Skip to main content

'Terpaksa' Layan GEGAR VAGANZA... Nak Karaoke?

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku memang dah lama tak tengok rancangan hiburan yang jenis menyanyi-nyanyi, anugerah industri hiburan, pertandingan realiti TV dan seumpamanya. Tak kira le AF ke, Kilauan Emas ke, termasuk Pencetus Ummah pun aku tak tengok. Pertama sebab aku tak berkenan dengan konsep pertandingan yang bersandarkan undian SMS. Kedua sebab otak aku macam dah tak boleh digest dengan genre muzik yang terkini. Lagu-lagu zaman sekarang dah jadi semacam jadam bagi telinga aku. Begitu juga dengan pertandingan Maharaja Lawak ke, Pilih Kasih ke, Mentor ke, and what not. Semua aku takleh nak register dalam otak aku. Lagipun tu semua doniawi. Lagho belaka. Hahah.

Tapi baru-baru ni, ada rancangan baru terbitan Astro yang bertajuk Gegar Vaganza. Aku yang tak layan rancangan hiburan ni, eh, tetibe je boleh terpaku depan TV, siap marah hasbeng aku tukar channel time iklan sebab takut terlepas nak tengok Haleeda. Aku minat Haleeda ni sebab nama dia hampir nak sama dengan nama aku. Cuma H tu tukar je dengan S. Lagipun bagi aku, Haleeda ni cantik. Aku suka tengok muka dia walaupun sekarang dia dah segomut. Gomut pun tetap cantik lagi la Kak Haleeda. I heart you lah.
Dia adalah ex-wife Azman Adnan.


Manusia biasa je aku ni. Sekuat-kuat iman aku tahan napsu untuk tidak menonton rancangan yang tak membantu dalam perkembangan otak, akhirnya tewas juga dengan Gegar Vaganza. Kuang hasam betul Astro ni. Hahaha. Nak juga dia suruh aku jadi penonton dia kan. Untuk yang tidak ambil tahu tentang Gegar Vaganza ni, biar aku explain sikit. Rancangan Gegar Vaganza ini adalah rancangan pertandingan nyanyian di antara penyanyi-penyanyi old timer yang dah lama menyepi daripada industri hiburan tanahair seperti Shima, Mamat Exist, Ayai Ilussi, Haleeda, Rahmat Mega dan beberapa lagi.

Selain Haleeda, aku suka juga dengan Syarifah Zarina dan Ayai serta Rahmat Mega. Tetiba plak jadi hamba seni sangat kan sebab cerita pasal dunia hiburan. Aku rasa kalau ada musim kedua Gegar Vaganza ni, aku harap boleh cuba masukkan Joey BPR, Francisca Peter, Amir Ukays, Fauziah Nawi Latiff, Azian Mazwan Sapuan dan Ruhil Amani. Budak-budak yang lahir tahun 90an mungkin tak kenal dengan namaa-nama yang aku sebut tu. Takpe dik, tak penting langsung pun nak hafal nama2 derang. Ni kalo hasben aku baca ni, mesti confirm aku kena menganjing ni. Hafal sangat le nama-nama artis ni. Ce tanya surah Al Kahfi ayat 1-10, hafal ke tidokkkk? *tekup muka dengan tudung*.

Bila aku tengok Haleeda dah 2 kali kena nyanyi lagu daripada Dewa 19, aku lagi la terasa yang aku ni banyak persamaan dengan Haleeda [selain nama hampir sama dan badan yang gomut]. Iaitu kami sesuai nyanyi lagu kumpulan Dewa 19. 

Ni nak cerita sikit la kisah silam, zaman muda dan mentah ku lihat hijau dulu-dulu. Aku pernah la bergelumang dengan pusat karaoke [termasuk karaoke jamban pun pernah]. Dulu kalau pergi karaoke, lagu yang aku nyanyi hanya lagu-lagu daripada penyanyi lelaki. Paling suka nyanyi lagu Anuar Zain. Whoooo... bila resah, ingat saat indah.. bila rindu, kunyanyikan lagumu... *hulur microfon kat penonton, bajet macam tengah buat konsert*. Lagu lain of cos la lagu Dewa 19 dan lagu rock kapak. Heheh.. Lagu pompuan aku tak reti nyanyi sebab suara aku merdu sikit je daripada bunyi mesin shredder yang tengah potong kad kredit. So, lagu penyanyi pompuan memang aku tak 'sampai' nak tarik.

