Skip to main content

Betapa Besarnya Aku Di Mata Ibu

Sejahteralah ke atas kamu,....


Beberapa minggu lepas.... Ibu dan pak mentua datang rumah kami. Aku seperti biasa, bila mereka datang, hipokrit akan berlebihan, kemas rumah beriya-iya la sikit. Sama perasaan macam pengawas asrama nak check dorm dan locker pada setiap hari Ahad masa jaman cekolah dulu.

Aku memerhatikan ibu. Pada waktu itu, ibu sedang mengemas luggage pakaiannya. Melipat dan mengasingkan pakaian yang sudah dipakai dan belum dipakai. Sambil perhatikan ibu, sambil berborak dengan ibu about nothing and everything all at once.

Sedang mengemas baju-baju tu, tiba-tiba ibu mencapai satu baju miliknya lalu menunjukkannya kepada aku. Baju itu nampak agak besar. Saiznya XL. Ibu bersuara, "Da, ibu beli baju ni hari tu, lepas tu ibu cuba cari saiz awak, ingat nak beli untuk awak juga... tapi takde pulak saiz double XL.". 

Aku hanya mampu tersengih kerang..... Sambil terfikir nak bunuh diri.


Sumber Gambar Dari Sini
Eh, takde la. Gurau je. Bunuh diri berdosa, masuk neraka.

Di sudut sebelah sana, kedengaran pak mentua membela aku, "Ish awak ni, dia mana ada besar macam itu.". Ye.. Aku tahu. Pak sedang cover line. 

Ibu sempat bertanya, dah tu biasanya awak beli baju saiz apa? Aku kata, "biasanya saya beli saiz L". [Well, saiz L tu pun dah besar, kan?]. Tapi di mata ibu, aku bersaiz double XL. I tersimpul biawak.

Comments

  1. hahhaha.. teringat lak kisah lama. my bro blikan bju saiz 2xl for me yg masa saiz L. sentap iols... macam tu sekali besanya daku pada dia.

    ReplyDelete
  2. Baca tajuk tadi ingatkan betapa sangat besar penghargaan seorang ibu terhadap menantunya...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. tu la, mmg niat saje nak suh org keliru. Sbnrnya cerita kelakar.

      Delete
  3. lahhh ingatkan bg pghargaan apa...hahahaha

    ReplyDelete
  4. adakah ini bermaksud mertua tidak suka dengan menantunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, tidak... ibu cuma nampak menantu dia ni gemuk je. Hehe.

      Delete
  5. hehehe..maafkan sy lyd nak tegelak tergolek2...mak mertua awak tuh slh tgk kot..maklumlah awak kan baru jer jd mak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... takpe UAA. Mmg niat entry ni ditaip utk kongsi kisah kelakar.

      Delete
  6. Bolehla pasni kuruskan badan pula. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengah cuba la ni dik oii *sambil kunyah kacang*

      Delete
  7. hahahahhaa...
    Jangan nanti lain kali ibu mertuamu datang dia bagi hadiah Herbalife ..:P

    ReplyDelete
  8. miahahha sabor je la ye...comel2 mcm gini kata size xl hahhaa ;p

    ReplyDelete
  9. well saiz L tu pun dah besar - eh ye ke kak?? betul ke ni? kikiki

    Saya pun pakai saiz L, kengkadang pakai baju saiz M :)

    ReplyDelete
  10. X percayalah..
    Tgok lyd cam kecil je..mustahil

    ReplyDelete
  11. hahahaaa..ni kategori lawak sentap ni Lyd!
    tapi yg best ada pak mentua jadi pembela, terserlah sayang dia kat awak.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum cik lady, singgah follow dan baca cerita yang kelakar ni haha

    ReplyDelete
  13. huhuhu.. nak terasa MIL sendiri tapi bila dah kata double XL tu.. eemm,. tak boleh jadi macam ni..

    ReplyDelete
  14. Tersengih² jer baca ni lyd....hehehe... ☺

    ReplyDelete
  15. Masa Lyd belum kawin mesti saiz s atau m kan???
    Tapi kata orang (entah betul atau tidak, tapi ramai yg saya nampak macam betul) kalau nak tengok saiz seseorang isteri masa dia brusia lewat 30an, 40an dan 50an, lihatlah saiz ibunya sekarang....

    ReplyDelete
  16. Ok.lyd.hg bg aku gelak...hahahaha (gelak jht)

    ReplyDelete
  17. hihi..kelakar juga.. tapi L tu tak la besar mana pun awk.. XL tu ye la besar... tapi kalu da double XL tu haaaa mmg nampak kebesaran tu ... perlu diet nampak gayanye...

    ReplyDelete
  18. He he he........kene exercise lebih ni..... :) ingatkan cerita pasal apalah tadi....

    ReplyDelete
  19. besar yg itu ke. ceh... aku trtipu ngan tajuk entri.

    ReplyDelete
  20. Hahaha.... sorrylah I tak mampu nak tahan gelak. Nasib baik you ingat yang bunuh diri tu boleh membawa you ke neraka terus. Hiks!

    Cuba nak bayangkan betapa tersenyum simpul malunya you (sampai tersimpul biawak) dek nak menjawab pertanyaan ibu mentua you itu. Mungkin juga salah faham jerk. Dia nak belikan saiz L tetapi terambil XL. Keh3x.... Oh alahai, apasal mulut tak boleh katup pulak nih!

    ReplyDelete
  21. Sampai hati ibu.hakhak

    Biasa jumpa org yg saiz xl tp perasan diri tu l.. Rupanya ada jugak org yg boleh nmpk org yg saiz l jadi 2xl

    Kejap..nak gelak guling2 duly.muahahaha

    ReplyDelete
  22. Klw husband akk asik tanya je baju akk saiz apa. 10 kali tanya. X pe la. Sedar la sape diri ini

    ReplyDelete
  23. hahahahaha... sy gelak kuat sampaikan rumate sy tnya kenapa... sorry sis...hihihihi bertuah dpt mak mertua yg perihatin.. sy pn nk cri yg macam 2 jgklah..

    ReplyDelete
  24. anggap je la ibu mentua tu tak mahir bab - bab size ni ... heheheee

    ReplyDelete
  25. aduss...makan dalam tu kalau kena kat saya
    dah lah makin membesar kebelakangan ni
    hehe...xpe, dia kurang mahir bab ukuran baju ni =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...