dengan bahan2 yang lain...
ReplyDeleteSekejap je nanti, tahu2 Luth sudah teruna dan muda remaja...
Betul tu Kak Cik. Harap2 dapat jadi acuan yg terbaik utk anak.
Deletehappy belated birthday ye luth..
ReplyDeletesemoga kamu membesar sebagai anak yang soleh...
Terima kasih Rin di atas doa tu.
Deletejernih air sg tu..susah nak cari sg jernih macam tu zaman skrang..
ReplyDeleteselamat ulang tahum luth..semoga jadi anak yang bijak dan soleh..amin
Haah Yan, agak jernih sungai ni. Sungai ni cetek je, dulu masa kecik2 selalu gi mandi sungai ni.
DeleteTerima kaish di atas doa2 ni Yan.
Sanah helwah Luth....betul2...bedeooh je nak bt party2 bagai masa diorg xreti apa...aku pn just beli kek & wat makan2 kt umah je ngan family husband... diorg bukan nak tau pn ape bende masa besday party tu...mak bapak yg over...errr tp sapa nak buat jugak tu x de hal la kan... ni pendapat kite kan hehe
ReplyDeleteuntuk zharif aku beli kek yang ada gambo ultraman.. dia xcited gak la nak potong kek tu & pastu dua baham kek tu...zharif mmg suka makan kek
Zharif ikut ko kot. Suka makan kek. Eh, kek je ke. Ermm. Rasa mcm ko suka makan semua benda. Sama gak macam aku. Hakhak.
DeleteMmg pun, tak sambut tu utk anak2 kita je. Org lain nak sambut, takde masalah. Aku layan jugak. Seronok sebenarnya bila celeb bday anak, dan berkumpul ramai2. Cuma utk aku, aku tak rajin nak host kan party harijadi.
sanah helwah luth..
ReplyDeletetQ Zee.
DeleteSanah helwah luth,sweet sgt ucapan mama utk luth.sy plak yg syahdu.huhu..semoga jadi anak soleh cemerlang dunia akhirat.
ReplyDeleteHeheh.. terima kasih Puan Kutu. Mama dia mmg over sikit kalo bab2 beri ucapan ni. InsyaAllah Luth akan jadi anak soleh yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Deletecanggih sangat wish mama utk luth kan ;) smga menjadi ank yg soleh ye luth
ReplyDeleteCanggis kan? Zaman teknologi ni mesti kena bagi ucapan canggih skit. InsyaAllah cik Kopi. Luth akan jadi anak yg soleh.
DeleteSemoga luth sihat dan mmbesar dgn soleh.
ReplyDeleteTerima kasih Puan Punzel. InsyaAllah Luth akan menjadi insan soleh.
Deleteassalamualaikum lyd...dah besar Luth rupa2nya yer...moga membesar menjadi anak yg soleh yer...amnii...:)
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mama MasZull. Terima kasih di atas wish tu. InsyaAllah dia akan jadi insan soleh.
DeleteCantik sungai tu....
ReplyDeleteNak mancing la...patin buah..perghh
Mana ada patin kat sungai ni. Haiyoo. Sungai cetek je.
DeleteMakbulkan segala doa mama luth, Ya Rabb..Amiin..amiin..
ReplyDeleteAamiin... aamiinn... insyaAllah. Terima kasih di atas doa ini.
Deletekejap jer rasanya.. dah 2 tahun Luth... happy birthday luth... may Allah bless u.. amin....
ReplyDeletep/s:suka tang ayat gadget yg boleh in install 2... hehehe
Kannnn?? Macma baru je lagi awk baca pasal kisah akak pengandung dan alahan. Tetibe dah keluar anak, dah besar dah pun. How time flies...
Deletehepi besday luth..cantik lokasi tu..ko pegi sungai mane?
ReplyDeleteBundle, ni kat kampung aku. Nama tempat ni Pasir Kubur. Huhu.
DeleteTu la... macam dah dapat baca masa depan dah yg bila dia umur 4 tahun nnt mesti akan tiba saatnya dia request utk bday party dia. Time tu mama akan disapprove kek yang berunsurkan katun pengarut. Hahah..
ReplyDeletehappy bday luth.
ReplyDeletenak kekkkk! betullah kak salidot. aku pun muak dengan kek gitu gini. kot ksang nak kek pun macam nak butter cake je kalau boleh.
nak kek!!
Happy belated Birthday luth. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan.
ReplyDeleteselamat hari ulang tahun ke2 luth..auntie lambat wish..semoga membesar menjadi anak yang soleh..dengar cakap mama ye..
ReplyDeletekek tu cantik..cam boleh letak atas dulang hantaran
Happy belated birthday, Luth. Suweet sangat ucapan Mama dia dengan berlatarbelakangkan gambar Luth takut-takut nak rase air sungai ya :) Mama buat prekkk kat perut tu macamana? Nak juga ilustrasi gitu *_*
ReplyDeletesanah helwah luth..
ReplyDeletedah 2 tahun dia.. alhamdulillah
smoga luth mbesar dgn bijak n mbesar mjadi anak y baik paras rupa n budi pekerti.. amin2..
touching part ucapan utk luth tu... msti dia terharu bila dia faham nanti..itulah cabranya...
suka kek luth..2-2 simple..
happy bufday luth..moga membesar sbg anak yg soleh utk mama dan papa..
ReplyDeletep/s: wat prekkk kat perut tu apa? mcm comel je hehehe
sanah helwah ya luth
ReplyDeleteppstt: buat prekkk tu guano.cer kabir nk.jugak buat kat rania.ihik :’)
cntiknya air sg tu..
happy belated birthday luth!
ReplyDeletesedap nampak kek tu
ooo...itu amaludin, nak buat menantu lah =)
buat prekk kat prut tu, biasa sangat buat kat anak-anak =)
apapun luth, moga jadi anak yang soleh ye