Memang la.. Pusat karaoke tu sebenarnya okey je. Ko pegi situ untuk menyanyi je, untuk feeling-feeling artis. Tapi tempat tu suram, cahaya malap, pastu tertutup, dengan sound muzik yang kuat berdentum-dentam, dan ada menghidangkan arak. Kalau aku pergi lagi pusat karaoke tu sekarang rasanya aku dah tak senang duduk dan jadi macam gajah masuk New York la. Tak sesuai dah untuk aku. Kisah dulu eloklah aku jadikan kenangan dan iktibar je. Eceh. Tapi ada je pusat karaoke keluarga yang elok je terang dan tak hidangkan arak. Kalo ada yang rasa gian nak menyanyi, lagi elok gi pusat karaoke keluarga, sekurang-kurangnya tidak la ko mengganggu jiran tetangga dengan suara puru korang tu bila ko berkaraoke kat umah sendiri.

Comments

  1. Lya x.pnh layan lg stakat ni..
    Mmg jrg sgt tgk tv skarang..
    Lya.suka tgk.haleeda.. sweet je muka dia.. dulu2 dia byk blakon drama kt tv2 rsanya..suka tgk lakonan dia dlu. Lgu dia pom best

    ReplyDelete
  2. Mmg tiap2 minggu tunggu abang Ayai nyanyi...yela...diakan bekas majikan koi...
    Dulu selalu makan semeja...pergi site satu kereta....cekonon bg support la...

    ReplyDelete
  3. kita suka mamat hehehe gegar vaganza pengecara nya bleh thn lawak gak!

    ReplyDelete
  4. SA suka ngan Shima...yang lain2 sokay la Ayaii leh layan lagi dan Mamat...bagi la dia peluang kan buktikan kemampuan dia...

    ReplyDelete
  5. layan..
    suka rahmat, haleeda..
    sabaq je la.. .
    sy x pandai la nak karaoke
    selalu teman cik abe je.

    ReplyDelete
  6. X tgk rancangan lagho nih. Haha... Dok layan kartun je, tke chanel pn nak tgk cite apa yg ada je. Huhu...

    ReplyDelete
  7. Hihihihihi! Teringat zaman remaja dulu gak. Layan jugak karok ni weh! Skg tidak lagi. Gila ape nak bwk anak yg mcm koala bear tu? Asyik nak menempel. Bila masa nak feeling retis?

    Aku pun dulu tak lyn cite2 alah nyanyi ni tp Gegar Vaganza ni, mandrem dia lain mcm. Aku pun terlayan. Apakah?

    ReplyDelete
  8. saya tak follow sangat
    maleh berebut dengan anak or big boss =)

    ReplyDelete
  9. layan juga gegar vaganza ni..pastu mentor..maharaja lawak lagilah tak boleh miss.tu dia lagha belaka.muahaha..

    takdelah minat sgt dengan haleeda ni..tp syok gak dia nyanyi dekat gegar vaganza tu.hehe

    ReplyDelete
  10. I dah lama tak tengok semua rancangan ni. Dah kurang minat. Tak excited macam dulu-dulu. I tau I memang takda 'suara' merdu nak nyanyi-nyanyi bagai sebab itulah I tak pernah masuk pusat karaoke. Sekali je seingat I masa tahun pertama kot I bekerja di sini sebab year end party my dept Japs ni semua gian nak menyanyi. I dok dalam 10 minit je bila tengok bosses I dah menggelupur dek arak. I blah gitu je tak makan, tak minum dan tak nyanyi pun. Sakit telinga dengar mereka menjerit sambil nyanyi lagu Jepun yang sepatah haram pun I tak tahu!

    Eh, Haleeda ni ex wife sudah ye? Ingatkan masih lagi wife kepada Azman Adnan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya