Sejahteralah ke atas kamu.
Aku tak pasti sama ada korang sedar ke tak sedar, kadang-kadang bila kita berurus niaga dengan peniaga berbangsa selain daripada bangsa Melayu, (cakap terus-terang la, Cina atau India), mereka akan layan kita dengan layanan yang tak sama langsung dengan pelanggan yang sama bangsa dengan mereka. Maksud aku, layanan yang kita terima lebih buruk daripada pelanggan bangsa mereka. Dengan pandangan mata yang penuh kebencian yang terpendam. Oh, ini bukan nak menunjukkan betapa racist nya aku. Bukan. Bukan. Jangan salah faham. Aku nak kita sama-sama sedar diri kita. So, siapa nak komen perlu la baca sampai habis. Kalau tidak, aku lebih hargai korang takyah komen.
Aku tak kata semua Cina macam tu. Ada yang okay. Tapi mostly akan ada pandangan tak puas hati yang tersimpan di mata mereka. Yang layan kita baik tu pun, mungkin tahap cover line mereka tinggi. Dan yang terang-terangan nampak tak puas hati tu mungkin dah tak reti nak cover lagi dah kebencian tu. Kenapa orang Cina benci Melayu?
Pernah sekali tu, aku pergi beli barang-barang menjahit di kedai peralatan menjahit yang pemiliknya berbangsa,.... well you know who la kan. 'Bisnes' dengan kaum ini memang tak dapat dipisahkan. Kita semua setuju itu. Masa aku beli barang tu, muka aunty yang entertain aku tu memang sehabis masam dah. Cuka epal pun kalah. Tapi bila dia berpaling dan menjawab soalan daripada pelanggan yg sebangsa dengan dia, air muka dia normal dan suara dia seperti ceria, layan baekkk punya. Aku takde la sentap, cuma aku confused je la. Ngape dia ni? Apa masalah domestik dia terhadap aku? So, aku pun pegang lengan dia, aku kata dengan lembut, "Aunty... you sangat garang la... Saya takut la". Pastu dia tak faham, dia tanya kawan dia, aku cakap apa. So, kawan dia explained kat dia.. Lepas tu baru dia senyum... Dia kata, "Mana ada lah... muka saya memang macam ini...".
Bila ketegangan itu telah dikendurkan, dia mula bertanya... Belajar menjahit kat mana? Aku cerita je la sikit-sikit. Borak punya borak, dia cerita, "Dulu ada kelas menjahit dekat-dekat sini, anjuran MARA. Ramai budak-budak muda Melayu datang belajar dan beli barang kat kedai dia. Masa tu, dia nak ikut belajar.... Tapi tak boleh, sebab orang Cina tak boleh masuk, hanya orang Melayu.....".
Aku terdiam sekejap. No wonder la aunty tu merasa begitu bengang dengan aku, sebab aku orang Melayu. Itu mungkin dendam lama. Dan mungkin kisah itu hanya salah satu rentetan betapa orang Cina dianaktirikan berbanding orang Melayu. Aku rasa kalau aku borak lagi panjang, dah tentu lagi banyak cerita double standard yang aku boleh dapat daripada mereka. Takyah dengar cerita dia pun, kita boleh agak sendiri. Nak kerja kerajaan, nak masuk universiti, nak meniaga dan banyak lagi la. Semuanya diskriminasi bangsa.
Daripada sudut orang Melayu, kita memang suka. Sebab bagi kita, ini tanah air kita. Kita rasa memang berhak. Dan kita rasa kalau kerajaan tak buat macam itu, nanti habis la kuota orang Melayu tu semua dikuasai bangsa lain. Tapi aku juga yakin, sebab perkara diskriminasi ni jugalah yang membuatkan bangsa Cina mendiskriminasi orang Melayu semula. Kalau tengok mereka bekerja keras, berusaha berniaga dan berjaya dengan empayar besar. Kemudian mereka ada kuasa untuk mengambil pekerja. Kalau ko di tempat orang Cina yang berjaya tu, ko rasa ko nak lagi ke ambil anak Melayu yang dimanjakan tu kerja kat tempat ko? Lebih baik ko tolong anak bangsa sendiri yang sama-sama dianaktirikan oleh kerajaan tu kan? Dan jangan pelik kalau orang Melayu yang bekerja di syarikat Cina, dibayar gaji lebih murah berbanding pekerja Cina untuk jawatan yang sama.
Aku tak sure nak salahkan siapa. Nak salahkan kerajaan nanti nampak macam tak bersyukur. Tapi nak salahkan orang Cina pun tak boleh juga. Bagi aku, sebab orang Cina didiskriminasi seperti inilah yang membuatkan mereka jadi sangat berjaya sekarang. Kalau dapat makan suap dan dimanjakan seperti orang Melayu, takkan ke mana la mereka. Orang Melayu pun bukan tak ada yang berjaya. Ramai juga berjaya. Cuma tak seramai orang Cina. Bangsa India tak termasuk dalam perbandingan ni, sebab mereka minoriti. Tapi ramai juga orang berbangsa India yang berjaya. Yang aku perasan, orang India ramai yang jadi lawyer dan doktor gigi.
Aku sebagai orang Melayu, aku rasa sedih la kalau Melayu dibenci kerana privilege yang orang Melayu terima daripada kerajaan tu. Sebab bukannya aku terlibat sangat pun dengan keistimewaan yang orang Melayu dapat tu. Jadi menjawab persoalan aku kat atas tu tadi, kenapa orang Cina benci Melayu? Jawapan yang aku pernah dengar sendiri ialah mereka tidak benci Melayu, tapi mereka benci UMNO. Opps... Sorry. Ini fakta. Korang jangan la melenting plak bila dengar parti kegemaran korang ni kena kutuk. Buat biasa je. Kena la berfikiran terbuka okey?
Ye aku tahu, sekarang peluang untuk orang Cina dah makin terbuka. Perniagaan memang mereka yang kuasai. Kalau betul kerajaan anaktirikan mereka, mesti kerajaan dah buat akta melarang orang Cina untuk berniaga. Malahan, tender-tender kerajaan pun, on paper, nampak yang dapat tender tu adalah bumiputera, tapi di sebaliknya adalah orang Cina juga yang akan dapat sub contract. Tu semua permainan bisnes.
Satu lagi yang aku kurang setuju sekarang ni ialah cara surat khabar Melayu memainkan isu pasal perkauman ni. Boleh ke tulis besar-besar kat muka depan "APA LAGI YANG CINA MAHU?". Kalo ko jadi Cina, ko tak rasa ke tersinggung?
Dah tu, macamana ko nak expect bangsa lain boleh suka dengan bangsa Melayu. Lepas tu dalam masa yang sama, bila syarikat Cina tak mahu ambil orang Melayu bekerja, kita mengadu kat kerajaan suruh buat sesuatu agar orang Cina ambil kita bekerja. Kita kata mereka ada agenda untuk diskriminasi. Dah tu, takkan habis la dendam mereka kepada kita. Pekata kalau kita nak maju, kita usaha la sendiri. Lawan la jadi hebadd macam orang Cina.
Jangan la nak kira Malaysia ini asalnya tanah Melayu maka kita rasa orang Cina itu menumpang. Jangan la fikir macam tu. Kalau ikutkan, bumi ini bumi tuhan. Allah yang milikinya. Sesiapa pun berhak untuk tinggal di mana-mana pun. Lagipun kebanyakan orang Cina dan India dah lahir dan beranak pinak di bumi bertuah ini. Mereka sebahagian daripada kita dan kita saling memerlukan sekarang. Orang Cina berjaya dalam perniagaan pun sebab kuasa membeli orang melayu sangat besar. Orang India pun sama-sama mendokong perniagaan orang Cina. Biasa dengar tak kalau jenis yang racist tu kata, "Kalau takde orang Cina, habis la orang Melayu tak dapat beli barang". Tapi dia tak fikir, kalau takde orang Melayu, berapa maju sangat bisnes ko boleh pergi? Sebab orang Melayu la juga yang beli barang jualan ko. Kat situ pun dan nampak betapa kita ni saling perlu memerlukan. So, jangan gaduh-gaduh ye.
Satu lagi contoh yang aku bagi.... Cemana perasaan ko kalau dalam satu block kedai yang ada restoren Melayu dan kedai runcit segala, tetiba kat hujung sana ada pasar jual daging babi? Kita yang makan kat restoren Melayu tu rasa apa? Tak selesa kan? Sebab kita tak makan babi. Kita tak selesa dengan babi dijual berdekatan kita. Kita boleh mengadu kepada pihak berkuasa. Jadi, korang fikir, apa orang India rasa bila dalam surat khabar kita terang-terangan keluar gambar lembu kena sembelih semasa raya korban? Tidakkah mereka rasa tak selesa juga, tapi mereka terpaksa adapt benda tu sebab mereka anaktiri. Sebab mereka tahu kalau mereka mengadu pun, ko rasa mereka tak kena kecam ke? Of cos soldadu papan kekunci akan maki hamun mereka berkoyan -koyan
Aku tengok orang Islam yang berbangsa Melayu ni, terlampau nak orang hormat agama kita, tapi kita sendiri tak hormat agama orang. Hormat agama orang tu bukan bermakna kita mengiyakan yang mereka ada tuhan sendiri, tapi kita hormati pegangan mereka. Kita ni terlampau takut orang daripada agama lain mempengaruhi anak-anak kita dalam masa yang sama, kita tak berusaha pun kuatkan akidah anak-anak kita. Kita ni seumpama nak harapkan orang lain pulak yang bantu kita melaksanakan ajaran agama kita dan mendapat pahala. Contohnya macam anak-anak remaja perempuan kita dipeluk KPop. Kita mestilah akan salahkan KPop dan penganjur KPop tu. Tapi kita tak salahkan diri kita yang tak cukup kuat mendidik anak-anak untuk bagi mereka kefahaman untuk tidak terlibat dengan acara kekepopkan itu.
Aku macam ada banyak lagi benda yang nak aku bebelkan. Tapi aku rasa cukuplah sampai sini. Pesan aku, tolonglah hidup dengan baik sesama sendiri. Kita kena mulakan. Walaupun 1000 orang yang menentang dan membenci, kita yang kena mulakan dengan menyayangi. Pasti ada ganjaranya untuk kita. Cuba cari titik persamaan dengan orang lain, barulah aman. Qu Putih, barulah putih.
Harap sebarang ayat yang aku nyatakan di sini, tidak menimbulkan salah faham. Jika ada, maafkan aku. Niat aku cuma nak ajak kita ramai2 bersatu hati supaya Malaysia terus aman.
'kalau kita hendak diterima, kita juga kena menerima'...
ReplyDeletesetuju sangat dengan kamu...
ReplyDeletewow..entri berani mati ni..
ReplyDeleteapa-apa pun pada pandangan saya..kerajaan kita terlalu 'baik hati'
hehe
Suka entry nih...tu sbb DR M pernah cakap melayu ni dia mudah lupa..tp lyd..alhamdulillah..rin sllu jmpa org cina yg baik2 je..
ReplyDeletesetuju. tp tu la. laen org, org pemikiran nyer. so pandangan pun lain2.
ReplyDeleteOMG setuju nya dengan awak.. Kita ni selalu kekaburan mata konon kita paling best dan semua orang kena respek kita dan kita je boleh ckp tak elok pasal orang. kalau org tu ckp kita ..kita boleh perang dgn diorg..Apa dah jadiiiiii
ReplyDeletesalam kena Lyd :)
Aishah :)
tekun aku membacanya...bicaramu benar belaka.
ReplyDeletecewah..mcm selalu, kita sehaluan. Saya mmg tak setuju apa2 yg dikaitkan dgn bangsa. Cth UMNO utk melayu. ASB utk Bumiputera (majoriti melayu). Dulu2 mmg relevan, sbb nak seimbangkan kedudukan Melayu yg dah terduduk ke bawah dek dasar penjajah (cina di bandar, india di estet dan melayu di kampung). Masa berlalu, tiba detiknya kita patut 'lepaskan' segala keistimewaan supaya melayu ada motivasi utk berjaya. Dan supaya Cina tak lagi ada dengki benci pada kita, dek kerana mereka rasa dianaktirikan.
bagus Lyd! teruskan menulis entri2 yg membuka mata fikir. berbeza pendapat, itu biasa.
kaknoor pun setuju, betul kata Ujie tu melayu skrg sudah bangkit dan cina tak boleh buat sembarangan pd kita
ReplyDeleteTabik spring dekat you! I sangat setuju dengan pendapat dan hujah you ni. I pun bukan racist tapi adakalanya memang terasa perbezaan dua bangsa itu :) Kalau I racist, tak akan I hantar Luth ke sekolah Cina. Ini pendapat Hubbydearie - katanya kerajaan tak sepatutnya memperkenalkan status bumiputera itu. Memanglah kalau jadi bangsa lain akan terasa pedih hati. Kita sepatutnya bersaing dengan adil. Kita selalu menyalahkan mereka tapi kita pun tak mahu berusaha gigih untuk mengatasi mereka. Jadi keyboard warrior je boleh ler....
ReplyDeleteKalau dulu orang Melayu memang ketinggalan. Tanpa bantuan kerajaan, mungkin kita akan lebih jauh ketinggalan dan tersungkur tak mampu berdiri kembali. Tapi sekarang ni ramai Melayu yang dah berjaya. Kalau sekarang pun kita masih nak disuap-suapkan rezeki macam dulu-dulu, memang orang Melayu akan lebih ketinggalan berbanding mereka ni. Walaupun mereka rasa seperti dianaktiri, mereka tetap berjaya. Cubalah kalau kita ni yang dilepaskan daripada menjadi anak manja, agak-agaknya boleh ke berdiri atas kaki sendiri? Kenalah diberi peluang mencuba, tengok macam mana!
Setuju sangat dengan Lyd, cuba kita letakkan diri kita berada dalam kedudukan mereka, kita juga akan rasa perkara yang sama. Kita cuba katakan diskriminasi kpd bukan Melayu tak berlaku, tapi ia memang berlaku, malangnya ia berlaku depan mata.. Masa zaman saya dulu, semua student Melayu yang belajar di U dapat biasiswa. Ada sorang kawan saya berbangsa Cina dari negeri yang sama dengan saya, dia kawan rapat yang saya kenal sejak Tingkatan Lima belajar di U yang sama dengan saya. Ayah kawan saya itu seorang nelayan miskin, saya pernah pergi rumahnya di Batu Feringgi, keluarganya sangat miskin. Tapi kerana dia Cina dia tak dapat biasiswa seperti saya, malam terpaksa kerja part time sebab zaman itu belum ada PTPTN. Saya pernah nasihatkan dia jangan kerja teruk-teruk waktu malam sebab besok ada kelas. Tau apa jawapannya?
ReplyDelete"Hang tak pa la tak payah kerja macam aku, hang Melayu dapat biasiswa. Aku Cina, aku taat kepada negara ini macam mana pun aku tetap tak dapat layanan seperti orang Melayu.."
Ketika itu saya rasa rasa sangat malu dengan kata-katanya. Saya lebih malu kerana walaupun saya Melayu tapi nenek saya datang dari Thailand (Melayu Pattani), ayah pula keturunannya berasal dari Indonesia (Acheh). Saya rasa keturunan kawan Cina saya itu datang ke Malaysia lebih dulu dari kedatangan keturunan ibu bapa saya ke Malaysia. Tapi saya Melayu dan saya dapat segalanya sedangkan dari kalangan orang Cina dan India juga ramai yang lebih miskin dari saya tak dapat apa yang saya dapat...
sip deh,,mbak berani banget ya bikin entry ini :)
ReplyDeletebtul..bkn semua cina baik..n bukan smua cina jahat...tapi kalau kt atas jalan..cina yang x bg jalan time patut kita jalan..yg tu wani racist..jiran sblah rumah wani pun cina..ok je..ada bela anjing lagi..tapi bertolak ansur la kan. dia pun kdg2 nyampah ngn kita mcmana pun kita xtau.
ReplyDeleteserius aku setuju ngan entry ni. lg2 bab cina benci UMNO tu. tu fakta. hehehe
ReplyDeleteTrue indeed. Tapi aku ada pengalaman bekerja dgn dorang beberapa tahun. Memang sangat men diskriminasi sangat ko. Baru masuk dah naik pangkat. Gaji tinggi lebih daripada yg dah lama kerja. Memang sakit hati.
ReplyDeleteMemang ada betulnya,nak komen panjang tak pandai,mgkin sejak dari kecil sy dah biasa dimanjakan.Dr sekolah rendah,menengah,uni dpt biasiswa,hehe..sy sokong yg kita kena bersatu. Malaysia kita ni sesama bangsa pun takde bersatu,cmna nak harap lain bangsa bersatu dengan segala kemanjaan yg org melayu dpt?
ReplyDeleteTiada yg tidak benar melainkn benar benar belaka
ReplyDeletesetuju
ReplyDeletepernh kja dgn cina.huhuhu.
smga slpas ni sama sama la bersatu
dalam dunia nyata di mana sahaja negara yang kita ada, diskriminasi tak boleh dipisahkan
ReplyDeletesifat ketuanan wujud pada semua negara
anyway ada sebahagian yang di coretkan oleh lyd, saya setuju
tapi sebahagian yang lain, maafkan saya, saya tidak bersetuju
tapi rasanya saya tidak perlu menghuraikan kerana setiap diantara kita mempunyai pandangan
yang berbeza
by the way, kita nampak dan paham apa akhbar melayu tulis
tapi kita nampak atau paham tak apa akhbar mereka tulis?