Skip to main content

Kelmarin Dia Tersenyum Dan Ketawa, Hari Ini Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu....

Isnin lepas, suami aku pergi main futsal. Jam 8.30mlm dia keluar rumah. Aku macam biasa la, walaupun setiap kali suami nak pergi main futsal, setiap kali juga dia ajak dan kata dia happy kalo aku ikut dia, tapi aku memang tidak rajin nak ikut. Futsal itu hobi dia. So, waktu dia dengan hobi dia, aku pun nak buat hobi aku iaitu menjahit. [Dia beriya nak suruh aku ikut sebab dia nak suruh aku tengok betapa skillful nya dia bermain bola. Katanya dia power main bola. Heheh.. Aku yakin. Ye,...ye.. aku yakin. Masa skolah dulu memang dia bolot semua acara sukan untuk jadi wakil sekolah, you name it, bolasepak, rugby, badminton, takraw semua muka dia.] ~eh, ni dah masuk bab membangga-banggakan suami pulak. Sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain.

Lepas husband aku keluar rumah, si kenit asyik nak menyusu badan je. Lepas kiri kanan, lepas kanan kiri. Sampai la nak dekat sejam, penatnya hoihhh... Dia tu bukannya kecik lagi. Dah nak masuk 2 tahun dah beberapa hari lagi. Semasa aku tengah bergolek-golek dengan Luth, tetibe dapat panggilan telefon. Aku tengok nama isteri bos suami aku pada screen telefon. Dalam hati aku, "ni mesti dia call laki aku tak dapat ni, dia call aku". 

Aku jawab panggilan telefon tu. Isteri bos suami aku yang aku panggil 'umi' tu kata, dia cuba contact husband aku, tapi tak dapat. [Dah tu, memang la. Dah malam ni. Esok-esok je la kalo ada hal pun kan?]. Aku kata la, husband aku pegi main futsal. Mungkin dia tak dengar bunyi telefon kot. 

Lepas tu umi kata, "Umi nak beritahu ni. Tapi harap Salida tak terkejut. Tadi Jamal terlibat dengan kemalangan semasa balik daripada kerja. Dan Allah telah menjemput dia pergi.". ... . . . . .

Aku kehilangan kata-kata dalam 10 saat. Jamal? Jamal tu kawan suami aku yang bekerja di restoran, sebelah kedai suami aku berniaga. Jamal tu muda lagi. Jamal ada anak 4 orang. Aku kenal juga Jamal tu. Sebab pernah la pergi family day ofis husband aku, dan berkenal-kenalan dengan keluarga Jamal juga. 

Katanya dia kemalangan dengan lori simen. Badan tiada luka-luka sangat cuma tengkuknya patah. Nauzubillah. Yang paling menyedihkan aku, sebelum kejadian tu dia bergegas untuk balik ke rumah sebab nak keluar makan bersama keluarganya sempena menyambut hari ulangtahun kelahiran isterinya. Waktu tu isterinya sedang tunggu dia di rumah untuk keluar bersama-sama. Ya Allah. Sebaknya aku dengar.


.........................................

Aku bila mendengar berita itu, aku terus teringat kepada suami. Dia juga pergi dan balik kerja menaiki motorsikal. Aku risau. Aku takut kehilangan. Memang la bahaya tu ada di mana-mana. Dan ajal dan maut juga di tangan Allah. Kita tak tahu bila masa terakhir seseorang yang kita sayang dan kita cintai itu. Malahan masa terakhir kita juga kita tak tahu. Jamal pergi meninggalkan isterinya yang sedang menanti kepulangannya di rumah. Tapi yang muncul hanya panggilan telefon yang mengatakan suaminya terlibat dengan kemalangan. Bayangkan la perasaannya. Huuuu. tidak dapat dibayangkan.

Yang di dalam bulatan hitam itu Allahyarham Jamal. 4 orang kanak-kanak di sekelilingnya itu adalah anak beliau. Yang berbaju oren sedang mengambil gambar menggunakan henfon itu isteri Jamal.
Aku cuma berharap agar isteri Jamal akan teruskan hidup dengan tabah. Ye, bercakap senang la. Tapi what else can i say? Cuma harapan dan harapan saja la.

*Gambar di atas diambil semasa hari keluarga hujung tahun lepas. Baru 2 bulan. Al fatihah untuk Jamal. Damailah kamu di sana. 

Comments

  1. sedihnya ....
    lyd ...aku pun tak bygkan klu ini yg terjadi pada aku ...
    sedih sangat ....
    semoga arwah jamal tenang di sana dan berada disamping org yg beriman

    ReplyDelete
  2. masanya sudah tiba . tiada apa yg perlu disesali kecuali keredhaan terhadap ujian Nya ... semga isterinya tabah melalui perjalanan seterusnya ... al fatihah .

    ReplyDelete
  3. Alfatihah. Bila membaca tentang kematian ni memang menginsafkan. Memang benar, kita tak tahu bila penghujung hidup kita ni. Nampak suka gembira, tiada apa-apa yang meresahkan hati tapi esok lusa, entah mampu lagi ke tidak kita bergelak gembira, menangis hiba. Allah jua yang Maha Mengetahui...

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    Sebak rasa melihat senyum tawanya di kelilingi anak-anak. Ayah dah takda lagi rupanya :(

    ReplyDelete
  4. Allah..! sedihnya... anak-aank masih kecik lagi,, Al-Fatihah,,

    ReplyDelete
  5. Al-fatehah Ya Allah sedih nya T__T ank2 masih kecik kan..moga isteri nye tabah...

    ReplyDelete
  6. Salam Lyd...
    memang betul ajal dimana2 walaupun kita naik kereta besar sekali pun...semoga keluarga arwah tabah...

    Itulah juga yang pernah berlaku dengan bunda 7 tahun dulu...pagi suami keluar macam biasa pergi kerja mencari rezki...malam dapat panggilan telefon dia dah pergi untuk selamanya..

    ReplyDelete
  7. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah, semoga Allah permudahkan perjalanannya di dunia sana. Dan semoga keluarganya tabah menghadapi kehilangan yg pasti sangat memedihkan...

    ReplyDelete
  9. Terkejut mendengar berits kematian apatah lg orang yg kita kenal..tak boleh bayangkan macam mama perasaan terkejut isteri aruah..semoga aruah Jamal tenang disana..yg masih hidup semoga dipermudahkan menghadapi ujian pemergian Jamal.

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah. Kita sendiri pun tak tahu bila ajal kita tiba.

    ReplyDelete
  11. Sedihnya x terucap kalau berlaku kat diri sendiri. Husben akk ni pun pi keje naik motor je. Hati ni sentiasa risau. Tapi doa je la yg mampu. Moga Allah pelihara dan jaga mereka.

    ReplyDelete
  12. aku pun dengar berita mengejut kematian semalam.

    takziah untuk keluarga jamal.

    ReplyDelete
  13. Semoga berada ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  14. Innalillah... Itu jgk yg husben selalu ckp, ingtkan smp kt tmpt keje sekali dpt kol bgtau dh xde. Dh la selalu jgk ada eksiden kat highway pg ni. Semoga dilindungi jgk adanya.

    ReplyDelete
  15. mati itu pasti.. cuma bila je kita xtau... innalillahiwainna ilaihiraajiunn..

    ReplyDelete
  16. innalillah
    salam takziah
    alfatihah

    sama la suami sy pon pergi kja naik moto.sjak ddk kl ni lg la berdebar debar kalau dia pergi kerja.
    kdg kdg lwt gtau dh sampai ofis pon resah.
    lmbt blk pon resah mnnti.nak nak kalau telefon x berangkat.lagi la..

    berat mata memandang berat lg bahu yg memikul smga diberi kekuatan dan ketabahan

    ReplyDelete
  17. al-fatihah buat arwah... huhuhu sedih lak bila kenangkan anak2 arwah yg masih kecil... huhuhu moga kuat menghadapi dugaan... huhu

    ReplyDelete
  18. al-fatihah..smoga rh arwah dicucuri rahmatnya..
    sama juga dgn fain mmg guna motor utk ke tmpat kerja..
    smoga pjlanan suami kt dilindungiNya..

    ReplyDelete
  19. allahuakhbar, meremang saya baca cerita lyd
    ajal orang ye lyd, takziah untuk ahli keluarga jamal
    sudden death camni takde sape pun boleh terima
    malahan kesedihan dia lebih lama berbanding meninggal sebab sakit

    tak boleh bayangkan kesedihan isteri jamal dan anak-anak
    mereka perlu terus diberi sokongan

    p/s - jamal tinggalkan 4 orang anak yatim tu. besar pahala tolong anak yatim

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w