Skip to main content

Bau Matahari

Sejahteralah ke atas kamu....

Ingat lagi tak dengan bau matahari semasa kita kecil-kecil dulu? Mentari pagi yang menyimbahkan cahayanya kepada daun-daun pokok yang masih bersisa embun pagi, memberi pantulan yang sangat indah seperti adanya emas pada daun-daun pokok itu. Seolah-olah pokok itu adalah pokok emas. Bersinar terang. Warna permandangan pada waktu itu pun seperti kekuningan. Cantik sangat and i loved it!

Waktu tengahari pula, langit terlampau cerah tanpa awan. Aku terimbas kenangan lalu semasa waktu balik dari sekolah. Teriknya seperti mendidih otak. Sepatutnya bila otak dah cair tu aku cerdik la kan? Tapi tak seperti yang diteorikan. Otak menggelegak belum tentu cerdik. Haha. Panas tu memang la panas tapi entah kenapa rasa macam masih boleh tahan. Mungkin sebab muda lagi kot.

Matahari petang, masih panas. Waktu bermain untuk kanak-kanak Kinder Joy. Tak kira la walaupun mak pesan jangan keluar sebab panas tapi keluar juga. Main itu penting. Main itu nyawa. Masih terbau-bau lagi bau matahari pada waktu itu. Bumi pada waktu itu masih lagi sihat walaupun sudah mulai sakit. Namun tidak setenat sekarang. Aku rindu bau itu. Aku rindu cahaya matahari yang sama seperti zaman kanak-kanak aku.

Sejak Isnin lalu, cuaca sangat baik. Matahari yang muncul di waktu pagi, menelanjangkan seluruh saujana penglihatan. Barulah aku nampak banyak bangunan baru nun di hujung sana semasa melalui jalan biasa untuk aku ke pejabat setiap pagi. Baru aku boleh nampak KLCC dan Menara KL daripada laluan aku tu. Selama ni, walaupun langit tak mendung kerana awan, tapi langit tetap mendung kerana jerebu. Apa pun tak nampak. Yang nampak hanya MidValley dan The Gardens. Itu pun sebab dekat. Itu pun kelabu asap je.

Sejak Isnin lalu, rindu aku terubat. Bau matahari zaman kanak-kanak itu kembali semula. Cahaya matahari yang lama itu bersinar kembali. Sama perasaannya seperti dulu. Panas dan hening. Garing. Tahun lepas, aku langsung tak ingat ada matahari. Sebab sejak awal tahun memang jerebu. Panas matahari yang berjerebu memang lain dengan panas matahari biasa. Panasnya seperti terkedap di dalam bekas Tipuware. Panas berwap. Tak seronok kan?

Semalam masa on the way balik daripada ofis, aku lihat awan dan langit. Aku rasa nak menangis. [oloh, mudah sangat menangis ko nih]. Awan dan langit cantik sangat. Rasa nak gi baring kat atas bukit untuk menonton persembahan langit. Impian yang jarang sangat aku dapat buat.






Err... Matahari ada bau ke? *Cubaan menjadi puitis yang boleh menitiskan airmata.


Comments

  1. Alhamdulillah...cuaca minggu ini sangat panas dari pagi hingga petang. Pakaian yang dijemur pun cepat kering - tak erlu lagi pergi ke kedai dobi layan diri untuk mengeringkan pakaian...

    Kakcik suka bau rumput yang baru dipotong sewaktu di kampung dulu... :)

    ReplyDelete
  2. Masa tinggal kat KL dulu dah jadi rutin biasa saya pergi dengan bulan (pukul 6.30 tinggalkan rumah), balik dengan bintang (selalu sampai rumah lepas maghrib). Masa tu rindu sangat kalau hari-hari dapat tengok matahari dan kulit dibakar matahari. Sekarang alhamdulillah saya tinggal di kota kecil yg tak perlu tergesa-gesa, hari2 dapat tengok matahari, sempat joging pula lagi bersama redup matahari dan sepoi angin...

    ReplyDelete
  3. yer2 je yan baca..last2 tanya balik MATAHARI ADA BAU KE? :-))

    menitis air mata kerana dah terkena dengan awak :-P

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah..nikmat tuhan yang mana lagi mahu kita dustakan? (T T)

    ReplyDelete
  5. err..ada bau eh? mcm tak pernah bau matahari je Lyd. :D

    skrg ni dah masuk musim panas kot, mlm tadi tido panas betul rasa. Tapi masa terik mentari nilah cantik utk snap pic kat luar.

    ReplyDelete
  6. Ha'ah lyd, lately cuaca panas. Awan jelas kelihatan dan sangat cantik sekali. Saya pon suka tengok awan.

    ReplyDelete
  7. haha.. bau mcmana tu lyd???

    apa pon keadaan matahari keluar sekarang x sama dgn dulu.. teringat msa dulu sgt pnjang.. balik sekolah sesi petang pon still blh main sepuasnya...

    ReplyDelete
  8. minggu ni saya pun perasan waktu siang memang matahari tak segan nak keluar..tapi malam tetap sejuk dan hujan..itu di penang la..tempat lain macam ni jugak kot..

    ReplyDelete
  9. betul.. kadang2 bila sesekali Allah sembunyikan matahari baru kita sedar yg kita sgt rindukan dia kan.. last wednesday seluruh langit diselubungi awan tebal. Jangn kata matahari, setitik warna biru langit pun xkelihatan, tp minggu ni Alhamdulillah, boleh nmpak clear blue sky

    Norsalihah

    ReplyDelete
  10. Selalunya hujan je ada bau,matahari bau busuk peluh adalah kot.haha

    Sekarang cuaca dah kembali panas,matahari menari lagu mentari.cuba nak puitis juga.kehkeh

    ReplyDelete
  11. bau matahari tu..macam bau hari ke kak? bau hari time saya naik moto je. kalau pepagi tu..saya bau rumput :) kalau pepetang bau orang bakar sampah.

    semua bau tu buat saya rasa nak balik kg :)

    ReplyDelete
  12. Ahah, I baru nak tanya macam mana bau matahari tu? Kalau bau rumput baru potong, bau pokok, bau bunga tu semua okeylah I kenal benar walaupun I bukan pencinta alam yang tegar macam you sampai nak baring bawah terik mentari gitu :)

    Tapi serius ni, Lyd memang sejak dua menjak ni cuaca amat baik. Suka hati I ni tau. Yalah, kalau I kat rumah, dapat mengutilisekan mesin basuh semaksimum mungkin. Lepas basuh, jemur, angkat lepas tu basuh lagi, jemur lagi, angkat lagi. Macam dah kena sawan membasuh pakaian je I ni.... Mereng dah mesin basuh I tu mengamuk kerana diperlakukan sebegitu bila cuaca panas terik *_*

    Yalah, dalam segala segi pun zaman kita dulu-dulu memang tak sama dengan zaman sekarang ni. Rindu memang rindu tapi kenyataannya kita memang tak akan mungkin kembali ke saat itu. Perjalanan harus diteruskan walaupun ianya semakin singkat.

    Eh, tak retilah I nak berpuitis ni. Nak suruh meroyan tu okeylah boleh saja :)

    ReplyDelete
  13. Terpaksa aku mengimbau balik zaman kanak2 aku sbb nak nak fikir, camne bau matahari tuh.

    ReplyDelete
  14. skrg matahari dh kembali muncul gi kerja 7.30pgi pon dah terpacak matahari kan..

    ReplyDelete
  15. zaman kanak-kanak lah yang paling seronok..enjoy nak buat apa..whewwww terbayang-bayang..
    agak puitis..saya akui..dan saya suka entri ni

    ReplyDelete
  16. samalah kita... bila mak pesan klu nk kuar main kuar belah ptg sikit.. tapi xdngar kuar jgk... hehehe sy pn suka time pepagi yg matahari baru kuar 2.. tapi xde lak baunya.. tapi kalau bau lepas hujan pd waktu ptg sy sgt suka... rasa nyaman dan tenang jer...

    ReplyDelete
  17. mentari muncul lagi.
    pepagi lps subuh dapat tgk matahari naik. cantik. walaupon dilindungi pepohonan hijau..

    ppsstt: pndai pn lyd teka.betul la tu..
    ntah la.. risau kena posting ke sabah, sarawak atau labuan je..

    ReplyDelete
  18. masa kecil - keci dulu , sis suka memandang matahari dan langit diwaktu petang dari pintu rumah . rasa tenang je dgn tiupan angin sepoi2 bahasa ...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah... cuaca dah makin ok... baju pun cepat kering...

    ReplyDelete
  20. saya baru nak tanya matahari ada bau ke? dah ada dah ke perenggan akhir rupanya =)
    seriously keindahan suasana pagi sekarang, di bandar
    tak sama dengan suasana pagi di kampung
    kat bandar bunyi enjin kereta aje, kat kampung bunyi segala haiwan boleh dengar
    kadang kat kampung saya, bunyi rimau pun boleh dengar =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya