Skip to main content

My Wishlist Di LAZADA

Sejahteralah ke atas kamu...


*motif entry ini ialah untuk join Blogger Contest by ShopCoupons. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk terms and conditions di sini.


You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia.

Aku selalu skodeng online bazaar yang femes iaitu Lazada. Aku ada wishlist yang memang aku berhajat utk beli di situ. Pertama sebab LEBIH MURAH berbanding harga pasaran di luar. Masya Allah, tak tau la kenapa LAZADA ni pemurah sangat selalu bagi discount. Bukan discount je, tapi discount tu pulak memang banyak. Setakat singgit dua ringgit tu tak heran, ni kalo tiba time sale sampai beza harga 2, 3 ratus. Mana nak cari tempat shopping macam ni??!!

Kedua sebab integriti LAZADA memang tak perlu dipertikaikan. Pengalaman membeli di LAZADA, salah satu daripada payment method di LAZADA ialah Cash On Delivery. Maksudnya takkan timbul masalah tak percaya, 'duit dah bayar, barang tak sampai-sampai'. Sebab bila barang sampai tu, ko boleh buka kotak tu terus depan mata orang yang hantar tu, check barang rosak ke tak, then baru bayar. Cool kan? Hebat...hebat.. Dah la free delivery. 

Setakat ni, ada 5 barang yang aku betul-betul perlu untuk kegunaan di rumah aku. Ni betul-betul perlu, bukan hanya kemahuan yang nak memenuhi kehendak nafsu semata-mata. InsyaAllah barang-barang ni akan aku beli secara beransur-ansur mungkin bermula dengan yang paling murah dan sederhana, kemudian baru yang paling mahal. 





Yang paling aku perlukan ialah meat grinder ni. Untuk buat homemade burger patties, homemade sausages, homemade mincemeat dan homemade-homemade belaka. Tapi yang ni insyaAllah dalam masa terdekat je boleh beli guna duit gaji. Murah je.




Kemudian shoe rack ni. Nak letak kat ruang antara grill rumah dengan pintu. Ruang kecik, jadi elok la beli yang kurus2 dan ringan macam ni. Ni pun murah juga, boleh beli guna duit gaji. Yahooo!! *tetibe over excited*




Microwave di rumah aku yang dihadiahkan oleh ofismate sempena perkahwinan aku dulu dah rosak. Aku sedih. Serius ni sedih. Sedih sebab barang tu kawan yang bagi. Dan sedih juga sebab aku terpaksa basuh periuk @ kuali untuk memanaskan makanan. *Eh, tadi kata macam nak buat semua benda homemade konon macam kehidupan sihat. Tetibe nak panaskan makanan dan masak makanan guna microwave. Uhuuu... Kadang-kadang... kehidupan bizi sebagai surirumah separuh masa ni tak sempat tahu nak basuh2 kuali. Kalo setakat sejenis lauk nak panaskan tu boleh la. Tapi kalo 3 jenis lauk. Pastu setiap jenis pulak hanya ada seketul ayam je. Ko ingat tak penat ke? Lagipun idaman aku ni sekali dengan oven, senang la aku nak grill atau bakar ayam kat dalam tu. Tgk design SAMSUNG ni memang urban sangat. Terjatuh cinta secara tak sengaja. Ini pun masih boleh beli guna duit gaji dalam bulan yang sama dengan 2 barang kat atas ni. Yahooo lagi sekali!!


 Hahhhhh.. Yang ini serius penting. Tapi dah tak mampu dah nak beli dalam bulan yang sama. Kena tunggu gaji next month pulak. Aku memang nak buat roti sendiri. Aku harap aku rajin. Hakhakhak.






The last but not least at all... Really not least. In fact, it's really important untuk a fashion designer to be macam aku ni. Tapi mahal sangat, so yang ni kena la tunggu dapat bonus atau main kutu lagi baru boleh beli.
Itu je la yang terfikir dek kepala otak aku buat masa ni. 'Mak-mak' sangat kan aku punye wishlist ni. Tak remaja langsung dah impian dia. Takde dah nak beli perfume ke, gadgets ke mahupun baju-baju. Semuanya berunsurkan rumahtangga. Lepas dah penuhi hajat yang ni, nanti kita wish yang lain pulak kan? Sebab shopping tu memang takkan pernah berakhir selagi hidup. Pompuan la katakan.






 Semua gambar produk di atas diambil daripada LAZADA.COM.MY


Comments

  1. Good Luck ...

    menarik gile kan bread maker tu .. tak yah ssh nak uli2

    ReplyDelete
  2. Kami sekeluarga juga selalu beli kat Lazada. Yang paling mahal pernah beli kamera Sony, paling murah quick charger. Memang banyak harga barang kat Lazada lebih murah dari pasaran biasa. Tapi yang paling penting barang yg dipesan sampai dalam tempoh 2 hari saja...

    ReplyDelete
  3. InshaAllah...akan dipermudahkan ye lyd..takpe..bnda2 atas ni kalau kits mmpu y not kita dapatkan..slowly pun xpe kan?mcm rin skang nk sgt oven..tp xdapek2 sbb hubs swh hold dulu 3thn dok umh sndiri...

    ReplyDelete
  4. selamat berjaya...belum pernah lagi cuba beli di lazada..

    ReplyDelete
  5. Banyak juga wish yang nak dibeli tu, semoga berjaya :D

    ReplyDelete
  6. Tapi tak semua barang boleh COD...huhuh..
    Cuma satu aja lah stail saya, saya agak skeptikal kalau nak beli barangan elekrtik secara online ni...bukan apa, risau kalau rosak..nak buat urusan warranty tu susah ( berbanding kita beli di kedai fizikal..boleh terus gi kedai tu berurusan)..

    Apa apa pun, good luck!

    ReplyDelete
  7. aku minat mesin jahit tu...

    aummm

    ReplyDelete
  8. Insya Allah, semoga berjaya hendaknya membeli semua ni dalam masa sehari :) I pun kalau pi cuci mata kat Lazada, tengok barang yang mak-mak nak je, Lyd. Takda dah tengok benda ala-ala untuk orang muda. Kalau I ni lagi banyak masuk wishlist tapi selalunya maintain je kat situ tak keluar-keluar dari wishlist sebab semua barang-barang ikut nafsu. Barang besar ni susah sikit nak sembunyi belakang almari. Ada kang kena hempuk :)

    ReplyDelete
  9. Gud luck lyd..kemain lagi listing..to brg2 yg nak dibelu ni semuanya memenuhi kepeluan wanita gitu!hehe

    ReplyDelete
  10. hoho..akak dah lama x jenguk lazada..bukan apa..asal jenguk je..gataila tangan ni nak klik beli..huhuhuhu..kopak duit tabung den!

    ReplyDelete
  11. sy dah telajak beli bleh dikatakan tiap2 bulan gaji msti ter 'shopping' kt lazada ;p

    ReplyDelete
  12. mesin jahit tu wajib ada ye...heheheh...

    ReplyDelete
  13. semoga berjaya . bila dah berumahtangga , mmg byk benda diperlukan ...

    ReplyDelete
  14. waa.. smoga berjaya..
    y pastinya mesin jahit la y paling diingini kan..

    ReplyDelete
  15. Mcm mcm betul benda yg menunggu turn nak beli hihi....Mesin jahit tepi tu mmg sesuai sangatlah ngan awak Lyd...awak kan suka menjahit

    ReplyDelete
  16. smga berjaya lyd
    bm tu pon saya minat.. ri tu nengok kenwood di jj lbey kurang regenya..

    ReplyDelete
  17. gudlaks dear...
    semuanya menarik..bole tiru wishlist ni..sebab semua kat atas tu masih belum ada kat umah ni....

    ReplyDelete
  18. semuanya brg utk keperluan... saya pon nak
    .

    ReplyDelete
  19. wah..good luck lyd..

    5 brg je wishlist ye..kalau saya, ape ye nak dishortlist kan tu..huhu

    mungkin barang utk anak2 kot..maklumla..anak ramai..

    ReplyDelete
  20. eh lyd join juga ye =)
    alhamdulillah ada rezeki saya, dah selamat guna voucher pun =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya