Skip to main content

Hidup dan Matiku Kerana Allah, Tetapi.....

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini sambungan daripada post aku semalam. Tentang anak aku yang terpaksa ikut papa pergi kerja sebab pengasuh sakit.

Biasanya husband aku ke tempat kerja hanya menaiki motorsikei. Semalam, oleh sebab nak bawak Luth pergi ke tempat kerjanya, husband aku bawak kereta. Kami hanya ada satu kereta je. Jadi, aku la yang kena naik train bila balik kerja. (Pergi, husband hantar). Nak naik motor, memang aku angkat bendera Jepun la, aku langsung bingung bab-bab menunggang motor ni.




Selalunya pada tiap hari bekerja, yang Luth duduk dengan pengasuh, aku akan menggelupur nak balik awal, hanya satu tujuan; iaitu untuk ambil Luth seawal yang boleh daripada rumah pengasuh. Sebab aku tak mahu Luth tertunggu-tunggu mama. Aku tak mahu menyusahkan pengasuh untuk menjaga anak aku melebihi masa yang ditetapkan. (Walaupun kalau setakat lewat 10, 20 minit tu dia tak kisah pun sebenarnya).

Sesungguhnya... Hidup dan matiku kerana Allah tetapi yang mengisi hidup aku juga selain niat untuk menyembah Allah itu adalah anak dan suami. Semalam, bila balik dari ofis, aku tak gelepar berkejar-kejar nak balik awal macam selalu. Sebab aku tahu anak aku ada dengan papa dia. Kalau mereka balik pun mungkin dalam jam 7.30 malam baru sampai rumah. So, aku relax-relax kacang je balik umah semalam. Terhegeh-hegeh pun takpe. Takde apa yang nak dikejarkan.


Bila sampai je rumah..... Kesunyian sangat memekakkan telinga. The deafening silence giteww. (Aku biasanya tak suka sangat ON tv kalo aku dok sorang-sorang). Aku pergi dapur, masak nasik, masak lauk....siap masak, still rasa kosong sangat. Biasanya time petang macam tu, waktu aku memasak, aku terpaksa juggling di antara lauk yang aku masak, dengan drama diva yang anak aku lakonkan setiap kali aku memasak. Kejap kena jenguk lauk, kejap kena main dengan Luth. Memang kelam kabut gak aku. Tapi secara tak sedar, perangai diva tu la sebenarnya yang jadi penyeri hidup aku walaupun pada waktu dia buat perangai tu aku tahan je suara aku daripada menjerkah dia. (Kadang-kadang kalau tak tahan, terlepas juga jerkahan ablasa aku tu. huhu).

Semalam sepanjang hari dengan papa, dia sangat berhemah tinggi kata papanya. Kata papa lagi, dia sangat behaved dan langsung tak meragam. Baik sangat kekdahnya. Tapi bila balik je rumah, belang dia sudah mariiii.... Bila dengan mama je mula la dia nak buat perangai menangis-nangis tersedu sedan, nak main benda2 yang mama tak restu. Akyooo ini budak. 


Tapi memang aku tak nafikan, di antara aku dengan papa Luth, akulah polis, aku la warden penjara, aku la cikgu disiplin dan aku la singa rimau yang selalu ada banyak 'don't s' berbanding 'do s' . Tapi kalau papa pulak,  adalah pari-pari yang menyelamatkan, papa lah yang paling supporting, papa la yg rajin bawak gi jalan-jalan (eleh, pergi kedai je poonnnnn), dan papa la yang lagi banyak 'do s' berbanding 'don't s'. Dah tu, cemana la budak tu nak lentok dengan mama. 
Pagi ni nangis plak dia. Kata papa, sebab dia nak tgk video kat tablet.

Kadang-kadang, aku rasa papa dia lagi terrer jaga Luth daripada aku. Papa dia boleh tidurkan dia tanpa buaian dan hanya dengan menepuk dia. Cuba kalau dengan mama. Takkan dapat dia nak tidur sendiri macam tu. Mesti nak kena umpan dengan susu cap gantung dulu baru boleh lelap. Lepas tu kalau dia tengah tidur di ruang tamu, then nak angkat masuk bilik, kalau aku yang angkat, dia mesti akan terjaga. Aku suspect aku ni kasar. Aku main angkat je. Tapi kalau papa yang angkat, dia tak sedar pun dan terus tidur je walaupun dah berpindah tempat tidur. Tukar diaper pun gitu. Kalo aku yg tukar diaper dia masa tgh tidur, confirm dia akan mengamuk. Tapi kalo papa yang tukarkan, dia tak sedar pun. See? Nampak tak betapa monster incorporation nya mama dia ni. Huhu. Papa mmg terbaiklah!

Haa... So kesimpulannya aku seorang mama yang ganas.


Comments

  1. hahha bukan ganas yg ye nye kita bnyk keje utk di settle kan bila kita fokus kt dia je bila masa keje lain nk dibuat nye ;p sbb tu kita cuba buat satu kerja dlm mas yg singkat seboleh2 nya la kan... ibu adalah yg terbaikkk boleh buat bnyk keje dlm satu masa ;)

    ReplyDelete
  2. sy pun suka ikut hubby ke tmpat keje.. anak sorg je boleh la hangkut yea dak hihi

    ReplyDelete
  3. Dah betul aturan Allah - seorang lembut, seorang tegas. Itulah yang melengkapakan kehidupan. :)

    ReplyDelete
  4. man ada mama yang ganas Lyd..mama yang penuh kasih sayang tu..nak jaga keselamatan anak tu sebab semuanya jangan..jangan..tak boleh kan..sama la kita Lyd..anak2 acik dah besar bujang pun dengar lagi acik kata jangan buat tu ini..tak boleh itu ini..agaknya mau anak2 tutup telinga

    ReplyDelete
  5. Bukan ganas tapi mama yang caring. hehe

    ReplyDelete
  6. Hahahaha. Anak-anak saya pun macam tu jugak. Bila saya dukung bawak pindah mana tempat sekali pun, sure anak saya tak bangun. Tapi lain halnya bila dengan ibu dia. Mungkin, anak-anak ni saje je nak manja lebih dengan ibunya. Hehe

    ReplyDelete
  7. huahuahua. tu namenye kontra.

    aku setuju lelaki kurang monster dari perempuan. kalo kat rumah kan, yang bela kucing tu aku. tapi yang kucing suka Lokman, bukan aku.

    hehe.

    ReplyDelete
  8. Aku dah tak mampu angkat anak kalau dah tertidur depan tv....

    Dia dah besar...

    ReplyDelete
  9. Hahaha..teringat anak2 saya yg 6 org tu, masa kecik mereka lebih rapat dgn saya berbanding ibunya. Mungkin kerana wanita lebih tegas, lelaki pulak Allah jadikan fitrahnya lebih bertolak ansur. Sebab itu di pejabat kalau tanya staff tak kira staff lelaki atau wanita, mereka lebih suka boss lelaki, boss perempuan banyak sengeh, hehehehe....

    ReplyDelete
  10. Kira luth ni anak papalah ye..bagus luth behave je ikut papa pegi kerja..mama bukan ganas,tapi tegas kot.papa dah lembut ,mama kena la tegas sikit..baru lengkap didikan untuk anak..klu dua2 pun lembut anak melampau pulak nti..dua2 garang kesian pulak ke anak.huhu

    ReplyDelete
  11. anak papa rupanya... :-)) ..

    kena menuntut ilmu dengan en somi tu lyd

    ReplyDelete
  12. sama la ngan aku lyd. kalu ngan abah dia behave je. ngn kite bukan main lg. elok pun.. nak dapat adik dah ni. elok gak rapat ngn abah. kat opis ni pun dia punya perangai bikin ummi panas. bila abah dtg jengok je. elok kemain. . tp walaupun aku ganas jugk. dia lebih takut kalu abah dia yg tegur..

    ReplyDelete
  13. Salam hujung minggu... dah besar dah Luth...

    ReplyDelete
  14. Bagusnyaaa abah Luth boleh bawak dia gi kerja.... tapi memang ye....antara wa ngna huby pong...wa lagi garang kat rumah.....

    ReplyDelete
  15. sebab lelaki ni ada sifat kelembutan n logik akal utk jaga anak kut..adi pun gitu..kdg2 die lg tau arissa ni nak apa berbanding wani..huhu..

    ReplyDelete
  16. Betul tu, Lyd. I setuju sangat. Semua gelaran dalam dunia ni memang milik mak-mak. Dengan bapak-bapak ni biasanya anak-anak behaved semacam. Entah sebab takut ke atau mereka memang tau kalau mereka berlagak manja takda yang peduli, entahlah....

    Kalau mereka ada, memang kita rasa havoc je dunia kita. Macam tak cukup masa. Rasa macam kalau nak pee pun tak sempat masuk bilik air tau :) Nak telan air liur pun tersekat-sekat. Tapi kalau takda, ya Allah, sunyinya hidup. Rasa dalam dunia ni kita je makhluk Allah yang tinggal terkontang-kanting sensorang. I takdalah ganas macam you tapi I memang buas. Eh, tak sama kan ganas dengan buas? Hahaha....

    ReplyDelete
  17. ganas ke ?
    x kot..

    tapi mcm saya, kalau anak nmpak je ayah dia buka pintu msa blk kja fokus je.dok la pndng slagi tak angkat n dukung dia.
    pastu mula la nangis..
    padahal seharian dgn saya okje..

    tapi mmg ye seronokkan buat kja sambl sambil terkejar kejar..

    ReplyDelete
  18. eh samalah kita lyd...walau anak saya lagi besar dari luth
    tapi perangai lebih kurang
    kalau mama cakap, diorang eleh kan aje, kalau papa, amboiiii..kan main lagi
    memang tarzan seumo walau seboleh mungkin dok cover jadi jean juga...tak boleh!
    tapi kalau diorang tak ada, adusss! naik giler tau!
    saya kena baru ni, tak tahu nak kata camne..tuhan ajelah yang tahu
    tak bersemangat nak buat apapun

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya