Sejahteralah ke atas kamu...
Aku suka pisang goreng.
Aku suka cheese.
Aku suka coklat kuasa lapan.
Bila semuanya bergabung, maka akan.... kebaboom!!! Terlebih suka.
Cubaan membuat sendiri pisang goreng cheese.
Aku gunakan pisang tanduk. Pisang tanduk ni la yang originally digunakan di Bandung untuk produk-produk yang berunsurkan pisang. Ari tu aku beli, sebijik je. Harganya RM4.50 sebijik. *berpinor kejap bijik mata aku*
Aku gunakan pisang tanduk. Pisang tanduk ni la yang originally digunakan di Bandung untuk produk-produk yang berunsurkan pisang. Ari tu aku beli, sebijik je. Harganya RM4.50 sebijik. *berpinor kejap bijik mata aku*
Dah sebesar lengan dah saiz dia.
Potong-potongkan jadi begini. Nampak macam keledak plak. Tapi aku suggest kepada sesiapa yang nak gunakan pisang tanduk untuk goreng, kalau boleh, biarkan kulit pisang tu betul2 telah bertukar kuning semuanya untuk memastikan bahawa pisang itu telah betul-betul ranum. Kalau tidak, rasa pisang tu masam dan keras serta kelat sikit.
Untuk resepi pisang goreng yang rangup dan sedap, boleh rujuk di sini.
Aku gunakan keju cheddar yang aku parut sendiri. Cheddar yang aku gunakan jenama Beqa. Okay, nama dia macam kelakar dan tak femes [ke, sebab aku je yang tak tau], tapi aku tertarik sebab bila baca ingredients Beqa yang aku beli tu, dia tak menggunakan rennet from animal, tapi tumbuh-tumbuhan. Sesuai juga untuk vegetarian. Jadi, dengan logo halal New Zealand, aku tersangat yakin la yang cheddar Beqa ni halal. Baq hangggg...
Untuk coklat pula, aku gunakan saje coklat susu coklat bar yang jual kat kedai. To be specific, aku guna Dairy Milk Cadbury. Kalau ada yang tak yakin dengan kehalalan Cadbury, boleh la guna Van Houten, Vochelle, Beryl's atau sesuka hatimu. Lagi sedap kalau guna coklat mahal berbanding coklat rice.
Inilah hasilnya yang membuatkan en Suami tersenyum bila dihidangkan begini kepada beliau.
beheee.... sedapnya eija suka :)
ReplyDeleteanak acik suka ni Lyd..pernah acik beli..goreng pisang cheese ni 3 ketul 3.50..sebab cheese mahal kot kan..
ReplyDeleteaku pun salu guna brand BEGA . hihi.. aku lau buat ni. aku sorang je mkm. depa dua beranak tekak kg. huhu. xmkn cheese,
ReplyDeletesedapppppp...thumbs up :-))
ReplyDelete2 2 betul :-P
I guna goreng pisang tapi mereka kata (kawan-kawan alam maya den ler...) pisang goreng. Which is which I dunnolah walaupun I guru BM celup. Hahaha....
ReplyDeleteBrand beqa ni memang pernah beli banyak kali tapi bukan kerana rennet tumbuh-tumbuhan, I main beli jerk :)
tetiba ada tikus tu kenapa?
ReplyDeleteDap..dap...walahhhh...hahs.pisang tanduk tu yg bt rin terliur sgt nih...hehe
ReplyDeleteSedapnya Lyd, Cheese & coklat memang feveret. Ok...Lpas ni beli brand beqa lah.
ReplyDeleteWow tergoda tgok..macam berjanji plak harini sy pun up entry sama..tp yg sy beli bertambah hampeh.cheese sah2 secoet.nk buat sendiri tak terbeli cheese lg.haha tgok yg lyd telan air lio..cheese beqa tu lyd,klu nk tau highly recommended utk menu baby.melalui pembacaan depa kata sesuai Sgt jenama tu.
ReplyDeleteCikgu BM kata yg betul pisang goreng sebab pisang tu yang digoreng. Goreng pisang pula perbuatan menggoreng pisang, yang goreng pisang tu manusia, jadi bila sebut goreng pisang maknanya manusia yang menggoreng pisang itulah goreng pisang, hehehehe.. Ia seperti juga bolasepak, sepatutnya sepakbola kerana bola tak pernah sepak orang, oranglah yang sepak bola...
ReplyDeletehihihi...kelako..
Deletepisang goreng.
ReplyDeletekalau goreng pisang bukan ke pisang tgh digoreng.lupa dh.pernah jdi isu juga masa zmn skolah dlu.hahaha..
sddappppp ni..
skali rasa nk lg.tp ttp xdpt goda cik suami saya.dia x suka.pilih lempeng pisang lagi dia..
ppsstt: lyd, saje je kan.. guna je apa apa pon..janji halal..hikhik
ala, saya makan dah cadbury.. suka yg almond jugak.
ala, kit hari lagi saya ajar baby makan apam..
skrg baru merasa makan carrot selepas makan puri
kurma.alhamdulillah, berjaya.tiada adegan tolak menolak.redha j telan apa yg umi dia suapkan..
pisang goreng. kalau goreng pisang..tu perbuatan.
ReplyDeletesaya tak pnh mkn pisang goreng cheese..camni rupa buatnya. bolehla try, nak beli asik ingat org tu goreng minyak byk lah..apa la..tak jadi2.
pisang skrg mmg mahal kan. suami saya suka sgt mkn pisang, tu yg terkejut tengok rege pisang makin naik.
pisang goreng! hehehe... sy penah mkn tapi tak tau la dpt yg tak sedap kot rsa mcm muak terus tak penah beli dah..
ReplyDeleteKalau di Indonesia, kami panggil PISCOK - Pisang Coklat. Tapi xde lah letak cheese.
ReplyDeleteCISSS. BIKIN TERLIUR JE
Dah baca ni? Campuran Halia - Minuman di Syurga :)
fullamakkk...menjejes air liur...cheese penuh bercoklat...
ReplyDeleteKat tempat bunda ni ada orang jual...tapi bukan pisang tanduk...dia letak parutan cheese dengan coklat rice..macam sama jer tecture cheese n coklat rice tu......Sedap..
ReplyDeleteKelmarin..baru makan pisang cheese kat ofis time minum petang.
ReplyDeletebila tengok resipi ni..teringin nak wast sendiri lagi petang ni.
sedaaaapnyaaaa..lagi2 tambah coklat.yummy
Lg sdp kalau cheese tu cair. Perghhh... pisang tanduk mmg mahal. Kalau bertanduk lg la mahal.
ReplyDeletepisang goreng ke, goreng pisang ke, dua2 boleh..janji sedapp hehe
ReplyDeletesedapnya.. kak lyd boleh bukak kedai nih... hehehe
ReplyDeleteni motif nak bagi saya teringin la ni kan
ReplyDeletetapi saya tak boleh makan cheese, sakt peyut =)
yang betul adalah pisang goreng! sangat pasti!